You are on page 1of 7

IKATAN ASAS SEJARAH TALI Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali.

Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981). Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini. Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah : 1) Aktiviti panjat-mamanjat 2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. 3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi. 4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. 5) Aktiviti memancing.

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA. Jenis-jenis tali a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : tali gentian manila tali sabut tali sas tali kapas b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah : tali nylon tali hawser-laid tali karamental tali poltster tali wayar tali drilena Penjagaan tali Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai. Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.

DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping) Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. Ikatan Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Sambat Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. Mematikan hujung tali Seorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS PENGAKAP

BUKU SILA Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

BUNGA KETI Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal

BUNGA KETI BERGANDA Kegunaannya : Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Untuk Mematikan Ikatan Ke Pokok Atau Ke Pacang Kerana Cara Begini Midah DI Buka Dan Tidak Mudah Tanggal Ikatannya SIMPUL MANOK (Clove Hitch) Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. SIMPUL PULIH Kegunaannya : Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh.

LILIT ( Taut-Line ) Kegunaannya : Bagi Mengikat Tali Pada Tiang Dan Untuk Mematikan Ikatan Ke Pacang Khemah Kerana Kepanjangan Tali Boleh Di Ubah-Ubah

SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot) Kegunaannya : Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin

LILIT BALAK Kegunaannya : Untuk Mengikat Tapi Pada Balak Dan Untuk Memindahkan Atau Mengheret Kayu Atau Batang Balak

TINDIH KASIH Kegunaannya : Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

You might also like