You are on page 1of 6

Skema jawapan BAHAGIAN A. Soalan 1.

Faktor banjir IS1 Tebus guna kawasan bakau secara meluas menyebabkan proses pasang-surut terganggu IS2 Sistem perparitan yang tersumbat IS3 Hakisan tanah menyebabkan sungai cetek IS4 Faktor cuaca hujan turun tanpa henti dalam tempoh yang lama Cadangan mengatasi. IS1 Terowong SMART diperkenalkan di Lembah Klang IS2 Mendalamkan sungai yang cetek IS3 Mengawal projek-projek pembangunan di sekitar kawasan paya bakau. IS4 Parit dan longkang sentiasa dibersihkan.

Soalan 2. Pendahuluan : Jenayah ragut ialah perbuatan menarik benda berharga seperti beg tangan dan barang kemas secara paksa oleh penjenayah. IS1 - Menguatkuasakan dan mengetatkan undang-undang mengenakan hukuman yang lebih berat hukuman yang memberikan pengajaran wajar dikenakan hukuman sebat dan penjara dalam tempoh masa yang lama. IS2 - Pemantauan secara menyeluruh dan berterusan di kawasan-kawasan strategic menjadi tempat peragut menjalankan kegiatannya - polis berpakaian biasa perlu ditempatkan di kawasan ini. IS3 - menangkap penagih dadah dan kutu jalanan - golongan ini dikenal pasti sebagai peragut penangkapan golongan ini akan membersihkan bandar-bandar utama daripada gejala negatif lain. IS4 - mengadakan kempen kesedaran dan antijenayah membendung gejala ini daripada berlaku dalam kalangan rakyat. IS5 - Menggalakkan rakyat malaysia terutamanya kaum wanita mempelajari seni mempertahankan diri. IS6 - Menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan agama dan moral bermula di bangku sekolah lagi.

Soalan 3. Pendirian : Bersetuju. Langkah untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan. IS1 - Mencari produk pelancongan baharu, seperti ekopelancongan, agropelancongan, dan mencari destinasi pelancongan yang menarik dan baharu. IS2 - Menyediakan perkhidmatan tertentu yang dapat menarik kedatangan orang luar, misalnya melancong di samping mendapatkan rawatan perubatan, membeli-belah, menyaksikan sesuatu acara sukan, dan lain-lain. IS3 - Meningkatkan promosi dan publisiti pelancongan, khususnya di luar negara. IS4 - Mengadakan pakej pelancongan yang menarik dan murah. IS5 - Menyediakan aktiviti yang dapat memenuhi kehendak, keperluan dan minat pelancong untuk datang ke Malaysia. IS6 - Memperbaik kemudahan infrastruktur pelancongan yang disediakan. IS7 - Mengawal kadar jenayah, seperti ragut, rompak, seluk saku, dan sebagainya yang menakutkan pelancong. IS8 - Menjadi tuan rumah bagi sesuatu acara antarabangsa, seperti pertandingan sukan dan persidangan.

Soalan 4. Pendahuluan Format memorandum IS1 menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah IS2 perniagaan golongan peniaga kecil turut terjejas IS3 golongan peniaga tertentu seperti pengusaha restoran dan peniaga warung makan menggunakan alas an ini untuk menaikkan harga makanan IS4 pemantauan yang lebih kerap harus dijalankan oleh pihak berkuasa ke atas para peniaga yang terbabit IS5 menyelaraskan harga barangan kawalan di seluruh negara IS6 - kerjasama daripada orang ramai dalam membuat aduan

BAHAGIAN B. Soalan 5. IU Perubahan berterusan dalam penggunaan sistem dan rangkaian maklumat serta persekitaran teknologi maklumat oleh OECD memerlukan semua pihak yang terbabit dalam ini menumpukan lebih banyak perhatian terhadap aspek keselamatan.

IS 1

Sistem dan rangkaian maklumat terdedah pada pelbagai ancaman dan mudah diceroboh atau diserang. Keadaan ini menimbulkan isu keselamatan dan satu garis panduan digunakan untuk membangunkan budaya keselamatan.

IS 2

Garis panduan ini menumpukan perhatian pada keselamatan dalam pembangunan sistem dan rangkaian maklumat serta menerima pakai cara baharu semasa penggunaan dan saling berhubung dalam sistem dan maklumat.

IS 3

Kerahsiaan merupakan aspek yang sangat penting bagi mengelakkan maklumat dibaca atau disalin oleh pihak lain.

IS 4

Maklumat akan hilang integriti apabila diubahsuai dengan cara yang tidak dijangka dan menyebabkan berlakunya perubahan pada maklumat tersebut sama ada oleh kesilapan manusia atau pengubahan yang sengaja dilakukan.

