You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU

46050, PETALING JAYA SELANGOR

TEL : +60377824636 Faks: +60377844636

Kod Sekolah: BBB8301 Laman Web: http://www.assunta1.com

RUJ.KAMI: Ass.Satu/PJ/700-3/1/1/16(1)
TARIKH: 3 JULAI 2016
Kepada,

Ketua Balai Bomba


14, Lorong 4/48a, Seksyen 4
46050 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk,
2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah Kebangsaan Assunta Satu bercadang untuk
menjemput pihak tuan bagi mengadakan latihan kebakaran di sekolah kami.

3. Demonstrasi ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan


tentang cara-cara yang perlu dilakukan oleh murid dan kakitangan sekolah sekiranya
menghadapi bencana kebakaran di sekolah.

4. Tuan dengan hormatnya adalah dijemput untuk mengadakan latihan tersebut seperti
ketetapan berikut :

Hari : Khamis
Tarikh : 20 Julai 2017
Tempat: SK Assunta Satu
Masa : 3.00-5.00 petang
5.Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi Puan Shafriza Binti Samsudin (PK
HEM) di talian 03-7782 4636
Sekian ,terima kasih

Saya yang menurut perintah;

………………………………

(NORHAYATI BINTI BAKRI)

Guru Besar Sk Assunta Satu

You might also like