You are on page 1of 14

USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN SERTA PENUBUHAN MALAYSIA

Tanggal 31 Ogos 1957, merupakan tarikh keramat di mana negara kita telah
dibebaskan dari belenggu rantaian penjajah. Ketika ini, Tanah Melayu yang telah
berjaya mengembalikan semula kedaulatan bangsa Melayu yang telah dijajah oleh
Inggeris sejak tahun 1874.

Idea ke arah berkerajaan sendiri telah dimulakan dengan pembentukan


Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Namun, pemberontakan yang
dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) di seluruh Tanah Melayu telah
melumpuhkan ekonomi serta mengganggu ketenteraman negara.
Walaubagaimanapun, peristiwa ini sebenarnya telah membuka mata rakyat
terutamanya golongan nasionalis bagi memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Bagi mencapai matlamat tersebut, persepaduan antara kaum adalah kunci


utama ke arah kemerdekaan bagi kepentingan bersama. Salah seorang tokoh
nasionalis yang memperjuangkan perpaduan kaum ini ialah Dato’ Onn bin Jaafar
yang memegang jawatan Presiden UMNO pada ketika itu dan perjuangan beliau itu
telah membuahkan hasil.1

Pada 10 Januari 1949, Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum telah


dibentuk hasil perjumpaan Dato’ Onn dengan Tan Cheng Lock , Thivyi Singam,
Malcolm MacDonald dan Ronald Braddel serta beberapa orang pemimpin untuk
membentuk perpaduan kaum. Jawatankuasa ini telah mengadakan mensyuarat
pertama di Pulau Pinang bagi membincangkan dan mancarijalan penyelesaian bagi
masalah perkauman yang wujud di Tanah Melayu. Di dalam mensyuarat tersebut,
Dato’ Onn telah memberikan beberapa cadangan, namun telah mendapat tentangan
daripada orang-orang Melayu.2
1
Dato’ Onn Jaafar telah berusaha membentuk perpaduan kaum dengan memperjuangkan konsep “Malaya For
Malayan”
2
Antara cadangan yang telah dikemukan oleh Dato’ Onn ialah:
Ketegangan kaum di Tanah Melayu kian meruncing sewaktu pengisytiharaan
darurat pada tahun 1948 sehingga 1960. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah
ini, Kerajaan Inggeris telah menyiapkan strategi awal ke arah kemerdekaan Tanah
Melayu dengan memberi latihan dan pendedahan pentadbiran kepada eakyat untuk
memerintah negara sendiri. Dengan itu, Sir Henry Gurney iaitu wakil kerajaan
Inggeris telah memperkenalkan Sistem Ahli 3 pada tahun 1951.

Pada mulanya, sistem ini terdiri daripada dua orang Melayu, seorang Cina,
seorang India dan seorang Serani. Pada tahun 1952, pilihan raya bagi Majlis
Tempatan di kawasan luar bandar yang agak maju telah diadakan. Keadaan ini
merupakan pengalaman pertama bagi penduudk tempatan merasakan pemerintahan
sendiri cara demokrasi. Pada tahun 1954, keanggotaan Sistem Ahli semakin
bertambah, iaitu selepas Parti Perikatan memenangi pilihan raya pada tahun 1952.
Di samping itu, ahli-ahlinya turut diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kerajaan
Inggeris di Tanah Melayu pada ketika itu.4

