You are on page 1of 3

Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu.

Solat Jamak ada dua jenis; Jamak Taqdim, dan Jamak Ta’khir.
1. Jamak Taqdim – mengerjakan solat Asar dalam waktu Zuhur/Solat Isyak
dalam waktu Maghrib.
Syarat Jamak Taqdim;
1.Hendaklah dilakukan solat yang punya waktu terlebih dahulu.
2. Niat Jamak dalam solat yang pertama.
3. Muwalat (berturut-turut)
4. berkekalan musafirnya sehinggalah takbir untuk solat yang kedua.

2. Jamak ta’khir – melakukan Solat Zuhur dalam waktu Asar/Solat Maghrib


dalam waktu Isyak.
Syarat melakukan Jamak ta’khir:
1. Berniat hendak menta'khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua.
2. Berkekalan musafir sehingga takbir untuk solat yang kedua.
3. Tidak disyaratkan tartib dalam mengerjakan solat (boleh sama ada hendak
mengerjakan solat Zuhur/Maghrib terlebih dahulu sebelum solat Asar/Isyak).

Cara-cara melakukan solat Jamak dan Qasar


Makna Jamak dihimpunkan
Makna Qasar dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari
rumah untuk melakukan solat Jamak dan Qasar.
Jamak Taqdim:
a. Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur
Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
Niat untuk solat zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana
Allah Taala".
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana Allah
a’ala".

b. Melakukan solat Isyak dalam waktu Maghrib.


Niat untuk Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak
takdim kerana Allah Ta’ala".
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan
jamak takdim kerana Allah Tallah".

2. Jamak Ta’khir:
a. Melakukan solat zuhur dalam waktu asar.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur
iaitu: "Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah
Taala".

Niat untuk solat Zuhur:


"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah
Taala".

b. Melakukan solat Maghrib dalam waktu Isyak.


Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu
Maghrib:
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak"
Lakukan solat Isyak 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan (dipendekkan). Ia tetap 3 raka’at.
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan
jamak ta’khir kerana Allah Tallah".

Niat untuk solat Maghrib:


"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak
ta’khir kerana Allah Taala".
Peringatan:
Solat Subuh tidak boleh dijamakkan dan diqasarkan.
Jangka waktu yang dibolehkan mengerjakan solat Jamak dan Qasar:
Seseorang musafir yang berhenti di sesuatu tempat, dibolehkan mengerjakan
Solat Jamak dan Qasar hanya di dalam tempoh tiga hari. Selepas itu dia
dianggap sebagai telah bermukim. Bagaimanapun, seseorang musafir yang
berhenti di Suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari
tetapi kemudiannya ternyata urusannya tidak selesai dari sehari ke sehari,
maka dia diharuskan melakukan Jamak dan Qasar sehingga lapan belas hari.
Wallahu ‘alam..

You might also like