You are on page 1of 3

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA & JUNIOR POA MELAKA 2011

(PINDAAN – 28 APRIL 2011)

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
(KOAM) 2010-2011.
1.0 PENYERTAAN
1.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua ahli gabungan KOAM, ahli gabung Persatuan
Olahraga Amatur Melaka, sekolah-sekolah dan kelab-kelab olahraga. Kejohanan ini
terbuka kepada atlet-atlet DUA kategori berikut:
Kategori Kumpulan Umur
1. Lelaki / Wanita TERBUKA
2. Lelaki / Wanita JUNIOR Atlet yang berumur 19 tahun & ke
bawah pada 31 Disember 2010
1.2 Seorang atlet hanya boleh bertanding dalam SATU (1) Kategori sahaja.
1.3 Setiap atlet hanya boleh didaftar untuk menyertai tiga (3) acara individu dan dua (2)
acara berpasukan.
1.4 Setiap pasukan dibenarkan menyeneraikan hanya dua (2) orang atlet bagi acara
individu dan satu (1) pasukan bagi acara berpasukan.
1.5 Acara-acara kurang daripada tiga (3) orang atlet tidak akan dijalankan.
2.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA
2.1 Tempat : Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Krubong, Melaka
2.2 Tarikh: 14 & 15 MEI 2011 (Sabtu & Ahad)
2.3 Masa: Hari Pertama: 8.00 pagi – 6.00 petang
Hari Kedua: 8.00 pagi – 6.00 petang
3.0 ACARA-ACARA
No. Acara Lelaki Lelaki Wanita WANITA
(TERBUKA) (JUNIOR) (TERBUKA) (JUNIOR)
1. 100M X X X X
2. 200M X X X X
3. 400M X X X X
4. 800M X X X X
5. 1,500M X X X X
6. 5,000M X X X X
7. 10,000M X X X X
8. 100M LARI BERPAGAR - - X(0.840m) X(0.840m)
9. 110M LARI BERPAGAR X(1.067m) X(0.990m) - -
10. 400M LARI BERPAGAR X(0.914m) X(0.914m) X(0.762m) X(0.762m)
11. 3,000M LARI BERHALANGAN X(0.914m) X(0.914m) X(0.762m) X(0.762m)
12. 10,000M JALAN KAKI X X X X
13. 4 X 100M LARI BERGANTI X X X X
14. 4 X 400M LARI BERGANTI X X X X
15. LOMPAT JAUH X X X X
16. LOMPAT KIJANG X X X X
17. LOMPAT TINGGI X X X X
18. LOMPAT BERGALAH X - X -
19. LONTAR PELURU X(7.260kg) X(6kg) X(4kg) X(4kg)
20. LEMPAR CAKERA X(2kg) X(1.750kg) X(1kg) X(1kg)
21. REJAM LEMBING X(800g) X(800g) X(600g) X(600g)
4.0 BORANG PERMOHANAN UNTUK PENYERTAAN
4.1 Semua borang penyertaan mesti diisi dua (2) salinan.
4.2 Nama penuh hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR dengan jelas pada borang
penyertaan.
4.3 Borang yang tidak lengkap akan ditolak.
4.4 Semua borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada:
PENGERUSI J/KUASA PERTANDINGAN POAM,
(ENCIK ROBERT AERIA,PPN)
d/a 249, JALAN MERPATI 2,
TAMAN MELAKA BARU,
BATU BERENDAM, 75350 MELAKA.
TEL: 017-6710749
Email: raeria@gmail.com
5.0 TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN
12.00 tengah hari, 3 MEI 2011. Borang penyertaan lewat tidak akan diterima.
6.0 PENGESAHAN PENYERTAAN
Semua pengesahan penyertaan mestilah dibuat pada Mesyuarat Taklimat Pengurus-
Pengurus Pasukan pada hari Jumaat, 13 Mei 2011 jam 4.00 petang di Pejabat POAM, 32 &
34, Jalan Munsyi Abdullah, Melaka.
