You are on page 1of 21

SULIT IE/APR 2010/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS HUBUNGAN ETNIK


KOD KURSUS CTU553
PEPERIKSAAN APRIL 2010
MASA 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (60 Soalan)
BAHAGIAN B (3 Soalan)

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B.

i) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR.


ii) BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di
muka surat yang baru.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan
kebenaran pengawas.

Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi:


i) Kertas Soalan
ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti
iii) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN


Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 2 IE/APR 2010/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

"Satu proses di mana setiap kumpulan etnik menyedari norma dan nilai etnik masing-
masing serta menghormati etnik lain, namun mereka masih tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing".

Pernyataan di atas merupakan manifestasi daripada?

A Konsep Amalgamasi
B Konsep Akomodasi
C Konsep Segregasi
D Konsep Asimilasi

Apakah bentuk sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh penjajah British di Tanah
Melayu?

A Pengendalian sekolah tertakluk kepada peraturan British


B Setiap sekolah perlu menggunakan kurikulum yang sama
C Penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum mengikut etnik
D Kewujudan sekolah yang disertai oleh semua etnik adalah digalakkan

Soalan no. 3 berdasarkan maklumat di bawah.

• Kuasa kehakiman mahkamah tertakluk kepada


kehendak Perlembagaan.
• Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi
Perkara P perkara yang di luar bidang kuasanya.
• Kuasa Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijalankan
tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan.

3. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan perkara P?

A Keluhuran Perlembagaan
B Bidang kuasa mahkamah
C Had kuasa pemerintahan kerajaan
D Kawalan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 3 IE/APR 2010/CTU553

4. Persaingan yang sihat antara etnik dalam aktiviti ekonomi telah banyak memberi
sumbangan kepada pembangunan negara.

Apakah kelebihan yang boleh diperolehi hasil daripada persaingan tersebut?

i Mewujudkan perkongsian bijak inter etnik dalam ekonomi


ii Memperkuat rangkaian pasaran ekonomi etnik tertentu
iii Meningkatkan produktiviti organisasi
iv Melahirkan guna tenaga kerja mahir

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

5. Peristiwa 13 Mei 1969 memberi pengajaran penting dalam memelihara keharmonian


hubungan etnik di Malaysia, KECUALI:

A Semangat cintakan negara


B Mematuhi perlembagaan negara
C Mempertahankan sistem demokrasi
D Menggalakkan semangat etnosentrisme

6. Perpaduan adalah proses yang menyatukan seluruh masyarakat dan negara agar
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan
banggakan tanah air.

Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memupuk semangat tersebut?

i Memberi peluang pekerjaan yang seimbang kepada semua etnik di sektor


swasta dan awam
ii Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
iv Menggalakkan urbanisasi penduduk luar bandar ke bandar

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 4 IE/APR 2010/CTU553

Manakah antara pernyataan berikut strategi kerajaan dalam memaju dan


mempereratkan hubungan etnik?

i Membangunkan kawasan luar bandar seiring dengan pembangunan bandar


ii Menambah penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan
perindustrian
iii Menggantikan industri gantian eksport dengan industri berasaskan import
iv Menambah pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat

A ii dan iii
B ii dan iv
C iii dan iv
D iii dan iv

Kemesraan dalam berkomunikasi merupakan salah satu prinsip aplikasi hubungan


etnik dalam Islam.

Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui aplikasi tersebut?

Memupuk persefahaman yang lebih mendalam


Bertegur sapa dan memberi ucapan salam
Bermanis muka dengan individu yang lain
Mengeratkan hubungan antara kaum

A i dan ii
B i dan iii
C i dan iv
D ii dan iv

Soalan no. 9 berdasarkan maklumat di bawah.

Gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan


baik atau buruk yang ditujukan oleh sesuatu kumpulan
etnik terhadap etnik lain.
Mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu
memandang rendah terhadap etnik yang lain.
Membataskan interaksi antara etnik.

Apakah yang dimaksudkan dengan sikap Q?

