You are on page 1of 42

KANDUNGAN MUKASURAT

Tajuk
Kandungan Mukasurat
Penghargaan
Pendahuluan
1
Objektif
2
Kaedah Kajian
3
Biodata Tokoh

Latar Belakang
5
Kerjaya Awal Dan Keluarga

Kerjaya Politik

Pencapaian Tun Dr Mahathir


10
Sumbangan Tun Dr Mahathir
15
Sebab-Sebab Saya Sanjungi Tun Dr Mahathir
22
Rumusan
Lampiran

25

Rujukan

Mukasurat 2

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izin-Nya saya


dapat menyiapkan Folio ini. Folio ini disediakan
sebagai salah satu keperluan dalam silibus
Pendidikan Sivik Tingkatan Dua. Tugas saya adalah
untuk menjalankan kajian dan mencari maklumat
untuk Kertas Kerja tentang Tokoh Yang Disanjungi.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru
sivik saya, Cikgu Mohd Razif. Beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta
bimbingan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada
kedua-dua ibu-bapa saya yang tidak jemu-jemu
membantu dan memberi dorongan kepada saya
selama ini.
Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan siber saya yang telah
menyalurkan informasi dan banyak membantu saya
membuat
tinjauan,
rujukan,
dan
sama-sama
memberi saya cadangan untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Nurul Izzati Bt Abdul Muthalib

Mukasurat 2

Pendahuluan
Saya, Nurul Izzati Bt Abdul Muthalib dari Tingkatan
2 Intisor di SMKA (P) Al Mashoor, Pulau Pinang.
Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah bagi
memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Sivik yang
mewajibkan

setiap

pelajar

menjalankan

kerja

kursus.
Tajuk kajian pendidikan sivik saya ialah Tokoh
Yang Disanjungi.

Negara kita sememangnya

tidak ketandusan tokoh-tokoh yang dikagumi oleh


rakyat. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir
Mohamad

sebagai

tokoh

Sebab saya memilih

yang

saya

kagumi.

Tun Dr Mahathir adalah

kerana Tun telah memberi banyak sumbangan


dan menabur jasa kepada rakyat Malaysia.
Tempoh

masa

yang

saya

gunakan

untuk

menjalankan kajian ini ialah 2 minggu. Dengan


adanya cuti penggal pertama ini,
menggunakan

masa

sebaik

mungkin

menyiapkan kajian ini dengan jayanya.


Mukasurat 1

saya telah
untuk

Objektif Kajian

Mengetahui Biodata Tokoh

Mengenalpasti Pencapaian Tokoh Di


Persada Dunia
Mengenalpasti sumbangan Tokoh
kepada negara

Mengenalpasti jasa Tokoh

Mukasurat 2

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk


mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini.

1.

Kaedah Rujukan

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah


membuat rujukan dengan menelaah buku-buku,
majalah-majalah dan surat khabar di perpustakaan.
Selain itu, saya juga membuat rujukan di laman-laman
web untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai tokoh sanjungan saya iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad.

2.

Kaedah Mencari

Saya telah mengumpul maklumat yang lebih


mendalam mengenai Tokoh kesayangan saya melalui
carian di Internet. Melalui pautan luar ini saya telah
melihat blog tokoh dan mengkaji beliau dari pautanpautan yang lain.

3.

Kaedah Pemerhatian
Mukasurat 3

Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini


Tokoh kebanggaan saya di dada-dada akhbar dan
televisyen.

4.

Kaedah Menganalisis Maklumat

.Saya telah menganalisis setiap maklumat dari setiap


sumber untuk memastikan kesahihan maklumat
dalam melengkapkan folio ini.

5.

Kaedah Temubual/Pertanyaan

Bagi mengetahui fakta yang lebih jelas mengenai


tokoh, saya telah bertanya kepada guru sivik saya,
ibubapa dan ahli keluarga saya.

