You are on page 1of 2

CINTA IBARAT MENUNGGU BAS

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu


bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri
awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan
pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan
bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang
pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan
rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu
dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu


kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
“Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan
awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula
gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan
kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang
ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak
di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak
salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang
lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak,
apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada
bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg
macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak
nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat
tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu
tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak


akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu
adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri
peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila
awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

You might also like