You are on page 1of 2
KP. 8543/(48) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 26hb. Disember, 1969. Ketua Pegawai Pelajaran, ‘Semua Negeri. Pengetua-pengetua Semua Maktab-maktab Latihan Guru. Tuan, Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran, Bil. 13/69 Banyak aduan-aduan telah diterima mengenai pakaian guru-gura dan gure-gura dalam latihan, Dari segi masyarakat pakaian-pakaian ini adalah dianggap tidak sesuai, di sekolah-sekolah dan yayasan-yayasan perguruan, Kedatangan ke sekolah-sekolah dan’ Dilik-bilik darjah dengan memakai ‘mini-skirt’, dan pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka Iuas ke bawah dan mendedahkan sebahagian besar daripada tubuh dan memakai pakaian-pakaian yang jarang sudah tentu tidak sesuai sebagai pakaian di bilik darjah. 2. Adalah diterima pada amnya bahawa guru-guru mempunyai pengaruh yang sangat! besar ke atas murid-murid dan penuntut-penuntut mereka dan bersama-sama dengan ibu, bapa dan pemimpin-pemimpin belia masyarakat yang lain mereka memikul tanggung’ jawab bagi mengajar sopan-santun, akhlak dan nilai-nilai kebudayaan yang sesuai dengan} masyarakat Malaysia. Matlamat-matlamat pendidikan ini boleh dicapai dengan sebaik baiknya jika perhatian yang ketat ditumpukan kepada keperluan-keperluan jasmani rasa hati murid-murid oleh guru-guru sendiri dengan cara memberi dan mewujudkan} suasana sekeliling yang baik dan mempertunjukkan rupa serta sikap perangai yang sepatutnya apabila mereka sedang bertugas di dalam atau di luar sekolah dan di mana] mana tempat mereka berada di kalangan murid-murid atau penuntut-penuntut mereka, 3. Oleh yang demikiai pakaian yang berpatutan bagi guru-guru adalah penting di samping kecermatan dan kebersihan. PAKAIAN YANG BERPATUTAN ADAL. MELAMBANGKAN BUDI BAHASA YANG BAIK. Untuk meneruskan tradisi pakai yang bermutu tinggi sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh guru-guru di sekolah-sekolah dan yayasan-yayasan latihan guru:- j seluar-seluar pendek, seluar-seluar (jeans) yang ketat dan pakaian-pakaian yani bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak akan diterima. (ii) Pethiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak baik. (iii) Baju-baju Hawai yang beragam warna-adalah tidak sesuai, (iv) Rambut panjang yang tidak kemas. : 12 Sila rujukkan para. 3 Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. us 11/68 bertarikh 25hb. September, 1968 berkenaan dengan Pakaian untuk Pendidikan Jasmani. sik. PX. Kpd. Y.B.M. “SUT. KP? TS.U. Semua Ketua-ketua Bahagian Sila bewa kandungan Pekeliling ini kepada pethatian semua guru guru. Saya yang menurut perintah, (Haji Hamdan bin Sheikh Tahir) bop. Setiausaha Tetap, Kementerian Pelajaran. Pengarah Pelajaran, Sarawak, Pengarah Pelajaran, Sabah. 13,

You might also like