You are on page 1of 1

Junaidah Binti Hussin,

Kampung Kuala Paya,


85010 Buloh Kasap, 
Segamat, Johor.
____________________________________________________________________________
Kepada:
Pengurus,
HAS Enterprise,
Cawangan UiTM Johor. Tarikh: 9 Disember 2010

Tuan,
PERKARA: NOTIS BERHENTI KERJA
Pemberitahuan notis berhenti kerja sebagai Kontraktor Pembersihan Bangunan di bawah
Syarikat HAS Enterprise Cawangan UiTM Johor.
Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan
tempoh sehingga penghujung Disember 2010.
Saya berterima kasih kepada pihak tuan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang
telah diberikan selama ini. Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana-mana
pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu-alukan
pihak tuan untuk memberitahu saya.
Ini bukan keputusan yang mudah dan memerlukan banyak pertimbangan, kerana saya
menghargai bantuan dan sokongan kakitangan HAS Enterprise, terutama rakan kerja saya selama
saya di sini. Namun kesulitan dalam menghantar dan menjemput pulang anak saya yang masih
bersekolah menyebabkan saya terpaksa untuk berhenti.
Terima kasih kerana membenarkan saya untuk berkhidmat dalam syarikat tuan. Saya berharap
syarikat tuan akan terus berjaya dan maju.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
……………………………
(JUNAIDAH BINTI HUSSIN)

You might also like