Melalui Sistem Ahli ini, matlamat perpaduan antara kaum kian terserlah
terutamanya selepas terbentuknya UMNO-MCA pada tahun 1952 dan kemudiannya
disertai oleh MIC, pada tahun 1955. 5 Buktinya, di dalam pilihan raya umum pada
1) Keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu, iaitu orang Cina dan India agar tidak bercorak
perkauman
2) Menukar nama United Malay National Organisation kepada United Malayan National Organisation.
3
Sistem Ahli terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum yang bertujuan untuk melatih pemimpin-pemimpin
tempatan mentadbir negara sendiri. Di samping itu, Kerajaan Inggeris juga menjanjikan taraf berkerajaan
sendiri dengan melantik dan memberi tanggungjawab ke atas beberapa jabatan Kerajaan Pusat kepada
sebahagian anggota Majlis Perundangan Persekutuan. Menerusi cara ini, diharapkan dapat mewujudkan
kerjasama antara pelbagai kaum di semua peringkat pentadbiran sekaligus menjayakan konsep perpaduan
rakyat.
4
Ahli-ahli portfolio ini terdiri daripada:
1) Dato’ Onn Bin Jaafar – Portfolio Hal-Ehwal Dalam Negeri
2) E. E. C. Thuraisingam – Portfolio Pelajaran
3) Dato’ Nik Ahmad Kamil – Portfolio Kerajaan Tempatan
4) Lee Tiang Keng – Portfolio Kesihatan
5) Dr. Ismail Abdul Rahman – Portfolio Tanah
6) Mustafa Al-Bakri Hassan – Portfolio Perhubungan Industri dan Masyarakat
7) V. M. N. Menon – Portfolio Pos dan Telekom
5
Tunku Abdul Rahman telah mewakili UMNO mengadakan pakatan dengan MCA Selangor yang diwakili oleh H.
S. Lee. Hasilnya, Perikatan UMNO-MCA telah berjaya mengalahkan Parti IMP dengan teruk dalam Pilihan Raya
tahun 1955, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO-MCA-MIC telah meraih
kejayaan besar dengan memenangi lima puluh kerusi daripada lima puluh dua kerusi
yang dipertandingkan.

Hasil kemenangan tersebut, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan yang


diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Kabinet beliau terdiri
daripada sepuluh orang Menteri di mana enam daripadanya terdiri daripada ahli
UMNO, tiga wakil MCA, satu wakil MIC dan lima orang Eropah.

Sewaktu kempen Pilihan Raya 1955, Perikatan telah menyatakan di dalam


manifestonya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh
masa empat tahun. Bagi memenuhi janji tersebut, suatu rombongan kemerdekaan
yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berlepas ke London pada Januari
1956.6 Rombongan ini terdiri daripada empat orang wakil Parti Perikatan dan empat
orang wakil Raja-raja Melayu.

Di dalam rundingan tersebut, beberapa keputusan telah dicapai sebagai


asas perundingan medapatkan kemerdekaan negara. 7

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam pilihan raya tersebut, Perikatan UMNO-MCA telah
memenangi sembilan daripada dua belas buah kerusi yang ditandinginya manakala tiga kerusi lagi dimenangi
oleh IMP. Kemenangan ini telah memberikan ilham kepada UMNO dan MCA untuk mengasaskan Parti
Perikatan di seluruh Tanah Melayu. Hasilnya, semua cawangan UMNO dan MCA di seluruh negara telah muncul
sebagai sebuah parti politik yang kuat. Kekuatan ini telah menarik minat MIC menyertai Parti Perikatan
6
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 8 Februari 1956 di Lancaster House,
London. Perjanjian ini ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha
Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan British. Mengikut perjanjian ini, kemerdekaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara-perkara lain yang tercatat
dalam Perjanjian Kemerdekaan ini ialah perubahan berkaitan dengan Kementerian dan jabatan bagi
Persekutuan Tanah Melayu serta pemansuhan jawatan Penasihat British.  Wakil dari Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu yang hadir sama pada upacara ini ialah Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman,
Encik T.H.Tan, Encik Abdul Kadir Shamsuddin, Kolonel H.S. Lee dan wakil-wakil daripada Raja-raja Melayu yang
terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (wakil Sultan Perak),
Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan), Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor) dan Encik
Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor). Manakala perwakilan daripada Kerajaan British yang turut serta pada
upacara ini ialah  Mr. John Hore, Menteri Negara; Mr. Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Persekutuan Tanah Melayu; Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Mr. Oscar
Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu.
7
Antaranya ialah:
1) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
2) Perlantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka.
Setelah pulang dari rundingan di London, sebuah suruhanjaya bebas yang
dikenali sebagai Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum. 8
Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131
memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari
bulan Jun hingga Oktober 1956.9 Akhirnya, draf perlembagaan dan laporan yang
dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 181 perkara


berdasarkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Antaranya ialah, ketua
negara dipilih dari kalangan sembilan orang Raja-raja Melayu yang dikenali sebagai
10
Yang diPertuan Agong untuk tempoh lima tahun. Selain itu, kuasa perlembagaan
dibahagikan kepada persekutuan dan negeri. Di peringkat Persekutuan, kerajaan
dikuasai oleh parlimen yang terdiri dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 11 Perdana
Menteri akan menjadi Ketua Pentadbir dan beliau dipilih daripada ahli parti yang
mempunyai suara majoriti di Dewan Rakyat. Manakala, Perdana Menteri pula akan
memilih ahli-ahli kabinet yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

3) Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan
Tanah Melayu.
4) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu.
5) Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
6) Pembahagian kuasa di anatara kerajaan pusat dan negeri diteruskan.
8
Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai
oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim
Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).
9
Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat,
kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang
Ketua Negara berpelembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu . 
10
Yang diPertuan Agong memegang kuasa tertinggi Persekutuan. Baginda menjadi Raja Berpelembagaan
mengikut nasihat Jemaah Menteri serta Majlis Raja-raja Melayu serta menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah
Persekutuan, Melaka dan Pulau Pinang. Majlis Raja-raja terdiri daripada sembilan orang Sultan Melayu di
Negeri-Negeri Melayu serta dua orang gabenor dari Pulau Pinang dan Melaka. Ia berfungsi melantik hakim-
hakim, Suruhanjaya Pilihan raya, perkhidmatan serta dasar-dasar negara di samping memelihara kedudukan
istimewa orang-orang Melayu.
11
Dewan Negara mempunyai 38 orang ahli yang dilantik manakala Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli
yang dipilih.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk turut menjelaskan
12
dengan terperinci mengenai lima perkara yang menjadi dasar tolak ansur pelbagai
kaum melalui Perikatan UMNO-MCA-MIC.

Pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
telah ditunrunkan di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Sejurus
kemudiannya, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa
orang pemuda UMNO. Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang penuh
bersejarah ini disaksikan oleh ribuan rakyat negara ini. Sebaik sahaja bendera Union
Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak sambil memberikan tepukan gemuruh.
Laungan merdeka bergema menandakan kemenangan rakyat yang terlepas
daripada belenggu penjajah dan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang berkibar
megah dipuncak tiang ditatap dengan bangga oleh setiap rakyat yang
menyaksikannya.

Keesokan harinya iaitu pada 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan dengan penuh gemilang di Stadium
Merdeka,13 Kuala Lumpur. Pada hari tersebut, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Perdana Menteri yang pertama dan Yang di Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Abdul Rahman pula dilantik sebagai Yang diPertuan Agong yang
pertama. Di dalam upacara tersebut juga, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu
12
1) Taraf kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli di mana kewarganegaraan yang diberi kepada orang-
orang yang berada dalam kategori yang berikut:
i) mereka yang menjadi warganegara sebelum merdeka
ii) mereka yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas merdeka
iii) merek ayang berumur 18 tahun ke atas, lahir di Persekutuan Tanah Melayu dan te;ah bermastautin
selama lima daripada tujuh tahun boleh memohon kewarganegaraan sekiranya mereka boleh
berbahasa Melayu dan setia mengangkat sumpah setia.
iv) Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan tetapi telah bermastautin
di Tanah Melayu selama 8 daripada 12 tahun, boleh memohon kewarganegaraan dengan syarat
mengetahui Bahasa Melayu dan sedia mengangkat sumpah setia.
2) Hak istimewa orang-orang Melayu termasuklah:
i) Pemilihan tanah di kawasan simpanan
ii) Kuota yang diutamakan bagi mendapatkan lesen-lesen untuk menjalankan perniagaan tertentu
iii) Keutamaan kepada orang-orang Melayu dalam pemberian biasiswa dan bentuk-bentuk pelajaran yang
lain
3) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan tetapi kebebasan agama dijamin bagi rakyat Persekutuan
4) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan yangtunggal selepas tahun 1967. Akan tetapi, dalam tempoh
10 tahun pertama selepas kemerdekaan, Bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa rasmi.
13
Stadium ini dibina khas untuk upacara pengisytiharaan kemerdekaan negara dan ia telah siap sehari sebelum
pemsyhuran kemerdekaan diadakan. Ia juga merupakan bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan
identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka.
England telah menyampaikan Piagam Perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman
dan penyerahan dokumen perisytiharaan kemerdekaan 14 kepada Yang diPertuan
Agong. Tatkala Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak
tujuh kali, ia disambut dengan laungan MERDEKA! yang bergema memenuhi ruang
stadium oleh para hadirin. Semangat mereka terbakar oleh kegembiraan setelah
berjaya melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing. Ini merupakan hasil
perjuangan keramat setiap rakyat yang mencintai negaranya yang berdaulat dan
merdeka. Upacara yang bersejarah ini telah menandakan tamatnya penjajahan
British dan pemulangan semula kuasa politik kepada pemerintah tempatan.

