You are on page 1of 25

GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEH SU HOOI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006 TEH SU HOOI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tanda ( )

Saya

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 115, PEKAN ATAP, 08300 GURUN, KEDAH Tarikh: 28 APRIL 2006

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. BAHARIN BIN ABU Nama Penyelia Tarikh: 28 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Tandatangan : Nama Tarikh : :

_______________________ DR. BAHARIN BIN ABU_ _______________________

GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN MASALAH BELAJAR PELAJAR 5 SPA/E/J/H FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEH SU HOOI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

Saya akui karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiaptiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Tarikh : :

___________________ TEH SU HOOI______ ___________________

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (TEH A LIK) dan ibuku (NG CHOOI ENG) yang dikasihi, Doamu, nasihatmu, dan pengorbananmu menjadi pelita serta panduan perjuanganku dalam mengenal kehidupan ini .

Buatmu adik-adik (C. HONG, S. TENG dan C. KHIANG) yang disayangi, Kalian amat bermakna dalam diri ini, Kejayaanku, kejayaanmu jua .

Buatmu pembimbing yang disanjungi, Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasa yang engkau berikan Tidak akan kulupai .

Buat teman-teman yang dirindui, Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini akan kukenang selamanya .

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada penyelia projek sarjana muda, Dr. Baharin bin Abu atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan laporan penyelidikan ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang proses menyiapkan laporan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar 5 SPA/E/J/H yang sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama dalam membantu menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ahli keluarga yang memberi sokongan serta dorongan sepanjang penyediaan projek ini. Sesungguhnya budi baik kalian sukar untuk dibalas. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar pelajar 5 SPA/E/J/H, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 104 orang responden yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 74 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan Skala Empat Mata berdasarkan 5 kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn yang terdiri daripada kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.83. Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.09) yang paling dominan digunakan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah kategori Psikologikal (min 2.98), ketiga ialah kategori Sosiologikal (min 2.93), keempat ialah kategori Persekitaran (min 2.80) dan kelima ialah kategori Fizikal (min 2.78). Secara keseluruhan, Kemahiran Belajar bagi pelajar 5 SPA/E/J/H mencapai tahap sederhana. Skor min bagi Kemahiran Membuat Rujukan ialah 3.09, Kemahiran Menulis Nota (min 3.06) dan Kemahiran Mendengar (min 3.04) yang berada pada tahap tinggi manakala Kemahiran Membaca (min 2.98), Kemahiran Menghadapi Peperiksaan (min 2.88) dan Kemahiran Menguruskan Masa (min 2.80) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan masalahmasalah belajar yang dihadapi pelajar adalah berpunca daripada pengajaran pensyarah, kemahiran belajar, minat, kemudahan pembelajaran dan beban tugas pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the 5 SPA/E/J/H students learning styles, study skills, and learning problem at the Education Faculty, Universiti Teknologi Malaysia. A total of 104 respondents involved in this research. The respondents were consisted of 30 males and 74 females. The study employed a set of questionnaire using four point scale based on the five categories of learning style proposed by Dunn and Dunn. These five categories are Environmental, Emotional, Sociological, Physical and Psychological. In general, the Alpha Cronbach value of this study is 0.83. The result showed that the learning style of 5 SPA/E/J/H students inclined to Emotional category (mean 3.09). The second category was Psychological (mean 2.98). While, the third category was Sociological (mean 2.93), the forth category was Environmental (mean 2.80) and the fifth category was Physical (mean 2.78). In general, the study skills of 5 SPA/E/J/H students were at moderate level. The mean score for Doing Reference Skill was 3.09, Taking Note Skill (mean 3.06) and Listening Skill (mean 3.04) attained the highest level. While, Reading Skill (mean 2.98), Preparation for Exam Skill (mean 2.88) and Time Management Skill (mean 2.80) were recorded at the moderate level. The result of this research showed that the problems confronted by students were induced from the Teaching Process, Learning Process, Interest and Facility Provided in the Learning Process and the Pressure Facing in the Learning Process. At the end of this research, some alternatives were introduced to increase the efficiency of teaching and learning process.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi

BAHAGIAN SATU BAB I

BAB I

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian 1 3 4 5 6 7

viii

1.6 1.7 1.8

Skop dan Batasan Kajian Definisi Istilah Kesimpulan dan Organisasi Bab

7 8 10

BAHAGIAN DUA BAB II

BAB II

SOROTAN PENULISAN 2.0 2.1 Pengenalan Gaya Pembelajaran 2.1.1 Model Dunn dan Dunn 2.1.1.1 2.1.1.2 2.1.1.3 2.1.1.4 2.1.1.5 2.1.2 Rangsangan Persekitaran Rangsangan Emosional Rangsangan Sosiologikal Rangsangan Fizikal Rangsangan Psikologikal 11 11 12 14 16 18 19 21

Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford 23 26

2.1.3 2.1.4

Model Gaya Pembelajaran Kolb Model Gaya Pembelajaran Lee Shok Mee

27 28

2.1.7 2.1.8

Model Gaya Pembelajaran Canfield Model Gaya Pembelajaran Mengikut Rahil et al.