Tun Dr Mahathir Mohamad


Perdana Menteri Malaysia
Keempat (1981-2003)
Nama penuh
Mohamad

Mahathir

Tarikh lahir : 20 Disember


1925
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Mukasurat 4

Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar


Nama Ibu : Wan Tempawan bin Wan
Hanaf
Nama Isteri : Siti Hasmah Mohd Ali
Tempat lahir : 18, Lorong Kilang Ais ,
Seberang Perak,Alor Setar,
Kedah
Pendidikan :
1)
Seberang Perak

Sekolah

Melayu

2) Kolej Sultan Abdul Hamid


(lulus sijil tinggi pelajaran)
3)
Kolej
Edward IV

Perubatan

King

( dianugerah ijazah Muda


Perubatan dan pembedahan)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( ) telah


dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah dan
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Tun Dr. Mahathir juga digelar sebagai "Dr. M" dan
nama penanya Che Det. Beliau merupakan anak
bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed
Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya
Mukasurat 5

adalah berbangsa Malayalee Muslim (yang berasal


dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Laki-laki Seberang Perak, Kedah untuk tempoh 2
tahun. Kemudian beliau sambung belajar di Sekolah
Kerajaan Aliran Inggeris di Alor Setar (kini Kolej
Sultan Abdul Hamid) di mana ayahnya, Encik
Mohamad bin Iskandar adalah adalah anak Melayu
pertama yang menjadi gurubesar sekolah tersebut
pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas
dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi
di kalangan anak-anaknya.
Sewaktu Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun
memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan
Tun Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan
berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi
dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu,
Alor Setar. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr
Mahathir menyambung pelajarannya di sekolah yang
sama pada tahun 1945 sehingga lulus Sijil Tinggi
Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada
tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward
VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan
dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor

pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.


Mukasurat 6

Sekitar tahun 1954 hingga tahun 1957, Tun Dr. Mahathir


berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,
Jitra, Langkawi dan Perlis. Perkenalan dengan seorang
gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini
Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian
yang sama di King Edward VII Collage of Medicine
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian
masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di
Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya
diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956.
Beliau kemudian dikurniakan tujuh cahaya mata,
iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah :
Marina Mahathir
Mirzan Mahathir
Melinda Mahathir
Mokhzani Mahathir
Mukhriz Mahathir
Maizura
Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan
kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA
Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu,
beliau merupakan anak Melayu pertama yang
membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada
ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini
kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan
Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga
sekarang. Selain daripada perkhidmatan perubatan,
klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau
menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti
setempat.
Mukasurat 7

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan


politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencanarencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah
nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950.
Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir
hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau
masih dibangku sekolah, Tun Dr. Mahathir telah menjadi
penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej
Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai
penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej
perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan
semangat untuk menyuarakan pendapat melalui
penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan
pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema
Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Tun Dr. Mahathir juga
merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang
tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah
proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik
juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni
pertukangan kayu sebagai satu hobi. Tun Dr. Mahathir
dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah
mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain
untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.
Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan
dalam bidang ini, Tun Dr. Mahathir telah dianugerahkan
Honorary Freedom of the Worshipful Company of
Carpenters oleh British Carpenters Society.

Mukasurat 8

Tun Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak


1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam
kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO
ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang
yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.
Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi
Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang
mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku
Abdul Rahman apabila beliau membentangkan
kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon
untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas
penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan caloncalon yang rapat dengannya, Tun Dr Mahathir enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr
Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau
menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
Mukasurat 9

Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh


calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi
sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau
tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk
mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Tun Dr Mahathir
dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi
UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum
suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam
suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran
Tunku. Pada 26 September 1969, Tun Dr Mahathir
juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang
buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku
kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis
perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik
selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18
tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada
7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun
1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan
raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Tun Dr Mahathir
dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun
Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada
tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak
meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya
Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai
timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio
pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas
Mukasurat 10

itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan


dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia
iaitu
Datuk
Hussein
Onn
mengumumkan
persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai
penggantinya. Tun Dr. Mahathir telah dipilih menjadi
Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada
usia 55 tahun. Pada 10 Julai, 1981 Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat,
dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri
Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Tun Dr Mahathir
bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri
Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Tun Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada
UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor
Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap
kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac
2009,
Dr
Mahathir
menghadiri
hari
terakhir
perhimpunan itu sebagai jemputan. Tun Dr Mahathir
kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001
dikekalkan.

Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia


yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari
16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
Mukasurat 11

menerajui negara ke arah arus kemodenan yang


amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di
segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian
terbaiknya
ialah
keupayaannya
mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam
sebuah negara yang berbilang bangsa melalui
peningkatan golongan miskin menjadi golongan
pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau
bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya
pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat
lari dituduh bersifat kronisme seperti pemerintahpemerintah lain di dunia.
Selepas Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan
beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara
supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah
menghapuskan
kemiskinan
dan
mewujudkan
keadilan untuk semua dan memastikan semua
individu diberi peluang membaiki taraf hidup
mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran,
beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang
yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan
pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah
kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan
ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan
menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang
oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat
dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang
yang
berdisplin
dan
tegas
beliau
berjaya
melenyapkan
kritikan
terhadap
polisi-polisi
pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi
Mukasurat 12

diuruskan
di
Pendidikan.

bawah

Panduan

Kementerian

Semasa pemerintahan Tun Hussein Onn sebagai


Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Dr. Mahathir
berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri
dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi
Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau
tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan
pelaburan asing.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik
antarabangsa yang suka berterus-terang dan
bersifat
kontroversi.
Beliau
adalah
seorang
penganjur
gagah
nilai-nilai
Asia
kapitalisme
autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai
alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat
dan kapitalisme dasar berkecuali.
Pada
tahun
1997,
majalah
Asiaweek
telah
menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu
yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau
menduduki tempat kedua dalam senarai yang
dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau
memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu
berada dalam kegawatan manakala krisis matawang
melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya
negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand
dan Filipina.
Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan
ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar
Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan
hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia
seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund
Mukasurat 13

(IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satusatunya negara yang berjaya melepaskan diri
daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu
'mengikat diri' kepada syaratsyarat yang ditetapkan
oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara
lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst
Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr.
Mahathir dalam mengawal matawang negara.
Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Offi cer
(CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi
yang beliau rancang dan sasarkan. Tun Dr. Mahathir
telah mengubah sektor ekonomi asas negara
daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian
kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi
Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara
pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan
komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah
dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan
secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka
pada awal tahun 1980-an Tun Dr. Mahathir telah
membuat
keputusan
untuk
mempelbagaikan
kegiatan
ekonomi
negara
dan
sekaligus
mengurangkan
pergantungan
terhadap
bahan
komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat
kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga
bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini
ditambah
pula
dengan
peningkatan
harga
matawang
Yen
yang
menyebabkan
berlaku
kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

Mukasurat 14

Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap


bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor
perkilangan
membentuk
30%
daripada
asas
ekonomi
negara
manakala
sektor
pertanian
menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kirakira 22 tahun lalu.
Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar
Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan
rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham.
Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk
meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan.
Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat
utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan
Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai
korporat awam.
Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan
prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di
antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan
pembagunan industri berat dan yang penting juga
pertukaran teknologi asing kepada teknokrat
Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini
ialah penubuhan industri otomatif negara, yang
menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional
adalah yang terlaris di Malaysia.
Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama
dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor
awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan
bumiputera
dalam
pemilikan
saham
sektor
perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah
Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera
dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
Mukasurat 15

Dalam usaha melakar nama negara di arena


antarabangsa,
pelbagai
projek
gergasi
telah
diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal
ketika beliau baru memegang jawatan sebagai
Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta
proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation
of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap
agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu
masih muda dalam projek pembuatan kereta
nasional namun negara kita boleh berbangga
kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu
bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh
dunia.
Tun
Dr
Mahathir
telah
dikaitkan
dengan
pembangunan pelbagai projek mega pada zaman
pemerintahannya yang akhirnya menjadi lambang
kemegahan rakyat dan diterima ramai. Selain projek
kereta nasional, projek mega yang beliau cetus
ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia
Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah
sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa
kini dan masa depan.
Projek-projek
besar
yang
dibangunkan
dan
direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia
antaranya
ialah
Kuala
Lumpur
City
Centre
(KLCC),Lapangan
Terbang
Antarabangsa
Kuala
Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar
Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan
permotoran berprestij, Formula One dan Menara
Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak
langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai
Mukasurat 16

sebuah negara sedang membangun yang dikenali


dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang
ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi
Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani
dunia.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus
terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia",
negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh
bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau
dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan
yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang
teramat besar pada nusa dan bangsa.
Selepas
persaraan Tun Dr Mahathir masih berkhidmat
sebagai penasihat kepadadua industri yang palin g
menonjol dalam dunia koperat iaitu Petronas dan
Proton.

