You are on page 1of 73

TERHAD

KANDUNGAN Muka Surat BAHAGIAN PERTAMA KAWAD UNTUK SEMUA PASUKAN BAB 1 Pelajaran 1 Pelajaran 2 Pelajaran 3 Pelajaran 4 Pelajaran 5 Pelajaran 6 Pelajaran 7 Pelajaran 8 Pelajaran 9 Pelajaran 10 Pelajaran 11 Pelajaran 12 BAB 2 Pelajaran 13 Pelajaran 14 Pelajaran 15 Pelajaran 16 Pelajaran 17 Pelajaran 18 Pelajaran 19 Pelajaran 20 Pelajaran 21 Pelajaran 22 Pelajaran 23 Pelajaran 24 BAB 3 Pelajaran 25 Pelajaran 26 Pelajaran 27 Pelajaran 28 Pelajaran 29 BAB 4 Pelajaran 30 Pelajaran 31 Pelajaran 32 Kawad Skuad Semasa Berhenti Tanpa Senjata Sedia Senang Diri Rehatkan Diri Berbaris Dalam Tiga Barisan Meluruskan Barisan Meluruskan Barisan Didalam Sesuatu Perbarisan Nombor Dan Nyatakan Buka Dan Tutup Barisan Masuk Berbaris Berpusing Dan Berpusing Separuh Bersurai Dan Keluar Baris Paras Berjalan Berjalan Dan Berhenti Dalam Masa Cepat Berjalan Dan Berhenti Dalam Masa Perlahan Langkah Pendek Dan Langkah Panjang Langkah Kehadapan Dan Kebelakang Langkah Sebelah Membelok Berpusing Dan Berjalan Menyerong Dalam Masa Perlahan Berpusing Dan Berjalan Menyerong Dalam Masa Cepat Hentak Kaki Berhenti Maju Dalam Masa Perlahan Dan Cepat Tukar Langkah Masa Perlahan Dan Cepat Berlari, Hentak Kaki Dan Berhenti Tukar Langkah Perlahan, Cepat dan Berhenti Berjalan Dalam Barisan Dan Menukar Arah Berjalan Barisan Melintang Dalam Masa Perlahan Buka Dan Tutup Barisan Tukar Haluan Dalam Berhenti Dan Masa Berjalan Membelok Dalam Barisan Perlahan Jalan Tukar Haluan Kekiri Dalam Masa Cepat Jadikan Skuad Jadikan Skuad Daripada Berhenti Dalam Masa Perlahan Jadikan Skuad Masa Perlahan Jalan Jadikan Skuad Dalam Masa Cepat Jalan 5 6 8 10 11 14 15 16 18 20 21 25 27 28 29 31 34 35 37 38 39 42 44 46 47 48 50 51 52 53 55 56 57 57 58 59

BAB 5 Pelajaran 33 Pelajaran 34 Pelajaran 35

Jadikan Dua Barisan Jadikan Dua Barisan Dari Tiga Barisan Jadikan Tiga Barisan Dari Dua Barisan Berjalan Dalam Satu Barisan

60 60 62 63

i
TERHAD

TERHAD

BAB 6 Pelajaran 36 Pelajaran 37 Pelajaran 38 Pelajaran 39 Pelajaran 40 Pelajaran 41 Pelajaran 42 Pelajaran 43

Hormat Memberi Hormat Semasa Berhenti Hormat Kekiri Dan Kekanan Semasa Berjalan
Memberi Hormat Semasa Tidak Memakai Pakaian Kepala Dan Memakai Pakaian Biasa Dll

65 66 72
74

Memberi Hormat Dengan Senjata Memberi Hormat Dengan Tongkat Adat-Adat Dan Pelbagai Hal Angkatan Tentera Malaysia Pandang Kanan Dan Kiri Menghormati Panji-Panji

76 78 79 83 84

DAFTAR GAMBAR
Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6 Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 Gambar 12 Gambar 13 Gambar 14 Gambar 15 Gambar 16 Gambar 17 Gambar 18 Gambar 19 Gambar 20 Gambar 21 Gambar 22 Gambar 23 Gambar 24 Gambar 25 Gambar 26 Gambar 27 Gambar 28 Gambar 29 Gambar 30 Gambar 31 Gambar 32 Gambar 33 Gambar 34 Gambar 35 Gambar 36 Gambar 37 Gambar 38 Gambar 39 Gambar 40 Gambar 41 Gambar 42 Gambar 43 Kedudukan Sedia Tanpa Senjata Kedudukan Sedia Pandangan Dari Rusuk Senang Diri Dari Pandngan Hadapan Senang Diri Dari Pandangan Belakang Kekanan Pusing Pergerakan Pertama Pandangan Dari Rusuk Kekanan Pusing Pergerakan Pertama Pandangan Dari Belakang Cepat Jalan Pandangan Dari Rusuk Perlahan Jalan Pandangan Dari Rusuk Hentak Kaki Perlahan Atau Cepat Pandangan Dari Rusuk Hormat Hadapan Pandangan Dari Hadapan Hormat Pandangan Dari Hadapan Pergerakan Satu Dan Dua Hormat Pandangan Dari Hadapan Pergerakan Tiga Dan Empat Hormat Kekanan Pandangan Dari Rusuk Kanan Hormat Ke Kiri Pandangan Dari Rusuk Kiri Rusuk Senjata Skuad Satu Pandangan Dari Rusuk Rusuk Senjata Skuad Dua Pandangan Dari Rusuk Hormat Senjata Skuad Satu Hormat Senjata Skuad Dua Pasang Benet Tangga Mata Pelajaran Pertama Pasang Pasang Benet Tangga Mata Pelajaran Kedua Benet Pasang Benet Tangga Mata Pelajaran Ketiga Sedia Tanggal Benet Tangga Mata Pelajaran Pertama Tanggal Tanggal Benet Tangga Mata Pelajaran Kedua Benet Tanggal Benet Tangga Mata Pelajaran Ketiga Sedia Lepaskan Spring Skuad Satu Pandangan Dari Rusuk Lepaskan Spring Skuad Dua Pandangan Dari Rusuk Lepaskan Spring Skuad Dua Pandangan Dari Rusuk Lepaskan Spring Hukuman SEDIA Pandangan Dari Rusuk Bimbit Senjata Dari Rusuk Skuad Satu Bimbit Senjata Dari Rusuk Skuad Dua Bimbit Senjata Dari Rusuk Skuad Tiga Kalih Senjata Dari Bimbit Senjata Skuad Satu Pandangan Dari Rusuk Kalih Senjata Dari Bimbit Senjata Skuad Dua Pandangan Dari Rusuk Kalih Senjata Dari Bimbit Senjata Skuad Tiga Pandangan Dari Rusuk Kalih Senjata Dari Bimbit Senjata Skuad Empat Pandangan Dari Rusuk Buka Tongkat Dari Kepit TongkatSkuad Satu Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Dua Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Tiga Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Empat Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Lima Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Enam Pandangan Hadapan Buka Tongkat Dari Kepit Tongkat Skuad Tujuh Pandangan Hadapan Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Satu Pandangan Hadapan 7 8 11 12 21 22 28 32 45 66 68,69 70,71 73 74 117 118 121 122 133 134 135 137 138 139 149 150 151 152 155 156 157 160 161 162 163 209 210 211 212 213 214 215 217

TERHAD

TERHAD

Gambar 44 Gambar 45 Gambar 46 Gambar 47 Gambar 48 Gambar 49 Gambar 50 Gambar 51

Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Dua Pandangan Hadapan Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Tiga Pandangan Hadapan Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Empat Pandangan Hadapan Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Lima Pandangan Hadapan Tutup Tongkat Dari Buka Tongkat Skuad Enam Pandangan Hadapan Hunus Pedang Pergerakan Yang Pertama Hunus Pedang Pergerakan Yang Kedua Hunus Pedang Pergerakan Ketiga

218 219 220 221 222 234 235 236

Gambar 52 Gambar 53 Gambar 54 Gambar 55 Gambar 56 Gambar 57 Gambar 58

Sarong Pedang Dari Hunus Pedang Skuad Satu Sarong Pedang Dari Hunus Pedang Skuad Dua Sarong Pedang Dari Hunus Pedang Skuad Tiga Songsang Pedang Dari Membawa Pedang Pandangan Dari Rusuk Silang Pedang Dari Sarong Pedang Skuad Satu Silang Pedang Skuad Dua Silang Pedang Skuad Tiga

252 253 254 256 265 266 267

TERHAD

TERHAD

DEFINASI 1. 2. Barisan Lurus Barisan Sebarang barisan yang dibuat oleh satu pasukan terupatan untuk membentuknya. Satu pasukan terdiri dari terup-terup yang berdiri selari barisan itu berturut-turut pada jarak yang ditentukan antara satu dengan lain. Di mana ianya membentuk satu sudut 90 darjah kepada kedua-dua sisi yang akan membentuk satu barisan yang lurus. Barisan yang jaraknya ditetapkan. Perbarisan ini terdiri dari 3 barisan sahaja termasuk pegawai dan PTT Kanan. Bentuk biasa bagi pasukan berjalan di jalan Raya adalah rapat-rapat. Satu pasukan dimana pegawai-pegawai dan askar laskar lain hendaklah berada di tempatnya kecuali pegawai-pegawai yang memerintah hendaklah menempatkan dirinya dihadapan pasukan atau unit kecil. Keadaan kedudukan pelindungan. pasukan yang memberi

3. 4.

Barisan Rapat Bentuk Barisan

5.

Tiga Barisan

6. 7. 8.

Pelindung Jarak Kumpulan/Badan Panduarah

Tempat yang dipenuhi oleh terup dari depan kebelakang. Kumpulan pertama akan menjadi panduarah kepada unit atau unit kecil dibawah naungannya bagi meluruskan barisan, arahan tempoh langkah atau membentuk sebarang kedudukan. Jarak di antara seorang laskar dengan lain atau kumpulan unit-unit dari depan kebelakang. Keadaan membuat barisan lurus yang betul. Anggota-anggota pelindungnya. di barisan hadapan dan

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Jarak Melurus Barisan Fail Sisi Membentuk Keadaan Sisi (Arahan) Hadapan

Kedua-dua sisi kumpulan terup yang bertentangan dengannya dihadapan atau belakang. Cara menukar arahan bertentangan dengan tukar haluan. Iaitu yang mana satu-satu unit yang berjalan atau beratur menukar haluan. Arahan sesuatu yunit yang mengadap atau bergerak pada bila-bila masa yang diberi.

16.

Barisan Hadapan

Satu kawasan yang dilindungi oleh sesuatu unit.

a TERHAD

TERHAD

17.

Condongan

Pergerakan yang bersilang di mana bahagian hadapan dan sisinya mengisi tempat serentak dengan tidak menukar baris lurus asalnya. Ukuran jarak langkah kaki misalannya 30 inci. Termasuk kadar pergerakan. Pegawai yang memberi hukuman kepada semua terup didalam barisan. Satu barisan anggota sebelah menyebelah. Barisan yang keempat dalam tiga barisan atau ketiga dalam dua barisan diduduki oleh PTT Kanan. Satu formasi yang menjalankan perbarisan, Formasi yang berikut adalah dianggap sebagai unit bawahan. Contoh: Batalion yang dalam perbarisan, unit ialah batalion itu dan unit bawahan adalah kompeni-kompeninya. Pergerakan oleh terup yang menukar haluan di setiap barisan atau fail yang membelok sebelah dalam hendaklah mengekalkan arah. (Tidak digalakkan membelok lebih dari enam orang dalam satu-satu barisan). Jarak antara seorang ke seorang atau kumpulan pasukan dalam satu barisan lurus yang sama di ukur dari sisi ke sisi (Flank). Terup yang dijadikan atas satu barisan lurus. Kompeni-kompeni dalam sesuatu batalion yang dibahagikan ke platun-platun dalam keadaan barisan lurus jaraknya 5 langkah antara kompeni. Anggota yang ditugaskan dalam keadaan tertentu untuk menanda tempat garisan perbarisan bagi menentukan pergerakan atau membentuk satu formasi atau barisan lurus. Menambahkan jarak antara satu barisan dengan barisan untuk Perbarisan Istiadat atau pemeriksaan (3 langkah) Jarak biasa antara satu barisan ke barisan yang lain (1 langkah).

18. 19. 20. 21.

Jarak Langkah Ketua Perbarisan Kedudukan Barisan Barisan tambahan

22.

Unit

23.

Membelok

24.

Jarak

25. 26.

Barisan Kekuatan berkelompok

27.

Penanda

28.

Buka barisan

29.

Tutup barisan

TUJUAN BERKAWAD

TERHAD

TERHAD

1. 2.

Untuk membentuk seseorang soldadu supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia. Membentuk soldadu-soldadu supaya bekerjasama dalam satu kumpuian.