A Diskriminasi
B Stereotaip
C Rasisme
D Prejudis

> Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 5 IE/APR 2010/CTU553

10. Manakah antara berikut BUKAN faktor migrasi etnik Cina dan India ke Tanah Melayu
padaabad ke-18M?

A Wujud kesengsaraan hidup di tanah air sendiri


B Keinginan untuk mencuba nasib di tempat orang
C British memerlukan tenaga buruh di Tanah Melayu
D Kedatangan mereka tidak dibatasi oleh sebarang undang-undang

11. Manakah antara pernyataan berikut faktor yang menyebabkan Perlembagaan


Persekutuan menjadi kukuh, praktikal dan dihormati?

i Mendapatkan pandangan daripada orang ramai


ii Perundingan secara langsung dengan Raja-raja Melayu
iii Menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak
iv Menerima cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

12. Mengapakah kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 begitu penting
dan signifikan dengan kemerdekaan Tanah Melayu?

A Menjadi syarat utama yang dikenakan oleh British kepada orang Melayu
B Melancarkan proses membuat draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid
C Inggeris lebih suka Parti Perikatan memerintah Malaysia berbanding parti
lain
D Menunjukkan etnik di Malaysia telah mencapai tahap persefahaman dan
kerjasama yang tinggi

13. Manakah antara pernyataan berikut indikator yang digunakan bagi mengukur
pembangunan ekonomi sesebuah negara?

A Pengagihan pendapatan negara secara adil untuk semua rakyat


B Peruntukan bajet yang tinggi untuk pembangunan negara
C Pertumbuhan KDNK dan peningkatan kualiti hidup
D Pembangunan sektor hartanah yang pesat

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 6 IE/APR 2010/CTU553

Soalan no. 14 berdasarkan maklumat di bawah.

• Berperanan sebagai forum perbincangan untuk mendapat pandangan


rakyat dalam menggubal dasar ekonomi negara.
• Ditubuhkan bagi menarik penglibatan rakyat berbilang etnik dalam
merangka dan menggubal dasar ekonomi negara.
• Ahli-ahlinya mewakili pelbagai pertubuhan, parti politik dan badan
profesional yang berbeza.

14. Pilih agensi yang bersesuaian dengan pernyataan di atas.

A Majlis Perundingan Pembangunan Ekonomi Negara


B Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN)
C Majlis Perundingan Perdagangan Malaysia
D Majlis Perundingan Perpaduan negara

15. Manakah antara berikut MENEPATI maksud "Malaysia maju mengikut acuan sendiri"
sepertimana yang terkandung dalam Wawasan 2020?

A Kemajuan sains dan teknologi yang dihasilkan adalah berdasarkan kreativiti


dan inovasi rakyat Malaysia sendiri
B Kemajuan diukur dari segi pencapaian fizikal dan masyarakat yang
bermoral dan beretika tinggi
C Kemajuan sains dan teknologi dari Barat diolah mengikut persekitaran
masyarakat Malaysia
D Kemajuan sains dan teknologi acuan Malaysia diperkenalkan kepada dunia
luar

Soalan no. 16 berdasarkan maklumat di bawah.

• Menjaga dan memelihara akal.


• Menjaga dan memelihara harta.
• Menjaga dan memelihara nyawa.
• Menjaga dan memelihara agama.
• Menjaga dan memelihara keturunan.

16. Manakah antara berikut, prinsip yang sesuai dengan pernyataan di atas?

A Maqasid Syahsiyah
B Maqasid Iktisadiyah
C Maqasid Syariah
D Maqasid Siasiyyah

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA


SULIT 7 IE/APR 2010/CTU553

17. Pilih pernyataan paling TEPAT berkaitan dengan konsep akulturasi.

A Kumpulan minoriti kehilangan identiti asal setelah diserap oleh kumpulan


dominan
B Penyatuan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat sebagai satu identiti
bersama
C Pencairan dan penyatuan pelbagai kumpulan etnik akhirnya membentuk
satu budaya baru
D Perubahan dan proses pinjam meminjam unsur kebudayaan hasil
perhubungan antara dua kumpulan etnik berlainan budaya

18. Apakah faktor UTAMA kurangnya interaksi antara etnik di Tanah Melayu semasa
penjajahan Inggeris?

A Kekurangan infrastruktur tidak membenarkan mereka untuk berinteraksi


B Kesempitan hidup menghalang mereka untuk berinteraksi
C Dasar 'pecah dan perintah' yang dilaksanakan British
D Budaya dan bahasa menjadi penghalang interaksi

19. Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja dokumen perundangan tetapi juga


sebagai kontrak sosial dan perjanjian perdamaian antara etnik di Tanah Melayu.

Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah elemen kontrak sosial yang


dimaksudkan?

i Kedudukan Raja-raja Melayu sentiasa terpelihara


ii Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu
iii Orang bukan Melayu diberi hak kewarganegaraan yang longgar
iv Hak keistimewaan orang Melayu di kekalkan dalam Perlembagaan

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

20. Sumber manusia adalah salah satu aspek penting dalam pembangunan ekonomi
negara.

Manakah antara berikut langkah UTAMA yang perlu dilakukan dalam proses
membangunkan sumber manusia di Malaysia?

A Mengurangkan persaingan antara etnik dalam ekonomi


B Menyuntik nilai tambah di sektor perindustrian dan pembuatan
C Menggalakkan penghijrahan tenaga mahir luar negara ke Malaysia
D Mewujudkan lebih banyak program pendidikan serta latihan kemahiran

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 8 IE/APR 2010/CTU553

21. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee


- CLC) telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan
perlembagaan, politik dan ekonomi.

Siapakah tokoh yang menganggotai jawatankuasa tersebut?

i Dato' Onn bin Jaafar


ii Tun Tan Cheng Lock
iii E.E.C Thuraisingam
iv Tunku Abdul Rahman

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

22. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama majoriti penduduk
Malaysia membolehkan ia memainkan peranan penting dalam setiap perancangan
kerajaan.

Manakah antara dasar berikut yang mempunyai kaitan dengan pernyataan di atas?

i Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam


ii Dasar Kebudayaan Kebangsaan
iii Dasar Pendidikan Kebangsaan
iv Dasar Pandang ke Timur

A i dan ii
B i, ii dan iii
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

23. Mengapakah sistem pendidikan yang berasingan menjadi cabaran dalam


mengeratkan hubungan antara etnik di Malaysia masa kini?

i Wujudnya polarisasi pelajar


ii Tenaga pengajar yang tidak terlatih
iii Kurikulum dipengaruhi oleh negara asal
iv Menggunakan bahasa ibunda masing-masing

A i dan ii
B i dan iii
C i dan iv
D ii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 9 IE/APR 2010/CTU553

24. Manakah antara pernyataan berikut MENEPATI konsep kejiranan dalam Islam?

i Jiran yang beragama Islam dan bukan Islam


ii Masyarakat yang tinggal di kiri dan kanan rumah
iii Tetangga yang berada dalam lingkungan 40 buah rumah
iv Masyarakat yang tinggal bersebelahan dengan rumah sendiri

A i, ii dan iii
B i, iii dan iv
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

25. Manakah antara pernyataan berikut SALAH mengenai hubungan sosial menurut
ajaran Islam?

A Mengutamakan golongan yang terdekat dalam semua keadaan


B Mengutamakan bangsa sendiri dalam semua keadaan
C Layanan yang adil untuk semua peringkat dan golongan
D Menziarahi jiran tetangga yang mendapat musibah

26. Manakah antara pernyataan berikut merujuk kepada pembentukan pola masyarakat
pluralistik selepas kedatangan penjajah ke Tanah Melayu?

i Kewujudan proses modenisasi


ii Pendidikan Islam dibiayai oleh British
iii Pemisahan antara agama dan negara
iv Kemasukan pedagang Eropah secara sukarela

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

27. Manakah antara perkara berikut yang diambil kira oleh Suruhanjaya Ried dalam
menggubal Perlembagaan Persekutuan?

i Mewujudkan jawatan ketua negara bagi Persekutuan Tanah Melayu


ii Memelihara kedudukan, keistimewaan dan kehormatan Raja-raja Melayu
iii Meletakkan setiap tanah jajahan British dalam gabungan Negara Komanwel
iv Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam bagi Persekutuan
Tanah Melayu