29 30 30

2.2

Kemahiran Belajar 2.2.1 Kemahiran Membaca 2.3.1.1 Kemahiran Yang Digunakan Semasa Membaca 2.2.1.2 2.2.1.3 2.2.1.4 Teknik Membaca SQ3R Teknik Membaca SQ4R Teknik Membaca KWLH

31 32 33 34

ix

2.2.1.5 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9

Teknik Membaca REAP

35 36 41 44 46 48 50 51 53 54 55 56 57

Kemahiran Mencatat Nota Kemahiran Mengurus Masa Kemahiran Mendengar Kemahiran Membuat Rujukan Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

Masalah Pembelajaran Pengajaran Pensyarah Minat Kemudahan Pembelajaran Beban Tugas Pembelajaran Pencapaian Akademik Kesimpulan

BAHAGIAN TIGA BAB III

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Penganalisisan Data Kesimpulan 58 58 59 60 62 64 64 66

BAHAGIAN EMPAT BAB IV

BAB IV

DAPATAN KAJIAN 4.0 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Kursus, Jantina dan Bangsa Analisis Dapatan Kajian Bahagian B 4.2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar 4.2.1.1 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Persekitaran 4.2.1.2 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Emosional 4.2.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Sosiologikal 4.2.1.4 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Fizikal 4.2.1.5 Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Psikologikal 4.2.2 Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 4.2.2.1 Kemahiran Membaca 4.2.2.2 Kemahiran Menulis Nota 4.2.2.3 Kemahiran Menguruskan Masa 4.2.2.4 Kemahiran Mendengar 4.2.2.5 Kemahiran Membuat Rujukan 4.2.2.6 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 4.3 4.4 Keputusan Bahagian C Kesimpulan 80 83 83 85 88 91 92 94 98 100 78 76 72 70 67 67 69 70

xi

BAHAGIAN LIMA BAB V

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.2 Pengenalan Rumusan Kajian Perbincangan Kajian 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.3 5.4 5.5 Gaya Pembelajaran Pelajar Kemahiran Belajar Pelajar Masalah Belajar Pelajar 101 101 102 103 108 117 119 121 122

Cadangan Cadangan Lanjutan Kesimpulan

BAHAGIAN ENAM RUJUKAN

RUJUKAN

124

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

LAMPIRAN

134

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3

Bilangan Pelajar Mengikut Kursus Jadual Skala Empat Mata Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola Gaya Pembelajaran

59 61

61

3.4

Bilangan Item Persoalan Mengikut Aspek Pola Kemahiran Belajar 62 65

3.5 3.6

Pengkelasan Analisis Ordinal Skala Empat Mata Pengkelasan Kesesuaian Berdasarkan Analisis Markat Min

65

4.1

Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Kursus 68

4.2

Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 68

4.3

Analisis Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 69

4.4

Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Persekitaran 70

4.5

Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Emosional 73

4.6

Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Sosiologikal 76

4.7

Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Fizikal 78

xiii

4.8

Analisis Peratus dan Min Gaya Pembelajaran Pelajar bagi Kategori Psikologikal 81

4.9

Taburan Gaya Pembelajaran Paling Dominan Pelajar 5SPA/E/J/H Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 82

4.10

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membaca 83

4.11

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menulis Nota 86

4.12

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menguruskan Masa 88

4.13

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Mendengar 91

4.14

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Membuat Rujukan 92

4.15

Analisis Taburan Frekuensi, Peratus dan Min Kemahiran Belajar Pelajar bagi Kategori Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 95

4.16

Tahap Kemahiran Belajar Pelajar 5 SPA/E/J/H Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 97 98

4.17

Masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran Model Gaya Pembelajaran Lee Shok Mee (1998) Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) Model Gaya Pembelajaran Rahil et al. (1995)

13 23 28 29 29

xv

SENARAI SIMBOL

5 SPA/E/J/H

Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran Hidup)

UTM FP SPA

Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPH

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

Soal Selidik Untuk Responden

134

BAB I

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan Matlamat penubuhan Institusi Pengajian Tinggi adalah untuk melengkapkan

diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menghadapi dunia pekerjaan. Demi mencapai matlamat ini, siswazah perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Pembelajaran adalah proses mendapat pengetahuan dan maklumat, seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta kepercayaan. Hargreaves (1996) berpendapat bahawa pembelajaran sebenarnya tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingatkan semula apa yang telah dipelajari. Sebaliknya, pembelajaran adalah berkaitan dengan kefahaman tentang konsep-konsep asas dan prinsip-prinsip yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Pembelajaran sebenarnya dinilai dari aspek perubahan kualitatif untuk melihat, mengalami, memahami dan menghayati sesuatu di alam sebenar.

