You are on page 1of 17

Jalur Gemilang

Tema : Negaraku

Tajuk Jalur Gemilang di Mana-mana

Jalur Gemilang di Kutub Utara

Jalur Gemilang di samudera

Jalur Gemilang di Litar Formula Satu(F1)

Jalur Gemilang di puncak Everest

M. Magendran dan N. Mohandas


Pada Mei tahun 1997,mereka berjaya menakluki puncak Gunung Everest yang merupakan puncak gunung yang tertinggi di dunia.

Lee Chong Wei


~ Tokoh Sukan ~ Perseorangan Lelaki Badminton Negara Malaysia ~ Tarikh lahir : 21 Oktober 1982

Dr. Sheikh Muszaphar


~ Angkasawan Pertama Negara Malaysia. ~ Pada 10 Oktober 2007,beliau berlepas ke angkasa dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007. ~ Tarikh Lahir : 27 Julai 1972

berdaulat
Maksud - Mempunyai kuasa atau hak yang tertinggi atas sesuatu hal. - Berbahagia. Contoh ayat Negara kita sebuah negara berdaulat.

perpaduan
Maksud Keadaan berpadu , persatuan. Contoh ayat Kerajaan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

membawa
Maksud Mengangkat, memimpin Contoh ayat Setiap hari, ibu membawa saya ke sekolah.

melintang
Maksud Menurut lintang sesuatu bidang,merintang Contoh ayat Beberapa batang kayu melintang di atas lantai.

kibar
Maksud Bergerak ke kiri kanan,berkibar. Contoh ayat Bendera Malaysia berkibaran di Stadium Merdeka.

Kata Nama Khas dan Kata Nama Am

Kata Nama Am
~ Perkataan yang digunakan untuk menyebut orang,benda dan tempat secara umum. ~ Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan huruf kecil.

Kata Nama Khas


~ Perkataan yang digunakan untuk menyebut orang,benda dan tempat secara khas. ~ Huruf pertama kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

You might also like