You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia


prasekolahan kepada seorang kanak-kanak. Tidak terkecuali dengan kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Mereka yang mengalami
masalah dalam pembelajaran ini terdiri daripada kanak-kanak pintar cerdas, terencat akal,
masalah pendengaran, masalah penglihatan, sindrom down, autisme, disleksia dan
sebagainya. Bagi membantu memberikan pendidikan yang sesuai dengan perkembangan
kanak-kanak istimewa ini, satu program pendidikan untuk murid berkeperluan khas telah
ditubuhkan. Di Malaysia, program Pendidikan Khas ini terletak di bawah pengendalian
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.
Menurut Chua (1992), pendidikan khas merupakan satu program pendidikan yang
dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau
emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan
mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Kanakkanak yang mengalami masalah pembelajaran ini perlu diberikan perhatian dan ruang yang
khusus bagi membantu meningkatkan kemajuan diri mereka selaras dengan hasrat yang
ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Khas.
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(Falsafah Pendidikan Khas, 2010)
Oleh itu, semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membantu kanakkanak berkeperluan khas dari segi kebendaan dan juga bukan kebendaan. Di Malaysia,
kerajaan banyak menghulurkan bantuan dalam merancang pelbagai program untuk
memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya ialah
Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan,
Program Pendidikan Khas Integrasi serta Program Pendidikan Khas Inklusif.

Program-program ini diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian rendah dan


menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasingan serta separa inklusif. Oleh hal
yang demikian, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa ini tidak wajar
dipinggirkan kerana tidak mustahil mereka mampu menjadi penyumbang kepada masyarakat
dan negara suatu hari nanti.
Kesimpulannya, bagi subjek PAK3093 iaitu Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ini, saya
telah mempelajari beberapa input baru yang sungguh bermakna untuk digunakan pada
kehidupan masa depan apabila menjadi seorang guru kelak. Di samping itu, saya turut
didedahkan dengan latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian
dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Segala ilmu yang
dipelajari telah membuka minda dan hati saya bahawa kanak-kanak istimewa ini juga layak
mendapat ruang dan peluang yang baik di mata masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang
bakal guru pendidikan awal kanak-kanak, saya perlu mengaplikasikan segala ilmu yang
dipelajari untuk mengendalikan kanak-kanak ini dengan ilmu dan kemahiran yang
selayaknya.

You might also like