You are on page 1of 15

BFF

Tuesday, February 09, 2010 2:14 PM

ingat x ari 2 kita g jln sama2...

bestkan dpt jln2 sambil gurau2...waaaa...so sweet...

time 2 awk bg sy hadiah yg paling mahal yg x boleh sy lupakan sampai bila2...

senyuman awk yg amat manis..

esok bila sy x boleh jln, boleh x awk ddk kt sebelah sy???

time 2 sy x boleh panggil awk cm sllu...

awk yg kena dtg kt sy...

time ni sy nk hadiah dr awk lg lh x???

tp bkn senyuman awk 2 lg tau...tp...

sy nk awk hadiah kn sy AL-FATIHAH...

awk baca kn tuk sy ea...

sebab time 2 sy x boleh baca sendiri...

pas 2 bila de org letak sy bawah papan awk jgn ngis and cari sy lg ea...

sebab time 2 sy x boleh tgr awk lg...

awak...

janji ea bestfriends 4eve...

tp b4 dat blh x awk ucap kn pe yg awk nk ucapkan skrg???

sy tunggu...
12 PERKARA TENTANG CINTA..

Monday, January 11, 2010 6:56 PM

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah
cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta
seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,
tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima
kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk
kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih
ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang,
tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada
yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir


dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar
menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi
membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran
dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang
kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap
kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir
dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih
abadi, cinta suci atau cinta sejati.
cinta x perlu kn sebab...

Sunday, January 10, 2010 8:31 PM

DIMANA CINTA…

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..

KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN

ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..

HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik
yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi
dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan
cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu
diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu
aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu
lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan
cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

selaki lagi aku menangis...

Thursday, January 07, 2010 3:18 AM

mlm ni tah knp dgn aku...

sekali lagi aku menangis...

bodoh nye menangis kerna dia...

bagaimana harus ku lepaskan ketulusan & kejujuran diri di hati,

bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa,

tergamaknya hatimu membiarkan jiwa ku berderai jadi abu,

kau menghancurkan segala yg telah kita bina,

kau menghancurkan segala yg telah kita semai,

pedih nye...
kebahgiaan....

Friday, December 11, 2009 3:40 PM

usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebhgiaan kita...

ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita...

jangan sangka yang cerah itu akan cerah selmanya...

adakalanya ia akan menyusahkan dan menjadi hitam...

Surat Cinta & Nasihat Dari Wife Masa Hadapan...

Thursday, October 21, 2010 11:09 AM

*Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*

Wahai my ONLY future husband.

Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you
yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum
you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum
you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti
gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?"

You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke,
you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki
gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah.
So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila
tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I
tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain,
dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?
Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada
lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah.
Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia,
lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan
layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell,
you?

Dear ONLY you.

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan
lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle
dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul
suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan
masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan
kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam
longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you
all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu
yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa
belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat,
rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah;
mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan
mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam
dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau
pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang
kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you
akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus.
Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I
cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah
pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar
macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau
mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang
lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?
Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki
je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti
dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak
ada makna. Huh.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa.
Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa
you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk
tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab
kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh
masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih
dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung
emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat,
puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak
kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu?
Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah.
Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk
nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak
boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan
you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu.
Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu.
Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee
Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak
gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak
handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to
see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari
your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."
.: TIPS MENAWAN HATI WANITA :.

Thursday, October 21, 2010 3:32 AM

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari
anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-
sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha
sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang
menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati
anda daripada semua perasaan yang negatifterhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-
Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika
anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan
menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.
Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara
memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda
terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Rmai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal
pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan
sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang
perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa
badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan
perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan.
Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan,
semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk
didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah
kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik,
mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal
pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan
menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan
sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling
mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa
atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan
dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada
berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan
hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai
satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau
suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak
berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian
atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan –
tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh
bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda
mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada
anda jika anda mengasihinya bukan keranwajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej
dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati
bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada
bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian
daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini
menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.\

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan
kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk
menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan
dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini
membelai dan melembutkan hatinyaterhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan
ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka
kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru,
cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan
yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka
membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki
kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan
dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki
seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak
tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang
dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan
emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal
pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan
atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta
maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut
terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan
secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah,
dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah
sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan
bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Setia pada yg satu

Tuesday, October 19, 2010 5:30 PM

1.Sentiasa dekat dgn pasangan waktu susah dan senang

-kongsi waktu hebat-solat berjemaah -makan brsama -doa bersama

2.Wujudkan K.K (Komunikasi Kasih)

-chatting bila online internet

-JANGAN herdik dan malukan pasangan

-pandang muka pasangan bila bercakap

3.JANGAN buka aib pasangan didalam alam siber.

eg:facebook,tweeter,blog

-jgn bawa cerita 'rumahtangga'

-jadikan kawan pasangan yg sama jantina dgn anda sebagai kawan anda sebaliknya jadikan
utempat untuk luahkan kata2 cinta anda...
4.Jumpa kaunselor yg bertauliah apbla ada mslh dan selesaikan dgn cara yg baik

-elakkan dari mendengar masalah dari rakan yg berlainan jantina kerana ia akan melahirkan
perasaan simpati,seterusnya akan berasa empati,dan akhir sekali adalah jatuh hati antara satu
sama lain. inilah penyebab kemusnahan satu2 hubungan

5.Mengetahui dan sentiasa ingat status diri iaitu sedah berpunya dan milik kepada seseorang.

-jadikan kawan pasangan anda sebagai kawan anda oleh itu jaga batas2 pergaulan dengan
rakan berlainan jenis

6.Selalu bagi hadiah walaupun bukan hari istimewa.

7.Meluangkan masa bersama2 pasangan -bercuti,menghabiskan masa hujung minggu bersama

8.Jangan lupa berdoa untuk kebahagiaan bersama

-surah Al-Hasri-ayat21 -surah Al-Imran-ayat31

9.Jangan sesekali membuka ruang diri sendiri dan pasangan untuk curang kerana kita akan sesal
tak sudah -melebih2 dgn org lain

kata-kata romantis

Tuesday, October 19, 2010 2:20 PM

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg
betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk
bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan
memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg
telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati
seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam
kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari
mimpi dan memeluknya dengan sebenar

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa
yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik,
percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu
adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka
hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan
manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak
boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai
dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci,
sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun
lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu
sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah
silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu
harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk
dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan
kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi
yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik
balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof,
andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak
sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil
ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan
sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak
ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan
membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila
kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang
kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi,
hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka,
moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua
dan hidupmu kembali ceria...

You might also like