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 10 IE/APR 2010/CTU553

28. Apakah impiikasi sekiranya rakyat Malaysia mempertikaikan Islam sebagai agama
Persekutuan dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu?

i Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri


ii Dituduh dan dibicarakan di Mahkamah Syariah
iii Dilucutkan status kewarganegaraan
iv Didakwa di bawah Akta Hasutan

A i sahaja
B i dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

Soalan no. 29 berdasarkan maklumat di bawah.

• Kecekapan pentadbiran kerajaan.


• Mengekalkan ekonomi yang berterusan.
• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
• Membina sebuah negara yang bersatu padu.
• Mewujudkan masyarakat yang adil dan beretika.

29. Manakah antara dasar berikut relevan dengan pernyataan di atas?

A Dasar Ekonomi Baru


B Dasar Pendidikan Nasional
C Dasar Kebudayaan Nasional
D Dasar Pembangunan Nasional

30. Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai perpaduan nasional melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan?

i Mengadakan kurikulum yang sama


ii Mewujudkan sistem peperiksaan awam yang sama
iii Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
iv Meletakkan semua jenis sekolah di bawah bantuan penuh kerajaan

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 11 IE/APR 2010/CTU553

31. Mengapakah penyatuan kerohanian antara etnik gagal untuk mencapai perpaduan?

Semua agama mempunyai persamaan dari aspek moral dan etika


Pandangan agama dari aspek kerohanian adalah berbeza
Sistem nilai yang dipraktikkan adalah sama antara etnik
Terdapat agama yang khusus untuk etnik tertentu

A ii dan iii
B ii dan iv
C iii dan iv
D Semua di atas

Soalan no. 32 berdasarkan maklumat di bawah.

Menyemai sifat kemanusiaan anggota masyarakat.


Memupuk kehidupan yang cintakan keamanan.
Menghidupkan ikatan hati anggota masyarakat.

32. Manakah konsep yang sesuai dengan pernyataan di atas?

A Hormat-menghormati
B Saling berkenalan
C Berkasih-sayang
D Jamin-menjamin

Soalan no. 33 berdasarkan maklumat di bawah.

Sekumpulan individu yang tinggal bersama di sesuatu


tempat dan mempunyai aturan dan cara hidup tertentu.
Istilah X
Kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang
bersatu padu.

33. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada istilah X. Apakah yang dimaksudkan
dengan X?

A Masyarakat
B Kaum
C Etnik
D Ras

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 12 IE/APR 2010/CTU553

34. Bagaimanakah Dasar Penswastaan dapat membantu kerajaan untuk


membangunkan negara?

i Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam


ii Meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti
iii Meningkatkan kos penyelengaraan kerajaan
iv Meningkatkan bilangan usahawan persendirian

A i dan ii
B i, ii dan iii
C ii, iii dan iv
D Semua di atas

35. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan


ialah Bahasa Melayu yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan
untuk maksud-maksud rasmi.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan


bagi memartabatkan bahasa kebangsaan?

Bahasa pengantar di institut pengajian tinggi


Penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa pengantar bagi sektor swasta

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

36. Sistem Federalisme Berlapis telah wujud di Malaysia selepas zaman penjajahan?

Pilih pernyataan paling TEPAT yang menggambarkan sistem tersebut pada masa
kini?

A Dua sistem pemerintahan iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan


B Dua orang pemerintah utama iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar
C Dua jenis Persekutuan iaitu Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
D Dua bentuk kesultanan iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Sultan

) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 13 IE/APR 2010/CTU553

37. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan Malaysia
menjadi sebuah negara industri?

A Mewujudkan kerjasama antara etnik dalam syarikat industri


B Memindahkan penduduk luar bandar ke bandar untuk bekerja di sektor
industri
C Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur, pembangunan pertanian dan
industri gantian import
D Meliberalisasikan ekonomi supaya syarikat asing dapat membuka
perniagaan dengan pelepasan cukai

Soalan no. 38 berdasarkan maklumat di bawah.

