You are on page 1of 1

Kertas Kerja Memohon Sumbangan Buku Untuk Perpustakaan SRA Integrasi Seksyen 7 Shah Alam

1.

Rasional:

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen telah mula beroperasi 1 Julai 2009. Walaupun pihak JAIS telah menyediakan prasarana dari segi bangunan, kelengkapan lain seperti buku-buku dalam perpustakaan dan komputer dalam makmal komputer masih tiada dan tidak mencukupi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah memohon sumbangan buku daripada ibu bapa dan penjaga murid. Walaubagaimanapun, sumbangan yang diterima masih belum mencukupi dan diharap dengan permohonan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor ini, dapat menampung kekurangan sumber bacaan di perpustakaan sekolah ini.

2.

Objektif: 1. Melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang sesuai dengan peringkat umur murid. 2. Menanam sikap minat membaca dalam kalangan murid-murid dan guru-guru. 3. Memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.

3.

Sumbangan yang diperlukan

Nilai sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM 6159.50 X 2 unit setiap satu judul berjumlah RM 12 319.00 berdasarkan senarai nama buku dan harga setiap unit. (Sila lihat l lampiran yang disertakan). Disediakan oleh: . (MOHD HAFIZ BIN MOHD NOOR) GPK Kokurikulum Sek. Ren. Agama Integrasi Seksyen 7.

You might also like