HURAIAN 3. a. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib di dalam pasukan tentera asas dan panduan tatatertib semasa peperangan adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkalikali. Kebiasanya apabila kejayaan tercapai tak kira dimana tempatnya, maka upacara pembarisan akan dilaksanakan demi kepentingan untuk menyatukan semua tentera sebagai satu keluarga. b. Apabila mengajar berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu. Berkawad sangat-sangat dikehendaki didalam tentera, bukanlah sebagai satu hukuman mendera tetapi untuk membina tatatertib dan darjat pada satu-satu kumpulan. c. Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari di atas padang kawad sematamata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. d. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap soldadu supaya percayai diri sendiri dan bertatatertib sebilang masa. Jika sekiranya kelakuan yang tidak senonoh, lalai, berpakaian tidak baik, senjata karat dan lain-lain, kelakuan yang buruk itu dibiarkan semasa rekrut atau selepasnya, maka alamat kejatuhan atau kekalahan mesti dialami oleh pasukan itu. BERBARIS 4. a. Jurulatih hendaklah menentukan memeriksa pakaian skuadnya dan ditegur yang mana salah serta diperbetulkan sebelum berkawad. b. Keluar dan masuk semasa berbaris jurulatih hendaklah menentukan soldadu-soldadu itu meminta kebenarannya yakni menyatakan dirinya kepada jurulatih supaya mengizinkan dia masuk berbaris. c. Semua anggota-anggota jangan berjalan sambil sambilan di atas padang kawad, jika ia tidak berkawad. d. Rancangan pelajaran yang hendak diajarkan itu hendaklah disediakan sebelum mengajar.

e. Semasa tamat pelajaran itu hendaklah bersurai untuk memberi hormat kepada jurulatih ataupun pegawai yang mengambil bahagian.

MEMBINA BAHASA HUKUMAN 9. Ingatan. Perbuatan yang cergas dan baik itu tertanggung hukuman kawad yang nyaring betul dan terang.

TERHAD

TERHAD

a. Peringatan. akan buat misalnya:

Ini adalah memberi peringatan kepada skuad anda apa yang mereka

BERGERAK KEKANAN BERTIGA-TIGA b. Harkat. Peringatan yang panjang kepada skuad misalnya: KEKANAN.. c. Perbuatan. Dengan suara yang nyaring dan tajam misalnya: PUSING Kadang-kadang ada juga yang tidak digunakan PERINGATAN HUKUMAN KAWAD seperti SKUAD SEDIA dan ada juga tidak ada HARKAT seperti MAJU. MASA UNTUK MEMBERI HUKUMAN KAWAD 10. Untuk hukuman kawad ada diterangkan dimuka surat xviii yang menunjukkan diatas kaki manakala hukuman kawad akan diberi, harkatnya seperti berikut: a. b. c. Semasa berhenti iaitu seperti 1 2 1. Semasa cepat jalan lebih kurang empat langkah. Semasa jalan perlahan lebih kurang tiga langkah.

Ingatan:Langkah-langkah ini sama harkatnya seperti para (a) di atas tadi. PERKAKAS DAN PERTOLONGAN UNTUK MENGAJAR KAWAD 12. Panggilan Masa. Askar laskar yang baru dan untuk memulakan berkawad hendaklah panggil masa pada semua pergerakan supaya: a. Tiap orang di dalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramairamai. b. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama.

MASA DAN LANGKAH 13. Masa dan jarak langkah di dalam berkawad seperti berikut: a. Masa Berjalan. (1) (2) (3) (4) Masa cepat jalan Masa cepat jalan rekrut Masa perlahan jalan Masa berlari - 126 langkah seminit. - 140 langkah seminit. - 65 langkah seminit. - 180 langkah seminit.

b.

Jarak Selangkah. (1) Masa cepat jalan dan perlahan - 30 inci.

TERHAD

TERHAD

(2) (3) (4) (5) (6) c.

Langkah panjang Langkah pendek Langkah berlari Langkah sebelah Senang diri

- 33 inci. - 21 inci - 40 inci. - 12 inci - 12 inci.

Masa berkawad kaki dan senjata adalah dikira 60 pergerakan pada satu minit.

PERKAKAS PERTOLONGAN KAWAD 14. Perkakas Pertolongan Kawad ini adalah kebiasaannya 3 perkara iaitu: a. b. c. METRONOME 15. Gunanya ialah untuk menentukan masa di atas semua pergerakan berkawad. Metronome. Tambor. Tongkat Penyukat.

TAMBOR 16. Guna untuk menentukan samada berkawad dengan nombor ataupun dengan berteriak masa misalnya: a. LATIHAN SENJATA DENGAN NOMBOR BEKERJA DENGAN TAMBOR. RUSUK SENJATA TAB SKUAD TAB LATIHAN SENJATA BEKERJA DENGAN TAMBOR (1) (2) RUSUK TAB 2 3 TAB

b.

TONGKAT PENYUKAT 17. Menentukan jarak langkah dan bolehlah disukatkan semasa skuad itu berjalan iaitu menentukan supaya skuad itu melangkah dengan betul sukatan.

PENERANGAN 20. Terangkan kepada skuad apakah pelajaran yang akan diajar dan tujuannya sekali.

TERHAD

TERHAD

PERTUNJUKKAN 21. Pecahan pertunjukkan adalah seperti berikut: a. b. c. d. SOALAN 22. Selepas smemberi pertunjukkan dengan nombor dan ulasan tiap-tiap satu pergerakan, tanya skuad faham atau tidak. Kalau skuad faham teruskan pergerakan yang lain. LATIHAN 23. Selepas memberi pertunjukkan yang penuh dan terakhir suruh skuad berlatih sendiri dengan nombor, kemudian jurulatih akan melatihkan skuad dengan nombor dan perbetulkan kesalahannya, selepas itu latihkan akuad dengan penuh berteriak masa. BAHASA HUKUMAN MENGAJAR KAWAD 24. Skuad, setingkat lagi di atas pelajaran anda dalam kawad ... Tujuan pelajaran dan pergerakan ini di ajar untuk membolehkan anda membuat . dengan cara yang betul dan cergas. Apabila dapat hukuman rehatkan diri lihat di sini saya akan berikan pertunjukkan yang penuh. Rehatkan Diri. (BERI PERTUNJUKKAN DENGAN NOMBOR) Habis pertunjukkan dengan nombor serta ulasan pertunjukkan yang penuh dan terakhir. Pertunjukkan yang penuh dan berteriak masa sendiri. Pertunjukkan dengan nombor. Pertunjukkan dengan nombor dan ulasan. Pertunjukkan yang penuh dan terakhir.

JADUAL BAHASA HUKUMAN HUKUMAN CEPAT JALAN PERLAHAN JALAN LAIN-LAIN HAL

TERHAD

TERHAD

DIBERI APABILA Berhenti Masa Berjalan Kaki Kanan Melalui Kaki Kiri

DIBERI APABILA Kaki Kiri Melalui Kaki Kanan Dalam Berlari Apabila Kaki Kanan Sampai Ke Bumi -

Cepat Atau Perlahan Jalan Bersama Masa Dengan Pasukan Yang Sedang Berjalan Pusing Setengah Kanan

Cepat Atas Kaki Kiri Jalan Atas Kaki Kanan (Berturut-Turut)

Perlahan Atas Kaki Kanan (Berturut-Turut)

Kaki Kanan Melalui Kaki Kiri Kaki Kiri Melalui Kaki Kanan

Kaki Kiri Melalui Kaki Kanan Kaki Kanan Melalui Kaki Kiri

Hentak Kaki

Dalam Berlari Kaki Kanan Sampai ke Bumi -

Belakang Pusing

Kaki Kiri Melalui Kaki Kanan Kaki Kiri Sedang Naik Tukar Atas Kaki Kiri Langkah Atas kaki Kanan Kaki Kiri Sedang Naik -

Kaki Kanan Melalui Kaki Kiri Kakii Kanan Naik Penuh Tukar Atas Kaki Kiri Langkah Atas Kaki Kanan (Berturut-Turut) Kaki Kanan Naik Penuh Cepat Atas Kaki Kiri Jalan Atas Kaki Kanan (Berturut-Turut)

Berhenti (Hentak kaki) Tukar Langkah Kaki Kiri Dahulu

Maju Tukar langkah Cepat Jalan

Daripada Langkah Berlari Cepat Atas Kaki Kiri Jalan Atas Kaki Kanan. BerturutTurut

HUKUMAN

CEPAT JALAN DIBERI APABILA

PERLAHAN JALAN DIBERI APABILA

LAIN-LAIN HAL

TERHAD

TERHAD

Tukar Langkah Perlahan , Perlahan Jalan Buka Dan Tutup Barisan Tukar Haluan ke Kiri

Kaki Kiri Rata Melalui kaki Kanan -

Kaki Kanan melalui Kaki Kiri Kaki Kanan melalui kaki Kiri (Sebaliknya) Seperti Kekiri atau Kekanan Pusing Kaki kanan sampai -

Kaki Kiri Melelui kaki Kanan (Sebaliknya) Seperti pusing Kekanan atau Kekiri Kaki kiri sampai kebumi

Disebelah Kanan atau Kiri jadikan Skuad Semua hormat termasuk pedang dan kawat tongkat melainkan hormat kehadapan atau selaku pengawal Semasa berjalan latihan senjata

Melainkan hormat kehadapan atau selaku pengawal (Kaki kanan melalui kaki kiri)

Mengikut ditangan mana senjata berada

Ditangan mana senjata berada

Melainkan tukar semasa Dalam sendeng senjata disebelah bahu kanan dibuat apabila bertentangan.

TERHAD

TERHAD

BAB 1 PELAJARAN 1 SEDIA Kedudukan Sedia (Pertunjukan dan Penerangan) Kedudukan sedia .. tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 30 darjah; lutut tegang, badan tegaj dengan berat sama timbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa ke belakang (supaya dada berada dalam keadaan biasa dengan tiada menyusah atau mengeraskan badan). Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan-pergelangan tangan lurus tapak tangan tutup (bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari tegak lurus dan hedapan dekat kepada jari telunjuk dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena leher baju dan memandang terus ke hadapan. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. d. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas. Tiada sedia dan menggerakkan mata. Kaki dan badan tiada mengadap ke hadapan, tumit tidak rapat. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar ke hadapan.

e. Bahagian belakang tangan hala ke hadapan dan dengan hal yang demikian membuka tulang belikat dan menyesakkan dada. f. lain. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada jari

9 TERHAD

TERHAD

Gambar 1

Kedudukan sedia tanpa senjata

TERHAD

TERHAD

Gambar 2

TERHAD

TERHAD

Kedudukan Sedia Pandangan Dari Rusuk PELAJARAN 2 SENANG DIRI (Pertunjukan dan Penerangan) 1. Biarkan kaki kanan tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang angkat kaki kiri ke hadapan, bengkok lutut, peha paras bawah kaki kiri ke sebelah kiri hendak ke bumi. Supaya jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 12 inci, pada ketika yang sama bawa tangan kanan di dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kiri supaya berat sama rata. Kesalahan-kesalahan Biasa. a. b. c. d. Kegagalan menggangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut. Mengerakan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.

Peringatan: Berteriak Up a. Apabila membawa bebanan di belakang dan tidak membawa senjata, tangan hendaklah dibawa pada sebelah tepi. b. Membetulkan pakaian. Apabila jurulatih menegur kesalahan pakaian atau yang lain-lain kepada orang di dalam skuadnya, orang yang ditegur itu hendaklah sedia, angkat kaki kanan bengkokkan lutut peha paras dan hentak ke belakang tumit kaki kiri serta betulkan kesalahan yang ditegur oleh jurulatih itu. Setelah dibetulkan balik dalam kedudukan asal semula. 2. Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut, peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kendudukan sedia, dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas sampai dalam kedudukan sedia. Kesalahan-kesalahan: a. b. Angkat kaki tidak paras. Apabila hentak kaki kiri, kaki kanan bergerak.

TERHAD

TERHAD

SEDIA DARI SENANG DIRI (Pertunjukan dan penerangan) Angkat kaki kiri ke hadapan bengkok lutut peha paras, hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan di sebelah tumit kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia, dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia. Peringatan: Berteriak Up Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Angkat kaki tidak paras. Apabila hentak kaki kiri, kaki kanan bergerak. Kedua-dua tangan mengepak.

TERHAD

TERHAD

Gambar 3

Senang diri pandangan dari hadapan

TERHAD

TERHAD

Gambar 4

Senang Diri Dari Pandangan Belakang

TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 3 REHATKAN DIRI (Pertunjukan dan Penerangan) Di atas hukuman rehatkan diri, kira masa (1-2-3 rehat). bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakan kaki. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan. Berdiri kuat di atas kaki sebelah dan bercakap-cakap. Kendurkan anggota-anggota badan,

Peringatan: a. Kecuali dalam perbarisan-perbarisan Istiadat, satu tangan bolehlah digunakan untuk membetulkan pakaian dengan perintah. b. Dengan hukuman Skuad kedudukan senang diri hendaklah dilakukan semula. Ini adalah hukuman yang tidak ada amaran sebelumnya.

TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 4 BERBARIS DALAM TIGA BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan) TIGA BARISAN - DIHADAPAN SAYA GERAK Orang-orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengan dan belakang) 30 inci jarak di antara barisan-barisan itu dan jarak jauh satu tangan (dengan jari digenggam) di antara seorang. Orang-orang itu berdiri rehat. (rehatkan diri). Peringatan: a. Perkataan hukuman di atas adalah mencukupi buat latihan permulaan.

b. Semasa berbaris dalam tiga barisan kadangkala ada kekosongan barisan. Kalau kekosongan 2 orang duduknya difail No.2 dari kiri barisan tengah dan belakang, kalau kosong seorang duduknya fail No.2 dari kiri barisan tengah. TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA GERAK BERSAMA SENJATA Peringatan: Dengar sini semua sekali.