Asimilasi antara budaya.


Kebudayaan rakyat setempat.
Kedudukan Islam sebagai elemen utama.

38. Apakah dasar yang sesuai berkaitan dengan pemyataan di atas?

A Dasar Pembangunan Negara


B Dasar Kebudayaan Negara
C Dasar Industri Muzik dan Seni Negara
D Dasar Pendidikan Rendah dan Tinggi Negara

39. Sekularisasi menyebabkan urusan agama dan negara menjadi dua komponen yang
terpisah.

Mengapakah sekularisasi dianggap sebagai satu cabaran dalam perkembangan


Islam di Malaysia?

i Ajaran Islam akan menjadi sekadar ritual dan bukan sebagai suatu cara
hidup yang menyeluruh
ii Mewujudkan sistem pendidikan yang sepadu dan seimbang di sekolah
rendah dan menengah
iii Proses perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan dengan sempuma
iv Modenisasi budaya dan gejala sosial mudah merebak dalam masyarakat

A , ii dan iii
B , iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 14 IE/APR 2010/CTU553

Soalan no. 40 berdasarkan maklumat di bawah.

• Dituntut dalam Islam semasa membuat keputusan.


• Keputusan berdasarkan persetujuan secara kolektif.
• Penyelesaian masalah dari pelbagai sudut.

40. Apakah konsep yang paling TEPAT dengan pemyataan di atas?

A Musyawarah
B Munaqasah
C Mujadalah
D Muamalah

41. Sikap prejudis perlu dielakkan demi menjaga hubungan harmoni antara etnik dalam
masyarakat majmuk di Malaysia.

Pilih pemyataan yang TEPAT berkaitan dengan sikap tersebut?

A Sikap ini dapat dilihat dengan mudahnya dalam kegiatan politik kepartian
B la berlaku apabila satu kumpulan etnik menyamaratakan pandangan etnik
lain
C Kebiasaannya sikap prejudis diluahkan secara terbuka dalam kalangan
etnik berbeza
D Melalui proses sosialisasi, ianya disalurkan daripada satu generasi kepada
generasi berikutnya

42. Apakah peristiwa yang menyebabkan Rukun Negara diperkenalkan sebagai asas
perpaduan antara etnik di Malaysia?

A Peristiwa 13 Mei 1969


B Pilihan Raya Umum 1955
C Kemerdekaan Tanah Melayu
D Kemerdekaan Sabah dan Sarawak

43. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah terhasil daripada


penentangan orang Melayu terhadap penjajahan Tanah Melayu oleh kuasa asing
selama 446 tahun, KECUALI:

A Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka


B Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka
C Penentangan terhadap serangan Inggeris di Melaka
D Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 15 IE/APR 2010/CTU553

44. Apakah tujuan UTAMA penubuhan parti politik dalam amalan sistem demokrasi di
Malaysia?

i Melestarikan amalan demokrasi


ii Menyuarakan hasrat rakyat di Parlimen
iii Mempertahankan kebajikan golongan tertentu
iv Memperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D Semua di atas

45. Manakah antara pernyataan berikut MENEPATI maksud "penyusunan semula


masyarakat" yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru?

A Penyusunan semula guna tenaga berasaskan peringkat umur dan kawasan


B Penyusunan semula guna tenaga supaya setiap kaum dikenali menerusi
fungsi ekonomi
C Penyusunan semula guna tenaga pekerja asing di sektor tertentu sahaja
D Penyusunan semula guna tenaga sektor ekonomi agar melambangkan
komposisi pelbagai etnik

46. Apakah yang dimaksudkan dengan Integrasi Wilayah?

A Usaha menyatukan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia


B Menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam sesebuah wilayah
C Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara
wilayah yang maju dengan yang mundur
D Mewujudkan pembangunan yang mapan di kawasan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya

47. Kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik yang aman dan
makmur bergantung kepada faktor-faktor berikut, KECUALI:

A Kestabilan politik
B Kekukuhan sistem sosial
C Keseragaman agama dan budaya
D Bertoleransi terhadap perbezaan agama

© Hak Cipta Universiti Teknoiogi MARA SULIT


SULIT 16 IE/APR 2010/CTU553

48. Memiliki budaya dan akhlak yang murni merupakan prinsip sosial dalam Islam.

Manakah antara pemyataan berikut nilai yang ingin dibangunkan meialui prinsip
tersebut?

i Memiliki personaliti unggul


ii Mempunyai semangat patriotik
iii Mebudayakan cara hidup liberal
iv Menghindari budaya hedonisme

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D ii, iii dan iv

Soalan no. 49 berdasarkan maklumat di bawah.

Dalam konflik di Balkan pada tahun 1992, penduduk Islam keturunan Bosnia
Herzegovina telah dibunuh ataupun dihalau dari tanah tumpah darah mereka
sendiri oleh etnik Serbia kerana perbezaan asal keturunan dan agama selain
daripada kepentingan politik.

49. Apakah fahaman negatif yang dipraktikan oleh etnik Serbia tersebut?

A Rasisme
B Prasangka
C Diskriminasi
D Etnosentrisme

Soalan no. 50 berdasarkan jadual di bawah.

Amalgamasi Segregasi Akomodasi Asimilasi

i ii iii iv

50. Susunkan tahap hubungan etnik di atas mengikut hirarki rendah ke tahap yang
paling tinggi?

A i, ii, iii dan iv


B ii, iii, iv dan i
C iii, iv, ii dan i
D iv, iii, i dan ii

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 17 IE/APR 2010/CTU553

51. Mengapakah indeks kualiti hidup penting bagi mengukur tahap pencapaian
pembangunan sesebuah negara?

A Untuk mencegah jenayah kolar putih di kawasan bandar


B Untuk mengimbangi aspek pembangunan fizikal dan spiritual
C Untuk mengetahui kadar penghijrahan masyarakat luar bandar
D Untuk menyalurkan bantuan sara hidup kepada penduduk bandar

52. Apakah mekanisme yang digunakan bagi mewujudkan kesaksamaan dan keadilan
dalam sistem ekonomi Islam?

A Memberi pelepasan cukai kepada golongan miskin


B Menetapkan jumlah bayaran cukai mengikut kelayakan
C Mengenakan cukai yang tinggi terhadap golongan kaya
D Mewajibkan zakat bagi orang Islam dan cukai bagi bukan Islam

53. Perkembangan ekonomi Islam semakin pesat pada masa kini apabila tahap
kesedaran kepenggunaan umat Islam semakin meningkat terhadap produk halal.

Berdasarkan pernyataan di atas, manakah antara fakta berikut memperlihatkan


perkembangan positif tersebut?

Pertambahan produk Islam yang halalan Tayyibah


Pelbagai kaum turut menggunakan perkhidmatan Islam
Lahirnya usahawan produk halal di peringkat antarabangsa
Tahap kesedaran pengguna terhadap keperluan pensijilan halal

A , ii dan iii
B i, iii dan iv
C , iii dan iv
D Semua di atas

54. Manakah antara pernyataan berikut merupakan cabaran dari aspek sosial dalam
menjaga kepentingan antara etnik?

Sistem pendidikan yang berasingan


i Polarisasi dalam kalangan pelajar
ii Penguasaan sistem ekonomi
v Kontrak sosial

A , ii dan iii
B , ii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 18 IE/APR 2010/CTU553

55. Apakah tujuan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang terdiri dari 9
negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang?

A Menggantikan Malayan Union


B Menghapuskan Suruhanjaya Reid
C Menambah keanggotaan dalam Sistem Ahli
D Menukarkan Sistem Residen dengan Gabenor

56. Islam menganjurkan supaya umatnya hidup saling lindung melindungi antara satu
sama kerana sifat ini akan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap sesama
masyarakat.

Manakah antara konsep berikut yang paling TEPAT berkaitan dengan pernyataan di
atas?

