You are on page 1of 4

NOTA ULANGKAJI NOVEL JULIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

BAHASA MELAYU SPM

NOVEL JULIA

Biodata pengarang terpaksa tinggal bersama Julia kerana Julia


diancam oleh Rashid.Julia dan Jun turut
Abu Hassan Morad dilahirkan pada 10 Mei berusaha memulakan pelancongan ‘homestay’
1975 di Chenok Kedah.Beliau mendapat di Felda Guar Napai.
pendidikan awal dan melanjutkan pelajaran ke Di akhir cerita semua masalah syarikat dapat
Maktab Perguruan Pulau Pinang dan diselesaikan.rashid pula ditangkap polis.Jun
seterusnya medapat Ijazah Sarjana Muda dan Julia pula bersanding pada hari pelancaran
Pendidikan dari Universiti Putra homestay oleh Perdana Menteri.
Malaysia.Antara hasil karya beliau ialah
‘Sabarlah Sayang’, ‘Si Alang Budiman’, ‘Aku Tema
Yang Kembali’, ‘Farhana’ dan ‘Julia’.Beliau
pernah memenangi Anugerah Sastera Kanak- Ketabahan dan kegigihan seorang wanita muda
kanak MABOPA, tempat ketiga cerpen ESSO- bernama Julia mengharungi pelbagai cabaran
GAPENA dan hadiah ketiga sayembara sebelum berjaya dalam dunia perniagaan.
Penulisan Novel Remaja anjuran utusan
Melayu-Public Bank. Persoalan

Sinopsis Novel 1.Keruntuhan akhlak dan moral di kalangan


remaja. (Julia,Rashid,Mona,Hang Wei dan Jef
Dato Bakar dan Datin Maznah ialah tokoh bergaul bebas,melepak dan membuang masa)
koporat yang memiliki Syarikat BMPRO
Holdings.Mereka mempunyai empat orang 2.Pendidikan agama dapat mengubah watak
anak iaitu Julia,Adi,Fatin dan Sufi.Semasa di remaja dam membentuk peribadi mulia.
Kuala Lumpur,kehidupan Julia agak liar dan (Setelah mendapat pendidikan agama di Kolej
runtuh akhlak.Julia terpengaruh dengan Islam Hidayah Australia,Julia mengalami
kawan-kawannya seperti Rashid dan Mona perubahan sikap)
sehingga menyeleweng daripada pegabgan
agama.Dengan yang demikian,ibu bapa Julia 3.Percintaan yang murni antara sepasang
menghantar Julia untuk belajar di Kolej Islam kekasih yang berlainan bangsa(Julia dan Jun
Hidayah,Australia.Julia tinggal dengan Pakcik saling mencintai di antara satu sama lain
Khairil dan Makcik Nadia.Semasa dalam sehingga akhirnya bersanding pada hari
penerbangan ke Australia,Julia berkenalan pelancaran program homestay)
dengan Jun.
Semasa Datin Maznah menemani Julia di 4.Kerjasama dan amalan tolong-menolong
Australia,Kuala Lumpur dilanda masalah dalam bidang perniagaan(Tan Sri Yahya
kegawatan ekonomi dan jerebu.Datin Maznah banyak menolong Dato Bakar dan Jun serta
terpaksa pulang untuk menemani bapanya pula banyak menolong Julia dalam
suaminya.Dato Bakar berkahwin dengan memajukan perniagaan)
Ummi Sarah.Datin Maznah membenarkan
perkahwinan tersebut.Dato Bakar dan Datin 5.Masalah Kegawatan ekonomi dan
Maznah terkorban dalam satu kemalangan jerebu(Kedua-dua masalah ini telah banyak
jalan raya.Julia bergegas pulang ke Kuala menjejaskan Syarikat BMPRO Holdings,milik
Lumpur.Jun muncul dalam pesawat dan Dato Bakar)
memberi semangat serta harapan kepada Julia.
Julia menganbil alih Syarikat BMPRO 6.Penglibatan wanita dalam bidang
Holdings.Julia berusaha dengan gigih untuk koporat(Julia menceburkan diri dalam bidang
menyelesaikan masalah kewangan,pengurusan perniagaan yang penuh dengan cabaran dan
yang tidak cekap dan tekanan daripada En, persaingan)
Baharom dan Syed Mustafa.Nenek Maryam
7.Penghijrahan mental dan fizikal yang
terpaksa dilalui oleh Julia(Julia berubah sikap
daripada seorang remaja yang runtuh akhlak
kepada seorang yang beriman dan
bertanggungjawab)
Nilai

