You are on page 1of 6

PERATURAN-PERATURAN

CABARAN ROBOT SUMO SENIOR

PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA 2019

(PMM 2019)

“Bersama Memacu Industri 4.0”

Versi 1.0

(Tarikh kemaskini: 07/08/2019)

DISEDIAKAN OLEH:
pmm2019.drabot.com © DRABOT

PERATURAN-PERATURAN
CABARAN ROBOT SUMO SENIOR
PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA (PMM 2019)
PERINGKAT: NEGERI/AGENSI & KEBANGSAAN

1. PENGENALAN
Dua robot yang mewakili dua pasukan berbeza akan bertanding di dalam satu gelanggang dan menolak
antara satu sama lain sehingga salah satu robot keluar daripada gelanggang dan menyentuh
permukaan luar gelanggang dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Robot hendaklah mempunyai dua mod iaitu boleh dikawal oleh telefon/
komputer riba (manual mode) dan mod pergerakan robot berfungsi secara automatik (autonomous
mode). Pada pusingan pertama, robot akan dikawal oleh telefon pintar atau komputer riba sahaja.
Manakala apabila pusingan kedua, robot hendaklah berfungsi secara automatik. Hanya seorang
peserta (operator) untuk setiap pasukan dibenarkan untuk mendekati gelanggang pertandingan untuk
mengawal robot semasa perlawanan berlangsung. Keputusan pengadil adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.

2. PENGLIBATAN & PENYERTAAN


Tiada had penyertaan untuk setiap sekolah dan setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 3 orang
pelajar yang berumur 13 – 16 tahun sahaja. Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang penasihat
yang terdiri daripada guru sekolah berkenaan. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

3. SYARAT UMUM

3.1 Bertanding secara berpasukan dan terdiri daripada 3 orang pelajar sahaja.
3.2 Setiap pasukan hendaklah menggunakan kit rasmi pertandingan iaitu DRABOT BOT sebagai asas
robot. Penyertaan peserta akan terbatal sekiranya menggunakan kit lain.
3.3 Setiap pasukan bebas membuat sebarang penambahbaikan sistem robot dengan berpandukan
peraturan rasmi pertandingan.
3.4 Pergerakan robot hendaklah boleh dikawal oleh telefon pintar atau komputer riba sahaja dan
juga boleh berfungsi secara automatik apabila butang atau suis ditekan.

4. MAKLUMAT CABARAN

4.1 Cabaran ini akan menguji kemahiran para peserta dalam membina sebuah robot yang bijak dan
kuat serta dapat menggabungkan sistem kawalan, elektronik dan mekanikal.

2
pmm2019.drabot.com © DRABOT

4.2 Cabaran ini terbahagi kepada 2 pusingan untuk setiap perlawanan dan tempoh 1 minit
diperuntukkan untuk setiap pusingan.
4.3 Pusingan pertama, robot akan dikawal menggunakan telefon pintar atau komputer riba sahaja.
Manakala, untuk pusingan kedua, peserta mesti menekan butang dari aplikasi telefon pintar/
komputer riba atau suis pada robot untuk mengaktifkan pergerakan robot berfungsi secara
automatik.
4.4 Pada pusingan kedua, peserta tidak dibenarkan memegang apa-apa alat kawalan termasuk
telefon pintar dan komputer riba.

5. DEFINISI

5.1 Dua robot akan bertanding di dalam satu gelanggang sumo dan menolak antara satu sama lain
sehingga keluar daripada gelanggang dan menyentuh permukaan luar daripada gelanggang.
5.2 Hanya seorang peserta yang mengawal robot dibenarkan mendekati gelanggang semasa
perlawanan pusingan pertama berlangsung.
5.3 Hanya peserta yang sama di pusingan pertama yang mengawal robot boleh menekan butang
atau suis untuk pusingan kedua supaya pergerakan robot berfungsi secara automatik.
5.4 Pusingan perlawanan akan berlangsung dengan tiupan wisel pertama dan berakhir dengan
tiupan wisel kedua.
5.5 Penilaian pemarkahan akan dilakukan oleh pengadil bagi setiap gelanggang. KEPUTUSAN
PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

6. SPESIFIKASI GELANGGANG SUMO

6.1 Gelanggang sumo berbentuk bulat dan mempunyai diameter sebanyak 77cm.
6.2 Garisan permulaan gelanggang merupakan garisan selari berwarna coklat/ krim yang
mempunyai jarak sebanyak 10cm antara kedua-dua garisan tersebut (dua unit robot akan
diletakkan secara berhadapan dengan jarak tersebut).
6.3 Gelanggang tersebut mempunyai lilitan putih yang mempunyai ketebalan sebanyak 2.5 cm.
6.4 Contoh pandangan atas gelanggang sumo beserta dimensi seperti di dalam Gambar 1.

3
pmm2019.drabot.com © DRABOT

1.0 CM

2.5 CM 10.0 CM

10.0 CM

77.0 CM

Gambar 1: Pandangan atas gelanggang sumo beserta dimensi.

