You are on page 1of 12

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1.

Pengenalan
Panduan ini bertujuan membantu pelajar-pelajar Pengurusan Teknologi dalam penyediaan Laporan Latihan Industri mereka. Laporan Latihan Industri ini adalah satu laporan yang dibuat oleh pelajar berdasarkan latihan mereka semasa menjalani latihan industri. Laporan ini mestilah meliputi semua aspek yang berkaitan dengan latihan yang telah dijalankan di syarikat-syarikat yang berkenaan. Dalam menyediakan laporan ini pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada Akta Dan Peraturan Kecurangan Akademik dari perenggan 12 Akta UUM(Peperiksaan) 1988. Laporan ini kelak akan dinilai oleh Penyelia Latihan Industri (UUM). Laporan pelajar ini akan disemak dengan menggunakan Borang Penilaian Laporan Latihan Industri.

2.

Media Penghantaran Laporan


Para pelajar diperlukan untuk menghantar laporan yang lengkap (hardcopy) secara berjilid biasa kepada penyelianya.

3.

Peraturan Penulisan
Semua laporan hendaklah ditaip dalam Bahasa Melayu. Laporan mestilah tidak melebihi 50 mukasurat bercetak (tidak termasuk lampiran). Penaipan hendaklah bersih, jelas dan seragam bagi seluruh laporan. i. Jenis Font Gunakan Times New Roman. ii. Spesifikasi (a) Gunakan taip jenis font 12 termasuk tajuk. Tajuk utama mesti ditulis dalam huruf besar dan dihitamkan (bold).

(b)

Font bagi subtajuk bersaiz 12. Menggunakan huruf besar dan kecil serta dihitamkan

Contoh: 1. TAJUK UTAMA 1.1 Tajuk Kecil 1.1.1 Tajuk-tajuk Kecil (c) (d) Gunakan pemprosesan perkataan yang memberikan taipan yang seragam. Penggunaan header dan footer tidak dibenarkan.

iii.

Margin Margin ialah 40mm di sebelah kiri dan 20mm di sebelah kanan, bawah dan atas; kecuali pada permulaan bab, di mana margin di atas hendaklah sekurangkurangnya 40mm.

iv.

Indentasi Topik dan Subtopik Bagi format pernomboran penggunaannya mestilah konsisten. Misalnya pada peringkat pertama nombor biasa digunakan, diikuti dengan abjad dan seterusnya nombor roman pada peringkat ketiga. Contoh: 1.0 1.1 1.1.1 TAJUK UTAMA Subtajuk bagi 1.0 Pecahan bagi Subtajuk 1.1 (a) Pecahan bagi 1.1.1 (i) Pecahan bagi (a) (Peringkat 1) (Peringkat 2) (Peringkat 3)

(Peringkat 4) (Peringkat 5)

*Nota : Setiap satu peringkat indentasi mesti dimulakan pada lajur keenam. Bagi pernomboran penyenaraian nombor roman boleh digunakan.

v.

Jarak

Laporan hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing). Perkara-perkara berikut hendaklah ditaip selang sebaris (single-spaced) dalam teks laporan. (a) (b) (c) (d) Sedutan (quotation) yang melebihi 3 baris Bibliografi Jadual Lampiran seperti soalselidik, surat dan lain-lain

Bahagian utama (bab) hendaklah bermula pada halaman baru. Bagi perenggan baru, mulakan pada lajur keenam.

vi.

