You are on page 1of 28

PROF MADYA MUHAMMAD HAMZI ESAHAL

Pelan Integriti Nasional


Berlandaskan cabaran-cabaran Wawasan 2020 iaitu :

Pembentukan masyarakat bersatu padu Bebas Merdeka & Cemerlang Berakhlak mulia & utuh Toleran & daya saing

Murid murid di peringkat persekolahan adalah sasaran utama dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional

Strategi Utama Pelaksanaan Pin


Pelancaran Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan

Penubuhan Sekolah Wawasan

Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara

PROJEK SEKOLAH WAWASAN

Definisi Sekolah Wawasan:


Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.

Konsep Sekolah Wawasan


Konsep Sekolah Wawasan sebenarnya berlandaskan konsep Sekolah Integrasi yang merangkumi tiga jenis aliran sekolah rendah yang ditubuhkan bersama di Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor pada 1985.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan:


Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

RANCANGAN INTEGRASI MURIDMURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP )

KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatankegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatankegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu: Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

AKTIVITI-AKTIVITI
Aktiviti beramai-ramai seperti merentas desa, berlumba berjalan kaki, permainan bola sepak, bola keranjang dll. Pertandingan permainan berpasukan Aktiviti perkhemahan ( Unit Berunifom, Kelab & Persatuan ) Khidmat masyarakat seperti kebersihan sekeliling sekolah, aktiviti keceriaan dll.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA ( PLKN )

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun keatas

Objektif
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut: Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Menyemarakkan semangat kesukarelaan. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Perlaksanaan
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti: Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara. Implikasi kewangan. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Modul Latihan
Pelatih PLKN akan menjalani latihan modulmodul yang ditetapkan oleh JLKN iaitu seperti Modul Fizikal Modul Kenegaraan Modul Pembinaan Karakter Modul Khidmat Komuniti

PENGAJARAN MATEMATIK & SAINS DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan

Sejarah perlaksanaan
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Objektif
Pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang sains dan matematik berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Hasil dan reaksi


Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tertentu termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Reaksi dari bidang pendidikan


Kesan negatif 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-43" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid;

Reaksi dari bidang pendidikan


Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka

Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

You might also like