You are on page 1of 1

3Bi) Apakah yang dimaksudkan dengan zon pinggir pantai?

Zon pinggir bantai ialah merupakan zon yang dipengaruhi oleh tindakan ombak dan terdiri daripad batuan keras , timbunan pasir ,lumpur dan kelodak yang membentukbentuk mukabumi hakisan dan pemendapan ombak seperti tanjung dan teluk, tombolo dan pentashakisan ombak.[3 markah]

ii) Nyatakan tiga jenis bentuk muka bumi pemendapan di zon pinggir pantai. Tiga bentuk muka bumi pemendapan di zon pinggir pantai ialah pantai, tombolo dantetanjung. Pantai merupakan zon yang terletak antara takat air surut dangan takat air pasang. Terdiridaripada pantai berpasir, berlumpur atau berbatu yang mempunyai kecerunan yang berbeza. Tombola pula merupakan satu jaluran beting pasir yang menghubung pulau dengan tanahbesar atau daratan. Boleh dilihat semasa air surut dan tenggelam ketika air pasang.Panjangnya boleh mencapai sehingga lebih 1 km. Tetanjung atau anak tanjung merupakan beting pasir yang sebahagiannya bersambungdengan daratan dan bahagian lainnya melengkung dan menganjur ke laut disebabkantindakan penimbunan ombak dan arus pesisir pantai pada bahagian.[ 3 markah] iii) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi yang telah anda pilih dalam ( ii)di atas. Pantai terbentuk daripada proses tindakan ombak membina yang mengangkut danmenimbun pasir, lumpur dan kelodak daripada hasil hakisan sungai dan dasar lautdisekitarnya. Ombak membina yang bertindak secara damparan yang perlahan akanmembantu membentuk pelbagai jenis pantai bergantung dengan jenis batuan, jumlah bahanyang dimendap dan kecerunan pantai tersebut. Tombolo terbentuk daripada penimbunan pasir di kawasan antara daratan dan pulau yangtenang dari tindakan ombak pembinasa. Tindakan ombak yang lemah akan memendapkanbahan mendapan yang mana lama kelamaan akan memanjang dan bertambah banyaksehingga boleh menghubungkan dataran dengan pulau tersebutPembentukan Tetanjung banyak dikaitkan dengan tindakan arus pesisir pantai yangmengangkut bahan mendapan di sepanjang garisan pantai dan membentuk tetanjung yangmemanjang ke arah laut dan bersambung dengan daratan. Tetanjung akan menjadi lebihbesar akibat pertambahan bahan mendapan dan tindakan arus pesisiri pantai yang berlakusecara berterusan dan berulang

You might also like