1.Kasih sayang –Dato Bakar dan Datin Maznah manganbil berat tentang Julia.
2.Taat/ Patuh –Julia sanggup mendengar nasihat ibu bapanya.
3.Tabah/Cekal –Julia menhadapi semua cabaran dalam dunia perniagaan.
4.Gigih/Rajin-Julia gigih mengetahui dan mendalami selok-belok perniagaan.
5.Tolong-menolong–Jun banyak membantu Julia untuk mendalami dunia perniagaan.
6.Bijak–Julia menyelesaikan masalah dalaman syarikat.
7.Berbudi bahasa- Jun sentisa berbudi bahasa ketika bercakap dengan Julia.
8.Berpegang kepada agama- Dato Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia ke Kolej Islam
Hidayah.
9.Menghormati orang tua- Julia menghormati pegawai-pegawai kana dan Jun menghormati Nenek
Maryam.
10.Sanggup berkorban- Julia melakukan banyak pengorbanansemata-mata untuk memeajukan
syarikat ibu bapanya.
11.Bekerjasama-Jun dan Julia bekerjasama melaksanakan program homestay.
12.Tamak/ Pentingkan diri-Syed Mustafa dan En.Baharom tidak setia kepada kepada majikan
mereka,BMPRO Transport.
13.Buruk sangka-Julia buruk sangka terhadap Ummi Sarah.
14.Balas dendam-Rashid mengugut Julia akan mendedahkan identiti lama Julia.

Pengajaran

Kita hendaklah:
1.Menjalani kehidupan yang sihat(menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah)
2.Bijak dalam melakukan sesuatu tindakan.(Julia menyelesaikan masalah dalam syarikat)
3.Menghormati orang tua(Jun amat menghormati Nenek Maryam)
4.Rajin dan gigih berusaha(Julia berjaya dalam perniagaan)
5.Tabah menghadapi cabaran hidup(Julia menghadapi cabaran dunia perniagaan)
6.Berpegang kuat pada agama(Dato Bakar menghantar Julia ke Kolej Islam)
7.Setia kepada majikan(Ummi Sarah setia bekerja di butik milik Dato Bakar)
8.Bertanggungjawab terhadap kerjaya(Julia cuba mencari masalah dalaman di syarikat)
9.Bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah(Kerjasama di antara Julia dengan Jun)
10.Insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan kembali ke pangkal jalan(Julia insaf dengan kehidup
an usia remaja)

Gaya Bahasa
1.Bahasa Inggeris(shopping dan student)
2.Bahasa Indonesia(“bisa, janji khatam”)
3.Bahasa Arab(Alhamdulillah)
4.Sinkof(dah,tak dan nak)
5.Simile(“hidup ini seperti roda”)
6.Metafora(gelora jiwa dan api cinta)
7.Peribahasa(menjaga periuk nasi kita,sekarang sudah ada buah hati)
8.Personafikasi(seperti membiarkan jalur fikiranku merayap entah ke mana)

Watak Dan Perwatakan


Julia
Julia ialah watak utama dalam novel ini.Julia juga merupakan protagonis kerana memiliki banyak nilai
dan perlakuan positif.Anak sulung kepada Dato Bakar dan Datin Maznah.Julia juga boleh dilihat
sebagai watak dinamik kerana mengalami perubahan sikap daripada remaja yang runtuh akhlak kepada
seorang wanita yang berpegang kuat kepada agama.Merupakan bekas pelajar Kolej Islam
Hidayah.Ketika menuntut di Australia,kedua ibu bapanya meninggal dunia dan Julia menjadi anak
yatim piatu.Seorang yang tabah,gigih berusaha,bijak dan sentiasa berwaspada dalam semua
tindakannya.Berjaya mengasaskan program homestay di Felda Gua Napai.Akhir sekali,berkahwin
dengan Jun.
Jun
Seorang pemuda berketurunan Cina.Seorang pemuda yang tampan dan periang.Anak kepada Dato
Francis Tan iaitu pemilik Syarikat Pelancongan Cinta Sejati.Seorang yang bersopan-santun dan berbudi
bahasa.Banyak menolong Julia dalam soal perniagaaan.Akhir sekali memeluk agama Islam dan
berkahwin dengan Julia.

