You are on page 1of 1

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

JALAN SULTAN AZLAN SHAH,


31400 IPOH, PERAK
E-mail: star-office2050@yahoo.com No. Tel: 05-5457733
Kod Sekolah: AEB2050 No. Fax: 05-5467000

“CINTAILAH BAHASA KITA “ Ruj. Tuan :


Ruj. Kami : STAR 02/10/04( )
Tarikh : 08
DISEMBER 2009

Pengerusi
Yayasan Tun Hamdan
Peti Surat 13200
50802 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PENGANJURAN KURSUS


KEPEMIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
2010

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, kursus kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah Tuanku


Abdul Rahman telah dicadangkan untuk diadakan pada 26 Disember hingga 31
Disember 2009 sebagai suatu latihan untuk meningkatkan keyakinan dan pendedahan
sebagai pemimpin bagi Lembaga Pengawas sekolah menghadapi sesi persekolahan
tahun 2010.

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk memohon peruntukan


kewangan bagi penganjuran kursus kepemimpinan berdasarkan kertas kerja yang
dilampirkan. Dengan bantuan peruntukan daripada pihak Yayasan, diharapkan usaha
pihak Sekolah Tuanku Abdul Rahman untuk mengembalikan kegemilangan Lembaga
Pengawas Sekolah dapat direalisasikan.

4. Kerjasama dan prihatinan pihak Yayasan, amat dihargai dan didahului ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHMAD GUFFRI BIN ALPIAH, AMP,PPT.)


Pengetua Kanan
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

You might also like