You are on page 1of 4

Ubat Penghilang Kesakitan

(analgesik) Kebanyakan orang mengambil ubat atau dadah penghilang kesakitan seperti Panadol. atau Ponstan. apabila terasa sakit. Tetapi, tahukah anda apakah itu kesakitan dan berapa jenis ubat penghilang kesakitan yang terdapat di negara kita? Mari kita sama-sama mengkajinya. APA ITU KESAKITAN?

Ia bukanlah penyakit tetapi hanya merupakan satu simptom Ia adalah cara semulajadi untuk memaklumkan kepada kita ada sesuatu yang tidak kena Ia boleh disebabkan oleh faktor fisikal seperti luka, bahang panas, terjatuh atau penyakit 7 Ia boleh juga disebabkan oleh faktor emosi/perasaan seperti tekanan mental dari kehidupan seharian kita.

MEKANISMA KESAKITAN

Rasa kesakitan akan dipetik oleh gentian saraf dari tempat kecederaan Isyarat kesakitan kemudiannya dihantar ke otak di mana ianya dirakam sebagai kesakitan Pada masa yang sama, di sekitar bahagain kecederaan sejenis bahan kimia yang dipanggil prostaglandins dikeluarkan dan ini boleh menyebabkan bahagian tersebut menjadi merah dan bengkak atau mengalami keradangan.

TERDAPAT DUA JENIS DADAH ANALGESIK (Penghilang sakit) YANG UTAMA i. Dadah nakotik

Codeine , morfin Merupakan analgesik yang paling berkesan digunakan untuk merawat kesakitan akibat pembedahan, kecederaan yang serius atau sesuatu penyakit. Ia bertindak di dalam otak untuk menghentikan isyarat dari dikesan oleh otak Boleh menimbulkan rasa seronok atau euforia yang boleh menyebabkan ketagihan dan penyalahgunaan.

ii. Dadah bukan nakotik

Aspirin, paracetamol , dadah-dadah antikeradangan yang bukan steroid (NSAIDs) Tidak begitu kuat Bertindak ke atas gentian kesakitan di tempat kecederaan untuk menghentikan penghantaran mesej kesakitan. Dadah yang dikenali sebagai NSAIDs (seperti ibuprofen, naproxen dan asid mefenamilk)

PARACETAMOL

Ubat penghilang kesakitan yang sangat terkenal yang terdapat di pasaran Juga dikenali sebagai Panadol ., Uphamol., Serimol. dan lain-lain Dapat mengatasi kesakitan yang ringan dalam masa sehari ataupun dua hari. Mengurangkan demam Sesuai untuk kanak-kanak dalam dos yang disyorkan Baik untuk mereka yang tidak boleh mengambil Aspirin Ia merupakan antara ubat analgesik yang paling selamat apabila diambil dengan betul walaupun semasa mengandung dan ketika menyusu anak kerana sedikit sahaja bahan tersebut akan dikeluarkan melalui susu. Ia tidak mengganggu perut dan jarang menimbulkan alahan. Jika diambil dalam dos yang berlebih boleh merosakkan ginjal atau buah pinggang dan hati dengan teruknya.

ASPIRIN

Juga dikenali sebagai asik asitilsalisilik Nama jenamanya ialah Thromposprin., Aspirin Bayer. dan lain-lain Dapat menghilangkan sakit-sakit ringan seperti sakit otot, sendi, sakit kepala, sakit urat, sakit akibat luka dan kecederaan sendi. Dapat menghilang sakit semasa haid

Mengurangkan keradangan seperti di kalangan pesakit artritis Membantu mengalang kebekuan darah yang mengurangkan peluang mendapat angin ahmar. luar biasa dan

Tidak sesuai untuk mereka yang memiliki darah yang sukar untuk beku secara semula jadi. Tidak boleh diambil oleh meraka yang mengandung, pesakit gaut dan mereka yang sering mendapat sakit dalam perut seperti gastrik. Tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja belasan tahun. Mungkin boleh memburukkan serangan asma.

NSAIDs

Seperti asik Mefenamic (Ponstan.), ketoprofen (Orudis., Oruvail.), indomethacin (Indocid.) dan lain-lain. Digunakan biasanya untuk mengurangkan keradangan seperti tegang otot dan artritis. Juga digunakan untuk menghilangkan sakit semasa haid Boleh menyebabkan ulser perut, oleh itu jangan mengambilnya jiika anda ada ulser melainkan anda diletakkan dibawah pengawasan doktor. Ambilnya dengan makanan atau susu untuk mengelakkan dari gangguan dalam perut. 7

NSAIDs mungkin boleh memburukkan lagi serangan asma.

Tidak disyorkan untuk mereka yang mengandung atau yang sedang menyusu anak.

CODEINE

Biasanya digabungkan dengan menghilangkan rasa sakit.

aspirin

atau

parasetamol

untuk

Juga dugunakan untuk mengubat batuk Boleh menimbulkan rasa mengantuk, loya, muntah, sembelit dan sesak nafas.

GABUNGAN

Mengabungkan ubat penghilang kesakitan dengan ubat-ubat lain biasanya digunakan untuk keadaan tertentu yang berbeza-beza. Contohnya, ubat parasetamol digabungkan dengan ubat batuk dan selesema seperti larotadine bertujuan untuk mengurangkan deman disebabkan oleh selesema. (Contoh ubat gabungan: Febricol., Panadeine., Sinuzin. dan lain-lain.

PENJAGAAN SENDIRI

Jangan mengambil ubat penghilang kesakitan secara berterusan lebih dari 3 hari tanpa berjumpa doktor anda. Jauhkan ubat-ubat tersebut dari kanak-kanak Ambil ubat tersebut selepas anda makan untuk mengelak dari ganguan pada perut. Jangan lupa memerhatikan label ramuan ubat tersebut untuk mengelak dari menggandakan dos dari ubat yang sama Jangan mengambil aspirin dan parasetamol serentak. Ambil ubat penghilang kesakitan ini pada waktu yang betul dalam dos yang disyorkan bagi mengelakkan dari keracunan atau sebarang kesan toksik yang mungkin timbul.

You might also like