You are on page 1of 27

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

MASALAH PENDENGARAN

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

20 Mac 2006

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 1.0 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 4.0 4.1 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.2 4.2.1 4.2.2 4.3 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.3.8 5.0 PENGENALAN DEFINISI ISTILAH Kepekakan Masalah pendengaran Prelinguistic and Postlinguistic Konginatal OBJEKTIF PENULISAN DAPATAN KAJIAN MENGENALPASTI DAN PENTAKSIRAN Tugas-tugas Audiologis Ujian Crib-o-gram Behavio ral Observation Audiometry Pure-tone Audiometry Speech Audiometry Tahap kehilangan pendengaran KESAN KEHILANGAN PENDENGARAN Penguasaan Ba hasa dan Pencapaian Akademik Segi Sosial dan psikologi PENDEKATAN PENDIDIKAN Penempatan dalam Pendidikan Pendekatan Auditory Verbal Pendekatan Oral-Auditory Komunikasi seluruh Pertuturan Kiu Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Alat Bantu Pendengaran dan Alat Sokonga n Bilik Darjah Murid Masalah Pendengaran KESIMPULAN

1 2-4

5 6 6 6 7 7 -8

8 -9 9 9 9 -10 10 11

12-16 17-18

18-19 19-20 20 20 20 21 21-22 22-23 24

RUJUKAN

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Penulisan ini membincangkan dan mendedahkan kita kepada pengenalan kepada masalah pendengaran. Melalui penulisan ini kita dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan masalah pendengaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini berfokuskan kepada empat objektif utama iaitu definisi istilah- istilah penting dalam berkaitan dengan masalah pendengaran, ujian-ujian yang digunakan untuk mengenalpasti dan mentaksir individu-individu yang menghadapi masalah pendengaran. Penulisan ini juga berfokuskan kepada kesan kehilangan pendengaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran dari segi penguasaan bahasa.pencapaian akademik dan dari segi sosial dan psikologi. Selain itu, penulisan ini juga berfokuskan kepada pelbagai pendekatan pendidikan yang boleh diberi kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 PENGENALAN

Seorang yang pekak selalu di salah sangka sebagai seorang yang normal kerana kecacatan me reka yang tidak ketara seperti orang buta, Sindrom Down atau spastik. Mereka juga kurang mendapat simpati seperti orang yang bermasalah penglihatan. Sungguhpun demikian, kecacatan yang dialami oleh mereka lebih menyedihkan jika dibandingkan dengan mereka y ang mengalami masalah penglihatan ataupun kanakkanak yang berkeperluan khas. Kebiasaanya, semenjak bayi dilahirkan ke dunia ini, salah satu cara dia belajar mengenal alam sekitar adalah melalui pendengaran. Mereka mula belajar mengenai di antara bunyi yang amat kuat dan perlahan, bunyi yang tinggi dengan yang rendah dan bunyi yang merdu atau tidak. Mereka juga belajar bunyi tangisan, pujukan ibu bapa atau ahli keluarga dan dari sumber-sumber bunyi yang lain. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran dalam kehidupan mereka. (Safani Bari, 1995). Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, mereka menerima maklumat melalui deria penglihatan untuk membentuk persepsi terhadap alam persekitaran. Kerosakan deria pendengaran menyebabkan mereka sukar untuk belajar bahasa dan maklumat dengan sempurna. Mereka tidak dapat menerima maklumat secara verbal dengan kebolehan yang mungkin ada padanya seperti kanak-kanak normal. Masalah penguasaan bahasa ini membawa kepada kesukaran kepada golongan bermasalah pendengaran menerima ilmu. Kebanyakan ilmu yang disampaikan melalui bahasa lisan dan tulisan memerlukan pentafsiran sebagaimana stuktur bahasa manusia yang dapat mendengar. Murid- murid bermasalah pendengaran merupakan seorang yang kehilangan satu deria penting iaitu pendengaran. Ini menyebabkan mereka lebih banyak menggunakan deria penglihatan untuk teruskan kehidupan. Kekurangan yang di alami turut mempengaruhi proses pembelajaran dan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik mereka. (Hardman et.al 1996). Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan dan Kaufman (1997) iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Sebelum kelahiran: baka: disebabkan oleh genetik bukan baka: i. Jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis, campak, cacar, beri-beri, kencing manis dan sebagainya. ii. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuinin dan alkohol yang berlebihan dan sebagainya iii. iv. Toksemia di peringkat akhir mengandung Mengandung yang terlalu kerap

Semasa mengandung: Kepala bayi yang terlalu lama berada di pintu rahim yang mengaibatkan tekanan yang kuat terutama pada bahagian telinga bayi Kelahiran yang tidak cukup bulan Kecederaan yang dialami semasa dilahirkan terutamanya di bahagian telinga Penyakit homolisis yang disebabkan oleh factor Rhesus ( Rh)

