You are on page 1of 5

DASAR PANDANG KE TIMUR

1.0

PENGENALAN Dasar Pandang ke Timur ini telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Joint Annual Conference Of MAJECA/JAMECA di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Malysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai kebolehan asas untuk menjadi negara perindustrian di Asia selepas Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, Malaysia harus mengalih pandangan kepada negara Timur seperti Jepun dan juga Korea bagi memastikan Malaysia berupaya menjadi sebuah Negara perindustrian yang setanding dengan Jepun dan Korea. Dasar ini dilihat sangat penting dijalankan di Malysia kerana negara Barat amnya dilihat hilang keupayaan dalam ekonomi. Masyarakat Barat lebih mementingkan keselesaan hidup dan tidak lagi mementingkan kesanggupan dan keupayaan bekerja.

1.1

MAKSUD DASAR Dasar Pandang Ke Timur ini bermaksud kajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuainya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.

1.2

RASIONAL Dasar ini sangat rasional dijalankan di Malaysia kerana: i. Negara Jepun dan Korea merupakan dua buah negara yang pesat membangun di Asia Tenggara dan lebih maju daripada sesetengah negara Barat. ii. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya boleh dipraktikkan bagi mencapai matlamat

pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sector awam dan swasta.
1

1.3

OBJEKTIF Objektif Dasar Pandang Ke Timur adalah: i. Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan di Malaysia serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara. ii. Meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilainilai islam dan kepimpinan melalui teladan. iii. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi.

1.4

STRATEGI PELAKSANAAN DAN TUMPUAN DASAR Strategi dan tumpuan dasar ditujukan kepada penerapan nilai-nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea dengan cara-cara bagaimana untuk meninggikandaya pengeluaran negara dan mutu kerja, membangun satu masyarakat Malaysia yang tekun, rajin berdisiplin dan bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik. Oleh itu, diwujudkan satu pasukan kerja yang berkesan agar dapat meningkatkan produktiviti negara iaitu: i. Nilai-nilai dan Etika Kerja y y y ii. Kerajinan dan disiplin kerja. Kesetiaan kepada negara dan organisasi. Keutamaan kepeda kepentingan kumpulan dan tidak kepada individu itu sendiri sahaja. Daya Pengeluaran dan Mutu Kerja y y y Peningkatan daya pengeluaran, mutu kerja dan kecekapan. Pengurangan perbezaan dan jurang antara eksekutif dan pekerja. Sistem pengurusan yang mementingkan kejayaan jangka panjang.

Selain itu, pelbagai program telah disusun bagi meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Antara programprogram yang dilaksanakan adalah: i. Perubahan Struktur y Kad Perakam waktu kerja (Punch Card)

Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)

Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) Contoh: Sekumpulan kecil pekerja-pekerja (5-10 orang) daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.

Konsep Pejabat Terbuka Persekitaran kerja yang kondusif, terbuka dan juga santai seperti, DHouse iaitu bangunan DIGI.

Perkhidmatan Kaunter atau Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat Perkhidmatan kaunter seperti ini diperkenalkan bertujuan untuk

memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti Pejabat Pos Malaysia.

Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) Fail Meja merupakan panduan terperinci mengenai tugas yang dijalankan oleh tiap-tiap individu dalam sesuatu organisasi dan jabatan. Manual Prosedur Kerja pula adalah dokumen rujukan dan panduan untuk peringkat jabatan dan pejabat, di mana ianya member gambaran menyeluruh mengenai organisasi iaitu fungsi dan objektif.

ii.

Perubahan Sikap y Perkhidmatan Cemerlang

Konsep Bersih, Cekap dan Amanah Konsep ini memberi penekanan terhadap menanam sikap positif di dalam jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masingmasing dan melaksanakannya dengan cekap, bersih dan amanah. Maksud konseptual Bersih, Cekap dan Amanah adalah: Bersih: Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib, dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak menerima rasuah. Cekap: Berani dan cepat membuat keputusan. Amanah: Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

Kepimpinan Melalui Teladan

iii.

Latihan dan Kursus y Latihan Perindustrian dan Teknikal Melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari negara Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.

Program Pengajian Akademik Memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di negara Jepun dan Korea.

Program Pengajian Teknikal Menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan kepada pelajar-pelajar lepsan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan Politeknik.

Program Kemajuan Eksekutif Menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di negara Jepun dan Korea.

Hubungan antara Institusi Menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malysia kepada Institusi pengajian tinggi di negara Jepun dan Korea.

Skim Latihan Pembangunan Usahawan Memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahawan Bumiputera terhadap idea baru dan teknologi luar untuk memajukan perniagaan.

You might also like