14
Antara isi kandungannya ialah:
1) Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat
2) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui oleh Raja-raja Melayu dengan Ratu England
dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
3) Ratu England dan parlimen British tidak lagi berkuasa ke atas Negeri-Negeri Selat
4) Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957
5) Mengandungi 11 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
6) Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan
rakyat
PENUBUHAN MALAYSIA

Sejak tahun 1947, terdapat pertubuhan serta individu yang telah menyuarakan idea
15
penyatuan antara Singapura dan Tanah Melayu. Namun, cadangan-cadangan
tersebut tidak mendapat sambutan di kalangan pemimpin pertubuhan politik Melayu
khasnya pemimpin-pemimpin UMNO kerana, mereka berpendapat orang cina akan
menjejaskan dominasi politik orang Melayu disebabkan lapan puluh peratus
penduduk Singapura terdiri dari kaum cina.

Namun, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri


Persekutuan Tanah Melayu dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura
pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu
rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara,
Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. 16 Ucapan
yang disampaikan Tunku Abdul Rahman telah mendapat sambutan yang positif dan
akhirnya, gagasan yang diumumkan oleh Tunku ini mula mendapat pelbagai reaksi.

Terdapat pelbagai faktor yang menjurus kepada penubuhan Malaysia. Bagi


Tunku Abdul Rahman, beliau berpendapat bahawa Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, arawak dan Brunei mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar
belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan. Maka, kerjasama politik dan ekonomi
yang lebih erat perlu diadakan di antara kelima-lima wilayah itu dalam satu unit
15
Titik tolak kepada idea penggabungan Tanah Melayu dengan Wilayah-wilayah jiran dimulakan oleh Lord
Brassey iaitu salah seorang pengarah syarikat Borneo Utara. Sir Malcolm Macdonald iaitu Pesuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu turut mengutarakan cadangan yang sama. Pada tahun 1955, David Marshall, Ketua
Menteri Singapura dan Lee Kuan Yew pada tahun 1959, telah mencadangkan singapura dicantumkan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
16
Antara ucapan Tunku ialah:
“ Tanah Melayu ada hari ini sebagai sebuah Negara, tidak boleh berdiri sendiri dan memencilkan diri. Di
luar politik antarabangsa, politik Negara kita mestilah mempunyai dasar yang luas. Lambat launnya ia
hendaklah mempunyai persedahaman dengan Britain dan rakyat wilayah-wilayah Singapura, Borneo
Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal bagi saya hendak mengatakan sekarang bagaimana
persefahaman yang rapat ini dapat dihasilkan, tetapi tidak dapat tiada harus kita memandang ke hadapan
ke arah tujuan ini dan memikirkan satu rancangan yang dengannya wilayah-wilayah ini dapat dibawa lebih
rapat lagi ke dalam bidang kerjasama politik dan ekonomi”.
politik. Antara faktor lain penubuhan Malaysia ialah, perkembangan politik di
Singapura dan di Sarawak17 serta mempercepatkakn kemerdekaan 18 selain
menyeimbangkan kaum19 dan kerjasama ekonomi20.

