You are on page 1of 2

SYARAT PERJANJIAN PERATURAN-PERATURAN AM PENGGUNAAN PADANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PASIR, SERI MEDAN.

1. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan hanya dibenarkan menggunakan padang setelah
membuat permohonan secara bertulis kepada pihak sekolah.
2. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan harus pastikan kebersihan padang dan semua botol
minuman hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
3. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua
harta benda pihak sekolah daripada dirosakkan dan disalahgunakan.
4. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda
semasa pihak luar menggunakan padang.
4.1 Sebarang peralatan seperti tiang gol hendaklah diletakkan di sudut belakang padang sekolah setiap
kali tamat waktu penggunaan padang.
5. Kanak-kanak yang bermain di padang di luar waktu pengawasan sekolah adalah dibawah tanggungjawab
dan bimbingan Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir,
Seri Medan yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda dan akan dilarang menggunakan padang.
6. Pembatalan penggunaan padang adalah dibawah kuasa pihak Pengurusan Sekolah. Pembatalan akan
diberitahu melalui notis.
7. Pengguna dilarang membawa minuman/makanan terlarang di padang.
8. Pengguna dikehendaki menggunakan padang sekolah mengikuti masa yang diperetujui dan keluar selepas
digunakan atau tamat waktu.
9. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau
kerosakan harta benda milik sekolah.
9.1 Hari penggunaan padang oleh Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan adalah seperti
berikut: Setiap hari dari jam 5.30 petang sehingga 7.00 malam. (perubahan tertakluk kepada
penggunaan sekolah).
9.2 Penggunaan padang hanya dibenarkan selepas waktu persekolahan dan ko-kurikulum.
10. Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan permukaan padang.
11. Penggunaan padang ketika waktu hujan atau ketika padang dalam keadaan yang tidak sesuai adalah
dilarang sama sekali.
12. Sebarang kenderaan hendaklah diletakkan di luar kawasan sekolah.
13. Kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

Peraturan di atas, adalah tambahan selaras dengan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1991 : Penggunaan
Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Semua perkara ini telah dipersetujui oleh wakil pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, Seri Medan iaitu
……………………………………………………………. dan wakil Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan iaitu
………………………………………………………….........
Bahawasanya saya ………………………………………………………………………………………… bersetuju mematuhi segala syarat
yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan sebarang kesalahan pelanggaran perjanjian pihak sekolah boleh
membatalkan perjanjian dan penggunaan padang kepada pihak yang terlibat.

Wakil Kelab Gabungan Bola Sepak Seri Pasir, Seri Medan.

……………………………………………………………………

( )

No. Kad Pengenalann:

No. telefon :

Disahkan oleh :

……………………………………………………………………

( )

No. Kad Pengenalan:

Disaksikan oleh :

…………………………………………………………….

( )

No. Kad Pengenalan: Tarikh :

S.K

YDP PIBG

You might also like