You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

Penyiapan sesuatu kerja kursus boleh dikatakan amat susah. Dalam kata lain, setiap tugasan kerja kursus memerlukan sumbangan pendapat dan juga pandangan orang lain dalam menyelesaikan tugasan kita di samping tunjuk ajar daripada pensyarah. Dengan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran Pendidikan Jasmani: Anotomi dan Fisiologi Encik Muhammad Fairuz Bin Hassan kerana beliau telah banyak membantu kami menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan soalan tugasan amali. Menerusi panduan dan tunjuk ajar beliau, kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakanrakan sekelas kami yang turut membantu kami. Kami juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana membantu kami menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang halangan.

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI


Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh badan manusia. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Anatomi kasar terbahagi kepada: i. Anatomi kawasan ( regional ) iaitu semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala. ii. Anatomi bersistem ( systemic ) iaitu semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkaji semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya. iii. Anatomi permukaan ( surface ) iaitu kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh. Antara fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi ialah : Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi-sendi tertentu. Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal. Contohnya kita boleh melihat dalam fungsi sendi iaitu membantu kita untuk memahami senaman yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan masalah kesihatan. Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula.

2.0 SISTEM SENDI

2.1 JENIS-JENIS SENDI


Sendi

Berdasarkan fungsi (pergerakan)

Berdasarkan struktur

Synarthroses Amphiarthroses Diarthroses

Sendi fibrous

Sendi Sendi cartilagenous sinovial

2.1.1 Sendi Berdasarkan Fungsi FUNGSI


1. Tidak bergerak (synarthroses)

CONTOH SENDI
Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara turus vertebra( di cakera intervetebra) Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lutut Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana

PERGERAKAN
Tiada pergerakan

2. Gerakan terhad (amphiarthroses)

Pergerakan yang terhad

3. Gerakan bebas (diarthroses)

Rotasi sirkumduksi fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi pronasi dan supinasi rotasi Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh fleksi ekstensi abduksi adduksi sirkumduksi

Rajah 1: Jenis Sendi Sinovial Sendi Lesung Sendi Pelana

Sendi Paksi (Pivot Joint) Sendi Kondil (Condyloid Joint)

Sendi Engsel (Hinge Joint)

Sendi Gelungsur

2.1.2 Sendi berdasarkan struktur STRUKTUR


Bony fusion Penukaran bentuk tulang artikul ke tulang keras. Sendi fibrous Tulang artikulasi berada dalam kedudukan rapat. Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu penghubung berfiber. Terikat oleh ligamen. Sendi cartilaginous Hujung tulang dihubung dengan kartilej. Cakera fibrokartilej sebagai penghubung Sendi sinovial Kaviti sendi mengandungi cecair sinovial yang membantu melincirkan pergerakan sendi.

CONTOH SENDI
Sebahagian daripada tengkorak, garisan epifiseal Sutur antara tulang-tulang tengkorak Antara gigi dengan maksila dan mandible Antara tibia dengan fibula

Simfisis pubis lengkungan pelvis Antara tulang vetebra

Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lutut Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

FUNGSI

STRUKTUR
Sendi fibrous Sendi cartilaginous

CONTOH SENDI

CONTOH PERGERAKAN

1. Tidak bergerak (synarthroses

Sutur antara tulangtulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara tulang vertebra( di cakera intervertebra Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lutut Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal Sendi pangsi/paksi Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atlas dan tengkorak Sendi gelungsur Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum Sendi pelana Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

Tiada pergerakan

2. Gerakan terhad (amphiarthroses)

Sendi fibrous Sendi cartilaginous

Pergerakan yang terhad

3. Gerakan bebas (diarthroses)

Sendi sinovial

Rotasi sirkumduksi fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi semua pergerakan bersudut:fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi pronasi dan supinasi rotasi Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh fleksi ekstensi abduksi adduksi sirkumduksi

2.1.3 Jenis-jenis Pergerakan JENIS


1. Gerakan linear (Gelungsur)

PENERANGAN
Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan Pergerakan bersudut antara batang tulang dengan permukaan artikular fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi Pergerakan pada sendi sinovial di mana hujung distal tulang membuat bulatan tanpa memutarkan batang tulang sirkumduksi Batang tulang berpusing secara menegak pada paksi longitudinal rotasi supinasi pronasi inversi eversi dorsifleksi plantar fleksi elevasi depresi pronasi supinasi

CONTOH
Pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh

2. Gerakan Bersudut

Pergerakan pada sendi bahu Pergerakan pada sendi siku Pergerakan pada sendi pinggul