Penghalaman (a) Halaman hendaklah dibilang terus menerus dalam laporan. Nombor halaman wujud tersendiri tanpa kurungan, sengkang atau apa-apa perhiasan lain. Halaman-halaman sebelum pengenalan hendaklah dinomborkan dengan menggunakan nombor kecil Romawi. Halaman tajuk tidak perlu dinomborkan. Penomboran halaman bermula pada halaman pengenalan/pendahuluan, tetapi tidak dicatat nombornya. pertama

(b)

(c)

4.
a)

Format Laporan
Sebuah laporan mengandungi beberapa bahagian yang disusun menurut cara tertentu. Adalah disyorkan bahawa susunan itu dibuat seperti berikut: Susunan 1 2 3 4 5 6 Perkara Halaman Anugerah Halaman Penghargaan Halaman Perakuan Senarai Kandungan Daftar Jadual Daftar Rajah Halaman Tiada nombor muka surat Muka surat ii Muka surat iii Muka surat iv Muka surat v Muka surat vi

7 8

9 10

Daftar Singkatan Kandungan Teks Laporan Bab 1 Bab 2 Bab . Bab xx Rujukan/Bibliografi Lampiran Lampiran A Lampiran . Lampiran Z

Muka surat vii Muka surat 1 Muka surat x Muka surat . Muka surat xx Muka surat xxx Muka surat xxxx Muka surat . Muka surat xxxxx

b) c) d)

Halaman Anugerah (Rujuk Lampiran A) Halaman Perakuan (Rujuk Lampiran B) Halaman Penghargaan Bahagian ini boleh mengandungi semua atau sebahagian dari maklumat berikut:(i) (ii) Sebab menjalankan kajian. Penghargaan kepada semua pihak (individu ,institusi atau organisasi ) yang membantu dalam melaksanakan kajian ini. Penghargaan hendaklah dinyatakan secara ringkas dan cermat.

e)

Senarai Kandungan Senarai kandungan hendaklah menyenaraikan mengikut urutan, dengan nombor halaman, semua ceraian laporan, termasuk tajuk bab, bahagian dan sub-bahagian secara yang sesuai; senarai rujukan, senarai singkatan (acroymns) dan lain-lain bahagian fungsi bagi seluruh laporan; sebarang lampiran; dan indeks (jika ada). Jika sesuatu laporan mengandungi lebih dari satu jilid, kandungan seluruh laporan hendaklah ditunjukkan pada jilid pertama dan kandungan jilid-jilid lain diulangi dalam jilid-jilid berikutnya.

f)

Lampiran Jika hendak diadakan Lampiran, letakkannya selepas rujukan/bibliografi. Perincian kepada lampiran hendaklah disenarai dalam kandungan. Setiap lampiran tidak perlu dicetak mukasurat. Jika terdapat lebih dari satu lampiran gunakan huruf A, B, C dan D sebagai pendahulu tajuk bagi setiap lampiran. Setiap lampiran yang baru mesti dimulakan pada mukasurat yang baru. Contoh : 4

Lampiran A : Panduan Manual Pengguna

g)

Daftar Jadual Daftar ini mengandungi setiap tajuk jadual secara tepat seperti terdapat dalam teks pada halaman pertama bagi tiap-tiap jadual. Maklumat yang perlu disertakan adalah seperti nombor jadual, tajuk dan mukasurat.

h)

Daftar Rajah/Ilustrasi Ini termasuklah graf, rajah, peta dan lain-lain jenis ilustrasi. Di sini juga, tajuk dalam Daftar mestilah menepati tajuk dalam teks. Maklumat yang perlu disertakan adalah seperti nombor rajah, tajuk dan mukasurat.

5.

Kandungan Teks Laporan


(i) Bahagian ini biasanya dimulakan dengan pengenalan kepada bidang masalah yang dikaji yang menekan betapa mustahaknya masalah dan memberi konteks kepadanya serta menegaskan objektif kajian secara umum dan khusus. Bab-bab yang biasanya terdapat dalam laporan adalah seperti yang terdapat pada bahagian Penilaian Laporan Latihan Industri. Jadual dan Ilustrasi Jadual hendaklah dinomborkan berterusan sepanjang laporan dan diberi tajuk yang menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Contoh : Jadual 1 : Data yang Menunjukkan Penggunaan IT dalam Sektor Pembuatan dan Pembinaan pada tahun 2000 dan 2002 Begitu juga Rajah dan Ilustrasi adalah dinomborkan berterusan, dengan menggunakan huruf besar dan kecil, misalnya:

(ii)

Contoh : Rajah 12 : Perkaitan di antara Kitaran Hayat Projek dan Kos yang di Belanjakan. Tajuk (caption) hendaklah ditaip di sebelah atas jadual, tetapi bagi Rajah, di sebelah bawah.