7.0 PENGGANTIAN
7.1 Seseorang atlet yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam
acara-acara yang telah didaftarkan oleh atlet yang menarik diri dan hendaklah dibuat
semasa Mesyuarat Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan.
7.2 Atlet yang sudah menarik diri tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang acara
lagi dalam Kejohanan ini.
7.3 Bagi acara individu dan berpasukan, atlet yang telah didaftarkan sahaja yang layak
mengambil bahagian. Atlet gantian tidak dibenarkan.
7.4 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan atlet yang telah
didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama atlet yang mengambil bahagian hendaklah
diserahkan kepada Referi Bilik Panggilan bersama dengan Borang Penyertaan.
8.0 NOMBOR BIB ATLET DAN PEMBAYARAN
8.1 Semua atlet mesti memakai nombor bib yang mesti dipakai semasa bertanding,
dilekatkan di tempat mudah dilihat di dada dan belakang, kecuali dalam acara
Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah di mana satu nombor bib boleh dipakai sama
ada di dada atau di belakang.
8.2 Pihak Pengelola akan menyediakan nombor bib tersebut. Bayaran RM3.00 akan
dikenakan bagi setiap pasang nombor bib untuk setiap atlet yang akan diberikan
pada hari Mesyuarat Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan.
9.0 SISTEM PERTANDINGAN
9.1 Semua acara balapan dari 100M hingga 400M akan ditandingkan pada peringkat
Saringan, Separuh Akhir dan Akhir.
9.2 Semua acara balapan dari 800M dan ke atas akan ditandingkan terus pada peringkat
Akhir.
9.3 Kelayakan atlet ke peringkat Akhir akan ditentukan seperti berikut:-
9.3.1 Empat (4) Saringan - Hanya dua (2) atlet (Pertama dan Kedua) dari setiap
saringan layak memasuki peringkat Akhir.
9.3.2 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir - Hanya dua (2) atlet dari setiap separuh akhir
dan dua (2) lagi atlet yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga
Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.
9.3 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir - Hanya tiga (3) atlet dari setiap Separuh Akhir dan dua (2)
lagi atlet yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua Separuh Akhir adalah layak
memasuki peringkat Akhir.
10.0 MASA MELAPORKAN DIRI
10.1 Acara Balapan - Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Referi Bilik Panggilan
30 minit sebelum acara-acara mereka bermula.
10.2 Acara Padang - Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Referi Bilik Panggilan
45 minit sebelum acara-acara mereka bermula.
10.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 10.1 dan 10.2 akan dimaklumkan
kelak.
11.0 GAGAL BERTANDING
11.1 Semua atlet yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak
dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.
11.2 Sekiranya berlaku, maka atlet berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan
berikutnya kecuali dengan kebenaran Doktor (jika kecederaan)..
(Rujuk Peraturan 142 para 4 )
12.0 PERALATAN
12.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang atlet itu dibenar menggunakan galah sendiri.
Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) akan disediakan
oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
12.2 Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan galah peserta yang lain kecuali mendapat
kebenaran daripada peserta berkenaan.
13.0 UNDIAN LORONG
13.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh pihak pengelola.
13.2 Bagi pusingan pertama, setiap atlet akan diundi untuk menentukan lorong
masing-masing.
13.3 Bagi pusingan berikutnya, maka tiga (3) undian akan dibuat seperti berikut:-
13.3.1 Undian pertama adalah untuk kumpulan empat atlet atau pasukan yang
membuat pencapaian terbaik untuk menduduki lorong 3, 4, 5 dan 6.
13.3.2 Undian kedua adalah untuk atlet atau pasukan tempat kelima dan keenam bagi
menentukan tempat di lorong 7 dan 8.
13.3.3 Undian ketiga adalah untuk dua orang atlet atau dua pasukan tempat terakhir
bagi menentukan tempat di lorong 1 dan 2.
