You are on page 1of 2

FITRAH MANUSIA

Konsep Fitrah Manusia:


Kamus Dewan : Sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan.
Kamus Dewan (1970) : Tabiat semulajadi atau bakat manusia bermakna setiap individu yang lahir telah ditentukan
sifat semulajadi oleh Tuhan.
Hassan Langgulung : Fitrah boleh dipandang dari dua sudut iaitu :
Sifat semulajadi @ sifat Tuhan yg menjadikan potensi manusia sejak lahir.
Wahyu Tuhan yg diturunkan kpd nabi-nabiNya (Analogi : sekeping syiling mempunyai dua muka; sifat semula jadi
manusia dan wahyu).

Freud : Fitrah manusia mempunyai unsur naluri yg primitif termasuk unsur seks dan kerangsangan.

Tokoh Islam : Fitrah manusia ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan aspek bakat, mental, emosi,
fizikal. Keseimbangan BMEF akan menentukan pencapaian fitrah manusia.

Sifat semulajadi (BMEF) yang baik spt kain putih dan setiap manusia mempunyai keistimewaan, kebebasan,
mempunyai kehendak, mengembangkan potensi, mengawal diri dan berkualiti bagi membezakan dgn binatang.
Sifat insan yang mempunyai bakat, potensi semula jadi (keupayaan / kebolehan semula jadi yang terdapat dlm diri
insan dan terkandung dlm JERI) perasaan keagamaan
Satu ketetapan / pemberian Tuhan secara semula jadi utk menuju ke arah kebaikan. Unsur luaran mempengaruhi
dan mengubah sifat semula jadi ini.
Sifat semula jadi ini ditentukan tahap kebolehannya dan mendatangkan kebaikan jika diberi bimbingan dan
sebaliknya.
Ibu bapa, guru, masyarakat berperanan penting menentukan pencapaian dan perkembangan potensi semula jadi
agar ia memberi manfaat kpd insan dan masyarakat (sbg ahli masyarakat).

Fitrah manusia terbahagi kpd 2 iaitu :

Kejasmanian, Kebendaan dan Keduniaan : keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), naluri primitif (seks,
rangsangan), naluri semula jadi (suka kpd perhiasan, ingin tahu, berkelamin)

Kerohanian, Ketuhanan dan Keakhiratan : hal-hal kebenaran, ketuhanan dan keakhiratan. Javo F. Bayron : Agama
merupakan fitrah semula jadi manusia yang terdapat dalam sepanjang sejarah manusia, naluri ini menyebabkan
manusia menyebarkan agama. Naluri beragama wujud dlm setiap insan.

Antara sifat semula jadi manusia :


Ingin Tahu : mendorong Kanak-kanak meneroka. Cth: tidak sabar membuka bungkusan utk mengetahui isi
kandungan.
Daya Cipta : mendorong KKmelahirkan kreativiti. Cth : menconteng buku, kertas, dinding bila dapat pensil.
Keterbukaan : mudah menerima idea / cadangan org dewasa / belajar bercakap, mempelajari perbendaharaan
kata.
Ingin Mencapai Sesuatu : mempelajari cara memegang benda / berusaha mencapai akademik yg baik /
memperbaiki diri sendiri (akademik / kekayaan).
Pandangan masyarakat terhadap fitrah manusia:
Membezakan manusia iaitu insan yang mendapat fitrah dianggap lebih istimewa.
Anugerah iaitu mempunyai kelebihan dlm bidang tertentu tetapi kurang dlm bidang yg lain.

Kelebihan fitrah manusia dan sifat semulajadinya ialah boleh dibimbing / dilatih.

Jika kelebihan fitrah manusia digunakan sebaik mungkin maka manusia akan kekal aman, damai, bahagia,
sejahtera, status manusia sebagai makluk yang sempurna akan kekal selagi mengikut fitrahnya, jika manusia tidak
lagi mengikut fitrahnya maka martabatnya lebih rendah dari binatang.

Kekuatan utama fitrah manusia ialah :


Berupaya maju : utamakan akal fikiran bukan hawa nafsu maka manusia membentuk kesejahteraan / kedamaian
Bersikap terbuka : sifat kesejagatan dpt membentuk kehidupan yg sempurna. Pemikiran yg rasional mampu
membentuk personaliti yg baik.
Boleh diasuh / dididik : pendidikan boleh disalurkan kpd fitrah manusia utk membentuk keseragaman dan
membentuk satu bangsa dan akan mengwujudkan keharmonian.
Bebas dlm bertindak dan berfikir : pengalaman drp perubahan alam, pengalaman memudahkan manusia bertindak
memenuhi erti kehidupan. Tanpa kebebasan berfikir manusia akan memberontak dan tertekan. .
Kelemahan fitrah manusia ialah :

Manusia perlu diasuh dan didedah : Mendapat pengalaman melalui pendedahan / mempelajari sesuatu utk maju.

Manusia sentiasa terdedah kpd pengaruh dan dipengaruhi : Pengaruh dlm membuat tindakan / keputusan dan
sering timbul pertelingkahan.

Manusia dikuasai oleh emosi dan hawa nafsu : Kemahuan tidak terbatas menyebabkan pertelingkahan terjadi.
Pendidikan kerohanian / keagamaan boleh digunakan utk hindar situasi ini.

You might also like