Dato Bakar
Merupakan watak sampingan dalam novel ini.Ayah kepada Julia.Suami kepada Datin Maznah dan
Ummi Sarah.Wajahnya berkerut,berdahi luas,dan cermin matanya tersangkut di hidung.Seorang tokoh
korporat yang sangat Berjaya.Seorang yang gigih bekerjadan suka mendengar nasihat orang.Sentiasa
mengambil berat tentang keluarga.Akhir sekali dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya.

Datin Maznah
Merupakan watak sampingan dalam novel ini.Ibu kepada Julia.Isteri kepada Dato Bakar.Madu kepada
Ummi Sarah.Beliau seorang wanita yang berwajah lembut,berkulit putih dan bertahi lalat di
kanan.Seorang ibu dan isteri yang penyayang.Seorang wanita yang bersikap rasional.Meninggal dunia
dalam kemalangan di lebuh raya.

Latar
Latar Tempat
Banglo Sri Idaman,Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,pejabat BMPRO
Holdings,PWTC,Felda Guar Napai,Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam,Lapangan Terbang Perth dan Kolej
Islam Hidayah di Australia.

Latar Masa
Sekitar tahun 1997 dan 1998 kerana berlaku masalah kegawatan ekonomi dan jerebu.

Latar Masyarakat
Masyarakat korporat dalam dunia perniagaan dan golongan remaja di Kuala Lumpur yang menjalani
kehidupan yang tidak bermoral.

Plot
Permulaan Cerita
Julia menjalani kehidupan yang liar dan tidak bermoral.Ibu bapa Julia terpaksa menghantar Julia ke
Kolej Islam Hidayah,Australia.Julia mengalami perubahan sikap.

Perkembangan Cerita
Ibu bapa Julia meninggal dunia dalam kemalangan.Julia terpaksa balik ke Kuala Lumpur.Julia
mengambil alih syarikat perniagaan ibu bapanya.Julia dibantu oleh Jun.

Puncak Cerita
Julia mengenalpasti banyak masalah dalam syarikat.Julia terpaksa bertikam lidah dengan beberapa
orang pegawai.Julia menyusun pelbagai strategi baru untuk memulihkan syarikat.Julia diancam oleh
Rashid.Jun menyatakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Julia.

Peleraian Cerita
Julia berjaya mengatasi semuan masalah dalam syarikat.Julia Berjaya memulakan program
Homestay.Rashid ditangkap oleh polis.Julia berkahwin dengan Jun.

Teknik Penceritaan Plot


1.Teknik dialog-perbualan atau pertuturan yang berlaku diantara watak utama Julia dengan watak-
watak lain seperti Datin Mazna,Jun dan Rashid.Semasa berdialog seringkali terdapat unsure konflik
dan ketegangan.

2.Teknik monolog-Perbualan atau pertuturan dalaman yang melibatkan Julia.julia menyimpan


perasaan cinta terhadap Jun.
3.Imbas kembali-Dalam bentuk ingatan atau kenangan.Semasa berada di Australia,Julia terkenangkan
kehidupan masa remaja bersama rakan-rakannya di Kuala Lumpur.Semasa berada di Kuala
Lumpur,Julia terkenangkan lawatannya ke Kattaning di Australia.

4.Pemerian-Penerangan atau penjelasan secar langsung oleh penulis.Misalnya penulis mengambarkan


keadaan dan perasaan Julia ketika berkenalan denagan Sadia,seorang penuntut di Kolej Islam Hidayah.

5.Saspen-Unsur-unsur ingin tahu untuk menarik minat pembaca.Antara contoh,berita kematian ibu
bapa Julia,perhubungan Jun dengan Julia dan ancaman Rashid terhadap Julia.

You might also like