P. 1
PANDUAN THESIS

PANDUAN THESIS

|Views: 4,236|Likes:
Published by wan2011

More info:

Published by: wan2011 on Jan 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/18/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PANDUAN PENULISAN DISERTASI/TESIS

1.

PENDAHULUAN Panduan penulisan Disertasi/Tesis disediakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan calon yang menyediakan disertasi/tesis sebagai memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh calon. Tesis – Ijazah Sarjana (Mod C) & Ijazah Doktor Falsafah Disertasi – Ijazah Sarjana (Mod B)
Penggunaan istilah ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Kali ke 75 Bil 2/2010 pada 9 Mac 2010

2.

PENYERAHAN DISERTASI/TESIS Calon dikehendaki menyerahkan Disertasi/Tesis lengkap setelah diperiksa dan diperbaiki mengikut yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah. 2.1 Syarat penganugerahan ijazah Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah kepada calon yang gagal berbuat demikian. 2.2 Simpanan naskhah Disertasi / Tesis Empat naskhah Disertasi/Tesis berjilid keras dan dua dalam bentuk “CD” (cakera padat) format PDF perlu diserahkan kepada IPS. Disertasi/Tesis tersebut diagihkan kepada pihak berikut: i. ii. iii. iv. 2.3 Satu “CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras disimpan di perpustakaan Universiti. Satu ”CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras disimpan di IPS. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.

Hak Milik Universiti Semua Disertasi/Tesis menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu hak cipta bentuk asal dipunyai oleh Universiti, bukan oleh penulis Disertasi/Tesis. 1

iii. v.0 sm daripada jidar atas.25 sm dari birai kiri. 3. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah. Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip tanpa langkauan (single spacing) dalam teks: i.2 Langkauan Disertasi/Tesis mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris (double spacing).2. FORMAT LAPORAN 3. ii. iv.1 Kertas Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.3. surat dan maklumat berkaitan.3 Santak teks Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify). Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah dimulakan santak kiri. iv. 3. vi. iii.3 Penaipan tajuk Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan. 3. Senarai rujukan. (Lampiran A) 3. 5. 3. ii.1 Huruf Calon mesti menggunakan font “Times New Roman” dengan saiz 12 poin.2. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.4 Perenggan i.2. 3. Lampiran: seperti soal selidik. Calon hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.2 Penaipan Disertasi/Tesis mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Antara perenggan satu baris (sekali ‘enter’). Petikan asal. 2 . Penghargaan. Tajuk dan sub tajuk yang panjang. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3 kali ‘enter’).

ia perlu dimulakan pada muka surat baharu. (Rujuk lampiran B) 3.ii.000 patah perkataan.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan.7.2 Jenis nombor Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1 penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan (i. 3. 3. tetapi nombornya tidak ditaip.7. antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali ‘enter’).8sm Tepi sebelah bawah :2. Mod C : tidak melebihi 60.1 Tesis • • 3. Jika tidak. (Rujuk Lampiran C) 3. Muka surat judul hadapan disertasi/tesis di anggap 1.7 Penomboran muka surat 3.6 Panjang penulisan Tesis/Disertasi/Kertas Projek 3.000 patah perkataan.iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.5 Birai (Margin) Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut: Tepi sebelah atas :3.000 patah perkataan.0sm Tepi sebelah kanan :2.1 Kedudukan nombor muka surat Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan 1.6. Perenggan baharu pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurangkurangnya dua baris yang lengkap ditaip.6. 3.6.5sm Tepi sebelah kiri :3.3 Kertas Projek • Mod A: tidak melebihi 20. bagi digit terakhir nombor berkenaan.v. Disertasi Sarjana • Mod B: tidak melebihi 40.000 patah perkataan. 3 .2 Doktor Falsafah : tidak melebihi 100.5sm Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah.

catatan nota kaki jarang digunakan. Namun. 3. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing. jadual dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual.1. rujukan mestilah dicatat. Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.4. Nota kaki Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam penerbitan sains.10. baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) ‘Jadual 5. Perkataan Jadual.10. Jadual 3. Misalnya. 3. 3. Keterangan tidak diulangi. Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.3 dan seterusnya. dan seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks. susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan disertasi/tesis.2.8 Pecahan kecil Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu tentang susunan teks. Jika jadual bersambungan pada muka surat berikutnya.. kemanusiaan dan sains sosial.2 Kedudukan Jadual Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai yang ditetapkan. Teks. Jadual 3. Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. 3.9 4 . Dalam bidang sains.1 Penomboran jadual Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan keterangan.3 Bentuk Jadual Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis.sambungan). (Rujuk lampiran D dan lampiran E). 3.10 Jadual 3. nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual tersebut.Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat kedua judul. Jika jadual petikan. rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2.3.10.