17
Di Singapura, pengaruh komunis semakin berkembang luas di sekolah-sekolah Cina dan kesatuan sekerja.
Komunis bukan sahaja menganjurkan pemogokan dan rusuhan di Singapura, malahan, mereka juga turut
merampas pucuk kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang memerintah Singapura di bawah pimpinan
Lee Kuan Yew. Tunku amat bimbang jika pengaruh itu tidak dapat ditangani oleh Lee Kuan Yew, kemungkinan
besar ia turut merebak ke Tanah Melayu. Jika Tanah Melayu digabungkan dengan Singapura, maka pengaruh
komunis boleh dilemahkan. Bagi Lee Kuan Yew pula, penggabungan ini akan mengukuhkan kedudukannya yang
semakin tertekan. Manakala, di Sarawak pula, Pergerakan Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke
wilayah-wilayah Borneo dan mengancam kepentingan serta kedudukan Inggeris di Sarawak.
18
Penubuhan Malaysia boleh menolong mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Borneo dan
Singapura. Jika negeri Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura mmeperolehi kemerdekaan yang
berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat bahawa negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi
politik dan sebagainya. Pada masa itu, Borneo Utara dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutifdan Legislatif
yang kesemuanya dilantik oleh Gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan feudal.
Walaubagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan yang wujud di tanah
jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak, pilihan raya kerajaan setempat berlangsung pada tahun
1959 dan pilihan raya kedua pada tahun 1963. Di Borneo Utara pula, pilihan raya pertama bagi Lembaga
Bandaran dan Majlis Daerah telah diadakan pada bulan Disember 1962 dan di Brunei, pilihan raya pertama bagi
Majlis Penasihat Negeri diadakan pada bulan Ogos 1962.justeru itu, kerajaan British telah bersetuju dan
berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia. Penggabungan ini sekali gus akan menamatkan
penjajahan Inggeris di samping menjamin kedaulatan sert akeselamatan negeri-negeri tersebut dari ancaman
luar terutamanya ancaman komunis.
19
Kemasukan Negeri-negeri Borneo ke dalam Malaysia adalah dipercayai boleh mewujudkan keseimbangan
komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman menyedari bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan
tidak seimbang daripada segi pecahan kaum di Malaysia. Ini kerana lebih 75% penduduk Singapura ialah kaum
Cina. Sedangkan kompisisi kaum di Tanah Melayu hanya melibatkan 49% orang Melayu dan selebihnya
melibatkan orang Cina dan India. Keadaan ini dirasakan kaan menggugat kedudukan kaum Melayu dalam
jangka masa panjang. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh Tunku. Maka, beliau berpendapat adalah perlu
memasukkan Sabah dan Sarawak serta Brunei ke dalam penubuhan Malaysia kerana 70% daripada
penduduknya adalah kaum Bumiputera. Dengan cara ini sahaja maka keseimbangan kaum di Tanah Melayu
dapat diwujudkan.
20
Sebelum penubuhan Malaysia, kemajuan ekonomi di antara wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan
Singapura ternyata tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat dengan
pelbagai bentuk pelaburan Erpah dan pembangunan infrastruktur, sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih mundur. Tanah Melayu memiliki kekayaan pelbagai sumber bahan mentah yang menguntungkan serta
mendapat pasaran yang tinggi di Eropash. Justeru itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan
mewujudkan kerjasama dan keseimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada wilayah-wilayah tersebut.
Dengan penggabungan kelima-lima wilayah ini, ia akan memberikan sumbangan ekonomi yang amat berguna
untuk kemajuan bersama. Di samping itu, program ekonomi boleh diselaraskan di seluruh Malaysia. Negeri-
negeri yang maju akan dapat sama-sama membantu negeri yang mundur. Sebagai contoh, Tanah Melayu dan
Singapura yang telah maju diharap mempunyai keupayaan untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak yang
masih mundur.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan
Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju untuk menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh
Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya
penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari
Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri
daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti
pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri
Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak
empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia 21.
Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan
22
memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai
pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi


beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan
dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu
dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui
ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa
dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam
diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi


memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk
21
Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961
dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962.
22
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan
kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau
pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank
England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada
kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British
pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau
pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang
gagasan Malaysia.

Sepanjang Februari hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih
4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri
dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-
pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-
pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.
Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan
Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas
dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh
perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga
memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung
beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang
diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British
dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan
bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya
tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga
menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah
23
Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu.

Akhirnya, kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan


Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British
untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung
23
Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan anggota-anggota lain yang terdiri dari
Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul
Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).
selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di
Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian
Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan
British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan
telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau
bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa
ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat
disiapkan pada 14 September 1963. Hasil dari segala kerjasama kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British dan setelah mengadakan
pelbagai perundingan serta melibatkan proses penyatuan yang rumit, akhirnya
Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala


Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh
SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet,
diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri,


Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang
turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka”
sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara
diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad
bin Mohammad Said.
Namun, suasana gembira tiba-tiba dikejutkan dengan tindakan pemimpin
PETIR, Lee Kuan Yew yang mencetuskan isu perkauman yang serius 24. Beliau cuba
mengambil alih MCA yang telah membentuk Parti Perikatan dengan UMNO dan MIC
sebagai menarik sokongan kaum Cina di Tanah Melayu bagi menyokong
perjuangannya.25 Tindakan beliau itu telah menimbulkan kekecohan dan suasana
tegang yang boleh mengancam keselamatan negara. 26 Bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan buruk yang berlaku, Tunku bertindak segera megisytiharkan
perpisahan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. 27 Dslam merumuskan
tindakan beliau, Tunku Abdul Rahman menjelaskan, “... jika kita tidak berpisah,
sudah pastilah akan berlaku pembunuhan yang menggerunkan...”. Sementara itu,
Tun Abdul Razak dalam mengulas perkara yang sama, beliau menyatakan tindakan
memisahkan Singapura sebagai menyingkirkan duri dalam daging. Jelasnya,
pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah untuk memastikan keharmonian,
keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Dengan itu, Singapura menjadi sebuah republik merdeka yang berasingan


dari Malaysia. Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri yang pertama dan Yusof Bin
Ishak menjadi Presiden pertama Republik Singapura.

24
1) Singapura menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum
2) Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
3) singapura menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak
disaingi oleh kerajaan pusat
4) singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat
25
1) PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina
2) PETIR bertanding menentang Parti Perikatan dalam pilihan raya pada tahun 1964 di Semenanjung Malaysia
26
Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura menggugat keselamatan negara
27
Pengisiytiharaan Pemisahan Singapura:
“… Mr. Speaker, Sir, I wish to make an announcement to this House, an announcement which no doubt will
cause a big surprise and shock perhaps, to some of the Honourable Members. In fact to me and to many of the
members, it is most painful and heart-breaking news that I have to break and for them to listen. I consider it a
misfortune for me to have to make this announcement. In all the ten years of leadership in this House, I have
never had a duty so unpleasant as this to perform. The announcement which i am making concerns the
separation of Singapore from the rest of the Federation...”.
RUMUSAN

Perpaduan jitu orang Melayu telah membolehkan mereka menolak Malayan


Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah
mengembalikan semula status quo orang Melayu dan raja-raja Melayu. British
mengiktiraf semula polisi menaungi negeri-negeri Melayu seperti sebelum Perang
Dunia Kedua. Peranan para pemimpin yang berkaliber juga adalah penting untuk
mendukung perjuangan bangsa.

Selain itu, langkah untuk mendapatkan kemerdekaan telah diusahakan oleh


Parti Perikatan setelah berjaya dalam pilihan raya pada tahun 1955 membuktikan
bahawa kita mampu berdiri di atas kaki sendiri dalam mentadbir negara. Rombongan
Merdeka ke London telah berjaya mendapatkan tarikh kemerdekaan dan membentuk
sebuah suruhanjaya bebas untuk menyediakan Perlembagaan Merdeka.
Perlembagaan ini telah disempurnakan dengan mengambil kira cadangan daripada
pelbagai pihak dalam Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharaan kemerdekaan
telah dibuat dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
Pengisytiharaan ini menandakan kebebasan politik yang mutlak bagi Persekutuan
Tanah Melayu.

Malah, penubuhan Persekutuan Malaysia telah memperlihatkan pandangan


jauh Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika
itu. Tidak hairanlah beliau digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia” kerana
kejayaannya memerdekakan bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu, tetapi juga
Sarawak, Sabah dan Singapura. Semanagat kerjasama, setia kawan dan sikap
toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa penggabungan
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam sebuah
Persekutuan Malaysia. Inilah satu keunikan dan kebanggan negara kita yang perlu
dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia
untuk mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial
akan terus berkekalan.
Tuntasnya, kemerdekaan yang dicapai kini adalah suatu amanah yang mesti
dijaga oleh generasi hari ini. Cukuplah kita dijajah selama hampir 446 tahu. Sebagai
warganegara yang bertanggungjawab dan amanah, tentulah kita tidak ingin perkara
ini berulang lagi. Bersama-samalah kita menjaga kedaulatan dan kemerdekaan
kegara bertuah ini. Justeru, marilah kita semua berganding bahu untuk memajukan
diri dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Sesungguhnya, “Negara
kita tanggungjawab kita”.

You might also like