You are on page 1of 2

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2011

PENDAHULUAN Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang telah dilaksanakan pada 02 Julai 2011 adalah bertujuan untuk mencipta rekod The Malaysia Book of Record bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian. Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2010 dan telah dilaksanakan pada tahun ini yang mewajibkan setiap murid mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah sepanjang tahun. Larian ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Larian ini juga adalah usaha untuk melakar rekod Penyertaan Murid Sekolah Paling Ramai Serentak Dalam Larian kerana ia melibatkan hampir keseluruhan pelajar yang kesemuanya berjumlah kirakira 5.5 juta orang seluruh negara. OBJEKTIF 1. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan pelajar sekolah. 2. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. KUMPULAN SASARAN 1. Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah 2. Ibu bapa 3. Guru-guru dan staf sokongan 4. Rukun Tetangga 5. PIBG 6. Komuniti Sebelum larian ini dijalankan, semua peserta, dif-dif jemputan dan tetamu kehormat telah malakukan aktiviti senamrobik beramai-ramai. Program ini telah dijalankan bersama-sama dengan guru-guru dan muridmurid sekolah menengah. Larian ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Johan Shadzli bin Mohd Daud, Senior General Manager Marketing & Sales, NAZA TTDI Development Sdn. Bhd seterusnya menjadi pelepas larian tersebut. KEKUATAN 1. Semua guru memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan. 2. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. 3. Mendapat sokongan yang baik daripada ibu bapa (ramai ibu bapa

yang hadir) 4. Keselamatan murid dikawal dengan baik sepanjang program. 5. Sokongan dan komitmen yang baik oleh pihak pentadbir sekolah. KELEMAHAN 1. Kehadiran murid tidak 100% 2. Penyertaan ibu bapa menyertai larian adalah kurang. 3. Suasana menjadi kurang teratur apabila ibu bapa sibuk membeli dan memberikan sarapan untuk anak-anak mereka. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN 1. Meneruskan aktiviti larian ini pada setiap tahun.

You might also like