3. Disertasi/Tesis ini dikembalikan kepada calon.11 Rajah Rajah mungkin mengandungi gambar foto. Semasa menjilid. graf atau apa sahaja yang tidak menyerupai skrip atau jadual. muka surat bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan. PENJILIDAN 4. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya.11.11. 3. 5 .1 Naskhah untuk pemeriksaan Empat salinan Disertasi/Tesis terakhir (yang dijilid dengan kulit lembut) mestilah diserahkan pada Institut Pengajian Siswazah bersama borang penyerahan Disertasi/Tesis yang dilengkapkan. 3. peraturan menulisnya sama seperti jadual.Contoh: Jadual 3. ilustrasi. Selepas pemeriksaan. Calon dikehendaki membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan diperakui oleh penyelia sebelum menjilid Disertasi/Tesis dengan kulit keras.12 Cetakan Cetakan hanya pada sebelah muka surat. penomboran rajah juga berurutan. 3. nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di bawah rajah tersebut.2 Gambar foto Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.1 Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran Mata Pelajaran Matematik Fizik Biologi Kimia Pelajar Lelaki 52 85 70 66 Pelajar Perempuan 72 65 86 55 Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk landskap.1 Kedudukan Rajah Perkataan rajah. 4.

ii.3 Warna kulit Warna kulit untuk Tesis Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Disertasi Ijazah Sarjana berwarna merah hati.2 Naskhah terakhir untuk Universiti Empat (4) naskhah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan CD (cakera padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada tarikh yang ditetapkan.4.) 6 .0 sm dari jidar bawah Tahun penyerahan Disertasi/Tesis. pada kedudukan tengah jidar. (Rujuk lampiran F) 4.4. Tajuk Disertasi/Tesis disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.1 Muka Hadapan Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas yang bersaiz 18 poin Times New Roman atau Arial. Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau pasport antarabangsa.Ed Singkatan nama universiti 3. iv.4 Keterangan pada kulit 4. Nama Universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6. 4. 4.2 Tulang belakang Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut: i. iii.0 sm dari birai atas Ph.D atau M.0 sm dari birai atas.0 sm dari jidar bawah. (Lihat Lampiran G untuk laporan yang tebal atau Lampiran H untuk laporan yang tipis. Nama penulis : Ijazah : UPSI : 3.4.

D (BIDANG) atau DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJZAH SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG) iv. Tahun Disertasi/Tesis itu diserahkan untuk pemeriksaan. contohnya TESIS YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH Ph. permulaan. 7 . Nama universiti (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS) vi. SUSUNAN KANDUNGAN Setiap Disertasi/Tesis mengandungi tiga bahagian. Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan tertentu. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan / pasport antarabangsa) iii.0 sm dari jidar) (Rujuk Lampiran I) ii. Nama Fakulti v.1 Halaman judul Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut: i. Disertasi/Tesis yang dikemukakan. Susunan dan kandungan Disertasi/Tesis perlu mengikut tertib seperti berikut: Halaman Judul Pengakuan Penghargaan Abstrak dalam Bahasa Melayu Abstrak dalam Bahasa Inggeris Kandungan Senarai jadual Senarai rajah Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah Teks Rujukan Lampiran (jika ada) 5. Judul Disertasi/Tesis (dalam bentuk piramid terbalik 6.5. teks dan rujukan.

kebanyakan Disertasi/Tesis merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Disertasi/Tesis calon. objektif dan matlamat kajian.8 Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah. Ia mengandungi senarai kandungan yang terdapat dalam Disertasi/Tesis. 5. Ia mestilah mengandungi senarai tajuk gambar rajah. Walau bagaimanapun.2 Pengakuan / Declaration Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengah-tengah muka surat tersebut.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam teks. Senarai ini mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan.5.7 Senarai rajah Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. tajuk dan sub tajuk yang berkenaan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat. (contoh : lampiran J) pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi Disertasi/Tesis yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan. (contoh: lampiran L) Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan tersebut. gambar foto. peta. 8 . 5. Abstrak berupa ringkasan Disertasi/Tesis yang memberi pendedahan tentang masalah yang diselidiki. (Rujuk lampiran K) 5.5 Kandungan Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. 5.6 Senarai jadual Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. (contoh: lampiran M) 5.3 Penghargaan Bahagian ini tidak diwajibkan. graf dan sebagainya yang terdapat dalam penulisan (contoh: lampiran N) 5. iaitu Bab. kaedah dan dapatan penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan.

seperti berikut: BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan kajian BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan atau BAB1 : Pendahuluan BAB 2: Tinjauan Literatur BAB 3: Metodologi BAB 4: Dapatan dan Perbincangan BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan 5. karya tersebut perlu disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama.10 Lampiran Disertasi/Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran.5. LAMPIRAN B dan seterusnya. Satu rujukan yang mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak tujuh ruang. mestilah mengandungi bibliografi yang menunjukkan sumbernya.1 Rujukan Sebarang Disertasi/Tesis yang menggunakan karya lain sebagai rujukan. dan sebagainya ke dalam teks.9.9 Teks Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya. jadual. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks. Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda bacaan 5. Sekiranya perlu. atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. carta alir. 5. contoh soal selidik. 9 .0 sm dari jidar atas. bolehlah dimasukkan data kajian.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->