Mukasurat 17

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri,


Tun Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada
kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai
pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah
menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas
dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan
sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah
diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh
Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
Rakyat Malaysia telah kehilangan pemimpin yang
tulen dan berjiwa rakyat pada tahun 2003 apabila
Tun Mahathir meletak jawatan setelah 25 tahun
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Jasa Tun kepada Malaysia tidak dapat
digambarkan dengan kata kata atau diterjemahkan
100% diatas kertas kerana ianya amatlah tidak
ternilai kerana segenap golongan rakyat mendapat
faedah dari dasar dasar politik dan ekonominya.
Mukasurat 18

Antara jasa jasa Tun yang perlu kita ingati walaupun


sesetengah pihak memandang remeh perkara
berikut:1. Menghalang IMF dari menguasai Malaysia pada
tahun 1997
2. Menubuhkan Universiti Utara Malaysia di Kedah
3. Membina Jambatan Pulau Pinang
4. Membina Pusat Pentadbiran Putrajaya
5. Membina Lapangan Terbang KLIA
6. Mempertahankan tanah KTM di Singapura
7. Membangunkan Cyberjaya
8. Membina Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
9. Membangunkan industri automobil Malaysia
(Proton, Innokom, dan lain-lain)
10.
Membangunkan KLCC Twin Tower
Wawasan 2020
Tun telah melancarkan Wawasan 2020 untuk rakyat
Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020
kelak. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita.
Bagaikan seorang wira negara, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang
kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang
berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang
berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang
seimbang. Wawasan ini ialah supaya Malaysia menjadi
negara perindustrian yang setaraf dengan negara
negara Eropah dan Barat amnya di mana taraf hidup
rakyat akan meningkat dari segenap segi. Harapan Tun
Dr Mahathir adalah menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Ekonomi dan Sumbangan Sosial
Mukasurat 19

Memperkenalkan
Konsep baru

pelbagai

Slogan,

Dasar

dan

Dasar Pandang Ketimur


Dasar Penerapan nilai-nilai Islam
Dasar Kependudukan 70 juta
Wawasan 2020
Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".
Slogan Malaysia Boleh

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir


tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah
awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah
memperkemaskan
jentera
kerajaan
dengan
menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan
'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai
kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan
kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya.
Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam
waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan
kerajaan.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar
Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia
mempunyai pasaran dalam negara yang mampu
menyokong pengeluarannya.
Dasar pandang Ke Timur
Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah
menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia
British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts"
sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang
mendiskriminasikan
kepentingan
Malaysia
Beliau
kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke
Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat
Mukasurat 20

Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani


oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta
menyemai etika kerja professional.
Dasar Penswastaan
Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur
ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh
menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin
dalam beberapa jenis industri dunia. Program
penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983
sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta.
Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan
perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional
dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban
kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek
pembangunan.
Penswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan
agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu
kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri
perkhidmatan
juga
diperkenalkan
demi
mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam
supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau
menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang
bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan
swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi
dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir
memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk
dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikatsyarikat
Malaysia
berdaya
saing
di
peringkat
Mukasurat 21

antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha


meluaskan pasaran produk Malaysia
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses
industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan
itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian
Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan
ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri
demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap
komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi
negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini
HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi
telah diwujudkan.
Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri
permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai
teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.
Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton
Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif
dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van
'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport
kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub
pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi
rantau Asia Tenggara.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau
juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal
menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix
dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart.
Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang
pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.
Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan
raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas.
Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas
Mukasurat 22

dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium


Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan
itu
beliau
telah
mengilhamkan
agar
Malaysia
mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan
apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran
MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober
1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran


Dr. Mahathir
Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam
sektor awam
Mengubah masa kerja
Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu
dan Sabah, Sarawak
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya,
sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara
dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung
agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu
usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura
telah diyakinkan untuk turut serta.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang
luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Tun Dr.
Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan
Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya
antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah
Mukasurat 23

ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit


aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
Memperkenalkan
bandar
pentadbiran
moden
di
Putrajaya. Pada September 1996, kerajaan telah
mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran
persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil.
Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang
mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan
produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya
mewujudkan 'kerajaan elektronik'.
Pencapaian bertaraf dunia
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi
impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi
di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur
yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon
selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di
dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling
bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga
menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia
Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr
Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City Centre
(KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia
dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan
bangunan
tertinggi
di
dunia
hingga
selesai
pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di
atas lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut
dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi,
namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar'
yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga
untuk buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai
sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan
Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di
Mukasurat 24

Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah


diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek
prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal dipeta
sebagai empangan yang terbesar di Asia. Menyedari
bahawa industri penerbangan awam bukan hanya
memerlukan pesawat terbang canggih tetapi juga
lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah
menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Lapangan terbang ini akan tampil sebagai yang
tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila
siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan
100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan
Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang paling
kompetitif di dunia.
Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja
mempelajari dan memiliki komputer di pejabatnya,
tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia menguasai
teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir
memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang
akan menjadikan Malaysia pusat pelaburan dan
eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang
terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua
ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah
persekitaran yang khusus buatnya. Sehubungan itu
sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina
dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya
bandar siber dunia . Gagasan MSC akan menempatkan
kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta
menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah
bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran
tanpa bersempadanan serta pusat pengeluar web
sedunia.
Penulisan blog
Mukasurat 25

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada


pukul 1:27 AM, dengan penulisan beliau "The
Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau
telah berpindah ke laman baru yang lebih
dipercayai dan selamat simpanannya.
Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.

Mukasurat 26

Tun Dr Mahathir adalah wira Malaysia dengan


semangat yang masih tidak luntur.Saya begitu
kagum dengan pencapaian dan sumbangan yang
ditaburkan oleh Tun kepada rakyat Malaysia.
Sewajarnya
setiap
rakyat
patut
mencontohi
semangat yang di tunjukkan oleh Tun sepanjang
tempoh
pemerintahannya
dan
dari
segi
pemikirannya. Sikap sikap yang patut di tauladani
dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah
seperti berikut:

Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau


pernah digantung keangotaan UMNO buat
seketika tetapi masih sayangkan UMNO

Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing


untuk menguasai Malaysia dari segi ekonomi

Membangunkan projek mega seperti KLCC dan


Putrajaya yang dapat menonjolkan Malaysia
sebagai negara membangun yang progresif

Membangunkan
system
pendidikan
yang
menyeluruh dan dapat meningkatkan golongan
professional secara pantas dan berkesan

Mukasurat 27

Amat menepati masa didalam jadual hariannya.


Tun berada di pejabat pada jam 8 pagi jika tiada
urusan lain

Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi


membeli belah di pekan rabu walaupun bergelar
Perdana Menteri

Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh


semua kaum tanpa mengira keturunan & agama

Pantas dan berani membuat keputusan yang


penting dan sukar seperti ketika kegawatan
ekonomi 1997-2000

Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya


dalam mengenal pasti peluang dan keperluan
rakyat Malaysia. Contohnya semua projek yang
dikatakan membazir oleh penentangnya seperti
Jambatan Pulau Pinang, KLCC, KLIA adalah salah
sama
sekali,
sebaliknya
membantu
pembangunan Malaysia.

Tetap menghormati semua pemimpin Malysia


yang lepas walaupun beliau lebih menyerlah
berbanding mereka

Tidak mudah melatah atau tersinggung dengan


komen komen yang tidak berasas terhadap
dirinya atau ahli keluarganya

Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau


tidak memerlukan skrip untuk berhujah malah
mampu mengalahkan pemimpin luar negara dari
negara maju
Mukasurat 28

Sewajarnya Tun Dr Mahathir dianggap seorang pemikir


dan revolusiner. Tun Dr Mahathir ingin perubahan
berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Beliau inginkan
nama Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau
mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras.
Perkara ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'.
Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan menjadi
rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun.
Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju
dalam pelbagai sektor industri.
Tun Dr Mahathir memperkenalkan konsep Persyarikatan
Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah
syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang
saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang telah
memberi peranan yang lebih besar kepada sektor
swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan.
Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan,
pendapatan serta imej negara. Di antara langkahlangkah ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian
ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah
satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta
nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di
Malaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%).
Tun Dr Mahathir juga meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan
dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan
Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional
serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti
jangka masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru,
Kerajaan Malaysia kepimpinan Tun Dr. Mahathir
marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30%
pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal
tersebut telah mendorong kerajaan menubuhkan
Mukasurat 29

pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikatsyarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah
angka penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.

Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk


lebih mengenali latar belakang, pencapaian dan
sumbangan Tokoh Kebanggaan bukan hanya saya malah
berjuta rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya
iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
Saya begitu bangga dan rasa bersyukur bahawa di
Negara Malaysia kita mempunyai tokoh yang dapat
Mukasurat 30

membangunkun Negara dan membuat pelbagai jasa


kepada Negara kita.
Seperti yang sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22
tahun. Sepanjang masa perkhidmatan beliau telah
menaikkan dan mengharumkan nama negara Malaysia.
Sikap positif yang telah ditunjukkan oleh beliau ini
sewajarnya diikuti
oleh setiap pelajar. Beliau telah
merealisasikan banyak impian yang ramai tidak
jangkakan. Tanpa orang seperti beliau Malaysia tidak
akan menjadi seperti hari ini. Sikap Malaysia Boleh
harus ditanam dalam minda kita supaya kita mampu
merealisasikan cita-cita kita.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menunjukkan
semangat kerjasama dan perpaduan agar Negara
Malaysia dapat menjadi teladan kepada Negara lain.
Saya begitu bangga dan menyanjungi Tun Dr Mahathir
Bin Mohamad.

Mukasurat 31

Garis masa
1925 :
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20
Disember.
1945 :
Mengambil bahagian dalam penentangan
Malayan Union.
1946 : Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

Mukasurat 32

1953 : Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan


King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai
Universiti Malaya) di Singapura;
1954 : Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di
Hospital Alor Star , Hospital Langkawi, Hospital Jitra
dan Hospital Perlis.
1957 : Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk
membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
1964 : Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas
tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon
PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti
4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi,
sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965 : Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO .
1968 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran
Tinggi.
1969 : Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa
dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di
kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana
kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan
bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi
dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO
pada 12 Julai , berikutan pengedaran suratnya
kepada Tunku Abdul Rahman ;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26
September .
1970 : Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang
bertajuk "Dilema Melayu " (The Malay Dilemma); buku
ini diharamkan dengan serentak.
1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7
Mac ;
o Dilantik
menjadi
Pengerusi
Lembaga
Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
1973 : Dilantik sebagai senator.
1974 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti
Nasional;
o Melepaskan
jawatan sebagai senator untuk
bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau
menang tanpa bertanding;
Mukasurat 33

Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5


September .
1975 : Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden
UMNO , selepas memenangi dengan majoriti sebanyak
47 undi.
1976 : Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978 : Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September ;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran
untuk
menjadi
Menteri
Perdagangan
dan
Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981 : Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun , dan
Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai ,
berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas
sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai , 1981 - 6
Mei ,
1986)
disamping
memegang
jawatan
Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan
Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the
"Dasar Pandang ke Timur ", "Pemupukan Nilai-nilai
Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy
British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di
Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya
dengan Malaysia Timur ;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman
secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu
(The Malay Dilemma)
o Merancangkan
serangan
subuh
dengan
pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa
Saham London pada 7 September , supaya
memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar
tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983 : Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong
dan Sultan -sultan, supaya rang undang-undang yang
diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dapat menjadi akta , selepas penerimaan
o

Mukasurat 34

pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultansultan negeri masing-masing;


o Menubuhkan
PROTON , sebuah projek kereta
nasional.
1986 : Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari ;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri Malaysia ;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di
samping memegang jawatan Perdana Menteri;
o Suatu
pertikaian
tertimbul
dengan
negeri
Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog ,
Presiden negara Israel .
1987 : Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah
untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang
nipis sekali pada 24 April ;
o Menjadi
Menteri
Kehakiman
di
samping
memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan
Perdana Menteri Malaysia.
1988 : Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi ,
termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang
perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa
kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah
Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh
Makhamah Tinggi);
1990 : Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri
(Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang
jawatan Perdana Menteri.
1993 : Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan
pengecualian
Sultan-sultan
daripada pendakwaan , selepas peristiwa Douglas
Gomez ;
o Perhubungan
di
antara
Dr.
Mahathir
dan
pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila
Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai
seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan
menghadiri Persidangan APEC .
1997 : Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1
September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia
1997 .
Mukasurat 35