Hukuman: Apabila dapat hukuman Tiga barisan di hadapan saya gerak skuad hendaklah sedia, julang senjata berlari berbaris, dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tangah di mana saya menghadap. Faham itu skuad! Hukuman Tiga barisan di hadapan saya gerak.

Peringatan. Kalau skuad dalam kedudukan sedia hendaklah diberi hukuman Pusing ke kanan berlari berbaris . Kalau dari mula kedudukan sedia hanya memadai turun senjata dan diam tidak payah senang diri. TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA GERAK (TANPA SENJATA) Peringatan: Dengar sini semua sekali.

Hukuman Apabila dapat hukuman Tiga barisan di hadapan saya gerak skuad hendaklah sedia, berlari berbaris, dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tangah di mana saya menghadap. Faham itu skuad! Peringatan. Kalau skuad dalam kedudukan sedia hendaklah diberi hukuman Pusing ke kanan berlari berbaris . Kalau dari mula senang diri diakhiri dengan senang diri.

TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 5 MELURUSKAN BARISAN (2 Pergerakan) LURUS BARISAN DENGAN NOMBOR 1. Ke Kanan Lurus Satu. Pandang Kanan dan angkat tangan kanan paras bahu orang si sebelah kanan. Jari-jari digenggam dan tentukan jari-jari tangan kanan berada di belakang bahu orang disebelah kanan dan pergelangan tangan hendaklah bersententangan di bahu kiri orang yang disebelah kanan. 2. Skuad Dua. Hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek serta meluruskan barisan, tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya. Dengan pantas orang di sebelah kanan barisan tengan dan belakang tentukan jaraknya kebarisan hadapan 30 inci dan jarak antara fail 28 inci. 3. Pandang Hadapan. Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan bawakan tangan kiri ke rusuk dan tentukan berada dalam keadaan sedia sebenar. Kesalahan-kesalahan Biasa a. Pergelangan tangan kanan tidak berada di belakang bahu kiri orang di sebelah kanan. b. Tidak hentak kaki berturut-turut.

TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 6 MELURUSKAN BARISAN DI DALAM SESUATU PERBARISAN (Penerangan Sahaja) KE DALAM LURUS 1. Apabila meluruskan satu-satu perbarisan samada di dalam buka atau tutup barisan sebelum atau

selepas berjalan lalu, ia hendaklah dilakukan dengan mengunakan Drum Roll dengan ketukan roll yang panjang tanpa henti sehingga barisan itu menjadi lurus. 2. Apabila barisan telah lurus, satu ketukan dari Bass Drum akan dilakukan. Ketua Perbarisan akan

membuat pergerakan ke belakang pusing menghadap ke hadapan. Anggota-anggota di dalam perbarisan dengan pantas akan membuat pandang hadapan. PERINGATAN Hanya bahasa hukuman Ke Kanan Lurus atau Ke Dalam Lurus sahaja akan diberikan oleh Ketua Perbarisan. Pergerakan pandang hadapan akan mengunakan bantuan ketukan tambor.

PELAJARAN 7

TERHAD

TERHAD

NOMBOR DAN NYATAKAN (Penerangan Sahaja) MEMBERI NOMBOR 1. Di dalam peringkat-peringkat awal latihan, jurulatih yang tidak akan kenal nama-nama semua orang dalam skuadnya, mungkin hendak becakap dengan seorang sebagai Nombor dalam barisan . Oleh itu skuad hendaklah sentiasa di nomborkan. 2. Nombor. Barisan hadapan sahaja dalam skuad itu membuat bilangan No. dengan nyaring dari kanan ke kiri, orang sebelah kanan menyebut satu orang selepasnya dua dan seterusnya. Setiap orang hendaklah tepat ke hadapan dan orang-orang barisan tengah dan belakang bersetentangan dengan orang barisan hadapan. Peringatan: a. Jika berlaku sesuatu kesilapan dalam membuat bilangan jurulatih hendaklah hukuman salah dan memberi tahu nombor terakhir yang betul. Askar yang dipanggil nombor itu hendaklah menyebut nombornya semula dan barisan hadapan hendaklah menyambung panggilan nombor itu darinya. b. Apabila dapat hukuman semula skuad hendaklah berhenti membilang tanpa hukuman yang lain, skuad akan membilang mulai dari satu. c. Membilang nombor boleh dilakukan dari kiri dengan hukuman Dari kiri nombor.

d. Kalau skuad berdaris lebih dari satu skuad, hukuman hendaklah diberi No. (Skuad/Pl/Komp Dll) Numbor. NYATAKAN 3. Jurulatih mungkin perlu membahagikan skuadnya kepada dua bahagian. Bagi membuat demikian ia akan memilih orang yang disebelah kiri dalam kiri dalam skuadnya dan memanggil nombornya serta menerangkan siapakah dia itu . 4. Orang yang dinyatakan itu menggangkat hujung lengan kirinya selari dengan bumi membiarkan siku kirinya diam, tapak tangan ke sebelah kanan jari-jari dan lurus ke hadapan. 5. Nombor 12 Kiri Daripada Sebelah Kanan Yang Lain Kiri Skuad. Dengan kata laksana misalnya skuad atau bahagian, Orang-orang yang membukti hendaklah menjatuhkan tangan nya ke bawah. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Salah memberi nombor. Pergerakan kepada dan mata. Tidak mengetahui Kawad bagi nyatakan.

PELAJARAN 8

TERHAD

TERHAD

BUKA DAN TUTUP BARISAN 1. Bagi memeriksa skuad atau untuk mengawadkan skuad, adalah mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini. Seperti hendaklah memeriksa pakaian skuad atau lain-lain, pergerakan ini adalah dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan belakang sahaja, barisan tengah diam. Jikalau dalam dua barisan dilakukan barisan belakang sahaja skuad mesti berada dalam kedudukan sedia. a. Buka Barisan Gerak (3 Pergerakan) (1) Buka Barisan Dengan Nombor, Buka Barisan Satu. Barisan hadapan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci. Barisan belakang langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci, kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi, Anggota yang lain diam . (2) Skuad Dua. Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci barisan belakang langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci (dari tumit kaki kiri) tapak kaki kanan/kiri rata diatas bumi, tumit kiri/kanan di belakang terangkat sedikit, anggota yang lain diam. (3) Skuad Tiga. Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak. Barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci dan hentak , dengan masa yang sama angkat kaki kanan kehadapan bengkokkan lutut, peha paras dan hentak disebelah tumit kaki kiri sampai seperti kedudukan sedia. Peringatan: (a) Jarak di antara barisan dalam buka barisan, barisan hadapan ke barisan tengah 90 inci. Barisan hadapan ke tengah ke barisan belakang 90 inci dan barisan hadapan ke barisan belakang 180 inci dan kalau dalam dua barisan setelah buka barisan jarak barisan seperti kedudukan sedia. (b) Jika hendak mengajar skuad, hendaklah diajar kepada dua bahagian, pertama selaku barisan hadapan apabila skuad sudah faham barulah di ajar selaku barisan belakang. Apabila semua sekali sudah faham barisan hadapan dan belakang, barulah latihkan skuad dalam tiga barisan buka barisan gerak. Kesalahan Biasa: (1) (2) (3) (4) Tangan tidak tetap dikedudukan sedia. Muka tunduk ke bawah. Semasa bergerak badan bengkok. Melangkah terlampau jauh.

b. Tutup Barisan Gerak (3 Pergerakan). Pergerakan tutup barisan gerak, hanya pergerakan barisan hadapan buat seperti pergerakan barisan belakang buka barisan gerak, dan pergerakan barisan belakang, buat seperti pergerakan barisan hadapan semasa buka barisan, gerak, cara-cara mengajar dan melatihkan skuad adalah sama seperti buka barisan gerak.

PELAJARAN 9

TERHAD

TERHAD

MASUK BERBARIS (Pertunjukan dan Penerangan) 1. Skuad berbaris dalam tiga barisan dan rehatkan diri ditepi padang perbarisan, mengadap dimana arah mereka akan berbaris. Orang yang disebelah kanan sekali akan menjadi pemandu kanan. 2. Tanda. Dengan hukuman Tanda penanda sebelah kanan sedia, berjalan dengan langkah cepat 15 langkah berhenti dan senang diri. Langkah boleh dikurangkan lagi sekiranya tidak cukup kawasan. 3. Masuk Baris. Penanda skuad sedia. Penanda diam skuad berjalan kehadapan dan berhenti pada langkah ke 15, meluruskan barisan dengan sendirinya pandang ke hadapan dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri mengikut kumpulan masing-masing. Peringatan: a. masa. Pergerakan dari hukuman masuk BARIS hingga senang diri hendaklah dibuat dalam satu

b. Selain daripada penanda ada seorang sebagai pelurus barisan yang mana bekerjasama dengan penanda untuk meluruskan penanda dan barisan.

PELAJARAN 10

TERHAD

TERHAD

BERPUSING DAN BERPUSING SEPARUH (2 Pergerakan) 1. Berpusing Dengan Nombor, Ke Kanan Pusing Satu. Dengan pantas pusing kepala bahu dan badan 90 darjah ke kanan, berpusing diatas tumit kaki kiri, tapak kaki kanan rata di atas bumit, kaki kiri terangkat, kedua-dua lutut tegang dan anggota yang lain diam seperti dalam keadaan sedia. 2. Skuad Dua. Bawa kaki kiri kehadapan, bengkokkan lutut, peha paras, masa yang sama hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia. Peringatan: a. Ulang bagi setiap pusingan dilakukan berturut-turut dengan ulang bagi setiap pusingan dilakukan berturut-turut dengan nombor. b. Dalam semua pusingan berat badan mestilah diletakkan pada kaki hadapan.

3. Berpusing Dengan Nombor Ke Belakang Pusing Satu. Seperti di atas tetapi berpusing 180 darjah, merenggangkan kaki dan menjaga timbangan badan dengan merapatkan peha. 4. Skuad Dua. Seperti di atas. Peringatan: Pusing ke belakang sentiasa dilakukan dengan berpusing ikut kanan. 5. Berpusing Dengan Nombor Ke Separuh Kanan Pusing Satu. Seperti di atas tetapi berpusing 45 darjah. 6. Skuad Dua. Seperti di atas. Peringatan: Tunjukkan dengan segera beberapa segi meluruskan barisan dan mengambil tempat. Bahu kanan setiap anggota mestilah di tengah-tengah belakang orang selepasnya dan bagi barisan tengah dan belakang bahu kiri mestilah bertentangan dengan tengah belakang orang yang asalnya ditutupi . 7. Berpusing Ke Kanan Pusing. Skuad menjalankan kedua-dua pergerakan berpusing, mengikut masa pergerakan diantara tiap-tiap satu. Peringatan: Apabila memberi perintah berpusing tidak dengan nombor kiraan masa, perkataan hukuman jurulatih berpusing ke kanan, kekanan hendaklah didahului dengan skuad akan bergerak ke kanan (atau kekiri) yang mana sesuai dan kata-kata amaran Skuad akan mengadap ke hadapan (atau ke belakang) hendaklah diberi apabila skuad berpusing, kata amaran menunjukkan arah skuad itu hendak berpusing. Kesalahan biasa: a. Berat badan diletakkan pada kaki belakang, membiarkan tumit kaki hadapan bergerak di atas tanah semasa berpusing. b. c. d. Menggerakkan tangan terutamanya apabila menghentak kaki kiri. Membengkokkan bahagian pinggang apabila menghentakkan kaki masuk ke dalam. Tiada membuat pusingan separuh dengan badan dan bahu dalam pergerakan pertama.

TERHAD

TERHAD

Gambar 5

Kekanan Pusing Pergerakan Pertama Pandangan Dari Rusuk

TERHAD

TERHAD

Gambar 6

Kekanan Pusing Pergerakan Pertama Pandangan Dari Belakang

HUKUMAN MASUK BARIS TANPA SENJATA

TERHAD

TERHAD

PENANDA Ingatan: Skuad. Dengar sini penanda dan pelurus barisan. Hukuman: Apabila dapat hukuman TANDA. Penanda dan pelurus barisan hendaklah sedia, berjalan kehadapan 140 langkah satu minit 14-1-2 berhenti. Penanda pusing ke kanan pelurus barisan pusing ke kiri pelurus barisan luruskan penanda. Apabila dapat hukuman TANDA DIAM daripada pelurus barisan, penanda pusing ke kiri, pelurus barisan pusing ke kanan dan senang diri bersama-sama. Faham itu penanda dan pelurus barisan. Beri hukuman: TANDA MASUK BARIS Ingatan: Dengar sini semua sekali.

Hukuman: Apabila dapat hukunan MASUK BARIS semua sekali hendaklah sedia. Penanda dan pelurus barisan diam. Anda yang dibelakang berjalan 140 langkah 1 minit 14-1-2 berhenti di mana anda sampai. Pandang kanan, angkat tangan kanan luruskan barisan. Apabila barisan telah lurus, pandang hadapan, potong tangan kanan dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri mengikut kumpulan masingmasing. Faham itu skuad. Beri hukuman: MASUK BARIS Selepas pergerakan masuk baris telah dilakukan beri hukuman SKUAD SEDIA BUKA BARISAN Hukuman: lain buat. Ke kanan lurus Hukuman: Ingatan: a. Di atas hukuman KE KANAN LURUS pelurus barisan pusing kekiri dan luruskan barisan, barisan hadapan, tengah dan belakang. Apabila ketiga-tiga barisan telah lurus, berjalan balik ke barisan hadapan dan pusing ke kiri beri hukuman SKUAD PANDANG HADAPAN. Di atas hukuman itu pelurus barisan terus berjalan menempatkan dirinya 3 langkah di hadapan diantara No 1 dan 2 skuad. b. Di atas hukuman kekanan lurus juga mereka yang memberi hukuman/Ketua penuntut pusing ke kiri berjalan berhenti pada penanda yang kanan sekali pusing ke belakang berjalan dalam masa cepat dan luruskan barisan dari depan ke belakang, sehingga fail hujung sekali balik, dan ambil tempatnya semula (ditengah-tengah skuad). Apabila dapat hukuman KE KANAN LURUS pelurus barisan luruskan barisan. Apabila dapat hukuman BUKA BARISAN GERAK Penanda pelurus barisan diam yang Beri hukuman: BUKA BARISAN GERAK.

