You are on page 1of 6

Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri akhirnya ditemui. Misi kami pada petang Jumaat itu
berjaya. Saya, Ustaz Munir dan Doktor Anas berpuas hati. Alhamdulillah, segala-galanya
berjalan lancar. Saya akan menceritakan tentang peribadi Syeikhul Islam ini dalam posting yg
lain.

Sudah 3 tahun lebih saya melalui jalan yg sama tapi tidak pernah saya perasan kewujudan papan
tanda tersebut. Kali pertama saya perasan ialah ketika pulang daripada peperiksaan, menaiki
teksi. Kebetulan, jalan sesak. Teksi terpaksa bergerak perlahan. Ketika itu kami berada di
kawasan perkuburan. Maka, tatkala itulah saya terpandang sebuah papan tanda kecil di dinding
sebuah bangunan. Akan tetapi, saya agak ragu. Adakah Syeikhul Islam dikebumikan di sini?
Apabila tiba di rumah, saya
mencari-cari kitab karangan Syeikhul Islam. Satu-satunya kitab karangan Syeikhul Islam yg saya
miliki, tajuknya Qouli fil Mar'ah. Malangnya, ia tidak memuatkan biodata beliau. Seingat saya,
perpustakaan di Rumah KPT ada tersimpan kitab karangan beliau, Mauqiful 'Aqli wal... Saya
memulakan pencarian. Tujuan utama hanya untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi kubur
beliau. Juga tiada biodata beliau.

Jadi, saya terpaksa menggoogle untuk mencari maklumat ini. Walaupun sejak awal lagi saya
memang boleh merujuk kepada Encik Google tapi akhlak penuntut ilmu cuba saya amalkan.
Rujukan utama untuk ilmu bukanlah internet. Tapi ketika mana terlalu berhajat, maka harapnya
dimaafkan. Kaedah fiqhiyyah menyebut,' ‫رورة‬33‫' الحاجة تنزل منزلة الض‬. Maklumat ditemui.
Terima kasih Islamweb.
Ya, beliau memang meninggal dunia di Mesir dan dikebumikan di Mesir. Beliau meninggal pada
tahun 1373 Hijrah bersamaan 1954 Masihi. Saya yakin di situlah tempatnya. Tulisan pada papan
tanda itu bukan tulisan Arab. Sangkaan saya mengatakan ia ditulis dalam bahasa Turki.
Tulisannya rumi tapi bukan bahasa Inggeris. Mungkin ditulis sendiri oleh orang Turki untuk
memberitahu lokasi kubur syeikh besar pada zaman Khilafah Turki Uthmaniah. Misi untuk
menjejaki Syeikhul Islam mesti dilakukan.

Maka, saya menetapkannya pada hari Jumaat. Misi bermula setelah solat Jumaat di Masjid Al-
Azhar. Kami menaiki bas 24 Jim. Lalu, kami berhenti berdekatan kawasan bangunan yg
tertampal padanya papan tanda kecil itu. Kami berjalan dan terus berjalan. Sambil mata kami
meliar mencari-cari tulisan berkaitan. Kami berundur kembali ke belakang dan terus mencari.
Alhamdulillah, misi menjejaki kubur Syeikhul Islam akhirnya berjaya tapi setelah sesat beberapa
ketika dan disalak anjing. Kubur beliau terletak dalam sebuah kawasan yg dikelilingi pagar batu.
Pintu pagarnya pula dikunci dengan mangga.

Kubur Syeikhul Islam Mustafa Sabri

Kebetulan penjaga kubur Syeikhul Islam ada di situ. Lalu kami meminta beliau membukakan
pintu untuk kami. Kami masuk lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa. Di sekitarnya terdapat 3
buah kubur yg lain. Salah satunya kubur seorang ulama Al-Azhar. Jika ada kesempatan saya
akan menulis tentang Syeikhul Islam Mustafa Sabri, insya Allah.
Batu nisan yg telah patah

Serpihan batu nisan yg disimenkan


Tertera, 1286 Hijrah - 1373 Hijrah.
Hanya sebahagian kecil tulisan pada kepingan batu ini ditulis dalam bahasa Arab. Abjadnya abjad Arab tapi bukan
bahasa Arab. Mungkin seperti tulisan jawi di Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Kubur di sebelah kiri gambar merupakan
kubur seorang ulama Al-Azhar

You might also like