You are on page 1of 8

Tamadun Melayu Sebagai Asas Pembinaan

Tamadun Malaysia
Sejarah dan Asas Sistem Pemerintahan

• Dari segi sejarah terbukti bahawa wilayah


politik/negara-bangsa – Malaysia merupakan lanjutan
dari kemunculan politik-politik/kerajaan-kerajaan
Melayu awal.
• Malaysia kini merupakan negara-bangsa yang
berbentuk persekutuan yang terdiri dari beberapa
buah negeri Melayu
• Setiap politik Melayu di atas diperintah oleh raja atau
sultan atau Yang di-Pertua
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM)
memaktubkan dua institusi beraja yang menjadi
kompenan pentig dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen:
– Yang di-Pertuan Agong
– Majlis Raja-raja Melayu
Samb….

• Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan hak:


– memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen
– Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, Ketua Hakim Negara
dan Hakim-hakim, Duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar negara
– Menerima nasihat daripada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
– Mengampunkan setiap kesalahan sama ada di mahkamah sivil yang
dilakukan di Wilayah Persekutuan atau di mahkamah tentera.
– Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
– Sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja
• Yang diPertuan Agong tidak terlibat di dalam politik dan
pemerintahan negara.
Sistem Perundangan Tradisional

• Berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu


memiliki kanun perundangan yang berasaskan
adat Melayu dan hukum syariah.
– Melaka - Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka;
– Johor - Undang-undang Johor dan kemudiannya,
Undang-undang Tubuh Negeri Johor, 1895;
– Pahang - Undang-undang Pahang;
– Kedah - Undang-undang Kedah;
– Perak - Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang
Keturunan Daripada Turun Negeri Perak; dll
• Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan
dan perlembagaan ini telah dilanjutkan pula
kepada entiti politik Malaysia dalam PPM dan
perlembagaan negeri.
Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu

• Islam dan adat Melayu, telah menjadi salah satu struktur


terpenting kemelayuan dan saling melengkapi dalam tamadun
Malaysia.
• Islam menjadi faktor definitif Melayu dalam PPM iaitu Melayu
sebagai yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa
Melayu dan beragama Islam
• Islam juga sebagai agama bagi persekutuan Malaysia (perkara
3(1), PPM), dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi
setiap negeri.
• Melalui peruntukan 3(1) ini, membolehkan kerajaan pusat
melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan
negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan
pembangunan Islam dalam pelbagai bidang.
• Menurut PPM, wujud kebebasan beragama tetapi bagi
penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-
undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman
yang menyeleweng.
Bahasa Melayu dan Islam

• Penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu tidak boleh


dipisahkan dari peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu.
• Bahasa Melayu melalui tulisan jawi menjadi bahasa tulisan kitab-kitab
agama dan kesusasteraan Melayu dan bahasa pengantar komunikasi utama
perkembangan Islam
• Bahasa Melayu telah menjadi medium dakwah oleh para
mubaligh/pendakwah
• Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kalangan para pedagang yang
berdagang di kawasan ini dan menjadi bahasa persatuan dan kesatuan
Melayu
• Berdasarkan pernyataan sejarah ini, maka dimaktubkan di dalam Perkara
152 PPM bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
• Akta Pendidikan (1961) juga telah menetapkan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dan
Undang-undang Adat

• Persetujuan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan


oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah membolehkan
pemimpin-pemimpin bukan Melayu mengakui keduduka
istimewa orang Melayu dan orang Islam.
• Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept. 1963,
taraf kedudukan istimewa telah diperluas kepada kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
• Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dimaktubkan
menurut Perkara 153 PPM.
• PPM juga mengiktiraf peranan undang-undang adat yang
dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan
masyarakat pribumi.
Kewarganegaraan Dan Jatidiri Kebangsaan

• Selepas kemerdekaan Malaysia berusaha mewujudkan satu jati diri


kebangsaan bagi warganegaranya yang mengandungi beberapa
kompenan pelbagai kaum.
• Asas-asas kebangsaan tersebut telah termaktub di dalam Akta
Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967)
• Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk
digunakan sebagai intrumen perpaduan kaum. Begitu juga Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (1971) dan Rukun Negara (1971)
• Dasar Kebangsaan Kebangsaan telah diterima sebagai dasar negara
untuk mewujudkan jati diri. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan
kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal
rantau ini dan Islam menjadi teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-
nilai baik dari budaya lain akan diambil kira.
• Dasar ini juga mengambil kira bahawa imej atau citra kebangsaan
mestilah citra kemelayuan.

You might also like