HUKUMAN MASUK BARIS BERSAMA-SAMA SENJATA

TERHAD

TERHAD

PENANDA Ingatan: Skuad, Dengar sini penanda dan pelurus barisan. Hukuman: Apabila dapat hukuman TANDA penanda dan pelurus barisan hendaklah sedia rusuk senjata berjalan ke hadapan 140 langkah 1 minit 14 1 2 berhenti. Penanda pusing kekanan, pelurus barisan pusing kekiri penanda jajar senjata, pelurus barisan luruskan penanda. Apabila dapat hukuman TANDA DIAM daripada pelurus barisan, penanda rusuk senjata, pusing kekiri pelurus barisan pusing kekanan, turun senjata dan senang diri bersama-sama. Faham itu penanda dan pelurus barisan! Beri hukuman: TANDA MASUK BARIS Ingatan: Dengar sini semua sekali!.

Hukuman: Apabila dapat hukuman MASUK BARIS semua sekali hendaklah sedia, rusuk senjata, penanda dan pelurus barisan diam. Anda yang dibelakang berjalan kehadapan 140 langkah 1 minit 14 1 2 henti dimana anda sampai. Turun senjata, pandang kanan, angkat tangan kiri luruskan barisan. Apabila barisan telah lurus, pandang hadapan, potong tangan kiri, dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri mengikut kumpulan masing-masing. Faham itu skuad! Beri hukuman: MASUK BARIS Selepas pergerakan masuk baris teah dilakukan beri hukuman SKUAD SEDIA. BUKA BARISAN Hukuman: yang lain buat. Apabila dapat hukuman BUKA BARISAN GERAK penanda dan pelurus barisan diam Beri hukuman: BUKA BARISAN GERAK. KE KANAN LURUS Hukuman: Apabila dapat hukuman KE KANAN LURUS pelurus barisan luruskan barisan.

Beri hukuman KE KANAN LURUS Ingatan: (1) Di atas hukuman KE KANAN LURUS pelurus barisan rusuk senjata, pusing ke kiri dan luruskan barisan hadapan, tengah dan belakang. Apabila ketiga-tiga barisan telah lurus, berjalan balik ke barisan hadpan dan pusing ke kiri dan beri hukuman SKUAD PANDANG HADAPAN. Dia atas hukuman itu pelurus barisan, terus berjalan menempatkan dirinya 3 langkah antara No 1 dan No 2 skuad, turun senjata. Di atas hukuman ke kanan lurus juga mereka yang memberi hukuman ( Ketua Penuntut) pusing ke kiri berjalan berhenti pada penanda yang kanan sekali pusing ke belakang berjalan dalam masa cepat dan luruskan barisan semuanya lurus balik ambil tempatnya semula.

(2)

PELAJARAN 11
BERSURAI DAN KELUAR BARIS (Pertunjukkan dan Penerangan)

TERHAD

TERHAD

1. Sebelum mengajar pergerakan bersurai terlebih dahulu diajarkan pergerakan keluar baris. Apabila memperaktikkan kedua-dua pergerakan ini skuad mestilah berada di dalam tutup barisan sama ada pergerkan kawad kaki atau pergerakan kawad senjata. 2. Tujuannya: a. Keluar Baris. pada pekerjaan yang dibuat. b. 3. Bersurai. Berhenti sebentar untuk berehat dan akan menyambung semula

Menandakan pekerja yang dibuat telah ditamatkan.

Peringatan: a. Keluar Baris. Dengan hukuman keluar baris, buat pergerakan berpusing kekanan semasa berhenti, kemudian jalan dalam masa cepat tiga langkah ke hadapan barulah bersurai/keluar dari barisan dan terus berjalan bersendirian keluar dari padang kawad untuk berehat. Peringatan: Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 60 pergerakan pada seminit. b. Besurai.

(1)

Jika Ada Pegawai.

(2) Tanpa Membawa Tongkat Dan Senjata.

Dengan ukuman bersurai, buat pergerakan berpusing ke kanan dan hormat ke hadapan, kemudian berjalan dalam masa cepat 3 langkah ke hadapan, barulah bersuarai dan terus berjalan bersendirian keluar dari padang pawai/kawad. (3) Jika Membawa Senjata. Buat pergerakan berpusing ke kanan kemudian buat pergerakan hormat je hadapan dengan senjata. Selepas itu berjalan dalam masa cepat 3 langkah ke hadapan barulah bersurai/keluar dan terus berjalan bersendiran keluar dari padang kawad. (4) Skuad Yang Bersenjata Dan Membawa Tongkat, Bersama Dengan Satu kumpulan Yang Tidak Membawa Senjata Dan Tongkat. Buat pergerakan berpusing ke kanan, kepada orang yang membawa tongkat pada pergerakan pertama berpusing ke kanan, bawa tongkat kepetitan ketiak kiri, setelah pergerakan terakhir berpusing dibuat. Buat pula pergerakan homat ke hdapan mengikut alat-alat yang mereka bawa. Kemudian berjalan kehadapan barulah bersurai/keluar dari barisan. Kepada yang membawa senjata buat pergerakan kawad tongkat yang betul. (5) Jika Tidak Ada Pegawai. Hanya buat pergerakan berpusing ke kanan dan terus berjalan tanpa membuat pergerakan hormat kehadapan. Peringatan: Semua pergerakan ini dibuat mengikut kadar 40 pergerakan pada seminit.

PELAJARAN 12 PARAS

TERHAD

TERHAD

(Pertunjukan dan Penerangan) 1. Satu Skuad, kompeni atau pengawal yang cukup baik paras, memberi kesan-kesan yang baik kepada anggota-anggota peluang yang baik untuk berkawad bersama-sama. Oleh itu skuad rekrut hendaklah diparaskan pada awal-awal lagi. 2. Paras boleh dilakukan samada yang tinggi ke kanak, rendah ke kiri atau yang tinggi di tengahtengah. Ini bolah dilakukan dengan cermat dengan menjadikan semua orang kedalam satu barisan dan menyunsun mereka mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Ini boleh dilakukan dengan cara mereka dalam bertiga-tiga atau beberapa banyak sekali pun barisan yang dikehendaki. Cara yang terakhir ini hendaklah terhad kepada kumpulan kecil umpamanya pengawal kem. 3. Yang Tinggi Ke kanan, Rendah ke Kiri Dalam Satu Barisan Paras. Seluruh skuad berpusing seperti dalam berhanti, terus jalan dan selepas itu mengaturkan diri mereka mengikut paras tinggal dalam keadaan sedia. Susunan yang betul selepas itu diperiksa oleh jurulatih. 4. Nombor. Skuad itu membuat nombor dari kanak ke kiri.

5. Nombor Ganjil Satu Langkah Kehadapan, Nombor Genap Satu Langkah Kebelakng Gerak. Jurulatih mesti memeriksa pergerakan ini. 6. Orang Yang Di Sebelah Kanan Sekali Diam. Nombor Ganjil Ke Kanan. Nombor Genap Ke Kiri Barisan Kanan dan Kiri Pusing. Semua berpusing sebagaimana yang di perintahkan, orang yang disebelah kanan sekali dibarisan hadapan yang tinggal diam menghadap arah hadapannya. 7. Jadikan Tiga Barisan, Cepat Jalan. Skuad itu jadi tiga barisan nombor genap mengikut belakang nombor ganjil, misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan. Nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah, nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang. Nombor 7 jadi nombor 2 dalam barisan hadapan dan seterusnya, bila berhenti dalam kedudukan setiap orang berpusing ke hadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia. Peringatan: a. Sekiranya dikehendaki pada akhirnya memaras dengan orang-orang yang paling tinggi di sebelah kanan dan orang-orang yang paling rendah di sebelah kiri , perkataan hukuman hendaklah oraqng yang dikanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan dalam satu barisan ke kanan pusing. Jadikan tiga barisan cepat jalan dan skuad akan buat seperti diatas. b. Jika satu skuad kecuali hendak diparaskan, perkataan hukuman ialah Dalam Tiga (atau satu) Barisan- paras . Skuad itu berpusing ke kanan, mereka berhendaki sekejab dan menjadikan barisan mengikut paras. Hentak langkah kaki hendaklah dilakukan apabila skuad berpusing ke kanan

TERHAD

TERHAD

BAB 2 BERJALAN 1. Berjalan adalah memainkan peranannya dalam kawad sebagai satu cara membentuk tatatertib sesebuah pasukan yang berjalan dengan bergaya, lazimnya adalah mempunyai semagat yang tinggi. Begitu juga dalam masa perlahan mengajar timbangan dan bentuk badan yang baik dan adalah menjadi adat sebagai sebahagian upacara istiadat Tentera Darat. 2. Pasukan-pasukan biasanya akan berjalan 126 langkah dalam satu minit. Bagaimanapun, rekrut patut mulai berjalan 140 langkah dalam satu minit untuk membina kepatasan, siap sedia dan taat setia kepada perintah tanpa berbicara lagi. PELAJARAN 13 BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT CEPAT JALAN (Pertunjukkan dan Penerangan) 1. Askar itu hendaklah mulai berjalan dari kedudukan sedia. (Ini dipakai dalam semua masa termasuk Masuk Baris dll). Apabila hukuman Cepat Jalan diberi supaya skuad itu melangkah mengikut rentak pancaragam atau sama dengan skuad lain, ianya hendaklah diberi selepas renatk atau langkah, iaitu Cepat pada kaki kiri Jalan padfa kaki kanan berturut-turut. Dengan hukuman Jalan askar itu hendaklah sentiasa melangkah dengan kaki kiri dan menghayun tangan kanannya kehadapan. 2. Di dalam mengajar rekrut-rekrut cara gaya berjalan, paerkara-perkara yang berikut mahulah ditegaskan.

TERHAD

TERHAD

Gambar 7

Cepat Jalan Pandangan Dari Rusuk

TERHAD

TERHAD

UNTUK MEMBOLEHKAN BERJALAN BERJALAN DENGAN NOMBOR

DENGAN BETUL

HENDAKLAH

DIAJARKAN

a. Berjalan Dengan Nombor Cepat Jalan - Satu. Dengan pantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak kaki kanan di belakang rata dengan bumi. Dengan masa yang sama, lenggangkan tangan kanan ke hadapan paras dengan bahu dan lenggang tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh, muka terus pandang ke hadapan. b. Skuad Dua. Langkahkan kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak kaki kiri di belakang rata dengan bumi. Masa yang sama, tukarkan lenggang tangan kiri ke hadapan paras dengan bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh. 3. Apabila berjalan kehadapan, seseorang askar itu hendaklah memilih tanda-tanda dihadapan dan berjalan ke arahnya. Tiap-tiap orang dalam skuad adalah bertanggungjawab untuk memelhara lurus barisan, menyimpan jarak-jarak dan langkah yang betul. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Apabvila berjalan bertiga-tiga, jarak yang tidak betul di antara barisan. Apabila berjalan dalam barisan, jarak yang tidak betul di antara orang-orang. Pada setiap masa, kurang lurus barisan dan gaya lenggang tidak sama, hilang rentak.

4. Kebanyakan Kesalahan-kesalahan ini terbitnya daripada membuat langkah lebih dari 30 inci. Jurulatih-jurulatih hendaklah sentiasa cergas dan mestilah selalu memerhatikan langkah-langkah. 5. Berhenti Dari Cepat Jalan (3 Pergerakan) a. Berhenti Dengan Nombor - Berhenti - Satu. Hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri, penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti, tapak kaki kanan rata di atas bumi. Kaki kiri di belakang dengan keadaan tumit terangkat. Kedua-dua lutut tegang, tangan kanan masih dalam keadaan berlenggang ke belakang, tangan kiri lenggang ke hadapan anggota yang lain terus pandang ke hadapan. b. Skuad Dua . Bawa kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan tapak kaki kiri tergantung, lutut tegang berdiri di atas kaki kanan, dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan, tangan kiri ke belakang. c. Skuad Tiga. Bengkokkan lutu kaki kiri ke hadapan, peha paras, hentak disebelah kaki kanan dan angkat kaki kanan ke hadapan, bengkokkan lutu peha paras, hentak disebelah kaki kiri sampai kedudukan sedia. Dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Peringatan: Berteriak Cek, Satu, Dua

TERHAD

TERHAD

KAWAD SKUAD SEMASA BERHENTI TANPA SENJATA 1. Sepanjang buku panduan ini dua pergerakan tapak kaki yang sangat berbeza adalah sentiasa disebut. Ianya adalah: a. b. Bengkokkan lutut . Peha paras apabila badan tinggal diam. Tolak kaki ke hadapan digunakan bagi menggerakkan badan ke hadapan dari berhenti.