Selepas mengandung: Mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus Kemalangan yang menceredarakan bahagian telinga Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat

Terdapat tiga jenis kehilangan pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu:

1) Kehilangan pendengaran konduktif kehilangan pendengaran di bahagian tengah telinga sesetengah bunyi boleh didiskriminasikan dan ada yang tidak boleh didiskriminasikan bunyi vokal tidak mempunyai masalah tetapi bunyi-bunyi konsonan mempunyai masalah kalau disebut seperti yang didengarnya tidak jelas tahap kehilangan pendengaran yang melebihi 60dB

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2) Kehilangan pendengaran sensori neural berlaku kerosakan saraf yang berkekalan dan tidak boleh dipulihkan tahap kehilangan pendengaran yang melebihi 60dB

3) Kehilangan pendengaran campuran gabungan di antara kehilangan pendengaran yang konduktif dan sensori neural tahap kehilangan pendengaran adalah di dalam lingkungan tahap kehilangan pendengaran konduktif dan sensori neural

( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2.0 DEFINISI ISTILAH

Dalam penulisan ini, beberapa istilah yang terdapat pada tajuknya yang perlu dijelaskan maksudnya.

2.1 Kepekakan

1) Asmah Haji Omar (1986), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. 2) Chua Tee Tee (1992), menyatakan kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi disekeliling. 3) Seseorang yang dikatakan pekak tidak dapat memahami pertuturan melalui deria pendengaran dengan ataupun tanpa menggunakan alat pendengaran. Ini bermakna mereka mengalami kepekakan yang amat teruk iaitu kehilangan pendengaran sebanyak 90dB hingga 120dB. ( Safani Bari 1999)

Kesimpulannya, kepekakan boleh ditakrifkan sebagai tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik.

2.2 Masalah pendengaran ( hard of hearing)

1) Menurut

International

Encylopedia

Volume

(1975),

cacat

pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-duanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran di mana bunyi-bunyi dalam kekuatan bunyi atau intersiti yang sederhana tidak kedengaran.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2) Quigley (1984), mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanakkanak atau orang dewasa yang tahap pendengarnnya teruk,

terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Ia disebabkan faktor dalaman dan luaran. Oleh itu, mereka tidak dapat belajar mendengar bunyi atau mendengar secara spontan. 3) Menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.

2.3 Prelinguistic and postlinguistic 1) menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, prelinguistic adalah tahap kehilangan pendengaran (deafness) yang lebih merujuk kepada semasa perkembangan bahasa dan komunikasi. Manakala postlinguistic adalah tahap kehilangan pendengaran yang terjadi selepas perkembangan bahasa dan komunikasi.

2.4 Konginatal 1) Menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, konginatal dikenalpasti sebagai satu masalah yang berkaitan dengan kesihatan

yang biasanya berlaku semasa proses kelahiran. Masalah konginatal ini dapat dikenalpasti sebelum kelahiran, semasa kelahiran atau selepas beberapa tahun. Masalah konginatal ini disebabkan ketidakstabilan genetik, persekitaran ketika di dalam rahim dan beberapa faktor yang tidak diketahui.

3.0 Objektif Kajian

Dalam penulisan ini, diharapkan dapat mencapai beberapa objektif yang dianggap mendasari topik utama penulisan ini iaitu ;

3.0.1

Melihat sejauh mana pengetahuan terhadap definisi istilah-istilah penting berkaitan masalah pendengaran.

3.0.2

Mengetahui ujian-ujian yang digunakan untuk mengenalpasti dan mentaksir individu yang mengalami masalah pendengaran.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

3.0.3

Melihat sejauh mana kesan kehilangan pendengaran dari segi penguasaan bahasa, pencapaian akademik dan dari segi sosial dan psikologi.

3.0.4

Mengetahui pelbagai cara pendekatan pendidikan bagi individu bermasalah pendengaran.

4.0 DAPATAN PENULISAN Daripada penulisan ini, dapatan penulisan yang diperolehi adalah seperti berikut:

1. maksud masalah pendengaran adalah ditakrifkan sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. (Bee H. 1995). 2. terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk mengnalpasti

kanak-kanak yang bermasalah pendengaran iaitu ujian Crib-o-gram, ujian Behavioral Observation Audiometry, ujian Pure-tone Audiometry dan ujian Speech Audiometry. Ujian-ujian ini dapat dijalankan ke atas kanakkanak bermasalah pendengaran untuk menguji tahap kehilangan

pendengaran. 3. kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami masalah dalam penguasaan bahasa. Menurut Hallahan dan Kaufman ( 1991), kanak-kanak bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas 4. pelbagai pendekatan pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk mengatasi masalah kekurangan yang mereka hadapi. Antaranya ialah pendekatan Audiotory-Verbal, pendekatan Oral-Auditory, komunikasi seluruh, pertuturan Kiu, Kod Tangan Bahasa Melayu, alat bantu pendengaran dan bilik darjah yang bersesuaian.