Menurut Bass dan Greary (1996), salah satu cara penentuan kecekapan seseorang individu adalah melalui gaya pembelajaran yang sesuai dan tepat. Setiap manusia mempunyai kemahiran yang berbeza untuk memproses maklumat. Penggunaan kaedah berdasarkan model gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pendekatan pembelajaran yang digunakan disamping membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan

2 menjadi lebih fleksibel apabila berada dalam suasana pembelajaran yang berlainan serta mempertingkatkan kekuatan diri (Dunn dan Stevenson, 1997).

Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri sendiri akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang jika berbanding dengan mereka yang tidak menggunakannya. Klavas (1994) yang telah menjalankan kajian di sebuah sekolah dan mendapati pelajar mendapat keputusan lebih cemerlang setelah gaya pembelajaran diperkenalkan kepada mereka. Mengikut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran boleh diperjelaskan melalui lima kategori iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Di samping gaya pembelajaran, penguasaan kemahiran pelajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmes (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Sebenarnya, kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan di menara gading ini, seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu dibuat supaya gaya pembelajaran, kemahiran belajar yang diamalkan dan masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar dapat dikenalpasti. Dengan ini, pihak universiti dan pensyarah boleh menyediakan persekitaran dan bahan mengajar yang lebih sesuai kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lebih lancar dan selesa.

3 1.1 Latar Belakang Masalah Menurut Santhi Suppiah (1998), perbezaan seseorang individu adalah variasi atau ketidaksamaan individu itu dengan norma kumpulan, sama ada sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam sesebuah kumpulan. Maka, perbezaan individu dapat ditakrifkan sebagai ketidaksamaan seseorang individu dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu, setiap individu mempunyai gaya belajar, strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan walaupun umur mereka adalah sama.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Keadaan ini perlu dikenalpasti oleh para pengajar ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri, ada pelajar yang suka melibatkan diri secara aktif dalam kelas, terdapat juga pelajar yang lebih mementingkan hakikat sebenar dan sebagainya. Kesemua gaya yang dinyatakan perlu dikenalpasti oleh pengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Maka, pengajar dapat membuat persediaan yang terbaik sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran.

Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Kebanyakan pelajar mendapat teknik atau kemahiran belajar secara tidak langsung, secara kebetulan atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Keadaan ini wujud adalah disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka. Kajian-kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya mereka perlu didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran.

Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh beliau sejak abad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang adalah berbeza di antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku tanpa dipengaruhi oleh umur, status sosio-ekonomi dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar itu. Dunn dan Dunn (1978) mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang dipadansuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar, pencapaian akademik seseorang pelajar

4 akan mencapai ke tahap yang lebih cemerlang lagi dan juga sebaliknya jika tidak dapat dipadankan, pencapaian akademik akan semakin merosot. Strategi pembelajaran bersesuaian dengan jurusan yang diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal.

Siti Hawa Munji (1987) telah mengadakan suatu kajian untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar di Universiti Putra Malaysia. Di akhir kajian, Siti Hawa Munji (1987) mendapati kesedaran pelajar Universiti Putra Malaysia tentang penggunaan kemahiran belajar yang berkesan di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah.

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti (Abdul Ghani Awang, 1996). Oleh itu, tidak hairan jika terdapat segelintir pelajar yang menunjukkan keputusan cemerlang di zaman sekolah tetapi merosot apabila melanjutkan pelajaran di menara gading. Akibatnya, ramai pelajar yang gagal untuk mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari kemahiran belajar yang paling sesuai dengan sikap sendiri. Ini jelas menunjukkan betapa perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika menghadapi peperiksaan.

1.2

Pernyataan Masalah Menurut Awang Had Salleh (1999), pihak institusi pengajian tinggi

melahirkan pelajar yang semakin meningkat dari segi kuantiti, tetapi bukan dari segi kualiti. Ini disebabkan bilangan pelajar yang mencapai kelas pertama dan kelas kedua tinggi adalah terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang mencapai kelas kedua rendah dan kelas ketiga.

5 Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Di samping itu, mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota semasa peperiksaan. Jika pelajar dapat mengamalkan kemahiran belajar yang berkesan, maka, masalah pembelajaran di atas dapat diatasi.

Oleh itu, kajian ini mengkaji gaya pembelajaran pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, penyelidik juga ingin mengetahui amalan kemahiran belajar pelajar. Di samping itu, kajian ini dibuat juga untuk mengetahui masalah-masalah belajar yang sering dihadapi oleh responden. Dengan mengetahui masalah yang sering dihadapi oleh pelajar, langkah-langkah yang berkesan dapat diambil untuk mengatasinya.

1.3

Objektif Kajian Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkara-perkara

berikut di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

(i)

Mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dari segi Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal.

6 (ii) Menentukan tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

(iii)

Menentukan masalah belajar di kalangan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4

Persoalan Kajian Berhubung dengan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian:

(i)

Apakah gaya pembelajaran paling dominan pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dari segi persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal?

(ii)

Apakah tahap kemahiran belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

(iii)

Apakah masalah belajar pelajar Tahun Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Jentera/ Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

You might also like