Ini adalah asas pergerakan dalam kawad kaki. 2. Bagi menbengkokkan lutut. Kaki yang memijak bumi direnggangkan ke belakang dengan tapak kaki berada tetap dan sama rata di bumi. Lutut sebelah dibengkokkan dengan mengangkatnya ke hadapan peha paras dengan bumi supaya hujung jari kaki tergantung betul-betul di bawah lutut dan tapak kaki berada pada sudut biasa daripada bumi, tetapi tidak boleh lebih dari yang dihadkan daripada bumi, lutut itu direnggangkan ke belakang dan tapak kaki itu kukuh di atas bumi dan berada dalam kedudukan seperti yang dikehendaki seluruh pergerakan dibuat dengan cepat dan segera. 3. Bagi tolak kaki . Ke hadapan dengan sebelah kaki di belakang diam keadaan tapak kaki rata di atas bumi atau tumit terangkat sedikit dari bumi kaki di hadapan tapak kaki rata di atas bumi atau tergantung sedikit, kedua-dua lutut tegang dan bersedia untuk membawa berat badan ke hadapan. Di dalam semua pergerakan kawad kaki, yang berikut hendaklah dielakkan: a. b. c. Menyeret tapak kaki di bumi. Berjalan dengan menjengket-jengket tumit. Meloncat atau meninggalkan bumi dengan kedua-dua kaki sekali.

4. Adalah mustahak bahawa pergerakan-pergerakan ini (dan kesalahan) ada ditunjuk ajar pada mulamula lagi dan hendaklah sematkan dalam hati semua rekrut supaya pergerakan-pergerakan yang di kemudian hari kelak dibuat dengan betul dan sempurna.

PELAJARAN 14

TERHAD

TERHAD

BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA PERLAHAN PERLAHAN JALAN (Pertunjukkan dan penerangan) 1. Perlahan jalan adalah digunakan bagi mengajar pergerakan-pergerakan ketika sedang berjalan sebelum mereka berjalan cepat. Ianya diajar dengan bilangan cara timbang langkah seperti yang diterangkan di bawah. 2. Perlahan jalan dengan langkah beragak, kaki kiri hadapan. Tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki dikeluarkan sedikit menghala ke tanah bahagian atas badan tegak, tangan lurus di tepi, berat badan di atas kaki kanan. 3. Maju. Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke

hadapan 15 inci lagi, hujung kaki hendaklah jejak ke tanah dahulu BUKAN tumit atau bahagian luar kaki, bawa berat badan pada kaki kiri, kaki kanan ke belakang dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat hujung kaki dari bumi. 4. Kaki kanan hadapan. Bengkokkan lagi lutut kanan tolak kaki ke hadapan dengan senang sebelum lurus dan berada 15 inci di hadapan kaki kiri, hujung kaki menunjuk ke bawah dan terangkat sedikit dari bumi. 5. Maju. Penuhkan langkah dengan kaki kanan sebagaimana yang diperintahkan untuk kaki kiri, apabila kaki itu diluruskan dihadapan badan, sekali lagi hujung kaki mesti menjejak ke bumu terlebih dahulu dan badan hendaklah berdiri tegak. Tangan diam di sebelah, siku rapat, kaki ditolak melintas tangan, bahu diam dan tepat ke hadapan. (Apabila selesai pergerakan ini, berat badan hendaklah diletakkan di atas kaki kanan, kaki kiri di belakang, hujung kai tercacak di bumi). Pergerakan ini bolehlah diteruskan setelah skuad mendapat timbangan, sehingga selain dari hukuman maju selepas kaki kiri hadapan. Ingatan: Berjalan dalam masa perlahan dilakukan dalam kadar 65 langkah pada satu minit dan berteriak Res, Kiri, Kanan. 6. Berhenti Semasa Perlahan Jalan ( 2 Pergerakan): a. Berhenti Dengan Nombor Berhenti Satu. Hukuman diberi kaki kiri melalui kaki kanan, langkahkan kaki kiri kanan kehadapan 30 inci dan berhenti. Tapak kaki kanan rata di atas bumi tumit kaki kiri terangkat sedikit, kedua-dua lutut tegang berat badan di atas kaki kanan, muka terus pandang hadpan. b. Skuad Dua. Dengan pantas bawa kaki kiri kehadapan bengkok lutut peha paras hentak padat ke bumi dan angkat kaki kanan ke hadapan bengkok lutut peha paras, hentak di sebelah kaki kiri sampai kedudukan sedia. Peringatan: Kesalahan Biasa: (1) (2) (3) Angkat kaki tidak paras. Hentak tidak padat. Tangan kanan bengkok mengkut peha. Berteriak 1 2 .

TERHAD

TERHAD

7. Perlahan Jalan. Supaya dapat mengikut rentak bunyi pancaragam atau askar lascar yang telah sedia berjalan dalam masa perlahan, hukuman ini hendaklah diberi kepada kedua-dua belah kaki yang berikut serentak dengan pancaragam atau terup-terup di hadapan, Perlahan pada kaki kiri, Jalan di atas kaki kanan berturut-turut. Pergerakan ini adalah seperti yang diterangkan di atas melainkan tidak ada hentian sebentar di antara langkah-langkah yang akan diambil dengan kadar 65 langkah dalam seminit. Kesalahan Biasa: a. b. c. 8. Tumit-tumit menjejak ke bumi terlebih dahulu. Siku terkeluar di tepi. Tangan memegang seluar, oleh itu bergerak pada setiap langkah.

Skuad Henti. Seperti di atas. Hukuman ini diberi semasa kaki kiri melalui kaki kanan.

Kesalahan Biasa: Melompat, yang sepatutnya memenuhkan langkah dengan kaki kiri dan bengkok lutut kanan dan membawa masuk kaki kanan dengan pantas. 9. Cara-cara Lain Mengajar Perlahan Jalan. Latihan di atas bolehlah digunakan hanya sebagai panduan bagi mendapatkan tempat, tetapi perlahan jalan yang baik mungkin diperolehi seperti berikut: a. Suruh skuad berjalan bersendirian dengan tangan dibelakang mereka laju lebih kurang 65 langkah dalam seminit. b. Selepas itu suruh mereka tolak hujung kaki mereka menghadap ke bawah dan keluar, dengan menentukan tiap-tiap kaki tidak diperbetulkan bila ianya di bawa ke hadapan. c. Peringatan: Kesalahan-kesalahan boleh diberhentikan dan kedudukan dibetulkan hingga perjalanan perlahan jalan didapati. Akhirnya biarkan lengan di tepi.

Gambar 8

TERHAD

TERHAD

Perlahan Jalan Pandangan Dari Rusuk

PELAJARAN 15

TERHAD

TERHAD

LANGKAH PENDEK DAN LANGKAH PANJANG (Pertunjukkan dan Penerangan) 1. Langkah Panjang. Kaki yang bergerak hendaklah memenuhkan langkahnya memanjangkan langkah tida inci lagi, bengkok ke hadapan sedikit tanpa mengubah masa. dan

Langkah ini digunakan apabila berkehendakkan tambahan kederasan lebih sedikit dengan tidak membuat perubahan masa, seperti yang dikehendaki. 2. Langkah Pendek. Kaki yang bergerak itu hendaklah memenuhkan langkahnya dan selepas itu langkah hendaklah dipendekkan dengan 9 inci. Dalam kedua-dua hal, panjangnya langkah biasa hendaklah dimulakan dengan hukuman Cepat (atau perlahan) Jalan.

PELAJARAN 16

TERHAD

TERHAD

LANGKAH KE HADAPAN DAN KE BELAKANG (Pertunjukkan dan Penerangan) .Langkah ke hadapan (atau langkah ke belakang) Gerak. 1. 2. Langkah ke hadapan dan ke belakang adalah sentiasa dilakukan dalam masa cepat. Asasnya adalah seperti berikut: a. Kaki kiri hendaklah ditolak ke hadapan atau ke belakang sejarak yang dikehendaki bagi menggerakkan badan. b. Oleh kerana badan tidak akan bergerak dengan kederasan yang penuh pada langkah yang pertama, bolehlah berhenti pada kaki kiri (dengan membengkokkan lutut kanan dan menghentakkan kaki kanan sebelah kaki kiri, tumit rapat) sambil memenuhkan satu jarak 30 inci. c. Jika melangkah lebih dari satu langkah, kaki kanan dan selepas itu tiap-tiap kaki bergilirgilir adalah dibenarkan melangkah ke hadapan (atau ke belakang) dengan betul seperti dalam perjalanan biasa, melangkah dengan langkah yang penuh jarak 30 inci. d. Apabila badan bergerak dengan laju semasa jalan dan dikehendaki berhenti, adalah menjadi kebiasaan memendekkan pada langkah yang terakhir di ambil. Oleh yang demikian, demi kepentingan langkah yang terakhir adalah pendek sejarak 15 inci. Oleh itu, langkah ke hadapan atau ke belakang bolehlah: (1) (2) Satu langkah jarak 30 inci (atau satu langkah pendek 15 inci). Dua atau lebih langkah, langkah akhirnya hendaklah 15 inci.

e. Tangan-tangan hendaklah diam di tepi seperti dalam keadaan sedia dan bahu menghadap betul ke hadapan. f. Langkah yang sehabis banyak yang boleh diperintahkan untuk melangkah ke hadapan atau ke belakang cuma tiga langkah. Peringatan: a. Pergerakan-pergerakan ini mestilah diketahui sebelum mengajar Meluruskan Barisan dan Buka Barisan Gerak. b. Pergerakan yang sama hendaklah dijalankan dengan hukuman Tutup (atau buka) Barisan Gerak.

Satu langkah- berteriak masa, Satu, Dua. Dua langkah berteriak masa, Satu, satu Dua. Kesalahan-Kesalahan Biasa: a. betul. Mempercepatkan pergerakan-pergerakan dan dengan itu membuat langkah-langkah yang tidak

b. Membengkokkan kaki semasa membuat langkah ke hadapan dan melompat kedua-dua kaki tidak terjejas ke bumi.

TERHAD

TERHAD

c.

Membengkokkan pinggang.

PELAJARAN 17

TERHAD

TERHAD

MEMBELOK (Penerangan Sahaja) 1. Sama ad berjalan dalam satu barisan, bertiga-tiga atau berenam-enam, orang sebelah dalam hendaklah membelok di keliling bulatan iaitu garis pusat bulatan empat kaki dan hendakalah menukar haluan mulai 90 darjah.

2. Selalunya pergerakan membelok adalah tertaklokoleh kebolehan orang sebelah luar mengikut langkah dengan memanjangkan langkah. Orang di dalam barisan dalam hendaklah menjeling dengan ekor matanya arah keluar dan seterusnya memendakkan langkahnya. 3. Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke hadapan dan mengikut jejak yang dilalui oleh barisan hadapan. 4. Ke kanan belok (Tidak ada maran Tukar arah atauskuad).

5. Sekiranya dikehendaki membelok kurang dari sudut 90 darjah, hukuman Maju hendaklah diberi apabila bahagian hadapan adalah mengadap arah yang dikehendaki. Selepas itu mereka akan terus ke hadapan. 6. Sekiranya dikehendaki membelok melalui lebih dari pusiangan sudut 90 darjah, Hukuman Kanan belok hendaklah diberi kali yang kedua. 7. Adalah dikehendaki lojik bagi membelok lebih dari enam orang dalam sebaris, melainkan membelok itu adalah perlahan-perlahan misalnya pergerakan keramaian melalui jalan-jalan raya. Dengan mempunyai lebih dari enam orang dalam sebaris, pertukaran arah adalah dijalankan dengan memjadikan barisan. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Kemungkinan bagi orang-orang dalam barisan belakang keluar dari tempat membelok. Kegagalan orang-orang tengah membawa berpusing tiap-tiap bahagian. kehilangan jarak oleh kerana orang sebelah luar tidak memanjangkah.