4.1 MENGENALPASTI DAN PENTAKSIRAN Kini terdapat pelbagai ujian yang disediakan untuk mengenalpasti sama ada seseorang kanak-kanak itu mengalami masalah pendengaran atau tidak. Ujian- ujian yang
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

dijalankan dapat mengesahkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran. Para ibu bapa tidak perlu bimbang lagi akan kesahihan ujian ujian ini kerana ujian ini digunakan di seluruh dunia. Para ibu bapa juga boleh mendapatkan rawatan yang sesuai dengan tahap kecacatan yang dialami oleh anak-anak mereka. Individu yang bertanggungjawab dalam mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pendengaran ini ialah audilogis.

4.1.1 Tugas-tugas Audiologis

Penilaian pendengaran dilakukan oleh dua pakar dalam bidang ini iaitu audiologist dan otologist ( diagnosis dan rawatan ). Antara tugas-tugas seorang audiologist adalah memberikan perkhidmatan saringan kepada bayi dan kanak-kanak. Mereka mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan dewasa. Mereka menilai, memilih dan mendispensi alat bantu pendengaran. Mereka juga memberi khidmat nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran.

Selain itu, mereka memberi khidmat rundingcara mengenai konservasi pendengaran kepada syarikat-syarikat dan industri. Ahli audiologist juga akan memberi nasihat dalam pemilihan sistem amplifikasi bilik darjah untuk murid-murid cacat pendengaran. Ini meliputi alat bantu pendengaran peribadi dan sistem FM.

Mereka juga akan bersama-sama dengan ahli professional lain untuk memilih calon yang sesuai untuk implant koklea serta melakukan pemetaan koklea. Di samping itu juga, ahli audiologist ini memberi latihan auditori.

4.1.2 Ujian Crib-o-gram

Terdapat beberapa ujian yang dijalankan oleh pakar-pakar untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pendengaran. Antaranya adalah seperti Crib-o-gram. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk membuat saringan. Ia digunakan di hospital untuk menguji kehilangan pendengaran bayi yang baru lahir atau dalam rawatan rapi. Alat ini tidak memberi ukuran yang tepat. Namun ia agak praktikal untuk bayi yang telah berumur beberapa minggu. Ujian ini hanya memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran. ( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123) 10

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

4.1.3 Ujian Observation Audiometry Behavioral ( BOA)

Ujian Observation Audiometry Ujian Behavioral ( BOA) pula merupakan prosedur penilaian yang pasif di mana ia menumpukan pemerhatian terhadap tindak balas bayi kepada bunyi yang didedahkan kepada mereka. Jika bayi tidak bertindak balas terhadap bunyi yang diberi maka bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai kanakkanak bermasalah pendengaran. ( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)

4.1.4 Ujian Pure-tone Aud iometry

Selain itu juga, ujian Pure-tone Audiometry ataupun ujian bunyi tulen juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Ujian ini dijalankan bagi kanak-kanak berumur lebih 30 bulan. Ujian ini menggunakan ransangan bunyi yang tulen. Alat yang digunakan adalah audiometer. Kanak-kanak akan menerima bunyi sama ada melalui earphone atau ujian melalui tulang telinga ( airconduction/ bone conduction). Hasil ujian boleh

direkodkan dalam carta audio gram. Ujian ini haruslah dijalankan di dalam bilik kedap bunyi ( acoustic room). GB3123) ( Safani Bari, 2004, nota kuliah

4.1.5 Ujian Speech Audiometry

Menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, ujian Speech Audiometry pula adalah sejenis ujian mengenai kepentingan terhadap bahan-bahan atau alat pertuturan dan pentingnya memperoleh atau memahami pertuturan yang dituturkan. Ujian ini menjadi alat fundamental yang digunakan dalam penaksiran kehilangan pendengaran. Ujian ini boleh digunakan secara diagnostik untuk mengenalpasti kebolehan bertutur melalui sistem auditori dan ia boleh digunakan untuk mengesahkan keberkesanan ujian Pure-tone Audiometry.

Speech Audiometry menggunakan pertuturan di mana ia adalah satu set bunyi yang kompleks dan pertuturan adalah cara berkomunikasi yang membolehkan kita
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

11

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

meluahkan perasaan dengan suara. Pertuturan adalah melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Ujia n asas yang biasa dijalankan dalam Speech Audiometry Tests adalah ujian mengenalpasti perkataan ( word recognition testing). Ujian ini dibina untuk mengukur sejauhmana jelasnya bunyi perkataan yang dituturkan oleh penyampai dapat difahami oleh penerima. Dalam lain perkataan, bagaimana penerima dapat menerima maksud komunikasi yang tepat seperti yang disampaikan oleh penyampai. Jika penerima tidak bertindak balas terhadap bunyi yang diberi maka penerima tersebut boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Ujian ini dijalankan dalam 2 buah bilik berasingan. Audiologis bekerja dalam bilik yang mempunyai peralatan audiometrik, manakala pesakit menjalani ujian dalam bilik yang lain ( evaluation room). Ujian ini menggunakan bahan-bahan atau alat-alat komunikasi seperti earphone atau melalui tulang telinga ( bone-conduction vibrator).