IS 5

Maklumat yang terpadam atau tidak dapat diperoleh akan menyebabkan hilang ketersediaan kerana seseorang yang dibenarkan untuk memperoleh maklumat tidak memperoleh apa-apa yang diperlukan.

IS 6

Ketersediaan rangkaian penting kerana kegagalannya mereka mengalami penyangkalan perkhidmatan.

berfungsi, menyebabkan

Zaman Maklumat membolehkan manusia hidup lebih selesa, namun masalah keselamatan yang wujud dalam dunia teknologi memerlukan setiap individu dan organisasi berhati-hati bagi membendung jenayah siber. [185 patah perkataan]

BAHAGIAN C
Soalan 6. Inderaputera melihat anak raja-raja di atas lancang itu. Semuanya berasal daripada dewa, rajin jin, anak raja peri seta anak raja cendera, dan semuanya memakai pakaian serta mahkota keemasan. Mereka bermain lancang/perahu layar dan pelang/buluh/papan, berlumba-lumba sambil langgar-melanggar mengikut permainan masing-masing. Anak-anak raja itu begitu ramai. Inderaputera melihat mereka bermain bunyi-bunyian, duduk beramai-ramai di tasik itu sambil bermain herebab dan kecapi, bersyair, dan berpantun dengan begitu meriah sekali. Inderaputera lantas mencitakan geliga Panca Mayan daripada peri itu. Dalam sekelip mata, turun angin, ribut dan taufan, guruh, petir, dan kilat sabung-menyabung. Tasik Bahrul Asyikin berombak dan semua lancang dan pelang habis karam. Semua anak raja berenang dalam tasik itu, dan ada antara anak raja itu tenggelam, sesetengahnya naik ke atas tasik, dan sesetengahnya pula berenang menemui Inderaputera. Inderaputera lantas bertanyakan sebab mereka basah. Anak-anak raja itu mengatakan bahawa mereka duduk bermain-main di tasik itu, tiba-tiba berlaku ribut taufan menyebabkan lancang dan pelang mereka karam. Mereka menambah bahawa ramai saudara mereka mati tenggelam dalam tasik. Inderaputera tersenyum mendengar kata-kata anak raja itu.

Soalan 7.

Yayasan Y menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi sesi Pengajian Mei 2008. Pemohon dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Y bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, Diploma atau Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi sesi pengajian Mei 2008. Keutamaan permohonan terbuka kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Y yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Pertama, pemohon lahir di negeri Y dan ibu atau bapa pemohon lahir di Wilayah Y sebelum 1 Februari, 1978. Kedua, pemohon telah menetap di negeri Y lebih 10 tahun dan ketiga, telah mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan sahaja. Keempat, pengajian adalah sepenuh masa. Permohonan yang tidak memenuhi syarat dianggap gagal. Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa atau dermasiswa atau pinjaman atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana organisasi di dalam atau di luar negara. Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan berharga RM2.00 dengan datang sendiri ke alamat yang dinyatakan atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 60 sen serta Wang Pos berharga RM2.00 atas nama Yayasan Y. Tarikh tutup penerimaan borang permohonan yang telah lengkap diisi adalah pada 30 Jun 2008. Permohonan borang, penyerahan borang dan sebarang pertanyasan hendaklah diajukan kepada Pengurus Pembiayaan Pendidikan, Tingkat 17, Menara Yayasan Y, No.18A, Persiaran Selatan, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon 03-7655 2222/2345/2346 sambungan 140. Nombor faksimili ialah 03-7655 2347. Catatan: Bayaran pembelian borang di Tingkat 16 Bahagian Kewangan, manakala pengambilan borang di Tingkat 17 Bahagian Pembiayaan Pendidikan.

BAHAGIAN D.

Kesalahan menjadi kesesakan

Analisis/Sebab kesalahan

Pembetulan

Kata kerja tak transitif menjadi hendaklah diikuti oleh menjadi sesak kata adjektif sebagai pelengkap. kesesakan ialah kata nama. Perkataan yang betul ialah sesak sebab ialah kata nama dan tidak boleh digunakan kerana untuk menghubungkan ayat. lalulintas ialah kata majmuk yang dieja terpisah. lalu lintas

sebab

lalulintas naik

Perkataan naik perlu dibubuh apitan meN--i untuk menaiki membentuk kata kerja transitif di dalam frasa di tahan berfungsi sebagai imbuhan, ditahan bukan sebagai kata sendi nama. Oleh itu, imbuhan dihendaklah ditulis bercantum dengan kata kerja tahan

di tahan

You might also like