You are on page 1of 10

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Konsep FPT
y

Pendidikan merupakan sesuatu eleman yang amat penting bagi seseorang, bagi ahli falsafah Timur, baik di dunia ini ataupun di akhirat? Mengapa? Kerana pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

y y y y

- Membolehkn seseorang mencapai kebijaksanaan, - Mengekalkan struktur kekeluargaan, - Mengubal undang-undang, - Dan memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi.

Mereka melihat guru sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai serta mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul.

Prinsip FPT
y

FPT menggariskan beberapa prinsip seperti berikut:

Kehidupan manusia menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan.

Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka Setiap manusia ingin memperolehi kebijaksanaan dan mencapai Nirvana.

FPT : Confucius (551 479 SM)

Confucius atau Kung Fu Tze, salah seorang ahli pemikir dan tokoh pendidikan negara Cina yang amat terkenal.

Confucius dilahirkan pada tahun 551 SM di Qufu, daerah shandong.

Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Sejak kecil beliau sudah tekun belajar.

Semasa beliau berusia 20 tahun, telah ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Rendah Kerajaan Cina.

Beliau kemudiannya menjadi seorang hakin di Chung-Tu diikuti dengan jawatan sebagai Grand Secretary of Justice dan akhirnya sebagai Ketua Menteri.

Sepanjang hayat beliau, Confucius telah berjalan jauh bagi menyebarkan ajaran beliau yang merangkumi pelbagai bidang termasuk falsafah, muzik, pemerintahan negara dan etika.

Pada kemuncak kerjaya confucius sebagai Mahaguru. Dikatakan bahawa beliau mempunyai lebih kurang 3000 pengikut antaranya termasuk seramai 72 orang pelajar yang cemerlang.

Ajaran beliau merupakan satu mazhab berasingan yang dikenali sebagai Sekolah Confucius. Pengaruh ajaran ini kekal selama lebih 2000 tahun.

Confucius meninggal dunia pada usia beliau 73 tahun pada tahun 479 SM.

Falsafah Pendidikan Confucius


y

Falsafah pendidikan confucius akan dijelaskan dari aspek-aspek seperti dibawah:

Konsep Pendidikan, Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambilkira sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.

Matlamat Pendidikan, Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

Kurikulum, Berfokus kepada mata pelajaran seperti berikut:

Pendidikan Moral Antara nilai-nilai yang ditekankan termasuk hormat kepada ibu bapa (xiao), hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita (ti), ketekunan (min), kesetian (zhong), jimatcermat (jian), tolak ansur (zhi), dan keberanian (yong).

Enam buku Confucius yang merangkumi bidang falsafah, politik, ekonomi dan kebudayaan: - Muzik, - Puisi, - Kesusasteraan, - Sejarah, - Kod dan tatacara kelakuan yang baik.

Peranan Guru, Sebagai fasilitator dan pemyampai ilmu yang mahir.

Maka, guru perlu menunjukkan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Selain itu, mengenali dan memahami murid yang diajar agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan mereka.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like