4.1.6 Tahap kehilangan pendengaran

Mengikut Jabatan Hidung, Tekak dan Telinga

Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia, terdapat empat kategori atau tahap masalah pendengaran seperti yang berikut:

Ringan atau sedikit ( 20-40 dB)

Kanak-kanak yang mengalami masalah untuk mendengar bunyi yang perlahan dan jauh. Perbualan diikuti dengan pergerakan fizikal. Kebiasaanya kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pada peringkat ini perlu dekat dengan guru.

Sederhana ( 41-70 dB)

Kanak-kanak yang berada di dalam peringkat ini hanya dapat mendengar bunyi disekitar 1-1.5 meter daripadanya. Jika hendak berhubung dengan mereka, kita perlu bercakap dengan suara kuat. Kemungkinan kanak-kanak ini tidak sempurna pertuturannya kerana pengalaman mereka mendengar terhad.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

12

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Teruk ( 71-90 dB)

Kanak-kanak peringkat ini hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja pada jarak antara 0-30.5 meter. Mereka hanya dapat mendengar bunyi-bunyi vocal tetapi tidak mungkin dapat membezakan bunyi-bunyi konsonan. sahaja dan selalunya mengalami masalah pertuturan.

Sangat teruk ( 90 dB ke atas)

Kanak-kanak peringkat ini susah untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat. Pertuturan biasa mungkin dapat didengar dengan bantuan alat bantu dengar.

( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)

4.2 KESAN KEHILANGAN PENDENGARAN Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kesukaran dalam pertuturan, bahasa dan berkomunikasi secara lisan. Menurut Hallahan dan Kaufman ( 1991), kanak-kanak bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.

4.2.1 Penguasaan Bahasa dan Pencapaian Akademik

Bahasa merupakan satu kaedah komunikasi formal yang terdiri daripada lambang- lambang atau simbol untuk mewakili idea dan peraturan yang

mempengaruhi penggunaan simbol-simbol tertentu. Komunikasi yang berkesan bukanlah semestinya menggunakan bahasa namun begitu tanpa bahasa banyak keperluan yang tidak dapat dipenuhi.

Menurut American Speech-Language-Hearing Association (1993), masalah komunikasi adalah kekurangan kebolehan menerima, menyata, memproses dan memahami konsep atau verbal, nonverbal dan sistem lambang grafik. Masalah komunikasi terbahagi kepada dua iaitu masalah pertuturan dan masalah bahasa. Kecacatan pendengaran dapat menyebabkan wujudnya kecacatan komunikasi.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

13

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kanak-kanak yang pekak, tuli atau bisu mungkin tidak mendapat stimulasi melalui organ pendengaran mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat mampu menerima sebarang bunyi dan akhirnya mereka tidak boleh meniru bunyi-bunyi yang dilambangkan dalam komunikasi.

Bahasa terdiri daripada lima komponen yang penting iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kanak-kanak perlu menguasai kelimalima komponen ini terlebih dahulu untuk mencapai peringkat komunikasi yang sempurna. Jika kanak-kanak tidak dapat menguasai salah satu antara kelima- lima

komponen ini, kemungkinan mereka akan mengalami masalah komunikasi dan akan mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka kelak. ( Jacobson and Halle, 1956). Komponen-Komponen Bahasa

4.2.1.1 Fonologi Fonologi merupakan bunyi-bunyi bahasa yang dapat membezakan erti atau maksud bagi setiap perkataan. Ia dipengaruhi oleh satu set peraturan bunyi sesuatu bahasa. Ia juga dikenali atau dipanggil sebagai aspek segmental. Contohnya pelajar tidak dapat membezakan antara bunyi padu dan dadu. Pelajar ini tidak dapat

mendiskriminasikan bunyi apabila huruf /p/ diganti dengan huruf /d/ . Maka pelajar itu tidak dapat menyebut perkataan itu dengan jelas dan tepat. ( Jacobson and Halle, 1956).

Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam komponen fonologi ini secara tidak langsung akan menghadapi masalah dalam pertuturan serta bacaan di mana mereka tidak dapat menyebut perkataan itu dengan jelas dan tepat. Ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan guru-guru mereka terutama ketika mereka menjawab ujian lisan. Kebiasaannya kanak-kanak cacat pendengaran tidak dapat membunyikan perkataan dengan jelas dan tepat kerana mereka tidak dapat mendengar dengan baik. Kemungkinan mereka akan membunyikan perkataan yang berlainan daripada apa yang guru mereka sebut. ( Newcomer & Barenbaum, 2003).

