You are on page 1of 4

 

BERITA

Disleksia - Kementerian kesan disleksia mulai 2004

11/11/2003 9:32 a.m.


http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?
y=2003&dt=1111&pub=DuniaPendidikan&sec=Berita&pg=be_02.htm

Oleh: RAJMAH HASAN SHIRAT

KEMENTERIAN Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas


akan memperkenalkan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
iaitu mekanisme ujian saringan bagi mengenal pasti DR. HANIZ
kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran spesifik IBRAHIM
disleksia mulai tahun depan.

Buat permulaan, projek rintis ISD akan dilaksanakan di 29 buah sekolah di seluruh
negara (kecuali Wilayah Persekutuan Labuan) sebelum sebarang arahan dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan untuk diguna pakai di semua sekolah rendah.

Menurut Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pendidikan


Khas, Dr. Haniz Ibrahim, ISD digunakan untuk menyaring murid tahun satu yang
berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia sahaja.

"Bagaimanapun, untuk melabel atau mengesahkan murid terbabit sebagai murid


pendidikan khas disleksia hanya boleh dibuat oleh pakar perubatan," katanya ketika
ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,


Jabatan Pendidikan Khas, Mad Kassim Abd. Malik.

Takrifan disleksia mengikut Kementerian Pendidikan adalah murid-murid disleksi yang


mempunyai kecerdasan mental yang sama atau melebihi murid normal tetapi
mempunyai kesukaran yang amat sangat dalam kemahiran mengeja, membaca dan
menulis.

ISD dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan dengan konsensus komuniti melibatkan


pensyarah-pensyarah universiti dan maktab perguruan ilmu khas, doktor dan guru-guru
berpengalaman dalam disleksia, bermula pada tahun 2001.
Menurut Dr. Haniz, ISD terbahagi kepada tiga bahagian, antara lain mengandungi 50
ciri yang sepatutnya ada pada murid yang berkemungkinan menghadapi masalah
pembelajaran spesifik disleksia.

Bahagian A, katanya, mengandungi data asas murid seperti biodata, jantina, tahun
persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas
(sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama
penilai.

"Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu
sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan ke atas murid yang
berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia," jelasnya.

Sementara itu kata beliau, Bahagian B yang berkonsepkan senarai semak (jawab
secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen yang antara lain menguji murid
menerusi kebolehan mengeja, membaca dan menulis (3M).

"Elemen pertama mengandungi 20 ciri yang mengukur sejauhmana tahap penguasaan


literasi murid merangkumi kebolehan mengeja, membaca dan menulis manakala
elemen kedua mengandungi 20 ciri untuk mengukur keupayaan kognitif mereka (lihat
sejauhmana murid ini mempunyai kognitif yang sama atau searas dengan murid
normal).

"Elemen ketiga mengandungi 10 ciri utama yang mengambil kira daripada keseluruhan
ciri spesifik disleksi yang selalu ada pada murid disleksia," katanya dan memberitahu
bahawa ISD dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Tambah Dr. Haniz, bahagian terakhir iaitu pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau
guru penyelaras setelah selesai menjalankan ISD ke atas murid.

"Prosedur penilaian dijalankan berdasarkan kepada pengetahuan peribadi guru


terhadap murid yang hendak dinilai," katanya.

Menurutnya, ISD mensyaratkan lima kriteria murid perlu dinilai iaitu telah melalui alam
persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk
tempoh tidak kurang daripada enam bulan, menghadapi kesukaran dalam penguasaan
kemahiran 3M dan murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan
sebaya dalam kemahiran 3M.

Lain-lain syarat ialah murid mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian
bagi mata pelajaran akademik dan murid telah menjalani langkah-langkah pemulihan
melalui Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas.
Dr. Haniz memberitahu, ISD meletakkan `cut-off point' sebanyak 40 peratus bagi
menyaring murid berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran spesifik
disleksia.

"Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi
lebih empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan
menghadapi masalah disleksia," jelasnya.

Menurut beliau, guru penyelaras terlebih dahulu akan membuat siasatan lanjut untuk
memastikan masalah literasi yang dihadapi tidak berpunca daripada masalah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diterima oleh murid serta bukan juga
berpunca daripada masalah sosial.

"Setelah guru penyelaras berpuas hati maka mereka akan menasihatkan ibu bapa
supaya membawa anak-anak mereka bersama-sama surat lampiran ISD ke hospital
atau mana-mana klinik untuk membuat penilaian lanjut.

"Penilaian lanjut oleh pakar perubatan ini merangkumi pemeriksaan ke atas


pendengaran, penglihatan dan fizikal terhadap murid terbabit," jelasnya.

Setelah pemeriksaan dilakukan, katanya, pakar perubatan akan membuat dua


cadangan iaitu mengesahkan murid berkenaan sebagai murid pendidikan khas
disleksia atau merujuk murid itu kepada pakar yang lebih berkelayakan untuk
pemeriksaan intensif.

Bagi menangani masalah pembelajaran disleksia, Kementerian Pendidikan katanya


bercadang melaksanakan projek rintis disleksia di 29 buah sekolah terpilih.

"Pelaksanaan program rintis disleksia dicadangkan dua kaedah iaitu secara inklusif iaitu
memerlukan satu bilik intervensi khas disleksia diwujudkan atau secara kelas khas iaitu
murid disleksia diajar secara berasingan seperti murid-murid bermasalah
pembelajaran," katanya.

Secara inklusif katanya, sebahagian besar waktu belajar murid disleksia adalah di
kelas-kelas biasa tetapi mereka akan dikeluarkan daripada kelas biasa untuk diberikan
intervensi khas bagi mengatasi kesukaran literasi yang dihadapi.

"Kelas intervensi ini dicadangkan bilangan murid satu sesi pengajaran tidak melebihi
lapan orang," ujarnya.
Jika kaedah kedua menjadi pilihan katanya, Kementerian Pendidikan akan mewujudkan
kelas pendidikan khas percantuman disleksia di sekolah-sekolah biasa atau
mewujudkan program disleksia di sekolah-sekolah pendidikan khas.

"Di bawah kaedah ini, murid disleksia akan mengikuti program intervensi sepenuh masa
sehingga masalah literasi yang dihadapi dapat diatasi, bagaimanapun, program khas ini
dirasakan amat sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah disleksia berat,"
katanya.

Sementara itu Dr. Haniz memberitahu, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah mengadakan
kursus dalam perkhidmatan 14 minggu dalam bidang disleksia dan sehingga tahun ini
terdapat empat kohot guru terlatih dalam bidang berkenaan yang dihasilkan oleh
maktab berkenaan.

Antara kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M yang kerap berlaku di kalangan


murid berkemungkinan menghadapi masalah disleksia:

- Keliru di antara huruf-huruf `b' dan `d', `u' dan `n' serta `m' dan `w', ataupun nombor-
nombor seperti `6' dan `9'.

- Fenomena `mirror prints' iaitu teks bacaan kelihatan terbalik sebagaimana dilihat
apabila teks tersebut dibaca melalui cermin.

- Murid mengambil masa lama untuk menghabiskan pembacaan, ada kala pembacaan
tersekat-sekat disebabkan mereka tercicir ayat atau melangkau baris perkataan
sehingga pada akhirnya menjejaskan pemahaman mereka.

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah
disleksia seperti mana yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September
2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew.

You might also like