A Al-Ta'aruf
B Al-Ta'awun
C Al-Tadhamun
D Al-Mahabbah

57. Budaya terbahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan
kebendaan.

Manakah antara pernyataan berikut yang menjelaskan tentang budaya kebendaan?

Arkitek
i Hasil reka cipta
ii Pegangan agama
v Seni halus dan kreatif

A , ii dan iii
B , ii dan iii
C , ii dan iv
D Semua di atas

58. Manakah antara pernyataan berikut merupakan dasar pentadbiran yang


diperkenalkan oleh Penjajah British ke atas Tanah Melayu?

Sistem Residen
Sistem pengagihan kuasa
Pentadbiran dikuasai oleh pihak British
Hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu

A , ii dan iii
B , iii dan iv
C i, iii dan iv
D Semua di atas
© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT
SULIT 19 IE/APR 2010/CTU553

Soalan no. 59 berdasarkan maklumat di bawah.

• Wujud ratusan tahun sebelum merdeka.


• Berperanan menstabilkan sistem politik negara.
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan kerana dianggap sebagai isu sensitif.

59. Apakah perkara yang boleh dirujuk berdasarkan pernyataan di atas?

A Parti Perikatan
B Perkongsian kuasa
C Unsur-unsur tradisi
D Hak Keistimewaan Orang Melayu

Soalan no. 60 berdasarkan maklumat di bawah.

• Masyarakat yang mendukung prinsip satu bangsa satu


negara.
Konsep Y • Masyarakat yang berlindung di bawah satu identiti
negara.
• Masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai
kemanusiaan.

60. Maklumat di atas merujuk kepada konsep Y. Apakah yang dimaksudkan dengan
konsep Y?

A Kebangsaan
B Kenegaraan
C Negara bangsa
D Kewarganegaraan

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULIT 20 IE/APR 2010/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Pembangunan politik yang berasaskan kerjasama antara kaum menjamin survival Malaysia
sebagai sebuah negara masyarakat majmuk yang unik. Namun ia masih berdepan dengan
cabaran-cabaran yang boleh menggugat kestabilan politiknya.

Berdasarkan pemyataan di atas:

a) Kemukakan TIGA (3) bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia.


(9 markah)

b) Bincangkan TIGA (3) strategi politik yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas
Peristiwa 13Mei 1969.
(9 markah)

c) Analisiskan TIGA (3) cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia
dan TIGA (3) cara mengatasinya.
(12 markah)

SOALAN 2

Faktor yang menjayakan proses asimilasi kaum Baba dan Nyonya di Melaka ialah
kesanggupan kumpulan etnik minoriti ini mencairkan identiti dan budaya asal mereka serta
menerima identiti dan budaya kumpulan etnik majoriti. Asimilasi ini berlaku dalam konteks
budaya tanpa melibatkan aspek kepercayaan.

Berdasarkan pemyataan di atas:

a) Bincangkan TIGA (3) aspek kebudayaan kaum Baba-Nyonya yang diterima daripada
orang Melayu.
(9 markah)

b) Bincangkan TIGA (3) ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya sehingga
membolehkan ia bertahan lama.
(9 markah)

c) Huraikan EMPAT (4) faktor penyumbang kepada pluraliti di Zaman Kesultanan


Melayu Melaka pada abad ke-15M.
(12 markah)

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT


SULiT 21 IE/APR 2010/CTU553

SOALAN 3

Piagam Madinah merupakan sebuah perlembagaan yang sesuai untuk dijadikan model
dalam konteks mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai etnik sesebuah negara.
Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang mempunyai unsur-
unsur persamaan dengan Piagam Madinah.

Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Huraikan EMPAT (4) asas Piagam Madinah dalam mengekalkan keharmonian


hubungan etnik yang boleh diaplikasikan di Malaysia.
(12 markah)

b) Bincangkan TIGA (3) peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan


dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
(9 markah)

c) Analisiskan TIGA (3) cabaran semasa dalam memelihara kedaulatan Islam di


Malaysia.
(9 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

You might also like