4.2.1.2 Morfologi Menurut Lahey (1988), morfologi merupakan peraturan ilmu bahasa yang mengkaji stuktur, bentuk dan pergolongan kata. Morfem pula ialah unit kecil dalam bahasa
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

14

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

yang mempunyai fungsi tatabahasa dan dapat membezakan makna. Contohnya perkataan sukan, makan dan lihat adalah perkataan berbentuk bebas manakala perkataan bersukan, memakan dan melihat adalah berbentuk terikat. Jika dilihat dalam kategori pergolongan kata, pelajar akan mempelajari tentang kata ganti nama ( saya, di sana dan sesiapa), kata ganti khas ( Abdul Halim, Sang Buaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia) dan kata nama am ( bunga, bukit, kakak).

Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam komponen morfologi ini akan menghadapi masalah tidak dapat menggunakan imbuhan dengan betul. Selain itu, kanak-kanak akan mengalami masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dipangkal perkataan juga kan menjejaskan markah mereka dalam penulisan. Kanakkanak ini juga tidak dapat menulis ayat dengan betul di mana mesej tidak dapat disampaikan dengan tepat akibatnya mereka memperolehi markah yang rendah dalam peperiksaan seterusnya pencapaian akademik mereka pun turut terjejas. Lahey,1988). (

Dalam matapelajaran bahasa Inggeris pula, mereka tidak dapat menggunakan past tense atau present tense dengan tepat. Termasuklah kebolehan untuk menambah s untuk menukarkan singular kepala plural. Perkembangan sosial kanak-kanak ini juga akan menjadi terbatas kerana tidak dapat menggunakan perkataan yang tepat seterusnya menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2.1.3 Sintaksis Menurut Bloom dan Lahey(1978), sintaksis adalah susunan perkataan-perkataan di dalam ayat. Menurut Noam Chomsky (1957), mendefinisikan sintaksis adalah mempunyai dua matlamat iaitu pembentukan tatabahasa dan memperkembangkan rangka kerja bagi menentukan bahasa yang biasa di dalam situasi yang tertentu dan bagaimana ia boleh digunakan.

Contoh kesalahan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak yang mengalami masalah dalam komponen sintaksis ini adalah seperti:

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

15

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.1. Saya menonton televisyen malam tadi. 1.2. Televisyen menonton saya malam tadi. Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud dan juga susunan perkataan yang berbeza

2.1. Halim bermain layang- layang. 2.2. Layang- layang dimain oleh Halim Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud yang sama tetapi susunan perkataan sahaja yang berbeza. Ini berbeza dengan ayat yang pertama tadi. Contoh pertama tadi mempunyai maksud yang berbeza.

Menurut Owen (1991), kesan daripada kesalahan kanak-kanak melakukan kesilapan dalam susunan perkataan-perkataan di dalam ayat ini boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyusun perkataan dengan baik ketika membina ayat. Mereka juga sukar untuk menjawab soalan kefahaman serta membuat karangan. Selain itu, kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk memahami arahan, kandungan teks bacaan, menulis jawapan-jawapan pada kertas peperiksaan dan kadang-kadang jawapan mereka tidak mengikut kehe ndak soalan.

4.2.1.4 Semantik Menurut Bloom dan Lahey(1978), Semantik adalah suatu penjelasan makna atau makna bahasa untuk penyampaian. Semantik juga mempunyai perkaitan akal dengan psikologi antara pengguna bahasa dengan pendengar. Terdapat tiga cara penjelasan makna iaitu:

i.

Dengan mengecam sifat makna. Kandungan ayat dalam menerangkan sesuatu peristiwa.

ii. iii.

Dengan cara mentafsir makna perkataan. Dengan menjelaskan proses perhubungan tafsiran yang diterangkan dan segi makna.

Menurut Bloom dan Lahey(1978) lagi, semantik juga mempunyai kaitan dengan perhubungan bunyi. Setiap bunyi ada makna tersendiri dan ia mengkaji hakikat makna itu tersendiri. Sesuatu bahasa mudah difahami perlu mempunyai dua bahagian iaitu ujaran (sistem bunyi) dan isi ( makna daripada ujaran). Konsep atau makna sesuatu

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

16

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

tafsiran bahasa lebih mudah difahami sekiranya pendengar dapat menyelami atau memahami perasaan penutur bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami masalah semantik agak sukar memahami maksud petikan, perenggan, perkataan dalam pengajaran yang disampaikan. Mereka juga menghadapi masalah untuk memahami simpulan bahasa atau bahasa kiasan. Selain itu, kanak-kanak yang menghadapi msalah ini akan hilang minat atau tumpuan kepada pelajaran kerana mereka tidak dapat memahami makna dan konsep penyampaian maklumat bahasa. Ini akan menyebabkan objektif dan aras pengajaran tidak tercapai.

