You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SELANGOR

Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18, 40200 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55420620 Faks : 03-55420621 E-mail : bba8245@btpn.sel

Ruj. Kami : SKPKS 02/03/012 ( Tarikh : 4 Julai 2011

Pn. Mazita bt Ali, Guru Kanan, Tadika Islam Al-Hidayah, D/A Masjid Hidayah, Seksyen 18/1 Barat, 40000 Shah Alam, Selangor darul Ehsan Tuan, MOHON GANTI KEROSAKAN GOL POST FUTSAL SK PENDIDIKAN KHAS SELANGOR Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan pada 3 Julai 2011 (Ahad) tadika tuan telah menggunakan padang SK Pendidikan Khas Selangor untuk mengadakan program Sukan Tahunan. Setelah selesai program tersebut, pihak sekolah telah mendapati kedua-dua buah gol post futsal sekolah kami yang berada di padang pada masa itu telah mengalami kerosakan teruk (palang patah). 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekokah memohon ganti kerosakan gol post futsal tersebut memandangkan ia sangat diperlukan untuk latihan persiapan murid ke pertandingan futsal peringkat negeri dan kebangsaan. Bersama ini disertakan gambar kerosakan tersebut. 4. Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan amat dihargai. Untuk penjelasan lanjut dan perbincangan, tuan boleh hubungi dengan Encik Anuar bin Ujang (No.Tel : 012 2027114) atau datang ke sekolah dalam masa terdekat. Sekian terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(AISAH BT. BAKAR) Guru Besar, SK Pendidikan Khas Selangor

You might also like