PELAJARAN 18

TERHAD

TERHAD

BERPUSING DAN BERJALAN MENYERONG DALAM MASA PERLAHAN 1. Berpusing sambil berjalan adalah mula-mula diajar masa perlahan. Mereka diajar dengan nombor dan dengan cara langkah beragak. 2. Sepanjang masa semua pusingan sambil berjalan, keadaan berjalan yang betul hendaklahlah dijaga, pusingan itu mestilah dilakukan pantas arah baharu dan mengisi tempat, melulus, jarak menyimpan mestilah diperbetulkan oleh setiap ahli dalam skuad selepas berpusing. 3. Apabila ada pancaragam bermain atau dalam perbarisan istiadat, pusingan-pusingan hendaklah dilakukan supaya langkah dapat disamakan. Dalam skuad, pusingan-pusingan hendaklah dilakukan supaya langkah dapat disamakan. Dalam kawad skuad, pusingan itu, hendaklah dilakukan dengan seseberapa pantas yang dapat tanpa menghentakkan kaki. 4. Berpusing dan berpusing separuh semasa berjalan mengandungi dua pergerakan; tindakan memberhentikan pergerakan hadapan dan pada ketika itu juga menukar arah yang baharu oleh kerana kebanyakan orang mengunakan kaki kanan dalah baiknya mengajar pusingan kekiri dahulu. 5. KE KIRI PUSING (Tiga Pergerakan)

a. Berpusing Dengan Nombor Ke Kiri Pusing Satu. Hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri, penuhkan langkah kaki kiri kehadapan 30 inci dan berhenti tapak kaki kiri rata di atas bumi dengan masa yang sama bawa kaki kanan kehadapan, (bengkokan lutut peha paras, tinggi dalam keadaan tergantung), hujung kaki tunjuk ke bumi, tentukan hujung kaki kanan bersetentangan dengan lutut kanan anggota yang lain diam dalam kedudukan. b. Skuad Dua. Dengan pantas pusingkan kepala, bahu serta badan kekiri 90 darjah, berpusing ke atas kaki kiri dengan masa yang sama hentakan kaki kanan diselah kaki kiri dengan pantas tolak kaki kiri kehadapan 15 inci dengan keadaan tergantung sedikit. c. Skuad Tiga. Penuhkan langkah kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan-lahan 65 langkah satu minit. Peringatan: Berteriak masa Cek Up. 6. Berpusing Dengan Langkah Beragak. Semasa melatihnya skuad boleh diberi hukuman. a. Berpusing Dengan Langkah Beragak Kiri Pusing. Hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri, penuhkan langkah kai kiri kehadapan sejauh 30 inci, dengan masa yang sama bawa kaki kanan ke hadapan bengkokan lutut peha paras dengan pantas pusingkan kepala bahu dan badan kekiri 90 derjag dan hentak kaki kanan disebelah kaki kiri dengan masa yang sama tolakan kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci dan diam dengan keadaan tapak kaki kiri tergantung sedikit dari bumi, berat badan diatas kaki kanan. Seterusnya hukuman maju, penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci teruislah berjalan. Memberi hukuman berpusing dengan langkah beragak ini adalah untuk menentukan orang dalam skuad hentak kaki paras dan berpusing dengan betul.

b.

Kesalahan-kesalahan Biasa.

TERHAD

TERHAD

(1) (2) (3) (4) 7.

Tidak berpusing betul 90 darjah. Semasa menghentakkan kaki badan bengkok. Tangan terkeluar dalam keadaan sedia.

Menolak dengan pantas, kaki kiri/kanan kehadapan semasa menghentak kaki.

Ke Belakang Pusing Dalam Masa Perlahan Jalan (4 pergerakan). a. Berpusing Dengan Nombor, Ke Belakang Pusing Satu. (Diberi kaki kanan melalui kaki kiri). Penuhkan langkah kaki kanan kehadapan dengan masa yang sama, pusingkan kepala, bahu dan badan kekanan 90 derjah dengan pantas bengkokkan lutut peha paras dan hentakan disebelah kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia. Peringatan: Bengkok lutut hendaklah dilakukan dengan pantas oleh kerana ini boleh memaksa pergerakan hadapan dan memberi kuasa pusingan itu kepada arah yang baru. Skuad berteriak Satu Diam. Pergerakan itu dibuat dengan pantas dengan bilangan Satu diikuti dengan berhenti sebentar. b. Skuad Dua. Pusingkan kepala bahu dan badan lagi kekanan, dengan masa yang sama bengkok lutut kanan, peha paras dan hentakan dibeselah kaki kiri sampai kearah yang baharu. Peringatan: Skuad berteriak DUA - DIAM. c. Skuad Tiga. Angkat kaki kiri kehadapan. Bengkokkan lutut peha sama paras dan hentakkan disebelah kaki kanan dalam kedudukan sedia. Peringatan: Skuad berteriak TIGA DIAM. d. Skuad Empat. Tolak kaki kanan kehadapan sejauh 30 inci tentukan hujung kaki jejak ke bumi dahulu dan terus berjalan dalam masa pelahan 65 langkah dalam satu minit. Peringatan: (1) Berteriak empat maju.

(2) Di mana sesuatu skuad dengan barisan kosong berjalan dalam barisan, barisan kosong hendaklah menghentak kaki dan langkah pada perkataan ke belakang, oleh itu meperolehi kedudukan didalam bahagian hadapan yang baru sebelum pusingan itu selesai. Pemandu-pemandu hendaklah membuat cara yang sama. (Ini dikenakan sama sahaja kepada barisan kosong dalam masa berjalan cepat). Jurulatih hendaklah menggunakan pertimbangannya semasa berbuat ini apabila melatih skuad dalam berpusing. Kesalahan-kesalah biasa : a. b. c. d. Tiada membuat pusaingan tepat dengan kepala, bahu dan badan.

Menggerakan tangan. Berpusing selangkah lebih cepat dari 65 langkah dalam seminit. Kegagalan untuk menggankat lutut ke atas supaya bahagian peha paras dengan bumi.

TERHAD

TERHAD

e. f.

Membenarkan kaki naik keatas di bawah ponggong iaitu bukan jari kaki dengan tegak di bawah hujung lutut. Menhulurkan kaki kehadapan dalam masa pergerakan kedua dan ketiga.

8. Berjalan Menyerong Separuh Kaki. (Berjalan menyerong ke kiri, ke separuh kaki pusing).
Berjalan menyerong hendaklah diberi tentang mengisi barisan dan melurus. 9. Apabila segala pusingan sudah diajar dan dilatih, jurulatih-jurulatih hendaklah mengarahkan kepada skuad tentang pengguinaan hukuman amaran. Ini hendaklah berkaitan dengan kedudukkan orang sebelah kanan dan adua pembentukan barisan dari ketiga. Skuad akan menghadap ke hadapan Skuad akan menghadap ke belakang ) ) ) Digunakan apabila berpusing di dalam barisan.

Skuad akan bergerak ke kanan/ ke kiri bertiga-tiga. Digunakan bagi menunjukan arah di mana skuad itu akan berpusing. 10. Misalan-misalan: a. Bergerak Ke Kanan Bertiga-tiga: (1) (2) Dikehendaki berpusaing ke kiri Skuad akan menghadap ke hadapan. Dikehendaki berpusaing ke belakang bergerak ke kiri bertiga-tiga.

(3) Dikehendaki berpusing separuh ke kiri Berjalan menyerong. Skuad akan berjalan menyerong ke kiri/kanan ke separuh kiri/kanan ke separuh kiri/kanan ke separuh kiri/kanan pusing. b. Skuad Yang Mengadap Ke Belakang: (1) (2) (3) Dikehendaki berpusing ke kiri Skuad akan bergerak ke kiri. Dikehendaki berpusing ke kanan Skuad akan bergerak ke kanan. Dikehendaki berpusaing ke belakang Skuad akan menghadap ke hadapan.

PELAJARAN 20

TERHAD

TERHAD

BERPUSING DAN BERJALAN MENYERONG DALAM MASA CEPAT 1. Sebelum mengajar berpusing dalam masa cepat jurulatih mesti menunjukkan sekali lagi dengan perlahan bagaimana caranya menjaga kedudukan sedia, cara mengangkat yang dikehendaki menunjukkan ini dan bagaimana asatu pusingan itu dibuat dengan kemas mengadap arah yang baru. Selepas itu, ia mesti menunjuk ajar perkara-perkara ini dengan cepat. 2. Berpusing dalam masa cepat adalah mula-mula diajar dengan nombor pergerakan yang pertama setipa perkara adalah membetul langkah yang dikehendaki memberhentikan pergerakan hadapan dalam persediaan kepada menukar langkah. KE KIRI PUSING (4 pergerakan) 1. Berpusing dengan nombor ke kiri pusing satu. (dibri apabila kaki kiri melalui kaki kanan). Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti tapak kaki kiri rata di atas bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Tangan-tangan masih dalam keadaan berlenggang. Kedua-dua lutut tegang. 2. Skuad Dua. Bawa kedua-dua tangan dalam kedudukan sedia, pada ketika itu bengkok lutut peha paras tinggalkan dalam keadaan tergantung dengan hujung kaki kanan bersententengan dengan lutut tegang. 3. Skuad Tiga. Dengan paras pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kiri berpusing di atas kaki kiri, dengan masa yang sama hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan pantas tolak kaki ke hadapan sejauh 15 inci dan hujung kaki terangkat sedikit dari bumi tangan dan badan dalam kedudukan sedia. 4. Skuad Empat. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 15 inci lagi (Jadikan 30 inci) dengan tumit jatuh dahulu, dengan masa yang sama lengang tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang dan terus berjalan. 5. Berpusing dengan langkah beragak. Lakukan pergerakan berpusing ke kiri dari pergerakan skuad satu hingga skuad tiga dalam berhenti. 6. Maju. Dengan pantas langkahkan kaki kiri terus lengan tangan berpusing mengikut masa adalah dilakukan sama dengan langkah beragak kecuali tangan di lenggan seperti kaki di tolak kehadapan dan satu langkah penuh jarak 30 inci dibuat tanpa berhenti sekejap. Kesalahan-kesalah biasa. Kegagalan membetul pergerakan hadapan dan kegagalan membuat pusingan penuh. KEBELAKANG PUSING (6 pergerakan). 1. Berpusing Dengan Nombor Ke Belakang Pusing Satu. Hukuman diberi bila kaki kiri rata dan melelui kanan. Penuhkan langkah kiri ke hadapan 30 inci dan berhenti, denganntapak kaki kiri rata diatas bumi timit kaki kanan di belakang terangkat sedikt, tangan masih berlenggang. 2. Skuad Dua. Dengan pantas bahawa kaki kanan ke hadapan tumit kaki kanan berada di perut (lekok) kaki kiri kehadapan tergantung sedikit, dengan masa yang sama bahawa kedua-dua tangan rapat seperti kedudukan sedia berteriak dua. 3. Skuad Tiga. Dengan pantas pusaingkan kepala, bahu, badan 90 darjah ke kanan berpusaing di atas kaki kanan, dengan masa yang sama bengkokkan lutut peha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia.

TERHAD

TERHAD

4. Skuad Empat. Pusingkan kepala, bahu badan 90 darjah ke kanan berpusaing ke atas kaki kiri, dengan masa yang sama bengkokkan lutut kanan peha paras dan hentakkan di sebelah kaki kiri sampai dalam kedudukan sedia. 5. Skuad Lima. Bengkokkan lutut kiri peha paras bengkokkan kaki kiri peha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan sampai dalam kedudukan sedia. Anggota yang lain tidak berubah. 6. Skuad Enam. Langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama lenggankan tangan terus berjalan. Peringatan: Selepas pergerakan itu telah dilakukan dengan mengira masa, skuad hendaklah pada akhirnya berteriak Cek potong kiri, kanan, kiri maju. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Membongkok badan ke hadapan bila membengkok lutut. Menghulur ke hadapan pada pergerakan kedua dan ketiga. Melangkah kaki kanan pada pergerakan yang ke enam dan tidak melengang kanan dengan sama.

PELAJARAN 21
HENTAK KAKI BERHENTI MAJU DALAM MASA PERLAHAN DAN CEPAT (Pertunjukan dan Penerangan)

TERHAD

TERHAD

Hentak kaki dilakukan dengan rentak yang sama seperti berjalan dan keadaan sedia hendaklah dipelihara. 1. Hentak Kaki Perlahan. (Pertunjukan dan Penerang). Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkok lutut peha paras dengan bumi hujung kaki menunjukan ke bawah dan bersetentangan dengan hujung lutut, jatuhkan dengan perlahan di sebelah kaki kanan tanpa bunyi dan angkat kaki kanan bengkok lutut peha sama paras dengan bumi hujung kaki menunjuk ke bawah bersetengan dengan hujung lutut jatuhkan disebelah kaki kiri tanpa bunyi dan seterusnya bertukar ganti 65 hentak seminit. 2. Berhenti Dari Hentak Kaki Perlahan (Pertunjukan dan Penerangan). Hukuman diberi kaki kanan naik penuh, hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri sampai dalam kedudukan sedia anggota yang lain tidak berubah. Kesalahan-kesalahan Biasa. a. Tidak tinggal diam di atas bumi yang serupa dengan seterusnya hilang kelurusan barisan atau jarak. b. c. d. Mengerakkan badan, bahu atau tangan. Memandang ke bawah. Menambah masa lebih dari rentak masa berjalan.

HENTAK KAKI DARIPADA PERLAHAN JALAN (Pertunjukan dan Penerangan) 3. Hentak Kaki. Diberi dengan amaran hukuman yang panjang dan hukuman penyelak sanaan kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan menghentak kaki dengan kaki kiri. 4. Maju. Untuk bergerak kehadapan bila menghentak kaki pelahan hukuman adalah maju. Ini diberi apabila lutut kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dengan pantas, dengan masa yang sama tolak kaki kiri kehadapan terus berjalan. 5. Hentak kaki Cepat. Angkat kaki kiri kehadapan bengkok lutut peha sama paras hujung kaki menunjuk ke bawah dan bersetentangan dengan hujung lutut dan hentak tapak kaki ke bumi di sebelah kaki kanan dan angkat kaki kanan dan bengkokkan lutut peha paras hujung hujung kaki menunjuk ke bawah bersetentangan hujung lutut hentakkan tapak kaki di sebelah kaki kiri seterusnya bertukar ganti 116 kali hentak dalam seminit. Kesalahan-kesalahan biasa seperti hentak kaki pelahan selain daripada itu: a. Kemungkinan membengkokkan badan.

b. Mengangkat kaki terlalu jauh ke belakang yang sepatutnya, hujung kaki hendaklah berada di bawah hujung lutut. c. Menghulur ke hadapan yang sepatutnya menghentak kaki kiri di tempat yang sama.