1998 : Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua


jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2
September ;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat
dan
penyalahgunaan
kuasanya;
Anwar
dihadapkan ke mahkamah pada 2 November ;
o Pergaulan
dengan Amerika Syarikat menjadi
buruk apabila Al Gore , Naib Presiden Amerika
Syarikat,
merendahkan
nama
baik
negara
Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu
dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Pembukaan
rasmi
Lapangan
Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) di Sepang ,
yang menelan kos sebanyak RM13 bilion ;
o Penghabisan
pembinaan
Menara
Berkembar
Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu
menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh
Majalah TIME .
1999 : Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8
Januari , di samping memegang jawatan Perdana
Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis
Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya , sebuah bandar yang
baru yang memainkan peranan yang penting
dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001 : Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugastugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri.
2002 : Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris
untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan
Sains , mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai
Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung
UMNO , tetapi telah dirayu untuk membuat
penangguhan selama 18 bulan.
2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada
31 Oktober , 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk
Seri Abdullah Badawi , sebagai pengganti; beliau
Mukasurat 36

memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun,


dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun , pangkat kehormatan
yang tertinggi di Malaysia.
2008 : Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah
(S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
Resigned as Prime Minister : 31th Oktober 2003
DOMESTIC AWARDS
YEA NAME OF AWARD
STATE
R
2003 S.M.N
Malaysia
Seri Maharaja Mangku Negara
2003 D.K
Selangor
Darjah
Kerabat
Yang
Amat
Dihormati
Selangor
2003 D.S.B.S.
Sarawak, Malaysia
Darjah Satria Bintang Sarawak
2003 D.K.
Kedah, Malaysia
The Most Honourable Order Of The Royal
Family Of Kedah
2002 D.K.
Kelantan, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Kelantan
1997 Tuanku
Syed
Putra
Of
Perlis
Royal Perlis, Malaysia
Outstanding Award
1997 S.S.A.P.
Pahang, Malaysia
Knight Commander Of The Sultan Ahmad
Shah
1996 Fellowship of The International College of Malaysia
Surgeons
1996 Anugerah Cemerlang
Perlis, Malaysia
1995 D.K.
Perlis, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Tuanku Syed Putra
1994 Wira Keadilan
Pasir Mas Foundation
1992 Melaka Historical City's Honorary Citizen Melaka
Award
1991 Wira Nusa Raya
UMNO, Sabah
1989 D.K.(I)
Johor, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Johor
1988 D.U.K.
Kedah, Malaysia
Kedah Order Of Merit
1985 'FAR', Father of Modern Development By thePasir Salak

Mukasurat 37

Pasir Salak UMNO Division


1985 P.I.S
Johor, Malaysia
Sultan Ibrahim Medal I
1982 D.U.N.M
Melaka, Malaysia
Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Melaka
1982 S.S.M.T
Terengganu
Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu
1982 D.K.N.S
Negeri
Sembilan,
The Most Esteemed Order Of The Royal Malaysia
Family Of Negeri Sembilan
1981 D.U.P.N
Pulau Pinang, Malaysia
Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Pulau Pinang
1981 S.P.N.S
Negeri
Sembilan,
Knight Commander Of The Most Honourable Malaysia
Order Of Negeri Sembilan
1981 S.P.D.K
Sabah, Malaysia
Seri Panglima Darjah Kinabalu
1981 S.P.C.M
Perak, Malaysia
Seri Paduka Cura Si Manja Kini
1980 D.P.Sarawak
Sarawak, Malaysia
Dato Patinggi Bintang Kenyalang
1979 S.P.M.J.
Johor, Malaysia
Dato' Seri Paduka Mahkota Johor
1978 S.P.M.S.
Selangor, Malaysia
Seri Paduka Mahkota Selangor
1977 D.S.D.K.
Kedah, Malaysia
Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah
1977 SSAP
Pahang, Malaysia
1976 The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy Malaysia
of Medical
1965 Pingat Perak
Perak, Malaysia
Source : Jabatan Perdana Menteri

Mukasurat 38

You might also like