7. SPESIFIKASI ROBOT

7.1 Robot mestilah berasaskan DRABOT BOT yang mengekalkan bingkai asas robot yang berwarna
biru, papan serasi Arduino UNO, papan pemacu motor L298P, dan 2 unit motor arus terus
berwarna kuning yang terdapat pada produk DRABOT BOT sedia ada. Setiap pasukan boleh
menambah sebarang sistem elektronik dan mekanikal dengan syarat asas pembinaan robot
tersebut dipatuhi. Bilangan motor yang boleh digunakan untuk menghasilkan pergerakkan robot
hanya terhad kepada dua unit iaitu 2 unit motor arus terus berwarna kuning yang terdapat pada
produk DRABOT BOT sedia ada. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan apa-apa jenis
motor tambahan (contoh: servo) untuk tujuan senjata.
7.2 Dimensi robot TIDAK melebihi saiz dimensi 25 cm x 25 cm x 25cm (panjang x lebar x tinggi)
sebelum perlawanan bermula.
7.3 Berat maksima robot adalah 700g dan berat ini tidak termasuk alat kawalan robot tanpa wayar
seperti telefon pintar.
7.4 Robot mestilah TIDAK mempunyai keupayaan untuk dipisahkan secara fizikal apabila
pertandingan bermula.
7.5 Hanya senjata tetap atau ‘passive weapon’ dibenarkan. Sebarang semburan/ tembakan
berbentuk cecair, gas ataupun pepejal yang dihasilkan oleh robot tidak dibenarkan.
7.6 Sebarang alat kawalan tanpa wayar untuk mengawal robot dibenarkan tetapi hanya satu jenis
sahaja boleh digunakan sepanjang pertandingan.

4
pmm2019.drabot.com © DRABOT

7.7 TIDAK menggunakan sebarang peranti jamming seperti IR LED jamming untuk mengacau IR
sensor pihak lawan atau menganggu frequency radio kawalan pihak lawan.
7.8 TIDAK dibenarkan merosakkan gelanggang atau dibina untuk mengancam robot pihak lawan
atau pemain. Penolakan atau pelanggaran normal TIDAK dikira sebagai mengancam.
7.9 TIDAK meletakkan sebarang bahan mudah terbakar.
7.10 TIDAK dibenarkan menggunakan peranti untuk meningkatkan kekuatan, seperti pam vakum
atau magnet dan bahan melekit.
7.11 TIDAK mengubah atau mengecat semula warna bingkai asas DRABOT BOT. Warna asal adalah
BIRU.

Nota: Jika mana-mana pasukan TIDAK mematuhi spesifikasi robot yang telah ditetapkan, pasukan
tersebut TIDAK akan dibenarkan untuk bertanding dan tersingkir daripada pertandingan.

8. PRINSIP PERLAWANAN

8.1 Satu perlawanan hanya diberi dua pusingan dan setiap pusingan akan dijalankan selama 1 minit
kecuali diberi masa tambahan oleh pengadil. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.
8.2 Pasukan yang menang untuk setiap perlawanan akan diberi TIGA markah (bukan satu pusingan).
Pasukan yang kalah untuk setiap perlawanan tidak akan diberi sebarang markah.
8.3 Pemenang untuk pusingan pertama akan diberi nilai SATU markah sahaja. Jika pusingan adalah
seri, maka TIADA markah yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan.
8.4 Pemenang untuk pusingan kedua akan diberi nilai DUA markah sahaja. Jika pusingan adalah seri,
maka TIADA markah yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan.
8.5 Jika kedua pusingan seri, pusingan penentuan (pusingan ketiga) akan dijalankan di mana kedua-
dua robot tersebut akan diletakkan di hadapan antara satu sama lain untuk dilanggar secara
manual sehingga melepasi garisan atau waktu yang diberi. Keputusan pengadil bergantung
kepada kekuatan robot menolak pihak lawan.
8.6 Penentuan pemenang perlawanan ditentukan berdasarkan mata pusingan paling banyak.
8.7 Jika tiada pemenang untuk setiap pusingan, maka keputusan perlawanan adalah seri dan SATU
markah akan diberikan kepada kedua-dua pasukan.
8.8 KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

9. PROSEDUR PERLAWANAN

9.1 Waktu Persediaan : Hanya SEMINIT diberikan kepada setiap kumpulan sebelum memulakan
waktu perlawanan.
9.2 Permulaan : Mengikut arahan pengadil, pihak lawan akan bersalaman sesama
mereka sebelum perlawanan bermula.
9.3 Tiupan Wisel Pertama : Pusingan akan bermula apabila tiupan wisel pertama ditiup.
9.4 Tiupan Wisel Kedua : Pusingan tamat.
9.5 Penamat : Pengadil akan mengumumkan pemenang. Para peserta diminta
menandatangani borang pemarkahan perlawanan sebelum beredar.

5
pmm2019.drabot.com © DRABOT

10.HAK PENGANJUR DAN KEPUTUSAN PENGADIL

Pihak penganjur berhak menambah atau meminda peraturan-peraturan pertandingan tanpa


mengeluarkan sebarang notis kepada peserta. Keputusan pengadil adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.

You might also like