HENTAK KAKI DARI CEPAT JALAN 6. Hentak Kaki. (Diberi dengan amaran hukuman dikeluarkan dengan baik dan hukuman penyelaksanaaan dijalankan apabila kaki melalu kai kanan).Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan bawa kaki kanan ke hadapan rapat pada kaki kiri dengan masa yang sama bawa keua-dua tangan khadapan sedia dan terus hentak kaki, (kaki kiri).

TERHAD

TERHAD

7. Maju. Bergerak KE HADAPAN Apabila hentak kaki cepat hukumannya ialah Maju. Hukuman diberi apabila kaki kiri sedang naik. Penuhkan naik kaki kiri dan hentak, angkat kaki kanan ke hadapan bengkok lutut peha paras hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci tumit pacak dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang. 8. Berhenti dari Hentak Kaki Cepat. Hentakkan tapak kaki kiri di sebelah kaki kanan, masa itu juga angkat kaki kanan bengkokkan lutut kanan peha paras hentakkan di sebelah kaki kiri dan berhenti, sampai dalam akedudukan sedia yang betul.

Gambar 9

TERHAD

TERHAD

Hentak Kaki Perlahan Atau Cepat Pandangan Dari Rusuk

PELAJARAN 22 TUKAR LANGKAH MASA PERLAHAN DAN CEPAT

TERHAD

TERHAD

Peringatan: Ini mahulah diajar dengan nombor, memulakan dengan masa perlahan. TUKAR LANGKAH DENGAN NOMBOR KAKI KIRI DAHULU (3 Pergerakan). 1. Tukar Langkah Dengan Nombor Tukar Langkah Satu. Hukuman diberi tukar di atas kaki kiri langkah atas kaki kanan berturut-turut. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tapak kaki kiri rata dengan bumi tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Anggota yang lain diam. 2. Skuad Dua. Bawa kaki kanan kehadapan, bengkokkan lutut peha paras dan hentak di belakang tumit kaki kiri masa yang sama dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, keadaan tergantung dan tapak kaki rata dengan bumi. 3. Skuad Tiga. perlahan jalan. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan terus berjalan dalam

4. Menukar langkah dengan kaki kanan dahulu boleh diajar dengan cara yang serupa, kecuali bagi kiri dibaca kanan dalam setiap perbuatan. 5. Setelah mengajar pergerakan dengan nombor skuad berjalan terus tanpa gangguan. Pergerakan yang pertama dan ketiga dilakukan dua kali ganda masa itu. Hukuman diberi pada kaki yang berturut-turut. 6. Tukar Langkah Masa Cepat, Kaki Kiri Dahulu (3 Pergerakan). Tukar langkah dengan nombor, tukar langkah satu (hukuman diberi tukar atas kaki kiri langkah atas kaki kanan berturut-turut). Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti keadaan tapak kaki kiri rata di atas bumi tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit. Kedua-dua tangan dalam keadaan berlenggang. 7. Skuad Dua. Bawa kaki kanan ke hadapan bengkokkan lutut peha paras dan hentakkan di belakang tumit kaki kiri. Dengan masa yang sama tolakkan kaki kiri ke hadapan 15 inci dan bawa keduadua tangan kedudukan sedia. 8. Skuad Tiga. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci keadaan tumit masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang dan terus berjalan. Peringatan: Berteriak masa kiri Kanan Kiri. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. Apabila berjalan: (1) (2) (3) b. Menghayun bahu. Tidak membengkok lutut peha paras. Tidak membuat satu langkah penuh lagi pergerakan.

Apabila menghentak kaki: (1) (2) Badan membengkok. Menambah kadar berjalan.

TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 23 BERLARI HENTAK KAKI DAN BERHENTI (Pertunjukan dan Penerangan) CEPAT LARI 1. Cepat Lari. Melangkah dengan kaki kiri dan berlari di atas Bahagian hujung tapak kaki dengan langkah yang mudah, membongkok badan ke hadapan sedikit, tetapi memelihara pembawaan badan yang betul. Kaki mahulah diangkat dengan dari bumi pada setiap langkah, dan peha , lutut serta sendi-sendi bukulali hendaklah bergerak dengan bebas. Badan hendaklah bergerak ke hadapan dengan tolakan dengan kaki berlakang tanpa membuang tenaga. Tumit tidaklah diangkat diangkat ke arah ponggong tetapi kaki diangkat lurus ke hadapan dan bahagian hujung tapak kaki di letakan dengan ringan ke atas bumi. Tangan-tangan hendaklah dihayun dengan cepat kecuali ianya hendaklah dibengkokkan supaya lengan bawah membuat satu sudut lebih kurang 135 darjah dengan pangkal lengan. 2. Panjang langkah adalah 40 inci dan kadar berjalan 180 langkah dalam satu minit. Kesalahan Biasa: a. Menghayun bahu.

b. Melangkah terlalu panjang pada bahagian hadapan shuad, oleh itu mengakibatkan orang-orang di belakang berciciran. c. d. e. Berlari diatas tumit dan kelhilangan lurus, jarak dan selang. Mencepat kadar berlari dan kehilangan sepenuhnya cara berlari sebagai Tentera. Memandang ke bawah.

3. Hentak Kaki Berlari (Pertunjukan dan Penerangan). Seperti dalam masa cepat, kecuali Bahagian hujung tapak kaki hanya diletakkan di atas bumi dan lengan berada di tepi di dalam keadaan bengkok. Kadar berlari cepat dipelihara. 4. Berhenti Semasa Hentak Kaki Berlari (Pertunjukan dan Penerangan). Seperti dalam masa cepat pada saat yang sama menghayun lengan ke tepi. Hukuman Henti adalah diberi di dalam kedua-dua hal bila kaki kanan sampai ke bumi, selepas mana tiga langkah lagi dilakukan. Tiga langkah ini diperlukan bagi membetulkan pergerakan badan sebelum mendapat kedudukan sedia. Walau bagaimanapun adalah lazim untuk menukarkan langkah cepat jalan sebelum hukuman Henti dari cepat lari. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. Melompat dengan kedua-dua kaki dari bumi sekali gus. Kehilangan ketepatan dalam cara berhenti.

50 TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 24 TUKAR LANGKAH PERLAHAN CEPAT DAN BERLARI TUKAR LANGKAH CEPAT DARI PERLAHAN JALAN 1. Tukar Langkah Cepat Cepat Jalan. Hukuman pelaksanaan adalah diberi pada langkahlangkah berturut-turut Cepat apabila kaki kiri sampai ke bumi, Jalan apabila kaki kanan sampai ke bumi. Langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan pacak tumit masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan tangan kiri ke belakang dan terus berjalan dalam masa cepat. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. Membuat langkah yang pertama terlalu gopoh oleh itu gagal untuk mendapatkan rentak yang betul pada masa permulaan. b. c. Tidak pacak tumit kaki kiri di atas bumi pada langkah yang pertama. Gagal melenggang tangan kiri ke belakang.

2. Tukar Langkah Perlahan Dari Cepat (3 Pergerakan). Ini diajar dengan dua pergerakan pertama menukar langkah, kaki kiri dahulu. 3. Tukar Langkah Perlahan Dengan Nombor. Perlahan jalan satu (diberi bila kaki kiri rata melalui kaki kanan). Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci dan henti dengan keadaan tapak kaki rata di atas bumi, tumit kaki kanan di belakang terangkat sedikit dan kedua-dua tangan masih berlenggan. 4. Skuad Dua. Bawa kaki kanan ke hadapan bengkok lutut peha paras dan hentakkan di belakang tumit kaki kiri dan dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan kedudukan sedia, dan dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan tapak kaki tergantung sedikit. 5. Skuad Tiga. Penuhkan langkah kaki kirio ke hadapan sejauh 30 inci terus berjalan dalam masa perlahan 65 langkah dalam satu minit. 6. Lazimnya hukuman pelaksanaan adalah Tukar langkah perlahan, perlahan jalan. Pertukaran kepada perlahan hendaklah dilakukan tanpa berhenti sementara. Kata laksana Jalan diberi bila kaki rata melalui kaki kanan. Peringatan: Teriak masa Cek Up Kiri. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. Tiada membengkuk lutut kanan dengan cepat dan dengan itu mengakibatkan melompat.

b. Menhayun bahu kanan ke belakang, mengakibatkan tiasa membangkuk lutut kanan cukup tinggi. c. d. Membiarkan badan condong ke belakang. Tiada meletakan tangan dalam kedudukan sedia dengan cukup pantas.
51 TERHAD

TERHAD

TUKAR LANGKAH BERLARI DARI CEPAT JALAN (Pertunjukan dan Penerangan). 7. Tukar Langkah Berlari, Cepat Lari. Hukuman diberi (cepat atas kaki kiri lari atas kaki kanan berturut-turut). Langkahkan kaki kiri ke hadapansejauh 40 inci dengan masa yang sama bengkokkan akedua-dua siku dan terus berlari 180 langkah dalam satu minit. Kesalahan-kesalahan Biasau: a. b. Pengenduran kawalan dan rentak dengan serta merta. Membiarkan kepala tunduk ke hadapan.

TUKAR LANGKAH CEPAT JALAN DARI BERLARI (Pertunjukan dan Penerangan). 8. Tukar Langkah Berjalan, Cepat Jalan. Hukuman penyelaksanaan Cepat Jalan diberi pada langkah yang berikukt, Cepat di atas kaki kiri dan Jalan di atas kaki kanan berturut-turut. Penuhkan langkah berlari 2 langkah lagi dan selepas itu bertukar dengan sendirinya kepada cepat jalan. Kesalahan Biasa: Tidak berjalan dengan betul dengan serta merta.

52
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 26 BUKA DAN TUTUP BARISAN (Pertunjukan dan Penerangan) 1. Buka Barisan (hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri). a. b. c. 2. Barisan Hadapan: Barisan Tengah: kaki kiri). Terus berjalan tanpa hentak kaki. Hentak kaki dua kali (kiri, kanan dan didahului dengan

Barisan Belakang: Hentak kaki empat kali dan dahului dengan kaki kiri. Ini membuat jarak tiga langkah di antara barisan.

Tutup Barisan. a. b. c. Barisan Hadapan: Barisan Tengah: Barisan Belakang: Hentak kai empat kali. Hentak kaki dua kali. Terus berjalan tanpa hentak kaki.

53
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 27 TUKAR HALUAN DALAM BERHENTI DAN MASA BERJALAN (Pertunjukan dan Penerangan) MENUKAR HALUAN ADALAH SATU PERGERAKAN YANG MANA SATU SKUAD ITU DALAM KEDUDUKAN JAJARAN MENUKAR HALUANNYA KE RUSUK KIRI ATAU KANAN MENJADIKAN BENTUK JAJARAN HALUAN BERUBAH BARISAN TAK BERUBAH. DALAM BERHENTI 1. Tukar Haluan Ke Kanan dan Berhenti Ke Kanan Tukar. Barisan hadapan orang yang di sebeblah kanan sekali berpusing ke kanannya yang lain berpusing separuh kanan, barisan tengah dan belakang diam. 2. Cepat Jalan. Orang yang di sebelah kanan berjalan ke depan tiga langkah dan berhenti, orang dalam barisan di belakangnya itu mengikut sama, membelok dan berhenti di belakangnya menghadap haluan baharu pada jarak satu langkah di antara satu dengan lain, barisan-barisan selepas itu berjalan ke hadapan, membelok menghadap haluan baharu, dan berhenti dalam barisan melurus barisan dari kanan. Peringatan: a. Pergerakan ini sentiasa digunakan bagi menukar haluan apabila ada lebih dari enam orang dalam barisan (Lihat Bab 2 Pelajaran 17). b. Hukuman bagi pergerakan ini didahului oleh hukuman amaran Tukar Haluan.

c. Pergerakan ini lazimnya adalah diajar dari berhenti hingga berhenti oleh barisan perseorangan mengikut giliran sebelum seluruh skuad berlatih bersama-sama. d. Jikalau hukuman Dan berhenti tidak diberi skuad akan membuat hentak kaki dan luruskan barisan, selepas itu hukuman maju atau henti akan diberi.

54
TERHAD

TERHAD

MASA BERJALAN 3. Orang sebelah kanan skuad barisan hadapan berpusing dengan cergas ke kanannya 90 darjah dan berjalan ke hadapan tiga langkah mengikut haluan baharu, berhenti atau membuat Hentak Kaki. Yang lain-lain akan membelok mengikutnya. 4. Hukuman hendaklah diberi seperti untuk berpusing setiap barisan hendaklah membelok dan berjalan untuk mengadap halua baharu, menghentak kaki atau berhenti seperti yang diperintahkan. Kesalahan-Kesalahan Biasa: a. b. c. d. e. Tidak memelihara jarak yang betul. Menambahkan kadar berjalan pada rusuk luar atau apabila menghentak kaki. Menambahkan panjang langkah. Tidak berhenti atau membuat hentak kai pada kaki yang betul. Menghentak kaki masa berpusing.

55
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 28 MEMBELOK BARISAN PERLAHAN JALAN (Pertunjukan Sahaja) Pergerakan ini tiada boleh dilakukan lebih dari enam orang tiap-tiap barisan dalam jajaran. Kawad ini adalah seperti yang dibentangkan dalam Bab 2 Pelajaran 17, tetapi dalam barisan melintang tiap-tiap seorang dalam setiap barisan melintang mesti memandang sebentar pada rusuk pemandu supaya dapat memelihara lurus barisan Kesalahan-Kesalahan Biasa: a. b. Membenarkan bengkok berlaku dibahagian tengah barisan. Terkeluar dari tempat membelok.