14.0 CATATAN MASA
Alat Foto Penamat Berautomatik Sepenuhnya akan digunakan untuk merekodkan masa
rasmi.
15.0 KENAIKAN PALANG
15.1 Lompat Tinggi (Lelaki Terbuka)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 1.70m dan 1.90m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 1.75m dan dinaikkan seperti berikut: 1.80m, 1.85m, 1.90m,
1.93m, 1.96m, 1.99m, 2.02m dan 2sm seterusnya.
15.2 Lompat Tinggi (Lelaki Junior)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 1.60m dan 1.80m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 1.65m dan dinaikkan seperti berikut: 1.70m, 1.75m, 1.80m,
1.83m, 1.86m, 1.89m, 1.92m dan 2sm seterusnya.
15.3 Lompat Bergalah (Lelaki Terbuka)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 3.00m dan 4.00m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 3.20m dan dinaikkan seperti berikut: 3.40m, 3.60m, 3.80m,
4.00m, 4.20m, 4.30m, 4.40m, 4.50m, 4.60m dan 5sm seterusnya
15.4 Lompat Tinggi (Wanita Terbuka)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 1.40m dan 1.60m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 1.45m dan dinaikkan seperti berikut: 1.50m, 1.53m, 1.56m,
1.59m, 1.62m, 1.65m, 1.68m, 1.70m dan 2 sm seterusnya.
15.5 Lompat Tinggi (Wanita Junior)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 1.30m dan 1.50m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 1.35m dan dinaikkan seperti berikut: 1.40m, 1.45m, 1.50m,
1.53m, 1.56m, 1.59m, 1.62m, 1.65m dan 2 sm seterusnya.
15.6 Lompat bergalah (Wanita Terbuka)
Ketinggian palang untuk latihan ialah 2.00m dan 3.00m. Untuk pertandingan,
ketinggian palang ialah 2.20m dan dinaikkan seperti berikut: 2.40m, 2.60m, 2.80m,
3.00m, 3.20m, 3.30m, 3.40m, 3.50m, 3.60m dan 5sm seterusnya
16.0 3HADIAH DAN UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH
16.1 Dalam acara individual hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
Tempat Pertama – Pingat Emas; Tempat Kedua – Pingat Perak; Tempat Ketiga –
Pingat Gangsa.
16.2 Dalam acara-acara berpasukan, hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
Tempat Pertama – Pingat Emas (4); Tempat Kedua – Pingat Perak (4); Tempat
Ketiga – Pingat Gangsa (4).
16.3 Upacara Penyampianan Hadiah akan diadakan selepas tamat setiap
acara akhir. Atlet yang menerima hadiah mestilah berpakaian kemas dan berkasut.
17.0 KESELAMATAN
Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan
barangan kepunyaan atlet dalam kawasan berehat atlet atau arena pertandingan.
18.0 KEMALANGAN/KECEDERAAN
Segala langkah telah diambil untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan,
Pihak Pengelola tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan/kecederaan yang
berlaku semasa Kejohanan ini.
19.0 BANTAHAN DAN RAYUAN
19.1 Sebarang bantahan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan secara lisan
kepada Referi berkenaan oleh atlet itu sendiri atau orang yang bertindak bagi pihak
atlet yang terlibat. Orang atau pasukan yang membuat bantahan mesti ada
kepentingan “bona fide” dalam acara tersbut.
19.2 Rayuan kepada Juri Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit
selepas keputusan rasmi diumumkan secara bertulis, ditandatangani oleh pegawai
yang bertanggungjawab untuk atlet atau pasukan dan disertakan wang cagaran
sebanyak RM300. Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan sekiranya rayuan itu
gagal.
20.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DALAM PERATURAN
Keputusan Pihak Pengelola dalam segala perkara yang tidak ada dalam peraturan
pertandingan ini atau Peraturan KOAM adalah muktamad.

You might also like