6.

Rujukan/Bibliografi
(i) Rujukan/Bibliografi perlu diletak selepas teks induk. Ianya menyenaraikan rujukan yang dibuat dalam kajian/projek dan disebut dalam teks. Cara menulis tiap-tiap jenis rujukan hendaklah konsisten dan mengikut amalan-amalan penulisan berikut:-

Entri dalam bibliografi adalah disusun secara "an underhug Single-spaced form" selang sebaris di antara item. Setiap entri bermula di tepi marjin kiri dengan baris kedua di"kedalamkan" empat lajur. (Lihat contoh).

Entri hendaklah disusun ikut ajbad nama keluarga pengarang bagi namanama Barat, tetapi ikut nama penuh bagi nama Melayu. Bagi pengarah korporat, entrinya disusun mengikut perkataan pertama (tidak termasuk artikel seperti "The", "A" dan sebagainya).

Jika terdapat lebih dari dua karya oleh seorang pengarang, pengulangan namanya boleh dielakkan dengan menggantikannya dengan garisan bersambung sepanjang 8 lajur (ruang) mulai tepi marjin kiri.

Jika pengarangnya tidak diketahui, sesuatu entri itu disusun mengikut abjad perkataan pertama tajuk makalah (tidak termasuk artikel "The", "A" dan lain-lain). (ii) Item-item dalam bibliografi hendaklah disenaraikan mengikut abjad nama pengarang mengikut kaedah American Psychology Association (APA) (http://www.apa.org) Rujukan kepada item-item yang disenaraikan itu dibuat dengan menyebut pengarang dan tahun. Contoh: Artikel dari Jurnal, seorang pengarang

Bekerian, D. A. (1993). In search of the typical eyewitness. American Psychologist, 48, 574-576.

Artikel dari jurnal, dua orang pengarang, dikeluarkan mengikut isu Klimoski, R., & Palmer, S. (1993). The ADA and the hiring process in organizations. Consulting Pscychology Journal: Practice Research, 45 (2), 10-36.

and

Artikel jurnal, tiga hingga lima pengarang Borman, W. C., Hanson, M. A., Oppler, S. H., Pulakos, E. D., & White, L. A. (1993). Role of early supervisory experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443 -449. Artikel dari makalah (megazine) Posner, M. I. (1993, October 29). Seeing the mind. Science, 262, 673-674. o o Berikan tarikh yang terdapat pada terbitan - bulanan atau bulan dan tarikh. Berikan nombor jilid.

Artikel dari surat khabar harian, tiada pengarang New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993, July 15). New Straits Times, p. A12. o o o Senaraikan penulisan tanpa pengarang mengikut perkataan pertama yang bererti daripada tajuk artikel. Dalam teks gunakan tajuk pendek dalam kurungan: ("New Drug," 1993). Dahului mukasurat surat khabar dengan "p." atau "pp."

Artikel dari surat khabar, berlainan mukasurat Schwartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economics, social status. The Washington Post, pp. A1, A4. o Jika artikel bersambung-sambung di beberapa mukasurat, berikan kesemua mukasurat dengan dipisahkan oleh koma (contoh., pp. B1, B3, B5-B7) 7

Artikel dari surat khabar bulanan, surat kepada pengarang Markovitz, M. C. (1993, May). Inpatient vs. outpatient [Letter to the editor]. APA Monitor, p. 3. Keseluruhan isu dalam sebuah jurnal Barlow, D. H. (Ed.). (1991). Diagnoses, dimensions, and DSM-IV: The science of classification [Special issue]. Journal of Abnormal Psychology, 100 (3).

