You are on page 1of 7

BaGaImAnA mEnGgUnAkAn

ExCeL
 

***BAGAIMANA MENGGUNAKAN TETINGKAP


EXCEL...***
 

*Apabila Excel dimulakan,satu buku kerja kosong akan dibuka.Buku kerja ialah fail Excel,sama
seperti dokumen lain ialah fail Word.Secara lalai,setiap fail buku kerja mengandungi tiga
helaian kerja yang kelihatan seperti hamparan akaun yang dibahagi kepada grid-grid lajur dan
baris yang menyilang untuk membentuk sel.Di keliling buku kerja ialah alat yang boleh di
gunauntuk membantu anda memasukkan data ke dalam sel dan juga mengguna data
itu.Luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran Excel.

1. Tetingkap Program.

 Tetingkap Excel dibuka bersama satu tetingkap buku kerja kosong. Biasanya,kedua-dua
tetingkap itu memaksimumkan saiz mereka.Tetingkap program memenuhi seluruh
skrin,sementara tetingkap buku kerja mengisi tetingkap program. ( Apabila kedua-duanya
dimaksimumkan,terdapat dua butang pulih,satu untuk setiap tetingkap,dipaparkan dalam
set butang dikanan atas tetingkap.) Jika tetingkap program anda tidak
memaksimumkan,klik butang memaksimumkan.Untuk meminimumkan saiz tetingkap
menjadi satu butang di atas bar tugas,klik butang meminimumkan.

 
 

2. Bar Tajuk

 Bar tajuk Excel memberitahu anda apa yang terdapatdalam tetingkap.Semasa tetingkap
buku kerja memaksimumkan,tetingkap itu mesti berkongsi bar tajuk dengan tetingkap
program,maka bar tajuk mengandungi nama program( Microsoft Excel ) dan fail.( Book 1
ialah nama sementara bagi fail anda. Apabila fail disimpan pada pertama kali,anda boleh
memberikan satu nama yang sesuai .)

3. Pilih Dari Bar Menu.

 Bar menu Excel mempunyai menu yang mengandungi semua perintah Excel.Semua tegas
yang perlu dilakukan boleh didapati perintahnya melalui menu.Untuk menggunkan
perintah menu,klik nama menu untuk memaparkan menu dan klik perintah yang
dikehendaki.

4. Menggunakan Grid Helaian Kerja.

 Setiap sel dikenali dengan alamatnya diatas helaian kerja,yang juga namakan rujukan
sel.Alamat sel terdiri daripada label lajur dan nombor baris,seperti A1 . Kotak name
dihujung kiri bar Formula menggambarkan alamat atau nama sel aktif.

 
 

5. Sepintas Lalu Mengenai Bar Alat.

 Bar alat Standard dan Format mungkin berkongsi satu bar diatas skrin ( bar alat Standard
dikiri dan bar alat format dikanan ). Kedua-dua bar alat mengandungi cara pintas untuk
perintah yang kerap digunakan . Untuk mengaktifkan suatu butang bar alat,klik butang
itu.Untuk melihat nama butang,letakkan kursor diatasnya seketika.Tip skrin muncul
dengan nama butang .

 
 

6. Lihat Bar Formula

 Dibawah bar alat ialah bar Formula yang boleh digunakan untuk membina formula yang
mengira data dalam helaian kerja.Anda boleh belajar menggunakan bar formula untuk
mencipta formula.

7. Guna Bar Tatal.

 Bar tatal tegak dan ufuk membenarkan anda melihat bahagian helaian kerja yang
berlainan.Guna butang anak panah bar tatal untuk menatal dalam arah yang
dikehendaki.Seret kotak tatal untuk beralih dengan lebih cepat .

 
 

8. Lihat Helaian Kerja .

 Satu tab dibawah tetingkap helaian kerja mewakili satu helaian kerja bagi satu buku
kerja.Secara lali,Excel memberikan tiga helaian kerja dalam setiap buku kerja,tetapi anda
boleh menambahkan atau mengurangkan helaian kerja mengikut keperluan. Untuk
memaparkan satu helaian,klik tabnya.

You might also like