4.2.1.5 Pragmatik Menurut Owens ( 1991), pragmatik ialah penggunaan sintaksis, morfologi, fonologi dan semantik pada masa yang sama bila keperluan komunikasi timbul. Wood (1982) pula berpendapat terdapat dua aspek dalam pragmatik iaitu penyampaian mesej dan perkembangan bahasa dalam bidang arahan dan tingkah laku. Elemen-elemen yang mempengaruhi pragmatik ialah kelancaran, efektif bahasa, penggunaan tatabahasa, menunggu giliran untuk berbincang dengan melakukan penambahan yang sewajarnya.

Menurut M. Farrel (2000:139), dalam komponen bahasa, pragmatik adalah berkaitan dengan mengetahui tentang apa yang hendak diperkatakan, bila ia patut diperkatakan dan bagaimana ia diperkatakan. Maka kanak-kanak yang mengalami masalah pragmatik akan menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa dalam konteks hubungan sosial. Misalnya, mereka mempunyai masalah untuk mengambil giliran dalam perbualan atau tidak dapat menunjukkan cirri-ciri atau tanda minat mereka tentang apa yang dinyatakan atau dikemukakan oleh seseorang. Ini menjadikan perbualan itu tidak bersangkutan dan tidak bersesuaian serta tidak menarik.

Implikasi yang timbul dan masalah ini ialah kanak-kanak tidak dapat mengajukan soalan kepada guru bila mereka tidak memahami sesuatu perkara itu. Mereka juga tidak dapat mengambil bahagian dalam sesuatu perbincangan. Mereka lebih suka menyendiri. Guru sukar untuk menyelami perasaan mereka kerana mereka tidak meluahkannya. Kesannya mereka kurang maju dalam pelajaran.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

17

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

4.2.2

Segi Sosial dan Psikologi

Masalah dalam memperoleh hubungan sosial yang baik di sekolah percantuman antara kanak-kanak normal dan bermasalah pendengaran dikatakan berpunca dari kanak-kanak bermasalah pendengaran yang kurang kemahiran dalam menyesuaikan diri. ( Lynas 1986)

Menurut Ashman & Elkins ( 1998), setiap individu yang dikategorikan mengalami masalah pendengaran tidak berupaya bertutur berpunca daripada kehilangan deria pendengaran. Ketidakupayaan mendengar akan menyebabkan gangguan dan masalah pertuturan dan seterusnya memberi kesan kepada komunikasi. Hubungan sosial mereka dengan individu lain terjejas dan terbatas kerana pertuturan adalah penting dalam perhubungan antara manusia. Individu bermasalah pendengaran tidak berupaya untuk bertutur dan memahami maksud orang lain dan ini merupakan masalah peribadi dan hubungan sosial mereka.

Kegagalan untuk diterima dengan baik oleh rakan sebaya sering membawa kepada akibat yang lain yang kurang baik. Kanak-kanak yang kurang diterima oleh rakan sebaya sering menunjukkan sikap yang mengganggu, agresif dan dalam sesetengah kes mengasingkan diri dari rakan sebaya. Didapati juga kurang penerimaan oleh rakan sebaya ini akan membawa kesan jangka panjang yang mengakibatkan mereka mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan dan mendorong kepada pelbagai masalah apabila meningkat dewasa kelak. ( Lynas, 1986)

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat tentang layanan dan penerimaan kanak-kanak no rmal terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran, mereka dikata lebih mudah menerima dan memahami kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ini adalah kerana kanak-kanak normal bersimpati dan mengambil berat terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran sehingga ada yang membayangkan mereka menghadapi masalah sedemikian. Selain itu juga, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini adalah seperti kanak-kanak normal yang lain. Meraka selalu disalah sangka sebagai seorang normal kerana kecacatan yang mereka alami tidak ketara seperti orang buta, Sindrom Down atau spastik. Oleh sebab yang demikian, kanakMOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

18

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

kanak normal dapat menerima kehadiran kanak-kanak bermasalah pendengaran disekeliling mereka.

4.3 PENDEKATAN PENDIDIKAN

4.3.1 Penempatan dalam pendidikan

Menurut Kementerian Pendidikan(1997), bagi murid- murid yang mengalami masalah pendengaran, mereka ditempat di sekolah khas. Melalui program ini, pelajar diajar menggunakan bahasa isyarat dan menggunakan alat bantuan pendengaran bagi merka yang berupaya me nggunakannya. Sistem persekolahan biasa terdiri daripada 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah dan 2 tahun untuk pra- universiti ( Chua Tee Tee dalam Safani 1993). Murid- murid cacat pendengaran dibenarkan memasuki sekolah 2 tahun lebih awal di peringkat sekolah rendah. Bilangan pelajar cacat pendengaran dalam sebuah bilik darjah adalah di antara 6-12 orang. Dalam sistem pendidikan khas cacat pendengaran terdapat program pendidikan inklusif dan program pendidikan percantuman ataupun integrasi.

