You are on page 1of 4

KITAR SEMULA? PERLU KE RASA MALU?

Shar

Sebut jek kitar semula sure ramai yang ingat tong biru untuk kertas, tong coklat untuk kaca & tong jingga untuk tin aluminium, besi & plastik...lagi satu kita akan bayangkan orang yang berpakaian selekeh or mat gian yang kerjanya menyelongkar tong sampah rumah orang, kutip sampah kat tepi-tepi jalan untuk cari barang kitar semula... Diaorang jek ke yang boleh buat amalan kitar semula ni, kita tak boleh? Ada yang jadikan aktiviti kitar semula ni sebagai sumber pendapatan atau side income & ada jugak yang buat just suka-suka or niat nak jaga alam sekitar...yang penting amalan kitar semula ni memang amalan yang mulia...boleh jaga alam sekitar sambil dapat income Itu tak termasuk lagi yang kerjayanya mencuri penutup longkang untuk dikitar semula...yang ni termasuk dalam kategori sampah masyarakat bukannya pengutip sampah kitar semula...orang macam ni kalau nak kitar semula pun tak boleh sebab tak laku kat market...menyusah & membahayakan nyawa orang lain Bagi pengitar semula tegar or yang jadikan amalan kitar semula ni sebagai pendapatan diaorang memang takkan segan silu nak kutip tin, botol plastik, kotak or apa-apa barang yang boleh dijual...sanggup selongkar tong sampah semata-mata nak cari rezeki yang halal

Sesungguhnya, pengutip sampah itu lebih mulia daripada orang yang suka membuang sampah merata-rata...lagi jijik tengok orang yang suka-suka baling sampah keluar ikut tingkap kereta, suka-suka buang sampah dalam sungai, suka-suka pentik buang putung rokok

Sebenarnya, semua orang kat Malaysia ni patut amalkan kitar semula bukan sebab nak cari income just nak save our planet...jangan jadikan dunia ni penuh dengan sampah, biarlah dia penuh dengan flora & fauna...lagipun amalan kitar semula ni kita boleh buat kat rumah jek tanpa perlu berusaha keras selongkar tong sampah or kutip kat mana-mana

Banyak barang-barang yang kat dalam rumah dah kita guna & boleh dikitar semula tapi kita tak perasan...contohnya, surat khabar (lama or baru), kotak-kotak barang (kotak tv, kotak blender, kotak tisu), kertas (bil air or apa-apa bil, majalah, komik, buku yellow pages), tin susu, tin sardin, barang elektrik yang dah rosak (kipas, tv), besi buruk (besi katil), botol-botol plastik (syampu, shower gel, handwash, botol air mineral), botol kaca (botol kicap or sos, botol arak bagi non-muslim) dan macammacam lagi

Bil 1 2 3 4 5

Jenis barang terpakai Surat khabar lama Buku-buku dan kertas bercampur (berwarna) Kertas hitam/putih Plastik 1 (lembut) Plastik 2 (keras)

Harga Bil Jenis barang terpakai perkilo (RM) 0.40 10 Aluminium mengikut jenis 0.20 11 Wayar bercampur 0.40 0.80 0.30 12 13 14 Wayar rumah Copper (logam) Monitor, TV,Peti sejuk. Mesin basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.

Harga perkilo (RM) 3.504.70 2.00 7.50 20.00 Harga boleh run

Tengok senarai harga jualan barangan terpakai kat atas ni...lumayan jugak sebab tu ramai yang buat kerja ni...tapi, harga dia sentiasa turun naik & kadang-kadang berbeza ikut tempat

Kalau ada barang-barang elektrik yang dah rosak kasi operatedlah, jangan buang camtu jek sebab organ-organ dia semuanya boleh diguna semula...contohnya; kipas angin...asingkan antara plastik, besi, tembaga & wayar sebab benda ni boleh dijual secara berasingan...harga pun lain-lain (rujuk harga kat atas tu)...kalau jual kipas rosak sebijik camtu harganya murah...tapi, kena buat kerja lebih sikitlah nak kena kopakkan satu-satu komponen kipas tu...serahkan pada yang pakar Senangkan nak cari duit dari rumah dengan kitar semula...memanglah hasilnya tak banyak & tak boleh nak beli kereta Myvi secara cash, tapi niat nak jaga alam sekitar tu yang penting...bukannya susah sangat just pijak-pijak botol plastik tu jadi kemek & kecik...jadi, senanglah nak simpan taklah dia tinggi membukit & makan space rumah banyak sangat

Make sure simpan barang-barang nak recyled ni elok-elok & kemas...jangan letak kat tempat yang mudah terbakar...sebab kalau rumah dah hangus rentung terbakar dah tak boleh nak recycled lagi...terpaksa pindah rumah baru Dulu, OdahOne memang buang segala apa barang yang dah tak guna & anggap semua benda tu sampah lagi menyemakkan rumah tangga... Kesedaran tu datang bila melawat rumah member yang besar macam muzium tapi kat dalam stornya penuh dengan barangbarang kitar semula...niat dia bukan nak cari duit lebih tapi atas kesedaran untuk jaga alam sekitar...ada berlonggok-longgok botol air Tropicana Twister kat dalam stor tu sebab member OdahOne ni memang addict minum air ni... Orang kaya boleh buat...Buat apa kita yang tak berapa nak kaya ni nak malu? Lagipun, last week waktu jual barang-barang kitar semula ni OdahOne terserempak dengan sebijik kereta BMW 5 Series...ingatkan kereta tokey syarikat kitar semula...sekali bukak bonet tengok penuh dengan botol-botol plastik...dengan selamba jek owner kereta tu jual barang recycled tanpa segan silu sebab niat dia nak jaga alam sekitar bukannya nak tambah duit yang dah sedia berkepuk-kepuk tu...Apa nak malu?

Barang-barang yang bakal dikitar semula

Total sebulan boleh dapat dalam RM50 kalau kita rajin kumpul & jual barang-barang recycled...itupun just kumpul main-main kalau aktif lagi banyak yang kita dapat...higher risk higher return...boleh guna buat bayar bil & beli barang dapur Hanya sediakan sedikit space dalam rumah, keluar duit minyak sikit & tenaga untuk loading semua barang recycled masuk dalam kereta....

Sampai masa kamu akan ku jual

Bagi member-member yang belum amalkan kitar semula marilah kita mulakan dari sekarang...tak perlu rasa malu sebab kita buat kebajikan pada bumi kita sendiri...dapat duit, dapat pahala & dapat jaga alam sekitar dari dicemari oleh sampah sarap...kalau nampak tin aluminium bergolek kat tepi jalan jangan segan silu nak kutip Pedulikanlah kalau ada orang cakap kita suka kumpul sampah or kaki pengutip sebab kita tak mintak rezeki kat diaorang... Selamat Mencuba Sambil Beramal Sambil Tambah Income... ***Pesanan khidmat masyarakat ini telah dibawakan oleh OdahOne

*nota kaki berbau Tak kusangka sampah yang tak berguna rupa-rupanya boleh berubah rupa menjadi duit...Kesian pada sampah masyarakat, kerana selama-lamanya akan menjadi sampah yang tak berguna selagi tak dibersihkan

You might also like