Terbitan tahunan Fiske, S. T. (1993). Social cognition and social perception. Annual Review of Psychology, 44, 155-194.

Sebuah buku Ross, R.S. (1974). Speech communication: Fundamentals and practice. 3rd ed. Englewood Cliffs, N.J. Prentice-Hall. Ahmad Lofti Alam dan John Kuppusami. (1988). Potential for Agricultural Development in Kedah, Alor Setar, Universiti Utara Malaysia.

Buku, edisi ketiga Mitchell, T., R., & Larson, J. R., Jr. (1987). People in organizations: An introduction to organizational behavior (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. Buku, sekumpulan pengarang (agensi kerajaan) sebagai penerbit Australian Bureau of Statistics. (1991). Estimated resident population by age and sex in statistical local areas, New South Wales, June 1990 (No. 3209.1). Canberra, Australia Capital Territory: Author.

Kertas Kerja Persidangan/Seminar Deci, E. L. & Ryan, R. M. (1991). A motivational approach to self: Integration in personality. In R. Dienstbier (Ed.), Nebraska Symposium on Motivation: Vol. 38. Perspectivees on motivation (pp. 237-288). Lincoln: University of Nebraska Press.

Prosiding yang diterbitkan secara tetap(regularly) Cynx,J.,Williams,H., & Nottebohm, F. (1992). Hemisphericdifferences in avian song discrimination. Proceedings of the National Academy of Sciences, USA, 89, 1372-1375. Penerbitan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perangkaan (1977). Malaysian fertility and family survery 1974: first country report. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. Malaysia (1971). Universities and university colleges act 1971. Kuala Lumpur, Jabatan Cetak Kerajaan.

Tesis Abu Baka bin Salleh (1978). Purification and Immobilisation of Uricase for Use in Automated Analysis. Ph.D Dissertation, University of St. Andrews. Berkala Anuar Hamdan (1976). Report on the Markets for Timbers Products in West Asian Countries. Warta Perdagangan Kayu. Lum. K.Y. & Wong H.K. (1976). Control of Bacteria Wilt of Tomatoes in the Lowlands Through Grafting. MARDI Res. Bul 4(1); 28-33. (a) Untuk perincian lanjut mengenai penyebutan bibliografi dan nota kaki, sila rujuk buku-buku berikut:-

(i)

BALLOW, S.V. A model for theses and research papers. Boston; Hougton Mifflin, 1970. (LB 2396. B25) CAMPBELL, W.G. and S.V. Ballow Form and style: theses, reports, term papers. 5th ed. Boston: Houghton Mifflin, 1978. (LB 2369 C3 1978):

(ii)

Untuk singkatan kepada nama jurnal, gunakan singkatan-singkatan yang diikuti dalam World List of Scientific Periodicals (Z 7403. W6 1963). Contoh: Australian Journal of Zoology Malayan Orchid Review Malay, Journal of Nutrition New Zealand Journal of Agriculture Aust. J. Zool Orchird Rev. J. Nutr. N.Z.J. Agric.

7.

Rujukan Utama
Publication Manual of the American Psychology Association. American Psychology Association, Washington D.C. (4th ed). (1944).

Akta dan Peraturan. (1993). Jabatan Hal-Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia. Lampiran A : Format lampiran halaman anugerah

Laporan ini Disediakan Sebagai Memenuhi Syarat Lulus TX2014 Praktikum

10

OLEH [NAMA PELAJAR] NO. MATRIK : [XXXX]

Lampiran B : Format lampiran halaman perakuan

FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2004/2005

11

PERAKUAN

TX2014 PRAKTIKUM

Dengan ini disahkan bahawa LAPORAN LATIHAN INDUSTRI yang disediakan oleh [NAMA PELAJAR] no. matrik [XXXX] diterima sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat lulus TX 2014 PRAKTIKUM.

Penyelia Latihan Industri : [Nama Pensyarah] Fakulti Pengurusan Teknologi

12

You might also like