4.3.1.1 Program Pendidikan Inklusif

Kementerian Pendidikan(1997), menyatakan melalui program ini murid-murid pendidikan khas belajar bersama-sama dengan pelajar normal dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa yang sama dengan dibantu oleh guru sumber pendidikan khas. Ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi di antara murid-murid khas dengan yang biasa di samping memperakui hak pendidkan yan sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu.

4.3.1.2 Program Pendidikan Percantuman ataupun Integrasi

Kementerian Pendidikan(1997), menyatakan program ini merupakan satu program di mana murid- murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran ditempatkan di dalam bilik darjah khas di sekolah-sekolah harian biasa.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

19

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Melalui program ini, diharapkan pelajar bermasalah akan dapat bergaul dengan pelajar biasa dan tidak rasa terpinggir.

Pendidikan secara percantuman ini bukanlah satu perkara yang baru. Kesedaran bahawa golongan berkeperluan khas adalah sebaha gian daripada masyarakat dan mempunyai hak yang sama telah lam wujud. Di Malaysia, program pendidikan percantuman untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran telah dimulakan pada tahun 1962.( Saadiah, 1996).

Akhirnya, jelas program ini dapat membantu bukan sahaja kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri ke alam normal malah lebih besar lagi dapat membantu kanak-kanak normal memahami dan menyemai diri dengan kanak-kanak khas.

4.3.2 Pendekatan Auditory Verbal

Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas. Ia diperkenalkan dalam bengkel Auditory Verbal Asia Pasifik pada bulan Oktober 1997. Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar menggunakan pendengaran mereka untuk

mempelajari bahasa pertuturan melalui alat pendengaran atau implan koklea. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati

persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang biasa.

Pendekatan

Audiotori- verbal

membolehkan

kanak-kanak

bermasalah

pendengaran mempelajari menggunakan sepenuhnya sisa pendengaran yang masih ada dengan bantuan alat teknologi yang menguatkan bunyi ( contoh: alat Bantu dengar, implant koklea) untuk mendengar, memproses bahasa verbal dan bertutur. ( Simser, 1997).

Manakala menurut Goldberg dan Flexer ( 1993), pendekatan auditori- verbal memperkuatkan bunyi amat penting kerana ianya membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara semulajadi yakni melalui deria dengar.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

20

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

4.3.3

Pendekatan Oral-Auditory

Pada September 1995, satu lagi pendekatan diperkenalkan. Pendekatan OralAuditory diperkenalkan dan didedahkan kepada sekumpulan guru-guru khas yang mana kaedah ini menekankan kepada kemahiran mendengar dari sisa pendengaran yang dikuatkan dengan penggunaan alat pendengaran untuk menguasai pertuturan disamping penggunaan deria-deria sentuh dan lihat.

4.3.4

Komunikasi seluruh

Komunikasi seluruh merujuk kepada pendekatan gabungan yang di dalamnya terkandung komponen-komponen bahasa isyarat, pertuturan, pergerakan badan ( gestures), bacaan bibir dan ejaan jari. Kaedah ini hanya dapat dilakukan secara berhadapan. (Dr. Mc.Cay Vernah).

4.3.5

Pertuturan Kiu

Satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur distingtif seperti bunyi vocal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk

menidentifkasikan bunyi-bunyi fitur distingtif ( Cornett,1967). Ianya mengandungi 8 konfigurasi dan 4 kedudukan tangan digunakan senagai tambahan informasi bibir untuk membuat semua sukukata nampak berbeza dari yang lain sama ada dibibir atau ditangan.

4.3.6

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

Menurut Goh dan Teh dalam Abdullah Yusoff (1995), komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa isyarat ini diciptakan untuk orang pekak dan mula diperkenalkan pada tahun 1998 di sekolah yang membabitkan pelajar pekak.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

21

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

KTBM ini

bukanlah Bahasa Melayu Isyarat Tangan, tetapi ia diadakan

menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebaga imana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam stuktur dan semantic Bahasa Melayu. ( Kementerian Pendidikan Malaysia 1985).

4.3.7

Alat Bantu Pendengaran dan Alat Sokongan

Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned earmould untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat Ba ntu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. ( Simser, 1997)

Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, kanakkanak ini memerlukan latihan dan bimbingan untuk mencapai potensi pendengaran yang baik. Kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran sejak mula mengalami kehilangan pendengaran tidak menunjukkan sebarang tindak balas negatif terhadap alat ini berbanding bagi kanak-kanak yang lewat memakainya, mereka tidak gemar memakai alat ini. Mereka sering mematikan fungsi alat atau menanggalkan terus dan menyimpannya. ( Simser, 1997).