56
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 29 TUKAR HALUAN KE KIRI DALAM MASA CEPAT (Pertunjukan dan Penerangan) 1. Hukuman diberi kaki kiri rata melalui kaki kanan, lakukan pergerakan seperti tukar haluan dalam berhenti tanpa hentak kaki. Kalau melakukan pergerakan tukar haluan ke kanan lakukan pergerakan sebaliknya. 2. Tidak ada perbezaan dalam butir-butir asas, kecuali hukuman Buka Barisan tidak dilakukan dalam masa cepat. 3. Satu perkara tambahan yang hendak ditambah iaitu, dalam jajaran adalah sangat mustahak bagi tiap-tiap seorang itu menentukan bahawa tangan dilenggang hingga paras bahu mengikut aturan.

57
TERHAD

TERHAD

BAB 4 JADIKAN SKUAD MENJADIKAN SKUAD ADALAH SUATU PERGERAKAN DI MANA SATU SKUAD ITU, BERGERAK KE SATU RUSUK DENGAN BERTIGA-TIGA MENUKAR BENTUKNYA KEPADA BARISAN MELINTANG TETAPI TIDAK MENUKAR HALUAN. PELAJARAN 30 JADIKAN SKUAD DARIPADA BERHENTI DAN PERLAHAN JALAN (Pertunjukan dan Penerangan) 1. Dan Berhenti, Di Sebelah Kiri, Jadikan Skuad. kecuali orang di kiri sekali di barisan hadapan diam. Seluruh skuad berpusing ke separuh kiri,

2. Perlahan Jalan. Orang yang jadi pemandu berjalan ke hadapan tiga langkah dan berhenti, orang-orang yang lain dalam skuad berjalan berpusing ke tempat mereka yang betul dalam barisan melintang dan berhenti. Peringatan: a. Jikalau hukuman tiada didahului dengan Dan berhenti. Skuad menghentak kaki dan luruskan barisan selepas itu hukuman maju akan diberi. b. Adalah elok pada kali yang pertama untuk melatihkan satu demi satu dengan kumpulan bertiga-tiga dari kiri dan bahagian yang lain kemudiannya. c. Pergerakan yang sama boleh dibuat Di sebelah kanan, seluruh skuad berpusing ke separuh kanan kecuali orang yang di kanan sekali sebagai pemandu di barisan hadapan, diam tanpa membuat apa-apa pergerakan.

58
TERHAD

TERHAD

BAB 6 HORMAT 1. Hormat di dalam Angkatan Tentera adalah diperolehi dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Hormat yang paling tinggi adalah ialah Hormat Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri, setengah keluarga-kelauarga Di Raja yang lai, TuanTuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor adalah juga berhak menerima hormat seperti yang dinyatakan seperti setengah Menteri-Menteri yang telah diwakilkan kuasa oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda. 2. Badan-badan Terup yang terbentuk semasa bertugas adalah berhak kepada hormat, dan juga panji-panji, bendera-bendera dan panji-panji yunit. 3. Seseorang pegawai itu diberi hormat sebagai wakil Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan seorang pemegang tauliah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, memberi hormat kepada seorang pegawai adalah sopan dan bukan menghina diri dan adalah suatu tanda hormat dan budi pekeri yang baik kepada seorang yang memegang tauliah Seri Paduka Baginda. Tangan kanan diangkat, tapak tangan menghala ke bawah jari-jari rapat menunjukkan tidak ada senjata atau tindakan hendak menyerang, keadaan hormat senjata dan hormat dengan pedang makna yang sama. 4. Sesuatu hormat itu yang sebetulnya ialah teguran biasa di antara sahabat-sahabat seperjuangan, bahawa hormat itu diberi apabila seseorang askar bertemu dengan seorang pegawai adalah perkara asas dalam tatatertib. Bahawa hormat itu diberi dengan betul dan kacak adalah satu perkara Latihan. Tiada memberi hormat itu menunjukkan tidak hormat, malas dan mutu tatatertib rendah. 5. Butir-butir bagaimana cara-cara hormat mesti dibentangkan dalam Perintah-Perintah Tetap dan Peraturan-Peraturan. Adalah menjadi kewajipan semua Pegawai-Pegawai Waren dan PTT untuk memahami dengan peraturan-peraturan pada amnya dan terutama dengan butir-butir yang diberikan di bawah.

59
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 36 MEMBARI HORMAT SEMASA BERHENTI (Lihat Gambar) Gambar 10

Hormat hadapan pandangan dari hadapan

60
TERHAD

TERHAD

1. Ini adalah satu pelajaran asas tetapi mestilah selalu dikaji balik dengan askar-askar yang berlatih, bagi membetulkan mana-mana kesan yang tidak baik yang telah terbawa. Memberi hormat ketika berhenti ke hadapan, ke kiri dan ke kanan adalah diajar dengan nombor. Bagi membenarkan pergerakan bebas ini adalah sebaik-baiknya dilatih dengan skuad di dalam buka dan setengan pusing. HORMAT KE HADAPAN HORMAT (4 Pergerakan) 2. Hormat Dengan Nombor Ke Hadapan Hormat Satu. Bawa tangan kanan ke hadapan bengkokkan siku dan rapat ke badan, lengan sama paras, tapak kanan menghala ke dalam, jari-jari rapat dan lurus ke hadapan. Kesalahan-kesalahan Biasa : a. b. c. d. Siku tangan kanan tidak rapat kepada badan. Lengan tidak sama rata. Jari-jari tidak lurus dan rapat. Tapak tangan tidak menghala ke dalam.

3. Skuad Dua. Bawa tangan kanan ke atas kedudukan hormat, tapak tangan menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat. Jari telunjuk kena pada kening di sebelah kanan. Tapak tangan lurus dengan sudur lengan, mata terus pandang ke hadapan (Lihat gambar 11). Peringatan: Kepada orang yang memakai `cap letakan jari telunjuk di atas `peak cap (pelindung mata) dan kena pada telinga. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Tapak tangan menghala ke hadapan. Jari-jari tidak rapat. Kepala tunduk ke bawah.

4. Skuad Tiga. Bawa siku kanan rapat ke badan lengan condong ke hadapan sedikit dan jarijari genggam kedudukan sama rata dengan bahu kanan. Kesalahankesalahan Biasa : a. b. c. 5. Tangan tegak betul. Siku tidak rapat ke badan. Jari-jari tidak genggam.

Skuad Empat. Bawa tangan sampai kedudukan sedia. (lLihat gambar 12). Kesalahan-kesalahan Biasa: a. Tangan ke kanan dan ke belakang.

Peringatan: Apabila sudah mengajar dengan nombor maka hendaklah dikurangakan atau diajar pergerakan pertama dan kedua dijadikan satu dan pergerakan tiga dan empat dijadikan skuad dua.

61
TERHAD

TERHAD

Gambar 11

Hormat Pandangan Dari Haapan Pergerakan Satu

62
TERHAD

TERHAD

Gambar 11

Hormat Dari Pandangan Hadapan Pergerakan Dua

63
TERHAD

TERHAD

Gambar 12

64
TERHAD

TERHAD

Hormat Pandangan Dari Hadapan Pergerakan Tiga Gambar 12

65
TERHAD

TERHAD

Hormat Pandangan Dari Hadapan Pergerakan Empat HORMAT KE KANAN DAN KE KIRI 6. Hormat Ke Kanan Hormat. Ini sebaik-baiknya diajar dari keadaan memberi hormat ke hadapan yang betul. Skuad itu memusingkan kepala dan matanya tepat ke kanan dan tanpa merosakan kedudukan lengan kanan, pergelangan tangan supaya mata kanan hanya boleh melihat sepanjang tapak tangan, mata hendaklah memandang lurus ke hadapan atau mata pegawai yang diberi hormat. Ini mestilah dilatih sehingga pergerakan kepala, mata dan tangan menjadi serentak. 7. Keslahan-kesalahan Biasa : a. b. c. d. e. f. Menyendeng ke hadapan, melatih sepanjang belakang tangan atau tiada memandang pegawai itu dengan tepat di muka. Tangan terlalu tinggi. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan dan jatuh ke belakang. Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan. Tidak memandang dengan tepat ke rusuk. Mengangkat pergelangan tangan.

8. Hormat Ke Kiri Hormat: Ini diajar seperti di atas, tangan kanan, pergelangan tangan dan lengan ditolak lebih jauh di atas sebelah kiri kepada kedudukan yang betul ke atas mata sebelah kanan. Kesalahan-kesalahan Biasa: a. b. c. Memusingkan bahu ke kiri dan membiarkan bahu kanan jatuh ke hadapan. Tiada membenarkan tangan kanan bergerak ke kedudukannya yang betul. Menjatuhkan pergelangan tangan.

9. Hormat Tanpa Memakai Pakaian Kepala. Semasa memakai pakaian seragam tetapi tidak memakai pakaian kepala juga mesti memberi hormat seperti berpakaian lengkap berseragam (Lihat Gambar 15). MEMBERI HORMAT SEMASA BERJALAN. 10. Memberi hormat masa berjalan bolehlah dilakukan ke kiri dan ke kanan atau ke hadapan dalam masa cepat.

66
TERHAD

TERHAD

Gambar 13

Hormat Kekenan Pandangan Dari Rusuk

67
TERHAD

TERHAD

Gambar 14

68
TERHAD

TERHAD

PELAJARAN 37 HORMAT KE KIRI DAN KE KANAN SEMASA BERJALAN (5 Pergerakan) 11. Hormat Dengan Nombor Ke kanan Hormat- Satu. (Diberi apabila kaki kiri terpijak ke bumi). Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan tumit terpacak di bumi dengan masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke kedudukan sedia dan langkah kaki kiri ke hadapan pacak tumit di atas bumi dan bawa tangan kanan kepada kedudukan hormat yang betul, dengan pantas pusingkan kepala ke kiri atau ke kanan anggota yang lain diam. Peringatan: Pada pergerakan kaki kanan ke hadapan skuad berteriak potong dan pada pergerakan kaki kiri ke hadapan skuad berteriak CEK/1 SATU. 12. Skuad Dua. Langkah kaki kanan dan kiri berturut-turut tumit dipacak dengan tidak mengubah kedudukan hormat. Berteriak DUA/TIGA. Peringatan: Pergerakan skuad 2 dan 3 hendaklah dibuat berturut-turut dengan cepat. Langkah yang dilakukan adalah sejauh 30 inci dan berteriak 2 dan 3 pada tiap-tiap pergerakan. 13. Skuad Empat. Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama pusingkan kepala dan muka ke hadapan dan bawa tangan kanan kedudukan sedia dan berteriak potong. 14. Skuad Lima. Langkahkan kaki kiri kehadapan 30 inci pacak tumit dengan masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang dan terus berjalan. Berteriak lenggang pada langkah yang pertama. 15. Bilangan Masa. Apabila melatihkan skuad hukumannya adalah HORMAT-HORMAT KE KIRI/ KE KANAN HORMAT. (Diberi apabila kaki kiri terpijak ke bumi). Peringatan: Rekrut-rekrut hendaklah berteriak masa apabila membuat pergerakan ini seperti berikut:Cek hormat, 2,3 potong lenggang. APABILA MELINTAS PEGAWAI. 16. Apabila seseorang askar melintas seorang pegawai, dia hendaklah memberi hormat pada langkah yang pertama sebelum sampai kepadanya memotong tangan pada langkah yang ketiga selepas melaluinya, jika membawa tongkat, dia hendaklah mengepit di bawah ketiak kirinya, memotong tangan sebelum memberi hormat. Semasa memberi hormat askar itu hendaklah memandang lurus kepada muka pegawai itu. Peringatan: Rekrut-rekrut hendaklah dilatih berjalan bedua-dua atau bertiga-tiga: benda-benda untuk memberi hormat ditempatkan pada kedua-dua belah. Apabila ada beberapa orang bersama-sama, orang yang paling hamper kepada benda-benda itu hendaklah memberi masa. 17. Mereka hendaklah ddilatih memberi hormat kepada benda-benda yang sedang bergerak dan juga benda-benda yang tidak bergerak.

69
TERHAD

TERHAD

Kesalahan-kesalahan Biasa: Selain daripada kesalahan-kesalahan yang sudah dinyatakan, ada kemungkinan untuk menghayun bahu dan berjalan terkeluar dari hala berjalan dalam hala memberi hormat.Kesalahan yang kemudian itu adalah dibetulkan denagan panduan mendapatkan seorang jurulatih untuk berlaku sebagai pemandu skuad. MEMBERI HORMAT KEHADAPAN (Pertunjukan dan Penerangan) 18. Hukuman diberi apabila kaki kanan melaui kaki kiri, iaitu sama seperti Berhenti. Skuad itu berhenti, memberi hormatke hadapan tunggu untuk membilang masa, hormat ke hadapan sekali lagi menbilang masa, pusing ke belakang, berhenti sebentar dan berjalan dalam masa cepat. Peringatan: a. Ini adalah pergerakan kawad bagi mengajar bagaimana caranya untuk menghampiri seseorang pegawai. b. Jurulatih-jurulatih hendaklah menegaskan pengiraan masa yang betul, keseluruhan kawad hendaklah dijalankan pada kadar 40 pergerakan dalam seminit.

70
TERHAD

You might also like