3. Putaran

Sendi antara dua vertebra servikal yang pertama yang membenarkan kepala berpusing

4. Pergerakan khusus

Fleksi:

2.1.4 Model Ringkas Pergerakan Artikular

(a)

Kedudukan awal pensel bersudut tepat dengan permukaan (b) Pergerakan mengelungsur
Pensel kekal tegak tetapi mata pensel bergerak keluar dari titik asal

(c)

Pergerakan bersudut
Mata pensel tidak bergerak tetapi kedudukan batang pensil berubah secara relatif kepada permukaan

(d)

Sirkumduksi
Mata pensel tidak bergerak. Batang pensel yang di pegang daripada 90 membentuk satu bulatan.
0

(e)

Putaran Batang pensil berpusing secara menegak pada satu titik

3.0 PEMBENTANGAN AMALI


3.1 Objektif Pembelajaran Mengenalpasti maksud dan pengelasan sendi Dapat menentukan bahagian-bahagian dan jenis-jenis sendi Dapat memahami fungsi-fungsi sendi Dapat mengaplikasikan gerakan sendi dalam pergerakan Pendidikan Jasmani 3.2 Prosedur 1) Pembentangan sistem sendi dengan menggunakan model rangka. a. Pengenalan sistem sendi b. Penerangan bahagian-bahagian, pengelasan dan jenis-jenis sendi c. Penggunaan model rangka untuk pengaplikasian pergerakanpergerakan sendi d. Penerangan fungsi-fungsi bagi pengelasan-pengelasan sendi 2) Aktiviti luar. a. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut jenis-jenis gerakan sendi b. Setiap kumpulan perlu mencipta 2 pergerakan mengikut sistem sendi c. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan pergerakan yang dicipta 3.3 Keputusan 1) Dapat mengelaskan dan mengklasifikasikan bahagian-bahagian sendi a. Synathrosis b. Amphiarthrosis c. Diarthrosis 2) Dapat mengenalpasti jenis-jenis sendi di dalam sistem sendi a. Sendi lesung b. Sendi engsel c. Sendi pelana
9

d. Sendi bonggol e. Sendi paksi f. Sendi telangsar 3) Mengaplikasikan jenis-jenis gerakan dalam Pendidikan Jasmani a. Ekstensi b. Fleksi c. Rotasi d. Hiperekstensi e. Doral fleksi f. Plantar fleksi 3.4 Kesimpulan/Cadangan 1. Kita hendaklah menentukan objektif pembelajaran sebelum proses P&P. 2. Sesuatu pengajaran hendaklah disediakan mengikut pemahaman dan

keupayaan murid-murid. 3. Aktiviti perlu diperbanyakkan selepas proses P&P untuk membantu pemahaman yang mendalam. 4. Menyediakan masa yang lebih bagi sesi aktiviti. 5. Kita hendaklah mengajukan soalan kepada murid-murid selepas proses P&P untuk memastikan murid-murid memahami sesuatu pembelajaran.

10

REFLEKSI
Kerja kursus adalah satu bahagian yang amat penting dalam membuat penilaian ke atas seseorang pelajar. Oleh itu, kerja kursus perlu disiapkan oleh semua guru pelatih pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan tugasan amali bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani: Anatomi dan Fisiologi. Pertama sekali, saya menghadapi masalah dalam menyiapkan folio ini. Pada mulanya, saya tidak memahami tentang apa yang perlu diletakkan dalam folio ini. Namun, masalah ini dapat saya atasi melalui penjelasan yang terperinci daripada pensyarah saya Encik Muhammad Fairuz Bin Hassan mengenai folio dan pembentangan yang perlu dibuat. Di samping itu, beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan cara-cara untuk membuat pembentangan dan folio ini. Selain itu, saya mengalami masalah untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk pembentangan saya. Hal ini disebabkan, saya mengalami masalah untuk melayari internet kerana saya tidak mempunyai perkhidmatan internet. Walaubagaimanapun, saya mengatasi masalah ini dengan berkunjung ke perpustakaan untuk merujuk bukubuku yang berkaitan dengan tajuk pembentangan ini. Saya juga menghadapi masalah dalam menguruskan masa. Saya menghadapi masalah ini kerana saya mempunyai tugasan-tugasan yang lain yang perlu disiapkan. Oleh itu, saya membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam kerja kursus ini, saya telah mendapat pengetahuan baru dalam aspekaspek sistem sendi. Dalam pada itu, ini merupakan kali pertama saya mempelajari mengenai sistem sendi kerana saya tidak mengambil matapelajaran Biologi sewaktu tingkatan 4 dan 5. Selain itu, saya juga telah mempelajari mengenai sendi-sendi sinovia. Dalam pada itu, melalui perbincangan dengan rakan saya Khairul Nizam bin Hamzah saya telah mempelajari sendi-sendi apa yang terlibat dalam pergerakan semasa melakukan aktiviti sukan. Diharapkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang menyiapkan tugasan amali ini dapat membantu saya dalam menghasilkan bahan pengajaran dan

