You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PERTAMA PANITIA SAINS SESI 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran Nama Yang Hadir

Nama Yang Tidak Hadir : 19 Januari 2012 : 1.25 petang : Bilik Makmal Sains 1 : Ketua Panitia Sains, Pn. Alice Ak Kanang : 7 orang : (Rujuk Lampiran) : (Rujuk Lampiran)

1.

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI : 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih dengan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali pertama sesi persekolahan tahun 2012. 1.2 Pengerusi menyatakan beberapa perkara yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat ini untuk makluman dan tindakan bersama. Tindakan : Makluman

2.

BUKU REKOD MENGAJAR 2.1 Ringkasan Pengajaran Tahunan perlu ditampal di dalam Buku Rekod Mengajar dan ditulis Rancangan Pelajaran Tahunan Sains/ Fizik/Kimia/Biologi Tingkatan telah dibaca, difahami,difailkan dan akan dilaksanakan. 2.2 Turut disertakan dalam Buku Rekod Mengajar adalah Huraian Sukatan Pelajaran bagi subjek-subjek Sains yang berkaitan. Tindakan : Semua guru

3.

PENGURUSAN MAKMAL 3.1 Guru-guru dibahagikan tugas untuk menyeliakan makmal mengikut bilangan makmal yang terdapat di sekolah seperti berikut:
Makmal Sains Makmal Sains Makmal Sains Makmal Sains 1 2 3 Penyelia Pn. Alice En. Rudae Pn. Nurul Zahira En. Faidzul Pn. Suria Makmal Sains Makmal Fizik 1 Makmal Fizik 2 Makmal Kimia 1 Makmal Kimia 2 Penyelia En. Muhd Fariez En. Sam Martin Cik Noraffiza En. Jackson

Makmal Biologi 1 Makmal Biologi 2

3.2 Penyelia makmal perlu melengkapkan makmal dengan Peraturan Makma,Jadual Bertugas makmal terkini,jadual bertugas pelajar. Penyelia makmal dan guru yang lain boleh mendapatkan bantuan daripada Pembantu Makmal yang bertugas. 3.3 Bilik LCD untuk subjek Sains terdapat pada Makmal Sains 2 dan Teaching Courseware boleh diperolehi pada ketua panitia Sains.Guru-guru digalakkan menggunakannya semasa P&P. Tindakan : Semua guru 4. RADAS DAN BAHAN MAKMAL 4.1 Kelengkapan radas dan bahan yang dibeli dan ditempah dijangka tiba seawall bulan April akan datang. Namun,sekiranya tiada tindakbalas yang diterima, bantuan tambahan akan diminta daripada Jabatan Pelajaran Negeri.. Tindakan : Pn.Roslinaty 4.2 Jadi guru-guru Sains dikehendaki melakukan eksperimen berdasarkan radas dan bahan yang terdapat dalam makmal sahaja. Tindakan : Semua guru Sains

5. PEMBAHAGIAN TUGAS MEMBUAT KERTAS SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN 5.1 Ketua panitia telah menyediakan jadual pembahagian tugas membuat kertas soalan ujian dan peperiksaan bagi setiap guru mengikut giliran masing-masing. Namun begitu,giliran tersebut boleh ditukar mengikut budi bicara masing-masing. 5.2 Kertas soalan ujian dan peperiksaan yang dibuat perlulah mengikut panduan dan nisbah yang ditetapkan iaitu: 40: 50:10 bagi Tingkatan 1,2,& 3. 60:40 bagi Tingkatan 4,& 5.

5.3 Salinan kertas soalan tersebut perlu diserahkan kepada En.Jackson dalam bentuk softcopy dan hardcopy kepada Pn.Alice seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Tindakan : Semua guru Sains

6. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN 6.1 Semua buku latihan perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan dan disemak oleh guru.

6.2 Semua buku dihantar untuk penyeliaan dan pastikan pelajar membuat pembetulan. Tindakan : Semua guru 7. HAL-HAL LAIN : 7.1 Program 2012 7.1.1 Program Mengilap Mutiara adalah program kelas tambahan di mana guru yang terlibat perlu menyediakan 4set modul mengikut aras pencapaian bagi 2 kumpulan pelajar, Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Harapan. Modul tersebut hendaklahdiserahkan kepada Pn.Roslinaty sebelum 31 Januari. 7.1.2 Bulan Akademik pada April dan Mei Guru hendaklah menyediakan bahan yang sesuai bagi melengkapkan Lorong
3

Ilmu dalam Bulan Akademik.Bahan diserahkan kepada Ketua Panitia untuk disemak terlebih dahulu. 7.1.3 Program Bengkel Sains Panitia akan menganjurkan Pertaningan Reka Cipta Bahan Terbuang Antara Kelas dan permainan yang berasaskan ilmu sains. 7.2 Penilaian Calon PMR Guru Sains Tingkatan 3 diingatkan untuk mengemaskini markah PEKA dengan memberi markah secara sewajarnya dan memasukkannya di dalam sistem sebelum 30 Jun 2012.

Tindakan : Semua guru Sains Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh. .................................. (PN. NURUL ZAHIRA BT MD ISA) Setiausaha Panitia Sains SMK Tebedu

Disemak oleh, ............................... (PN.ALICE AK KANANG) Ketua Panitia Sains SMK Tebedu

LAMPIRAN 1
Senarai Guru Yang Hadir 1. Pn. Alice Ak Kanang 2. Pn. Roslinaty Bt. Mor 3. En.Faidzul B. Ahmad 4. En.Rudae Ak Minuk 5. En. Muhd.Fariez B. Mustafar 6. Pn.Suria B.Mamat 7. Pn.Nurul Zahira Bt. Md Isa 8. En. Sam Martin

Senarai Guru Yang Tidak Hadir 1. Cik Noraffiza B.Wet

You might also like