You are on page 1of 4

Anatomi fisiologi

SOALAN OBJEKTIF:
1. Nutrien boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Makro Nutrien dan juga
Mikro Nutrien. Antara yang berikut, manakah yang bukan dihasilkan oleh
Makro Nutrien?
a. Karbohidrat
b. Vitamin
c. Lemak
d. Protein
2. Apakah fungsi Lemak?
a. Berfungsi untuk membentuk dan membaiki tisu.
b. Membentuk enzim, antibodi, hormon dan agen pengangkut.
c. Membekalkan tenaga dan pengekalan suhu, membekalkan asid lemak
yang diperlukan dan penyerapan vitamin larut lemak.
d. membekalkan tenaga utama untuk keperluan tubuh badan.
3. Yang manakah antara berikut merupakan jenis tisu utama yang terdapat
dalam tubuh badan manusia?
I.
Tisu Penghubung
II. Tisu Epitilium
III. Tisu Adipos Putih
IV. Tisu Saraf
a.
b.
c.
d.

I dan II
I, II dan III
I, II dan IV
I, II, III dan IV

4. Apakah fungsi tisu penghubung?


a. Memainkan peranan dalam kegiatan pelinciran, rembesan, penyerapan,
perlindungan, resepsi deria, perkumuhan, pengangkutan, pencernaan dan
pembiakan.
b. Sebagai penghubung diantara tisu dan juga dapat memegang tisu-tisu
tersebut bersama supaya menjadi lebih kuat.
c. Mengkoordinasikan kesemua kegiatan badan, khususnya yang berkaitan
dengan fungsi-fungsi visera, endokrin, motor dan mental.
d. Mengawal pergerakan semua tisu-tisu utama.

JAWAPAN: 1. B, 2. C, 3. C, 4. B

SOALAN SUBJEKTIF
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bioenergetik? [2m]
2. Tisu manusia dibahagikan kepada 4 kategori. Namakan tisu tersebut. [4m]
1
2
3
4

3. Tisu adipos merupakan salah satu daripada tisu penghubung. Namakan 2


jenis tisu adipos beserta huraian.[4m]
1
2

JAWAPAN
1. Bioenergetik adalah kajian tentang satu proses bagaimana sel menggunakan,
menyimpan dan melepaskan tenaga. Komponen utama dalam bioenergetik
adalah perubahan tenaga, atau penukaran tenaga dari suatu bentuk menjadi
bentuk tenaga lain.
2 Tisu manusia dibahagikan kepada 4 kategori iaitu tisu epithelium, tisu saraf,
tisu otot dan tisu penghubung.
3 1. Tisu Adipos Putih
Purata 20% hingga 25% berat badan manusia yang sihat. Tisu adipos
dijumpai menyokong ginjal dan mata, di antara fiber otot dan dibawah kulit.
Selain berfungsi sebagai penebat haba
2. Tisu adipos keperangan
Tisu ini hadir dalam jumlah kecil terutamanya pada leher dan dinding salur
darah di bahagian dada. Tisu ini berfungsi mengekalkan suhu badan dan
mengelakkan obesiti.

SOALAN ESEI
1. Tisu otot merupakan salah satu daripada empat tisu utama. Huraikan secara
ringkas jenis-jenis tisu penghubung. [10m]
2. Apakah yang berlaku dalam proses pengoksidaan?. [10m]

JAWAPAN
1 Tisu Otot
Otot merupakan tisu yang paling banyak dalam badan. Menurut Lee Soon
Ching dan Liew Shee Leong, 2000, berdasarkan ciri-ciri pengecutannya, otot
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu otot licin, otot kardium dan otot berjalur. Tisu otot
berasal dari lapisan mesoderma dan ianya khusus untuk fungsi pergerakan lentur
dan sebagainya. Pada umumnya, tisu otot boleh dibahagikan kepada tiga jenis
berasaskan ciri-ciri mofologi dan peranan salah satu setiap jenisnya.
Otot Licin
Ciri utama tisu otot licin ini ialah mempunyai bentuk runcing dan mempunyai
satu neuklus ditengah-tengahnya. Tisu otot licin banyak terdapat pada sistem-sistem
pencernaan, sistem pernafasan, sistem pembiakan dan sistem urinary. Unit sarafnya
adalah dari jenis serat yang bersifat simpatetik dan sistem saraf autonomic.
Otot Jantung
Tisu otot jantung mempunyai cirri rupa yang hampir serupa dengan otot
rangka. Tetapi terdapat dua perbezaan yang ketara ialah dari segi bentuk selnya
dan kedudukan nucleus. Sel-sel otot jantung mempunyai cabang dan bercantum
dengan sel-sel yang lain. Nucleus otot jantung terletak dibahagian tengah
sarkolemma. Tisu otot jantung memang kaya dengan organel jenis mitokondrion dan

glikogen. Tisu otot jantung hanya didapati di jantung sahaja. Dari segi struktur ianya
mempunyai cirri otot rangka dan otot licin. Ia mempunyai jalur, tapi nucleus terletak
ditengah-tengah. Sel-sel otot jantung mempunyai banyak mitokondrion bagi
membolehkan pergerakan yang berterusan.
Otot Jalur
Ciri-ciri utama tisu otot jalur yang ketara ialah ianya terdiri daripada seratserat multinukleus, tidak bercabang dan bersaiz memanjang. Morfologi otot ini
kelihatan berjalur apabila dilihat dibawah mikroskop. Terdapat dua jenis otot jalur
iaitu jalur putih dan jalur merah-kemerahan.

2.

GLUKOSA + OKSIGEN KARBON DIOKSIDA + AIR + TENAGA

Proses pengoksidaan ini perlukan oksigen untuk mengoksida organik seperti


glukosa untuk menghasilkan tenaga, air dan karbondioksida.
Glukosa perlu dioksidakan dengan lengkap untuk bebaskan semua tenaga
dalam glukosa. Proses ini berlaku di mitokondrion dan dikawal oleh enzim.
Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit dan tenaga selebihnya disimpan
dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat). ATP akan membentuk ADP (adenosin
difosfat) untuk bebaskan tenaga disimpan.
ATP ADP +KUMPULAN FOSFAT + TENAGA

You might also like