You are on page 1of 6

Alatan bajak utama

• Alatan digunakan untuk

memotong dan membalik

tanah yang juga boleh

membenamkan rumpai,

mencampurnya atau dibuang

ke bahagian tepi. Aktiviti ini

lebih keras, lebih dalam dan

menyebabkan permukaan

kawasan jadi kasar. Alatan

yang banyak digunakan ialah

bajak piring (disc plough),

bajak sub-tanah lazim (subsoiler),

rotary tillers dan bajak

pahat.

Bajak pahat
memcahkan sub-tanah, memperbaiki
pengairan, mengudarakan tanah, memcahkan lapisan
keras tanah dan memunggah keluar rumpai berakar
dalam.

Bajak piring berfungsi:

• Untuk membajak di kawasan tanah keras dan

mempunyai halangan seperti akar dan berbatu

yang tidak sesuai untuk bajak sepak. Sesuai di

negara-negara tropika.

BAJAK SEPAK
 

Digunakan untuk memotong,mengangkat dan membalikkan tanah. Proses

 pembajakan tanah menggunakan bajak sepak adalah lebih sempurna  jika

 dibandingkan dengan bajak piring. Penggunaan bajak sepak sesuai bagi

kawasan bertanah  lembut, berpasir, tidak berumpai tebal dan kurang akar

atau batu

BAJAK PUTAR
 
Bajak putar sesuai bagi kawasan yang masih gembur seperti tapak tanaman

 sayuran atau sawah padi. Ia berupaya memotong dan menghancurkan tanah

 dengan tindakan putaran matanya. Bekalan kuasa diperoleh daripada aci


sadap

 kuasa pada traktor digunakan. Bajak putar digunakan untuk menggemburkan

tanah dengan cepat, menggaul sisa tanaman dengan baja di dalam tanah,

 mengawal rumpai dan ia jug berupaya membajak di antara batas.

BAJAK SIKAT
 

Bajak sikat merupakan alat pemugaran sekunder dan terdiri daripada set

piring cekung yang disusun secara berbaris. Ia berupaya memecahkan

tanah yang kasar menjadi lebih halus. Selain memecahkan butiran tanah,

bajak sikat juga boleh digunakan untuk aktivitimengawal rumpai. Bajak sikat

akan memotong rumpai dan menarik keluar akarnya.


Woodchipper

Woodchipper ialah sejenis mesin jentera yang digun akan untuk mengecil
atau menghancurkan bahagian kayu seperti batang atau dahan pokok menjadi debu kayu. Model
seperti ini selalunya mempunyai kren yang dipasang di belakang trak atau van untuk mudah
digerakkan ke mana-mana.

Disc plough

- Digunakan selalunya untuk membajak kawasan yang berakar, berbatu dan tanah
keras dengan dalam. Pusingan darjah pada mata boleh diubah mengikut kesesuaian
Penabur benih (seed drill)

Digunakan untuk menabur benih yang


berukuran kecil. Sekarang ini seed drill
juga sudah dilengkapi dengan alatan
untuk pembajaan yang dipasang
disebelah kotak biji benih.
Rotary slasher

- Memotong rumpu liar yang tinggi dan semak-samun, tetapi juga boleh memotong rumput turf dengan
kemas tanpa merosakkan tanah.

Backhoe loader
- Salah satu daripada peralatan jentera berat yang terdiri daripada traktor yang
dipasang dengan penggali di hadapan dan penggali kecil di belakang.
Disebabkan saiznya yang kecil, jentera ini kerap digunakan di kawasan bandar
dan kawasan pembinaan.

You might also like