11

pembelajaran yang bermutu tinggi agar bersesuaian dengan tahap penerimaan murid sekolah rendah. (SELVENTHIRAN A/L MUNIANDY)

12

REFLEKSI
Melakukan refleksi atau muhasabah diri dalam setiap perkara yang dilakukan adalah amat penting. Melalui refleksi ini, kita boleh melihat kelemahan serta kekuatan diri sendiri. Apabila mengetahui kelemahan diri, kita mampu untuk mengubah serta mempertingkatkan diri ke arah kemajuan. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki untuk menghasilkan dan membuat pembentangan amali berkaitan dengan Sistem Sendi. Walaupun topik ini tidak saya gemari, namun saya berusaha untuk mencari dan menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya dapat belajar dengan lebih mendalam tentang sendi-sendi di dalam tubuh badan manusia. Hal ini membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran yang saya perlu dalam menghadapi cabaran di sekolah nanti. Secara peribadi, tugasan ini mengajar saya pentingnya sikap kerjasama dalam sesebuah pasukan. Kerja yang dilakukan dengan kerjasama akan lebih mudah diselesaikan. Tanpa bantuan rakan-rakan saya, tugasan ini tentunya akan menjadi satu masalah atau bebanan kepada saya. Perancangan dalam melakukan tugasan juga amat penting. Saya mempelajari kepentingan melakukan perancangan apabila menghadapi masalah kekangan masa ketika melakukan tugasan ini. Saya terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan ini kerana tiada perancangan khusus dalam melakukan tugasan ini. Hal ini menjadi pengajaran dan ingatan berguna kepada diri sendiri. Secara umumnya, tugasan ini mampu memberi kesan positif kepada diri saya. Saya telah dapat mengenal pasti kelemahan diri serta menemui jalan penyelesaian bagi mengatasinya. Oleh itu, saya berharap agar tugasan ini dapat terus dijalankan dalam melahirkan insan guru yang cemerlang dalam diri saya. KHAIRUL NIZAM BIN HAMZAH 910608-13-5249 MT/PJ/BI AMBILAN JANUARI 2011
13

LAMPIRAN

14

RUJUKAN
BUKU Lai Oi Ming, Say Soo Peng (1995) Visi Cemerlang Spm Biologi Tingkatan 4 dan 5 Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam

Liew Shee Leong, Tan Kim Low, Fadhilah Muhammad (1992) Biologi Tingkatan 5, Media Pustaka Enterprise, Petaling Jaya

Liew Shee Leong, Tan Kim Low, Fadhilah Muhammad (1992) Biologi Tingkatan 4, Media Pustaka Enterprise, Petaling Jaya

Michael Kent (2000) Advanced Biology Charlbury, Oxfordshirel, UK

INTERNET

Bernard Dery (2011) Types Of the Joints Found In Human Body Dilayari pada 25 Januari 2012 dari http://www.infovisual.info/03/026_en.html

Frederick A. Matsen (2011) Joints Dilayari pada 26 Januari 2012 dari http://www.orthop.washington.edu/PatientCare/OurServices/Arthritis/Artic es/Joints.aspx

Alicia Mae Prater (2010) Human Skeletal Movement - Synovial Joints Dilayari pada 27 Januari 2012 dari http://alicia-m-prater.suite101.com/human skeletal-movement---synovial-joints-a223998

15

KANDUNGAN
PENGHARGAAN ....................................................................................................................................... 1 1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI ................................................................................... 2 2.0 SISTEM SENDI .................................................................................................................................... 3 2.1 JENIS-JENIS SENDI....................................................................................................................... 3 3.0 PEMBENTANGAN AMALI ................................................................................................................. 9 3.1 Objektif Pembelajaran..................................................................................................................... 9 3.2 Prosedur............................................................................................................................................ 9 3.3 Keputusan ......................................................................................................................................... 9 3.4 Kesimpulan/Cadangan ................................................................................................................. 10 REFLEKSI ................................................................................................................................................. 11 LAMPIRAN ................................................................................................................................................ 14 RUJUKAN.................................................................................................................................................. 15

16

You might also like