You are on page 1of 1

Aku sebuah tong sampah kitar semula

Aku sebuah tong sampah kitar semula. Aku terdiri


daripada tiga warna, iaitu warna biru, jingga dan ciklat. Aku
dibuat daripada plastic yang bermutu tinggi dan berkualiti
baik.
Badan aku mempunyai pelbagai saiz. Terdapat tong
sampah kitar semula yang berukuran saiz 80 liter, 120 liter,
360 liter dan 660 liter. Aku disediakan oleh pihak kerajaan
untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula.
Aku mempunyai banyak warna untuk kegunaan yang
berlainan. Si Biru ialah tong samaph untuk buangan kertas.
Si Coklat pula untuk buangan kaca manakala Si Jingga ialah
untuk bungan tin aluminium, tin keluli dan plastic. Biasanya,
aku diletakkan di kawasan perumahan dan tempat-tempat
awam.
Pengguna membuang surat khabar lama ke dalam
perut Si Biru. Pengguna juga memasukkan botol minuman
ringan ke dalam perut Si Coklat. Si Jingga tersenyum simpul
apabila pengguna membuang botol air mineral ke dalam
perutnya.
Aku amat gembira atas perbuatan manusia yang
bertanggungjawab. Aku berjanji akan terus berbakti kepada
penghuni di taman perumahan atau orang awam di mana-mana
jua. Secara tidak langsung, kehadiran aku dapat menjaga
alam sekitar supaya kelihatan lebih ceria, bersih dan indah.

You might also like