Oleh sebab kanak-kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting, maka guru - guru perlu bijak memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan dan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak tersebut. Antara bahan yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP ( ABM bagi deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi ( ABM bagi deria sentuh)

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

22

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

4.3.8

Bilik Darjah Murid Masalah Pendengaran

Menurut Encik Sungaip bin Semaun ( Penolong Pengarah Unit Kurikulum Cacat Pendengaran, Jabatan Pendidikan Khas) yang telah menimba 25 tahun selama 25 tahun dalam mendidik murid cacat pendengaran bahawa susun atur bilik darjah bagi murid bermasalah pendengaran ialah susun atur yang dinamakan U -shape. Susun atur seumpama ini merujuk kepada susunan tempat duduk murid yang berbentuk menyerupai huruf U ( bentuk ladam) dan guru mengajar murid sambil duduk. ( rujuk rajah 1)

Selain itu, sesi pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran terbahagi kepada dua iaitu sesi komunikasi total iaitu semasa sesi segala penyampaian pengajaran diberikan secara total oleh guru tanpa melibatkan sebarang aktiviti lain melainkan aspek murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yabg disampaikan oleh guru melalui penggunaan bahasa isyarat. Sesi kedua pula dinamakan sesi kedua pula dinamakan sesi sudut kerja iaitu sebaik sahaja murid telah habis melalui komunikasi total maka seterusnya mereka akan berpindah ke meja- meja yang diletakkan di bahagian belakang bilik darjah bagi melakukan aktiviti-aktiviti seperti penulisan mahupun tugasan lain.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

23

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Meja guru

Sesi komunikasi total

Kerusi pelajar disusun berbentuk U

Sudut kerja Meja pelajar digunakan untuk kegunaan melakukan kerja

Rajah 1: susunan bilik darjah bagi murid-murid masalah pendengaran

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

24

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

4.4 KESIMPULAN

Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masa hadapan yang cerah sekiranya mereka diberikan pendedahan yang awal. Namun yang paling penting, pendedahan awal sepatutnya diserapkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah pendengaran kerana ibu bapa bertindak untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah walaupun kanak-kanak ini mempunyai tahap kecerdasaan yang tinggi. Jika ibu bapa mengesan anak-anak mereka mengalami simpton-simptom kehilangan pendengaran hendaklah segera membawa anak mereka kepada pakar audiologist untuk mengesahkannya dan memberi rawatan yang sepatutnya.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga hendaklah dilayan seperti kanakkanak normal yang lain. Kita tidak perlu membezakan antara satu sama lain. Ini kerana semua makhluk di dunia ini adalah tidak sempurna dan masing- masing mempunyai kelemahan yang tersendiri.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

25

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

RUJUKAN

Abdullah Yusuf (1995). Mengajarkan Bahasa kepada Pelajar-Pelajar Pekak . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ashman, A. , Elkins, J. (pnyt). 1998. Educating Children with Special Needs. Ed.ke-3. Sydney: Prentice Hall. Asmah Haji Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Bee, H. (1995). The Developing Child. Ed.7. New York: Harper Collins College Publisher. Bloom, L., & Lahey, M. (1978). Language Development and Language Disorders. New York: John Wiley. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pemulihan Khas dan Asas Bacaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Goldberg, D & Flexer. 1993. Where are they now? Survey of Audiotory Verbal graduates Presentation at the Audiotory Verbal International Conference. Washington. Hallahan, D.P & Kaufman, J.M. 1991. Exeptional Children: Introduction to Special Education. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall.Inc. Hardman, M.L et al.1996. Human Exceptionally: Society, School and Family. Ed. Ke5: Boston: Allyn & Bacon. Jacobson, R., & Halle, M (1956). Fundamental of Language. The Hague: Mouton. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Buletin Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Khas. Lahey, M. (1988). Language Disorder and Language Development . Boston: Allyn & Bacon. Lynas, W.1986. Intergrating the Handicapped into Ordinary School. ( A Study of Hearing-Impaired Pupils). London: Croom Helm. Newcomer, P.L., & Barenbaum, E. (2003). Test of Phonological Awareness Skills. Austin, TX: PRO-ED. Owen,R.E, Jr (1991). Language Disorders: A Functional Approach to Assessment and Intervention. Boston: Allyn & Bacon.
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

26

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Saadiah Ahmad. 1996. Deaf Education in Malaysia: Then, Now and the Way Ahead. Kertas Kerja 4th World Federation of the Deaf, Asia Pasific Conference, Putra world Trade Centre, Kuala Lumpur, 6-8 Disember. Safani Bari (1995). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Audiotory Oral. Bengkel Audiotory Oral bagi Guru-Guru Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Siew View Hotel, Langkawi. Kedah. Kementerian Pendidikan Malaysia. 27-30 Sept. Simser, J. 1997. Audiotory- Verbal Principle and Technique. Audiotory-Verbal Workshop for Asian Pacific. Kuala Lumpur. 24-26 October.

MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)

27

You might also like