You are on page 1of 18

Jahitan Tahun 5

ALATAN JAHITAN ASAS


Terdiri daripada :

 alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan
kertas karbon

 alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting
bergerigi dan gunting lubang butang.

 Alat menjahit seperti jarum dan benang.

 Alat menekan seperti seterika, bod seterika dan kain lembap

ALAT MENGUKUR DAN MENANDA

• Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm

• Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu.

• Pilih pita ukur yang bertada dengan terang dan berlogam pada kedua-dua hujungnya.
GUNTING FABRIK

• Gunakan gunting yang diperbuat daripada kekuli berkilat

• Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.

• Gunakannya untuk mengunting fabrik sahaja.

• Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum simpan.

RODA SURIH

Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola
pada selapisan fabrik atau lebih.
PEMBARIS

• Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.

• Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.

• Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk

KAPUR TANDA

• Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat
sementara.

• Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.

• Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, merah, biru
dan kuning. Ia berukuran 6cm serta berbentuk tiga atau empat segi.
JARUM JAHITAN TANGAN

• Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar.

• Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.

• Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau didalam kotak jarum.

PENETAS JAHITAN

• Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan.

• Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk
mengelakkan sebarang kemalangan.
JIDAL

• Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit dengan
tangan

• Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik

BENANG JAHIT

• Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.

• Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk fabrik
halus.
JARUM PENITI

• Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :

- halus

- tajam

- dibuat daripada keluli berkilat

• Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan

• lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.


JAHITAN ASAS
 Terbahagi kepada 2:

i. Jahitan sementara

ii. Jahitan Kekal

1. Jahitan sementara

-Jahitan jelujur
a. Jelujur halus
b. Jelujur kasar
c. Jelujur serong
d. Jelujur tidak sama
e. Jelujur panjang pendek
JELUJUR HALUS

1. Kegunaan jelujur halus


(a) Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan kain jika tidak ada mesin jahit
(b ) Untuk menggantikan jahitan jelujur buat sementara.
(c) Untuk membuat kedut dan mengetatkan kepala lengan.

2. Cara menjahit

(a) Mula dan kahirkan dengan jahit kia.

(b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan
jaraknya 3 hingga 5 mm.
JELUJUR TAK SAMA

1. Kegunaan Jelujur tak sama

(a ) Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim dan sebagainya sebelum dijahit kekal.

(b) ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.

2. Cara menjahit:

(a) Mulakan dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

(b) Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 ¼ cm.

(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.


JELUJUR PANJANG PENDEK

1. Kegunaan jelujur paiijang

(a) Untuk menetapkan kelepet, kocek dan sebagainya sebelum jahitan kekal dibuat

(b) Untuk menandakan kedudukan sesuatu bahagian dan garis tengah hadapan dan
belakang

2. la lebih teguh dan sesuai terutama untuk kain-kain yang tebal, lembut dan yang mudah
tergelincir.

3. la agak susah dicabut.

4. Cara menjahit

(a) Mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri

(b) la terdiri daripada mata jahitan yang panjang 1 ¼ cm dan pendek ½ cm dan jaraknya
½cm.

(c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.


2. Jahitan kekal

a. Jahitan penyambung

b. Jahitan pengemas

c. Jahitan hiasan

a. Jahitan penyambung

i. Jahitan kia

ii. Jahitan halus

iii. Jahitan mesin


JAHITAN KIA

1. Kegunaan jahit kia:

( a ) Untuk menyambung kain bagi menggantikan jahitan mesin.


( b ) Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan.

2. Cara menjahit:

( a ) Mula dan akhirkan jahitan dengan jahit kia,


( b ) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan ( 3mm – 5mm)

( c ) Jahitanpertama adalah seperti jeiujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan
pertama dan dijahit ke hadapan semula.

3. la kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada sebelah luar dan seperti jahit batang
di sebelah dalam.
b. Jahitan pengemas

i. Sembat susup

ii. Sembat halus

iii. Jahitan insang pari

iv. Jahitan silang pangkah

v. Jahitan lilit ubi

Jahitan Sembat Susup

1. Cara menjahit

(a) Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam (S.D.) kain.

(b) Mulakan dengan jahit kia di bawah Iipatan.

(c) Ambil sedikit kain serapat yang boleh dengan tepi berlipat.

(d) Tarik jarum keluar. Kemudiannya, susupkan jarum di dalam Iipatan dengan
jaraknya kira-kira ½ cm

2. Jahitan ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.

3. la tidak sekukuh jahit sembat

4. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepek dan lapik.


JAHITAN SEMBAT
JAHITAN INSANG PARI

• Kegunaan:

( a ) Untuk mengemas tepi kain atau basi kain

( b ) Untuk ulat-ulat

( c ) Untuk menjahit rumah butang tersirat atau bergelung untuk butang cangkuk.

( d )Sebagai jahitan perhiasan

2. Cara menjahit

( a ) Mulakan dengan jelujur halus menegak pada sebelah kiri.

( b ) Jarum menegak tepat dan ke arah penjahit

( c ) Jahit dari kiri ke kanan dengan benang bergelung di bawah jarum.


JAHITAN SILANG PANGKAH

• Kegunaan;

- Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas tepi
kain.

• Cara Menjahit:

a. Jahit dari kiri ke kanan

b. Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan fabrik di bawah tepi
berjerumbai.

c. Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat.

d. Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik dan di atas hujung mata
jahitan sembat yang pertama.

e. Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang dengan selapisan dan
dua lapisan fabrik.
JAHITAN LILIT UBI
c. Jahitan hiasan

i. Jahitan sulaman (krostis)

ii. Jahitan quilting

iii. Jahitan tampal hias

You might also like