You are on page 1of 9

KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/1

Keronggaan dan
Unit 13 Turus Sedutan
Positif (NPSH)

Objektif Am:

- Mengenalpasti dan mengetahui kaitan antara keronggaan dan turus tekanan

positif bagi pam.

Objektif Khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

- Mengetahui bagaimana kavitasi berlaku.

- Mengenalpasti kesan kavitasi pada pam.

- Menerangkan kaitan turus tekanan positif dan kavitasi.

- Menyelesaikan masalah berkaitan kavitasi dan turus tekanan positif.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/2

Input 1

13.0 Pengenalan

Peronggaan (Cavitation) boleh menyebabkan kerosakan yang cepat

pada logam di dalam pendesak, pam, pelari dan bilah turbin dan pada masa

tertentu di dalam talian paip. Keadaan ini berlaku apabila tekanan cecair

jauh lebih rendah daripada tekanan wap cecair tersebut. Dalam sistem

pam,keadaan ini berlaku apabila tekanan pada bahagian sedutan (suction)

jatuh di bawah tekanan wap dan seterusnya menghasilkan bunyi bising dan

meningkatkan gegaran.

Apabila molekul cecair bergerak, sebahagian daripada molekul akan

terbebas ke udara dan menjadi wap kesan daripada momentum yang

dimilikinya. Wap ini yang dalam bentuk gas memberikan tekanan ke ruang

udara dan dikenali sebagai tekanan wap (vapour pressure),pv.

Pada suhu 25o , tekanan wap bagi air ialah 3.17 kPa (Patmos. = 102 kPa)

dan nilai ini akan meningkat apabila kenaikan suhu meningkat.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/3

13.1 Kesan Keronggaan Terhadap Pam

Tekanan negatif (negatif pressure) boleh terjadi pada bahagian

sedutan apabila turus sedutan, Hs meningkat dan melebihi turus sedutan

positif bersih (net positive suction head - NPSH). Turus sedutan positif

bersih juga dikenali sebagai vakum dalam bahasa yang mudah.

Berpandukan kepada Rajah 13.1 di bawah, kesan akibat dari keronggaan

dapat dilihat dengan jelas.

Scan g/rajah kesan cavitation page 98 - Franzini

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/4

Input 2

13.2 Kaitan Turus Sedutan dan Turus Sedutan Positif

Turus sedutan, Hs, dikaitkan dengan NPSH melalui,

Pa P
(Hs)max = - v - NPSH - H f (1-2)
ρg ρg

Bagi pam, parameter penting adalah nombor kavitasi (cavitation number),σ,


dan didefinasikan sebagai;

NPSH
σ=
H

Setiap pam mempunyai number kavitasinya tersendiri dan


bergantung kepada keadaan operasi, dan Rajah 13.2 di bawah menunjukkan
graf nilai bagi nombor kavitasi kritikal, σc, bagi pam empar untuk pelbagai
kelajuan spesifik.

Scan - Graf m/s 550 buku franzini

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/5

Contoh Permasalahan 13.1

Sebuah pam empar mempunyai nombor kavitasi bersamaan 0.04 dan


mengepam air pada jumlah turus 42.67m. Suhu air adalah 15o C dan tekanan
udarakasa adalah 98 kPa, kehilangan turus di bahagian sedutan ialah 1.2m.
Tentukan turus sedutan maksima yang dibenarkan.

Penyelesaian;

Soalan ini memerlukan anda mendapatkan nilai turus sedutan maksima,


dan anda diberikan nilai-nilai berikut;

H = 42.67m
Pa = 98 kpa
Hf = 1.2 m
Tekanan wap, Pv = 1701 pa (dari jadual tekanan wap, bagi suhu air 15o )

Oleh itu,
NPSH
σ=
H

NPSH = 0.04 X 42.67

= 1.7068 m

maka;,
Pa P
(Hs) max = - v - NPSH - H f (1-2)
ρg ρg

98000 1707
= - - 1.7068 - 1.2
9810 9810

= 6.91 m

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/6

Aktiviti 13a

SILA UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA……!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN MAKLUMBALAS


DI HALAMAN BERIKUTNYA.

13a.1 Apakah yang ditakrifkan dengan Peronggaan (Cavitation).

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/7

Maklumbalas
Aktiviti 13a

13a.1 Peronggaan (Cavitation) di takrifkan sebagai tekanan cecair

yang jauh lebih rendah berbanding tekanan wap cecair di dalam

pendesak, pam, pelari dan bilah turbin atau di dalam talian paip, di

mana ianya boleh menyebabkan kerosakan yang cepat pada logam-

logam tersebut.

Dalam sistem pam contohnya, keadaan ini berlaku apabila

tekanan pada bahagian sedutan (suction) jatuh di bawah tekanan wap

dan seterusnya menghasilkan bunyi bising dan meningkatkan gegaran.

Keadaan ini juga berlaku apabila molekul cecair yang bergerak di

mana sebahagian daripada molekul akan terbebas ke udara dan

menjadi wap, kesan daripada momentum yang dimilikinya. Wap ini

yang dalam bentuk gas memberikan tekanan ke ruang udara dan

dikenali sebagai tekanan wap (vapour pressure),pv. Pada suhu 25o ,

tekanan wap bagi air ialah 3.17 kPa (Patmos. = 102 kPa) dan nilai ini

akan meningkat apabila kenaikan suhu meningkat.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/8

Penilaian
Kendiri

13.1 Huraikan apakah kaitan antara Turus Sedutan dan Turus Sedutan
Positif.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi
KERONGGAAN DAN TURUS SEDUTAN POSITIF C4009/UNIT 13/9

Maklumbalas
Penilaian Kendiri

13.1 Turus sedutan, Hs, dikaitkan dengan NPSH melalui,

Pa P
(Hs)max = - v - NPSH - H f (1-2)
ρg ρg

Bagi pam, parameter penting adalah nombor kavitasi


(cavitation number),σ, dan didefinasikan sebagai;

NPSH
σ=
H

Setiap pam mempunyai nombor kavitasinya tersendiri dan


bergantung kepada keadaan operasinya.

Jabatan Kejuruteraan Awam Ezany B. Jaafar


Che Rogayah Bt. Desa
Hayazi Bt. Hanafi

You might also like