You are on page 1of 2

KAJIAN LITERATUR Kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan

terdapat pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang betul diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek bahagi. Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan menyelesaikan masalah bahagi. Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi. Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya. Hal yang demikian, keberkesanan kaedah petak sifir ini juga selari dengan teori yang dikemukakan oleh Skemp(1971), yang menyatakan untuk mempelajari matematik murid itu haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara iaitu dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir. Ini juga disokong oleh David P. Ausebal dari Amerika Syarikat yang menggunakan kaedah pembinaan resepi yang didapati lebih berkesan daripada kaedah inkuari. Kaedah resepi adalah kaedah membina sendiri sesuatu konsep ataupun idea. Hasil kajian ini juga menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Piaget yang menyatakan bahawa ramai pelajar sekolah rendah gagal dalam matematik kerana mereka sukar menghafal sesuatu konsep seperti menghafal sifir dan tidak memahami konsep matematik yang sebenar. Mok Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajar-pelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir dengan tepat. Kajian ini membuktikan bila sifir ataupun fakta asas darab dapat dikuasai, soalan operasi darab tidak lagi menjadi masalah kepada pelajar di tahun empat.

Kesimpulan yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah (1994) tentang kelemahan murid dalam penyelesaian masalah bahagi. Masalah-masalah yang dihadapi murid adalah menulis ayat matematik yang terbalik pembahagi dan yang dibahagi, tidak dapat membaca dan memahami maksud atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang maksud yang dikemukakan secara lisan dan tidak dapat menulisnya kepada bentuk ayat matematik.

You might also like