You are on page 1of 7

(e) Membincangkan perubahan-perubahan terkini dalam kurikulum Sekolah Rendah.

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperoleh dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat

direalisasikan. Sejak dari dahulu lagi pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi dari semasa ke semasa di samping membangunkan sumber manusia yang akan memberi sumbangan kepada negara. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven.

1983 1993 2003 2011

Kurikulum Baru Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan) Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Objektif KSSR diperkenalkan ialah memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerap nilai dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta

program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan bergelar Ulul albab. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan transformasi dilakukan

Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa perubahan atau penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara perubahan dalam kurikulum ini ialah pengajaran dan pembelajaran

menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Dengan ini dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik, menyeronokan, bermakna dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Selain itu, perubahan peruntukan masa juga berlaku kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan

memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. KSSR juga membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif dengan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.

Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, mata pelajaran Matematik juga turut mengalami perubahan. Berbeza dengan KBSR yang hanya menekankan konsep ( membaca, menulis, mengira ), namun pada pelaksanaan KSSR konsep 4M juga ditekankan ( membaca, menulis, mengira dan menaakul ). Penaakulan merupakan asas yang penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh,untuk topik Pecahan Tahun Satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku. Di samping itu juga, kurikulum ini telah memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Antara mata pelajaran baru yang lain diperkenalkan ialah Pendidikan Seni dan Visual selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang diperkenalkan pada tahap satu. Seramai 126,171 guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Hanya melalui bidang pendidikan, modal insan berkualiti dapat diwujudkan iaitu mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Oleh itu, kerajaan sangat menitikberatkan aspek pendidikan dan latihan yang disusun semula dan diperkukuhkan di peringkat sekolah rendah.

Pemantapan kurikulum juga diadakan dengan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Melalui mata pelajaran ini pelajar di sekolah rendah diajar mengenai pendidikan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan berkaitan seks. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan manamana mata pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.

PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan.

Pendidikan seks pula diajar di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Enam tunjang ini akan dilaksanankan secara berperingkat bermula Tahun satu sehingga Tahun enam. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan

menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV, AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di dalam tunjang masyarakat dan budaya.

Manakala mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi juga turut diajar dengan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on. Murid Tahun satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. Murid akan mempelajari Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

Menurut Saadum Kasim,Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri (2011) pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang

dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran

formatif

membabitkan

proses

sepanjang

pembelajaran

murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif pula dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh

pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Manakala portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid padaakhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR adalah inisiatif memperkasa modal insan negara serta mendukung cita-cita murni dan unggul. KSSR juga dapat melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus

globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.

http://www.slideshare.net/LatifahRazali/kssr-2011 http://www.slideshare.net/ckgfiezah/report-kssr http://www.slideshare.net/098zxc/combined-7529518 http://farihinzul1974.blogspot.com/2011_01_01_archive.html http://btpnsel.edu.my/main/2011/12/sekolah-nak-dibuka-apa-itu-kssr/

You might also like