You are on page 1of 2

USUL HASIL PERBINCANGAN AHLI PERSATUAN PEMANDU DAN TUAN PUNYA KERETA SEWA / TEKSI / LIMOSIN LAPANGAN TERBANG

SULTAN ABDUL HALIM KEPALA BATAS, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

1. PAKAIAN PEMANDU (PERATURAN 1) 1.1 Baju Seragam Berlogo Mohon pihak jawatankuasa memberi penjelasan mengenai logo yang dibolehkan Contohnya : saiz, perkataan-perkataan yang tercatat pada logo dan gambar logo. 1.2 Seluar Slack Minta pihak jawatankuasa mengemukakan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh SPAD mengenai etika pakaian pemandu teksi di lapangan terbang. 2. PARKIR DAN TAPAK PARKIR (PERATURAN 3) 2.1 Minta pihak jawatankuasa menguatkuasakan peraturan iaitu kenderaan trip no 19 dan seterusnya, juga kenderaaan yang mengambil trip kedua (patah balik) dikehendaki memakir kenderaan masing-masing di padang. 2.2 Sekiranya ada pemandu yang mengingkari peraturan yang ditetapkan apakah tindakan yang akan dikenakan. Mohon penjelasan daripada pihak jawatankuasa. 2.3 Mohon pihak jawatankuasa membenarkan kenderaan trip 12 hingga trip 18 meletakkan kenderaan mereka di mana-mana petak dari petak 12 hingga petak 18 tanpa mengikut susunan (ikut kenderaan yang sampai dahulu)
3. KENDERAAN YANG MEMASANG NGV (PERATURAN 4) 3.1 Masalah Beg Dan Barang-Barang Penumpang

Mohon pihak jawatankuasa membuat pindaan iaitu mengikut trip yang ditolak
4. KENDERAAN BOOKING (PERATURAN 6)

4.1 Minta kenderaan booking dibenarkan mengambil trip kali kedua dan tidak dikenakan komisyen 5. KETETAPAN TRIP MATI ATAU TIDAK MATI (PERATURAN 7)

5.1 Minta pihak jawatankuasa menetapkan mengenai trip mati iaitu isi barang

dalam kenderaan dan penumpang berada dalam kenderaan, trip yang seterusnya dikira mati

6. KENDERAAN TUNDA TRIP (PERATURAN 10) 6.1 Larangan Tunda Trip Menjelang Hari Raya (PERATURAN 13) Minta pihak jawatankuasa mengecualikan : a) Kenderaan yang rosak b) Kematian sanak saudara terdekat atau c) Kematian jiran Dengan sebab-sebab di atas pohon dikecualikan dengan pengesahan Ahli Jawatankuasa. 7. CADANGAN 7.1 Mencadangkan agar trip penerbangan pagi di sambung. 7.2 Pohon pihak Jawatankuasa mengedarkan buku peraturan kepada pemandu. Sekian, terima kasih.

You might also like