You are on page 1of 6

LAPORAN AMALI JAHITAN

NAMA : ANIS NASUHA BINTI MOHD AB. AZIZ

Menjahit merupakan salah satu kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid
berkeperluan khas. Kemahiran menjahit ini dapat menjadikan murid lebih bedikari dan
berkemahiran dalam menjalani kehidupan seharian walaupun mereka mempunyai kekurangan.
Dengan memiliki kemahiran menjahit, mereka dapat mencipta pelbagai produk berasaskan
jahitan untuk digunakan dan dijual sekali gus dapat menyara kehidupan. Selain itu, mereka
juga dapat mencari pendapatan dengan menyediakan perkhidmatan yang melibatkan jahitan
seperti membaiki pakaian, menjahit kancing yang tertanggal, menampal pakaian berlubang dan
menjahit pakaian yang terkoyak. Terdapat pelbagai jenis jahitan yang boleh dipelajari dan
dipraktiskan dalam kehidupan seharian oleh murid-murid berkeperluan khas.

Terdapat empat kategori jahitan iaitu jahitan sementara, jahitan penyambung, jahitan
pengemas dan jahitan sulaman. Antara jenis jahitan yang terdapat dalam kategori jahitan
sementara ialah jahitan jelujur sama panjang, jelujur sama pendek, jelujur tegak dan jahitan
tanda. Jahitan penyambung pula terdiri daripada jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit
mesin. Manakala, jahitan pengemas adalah seperti jahitan sembat, sembat susup, lilit kemas,
insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah. Antara jenis jahitan sulaman pula ialah
jahitan rantai, jahitan batang, jahitan kuku kambing, simpul perancis, jahitan padu, insang pari
dan silang pangkah.

Namun, secara umumnya, antara jahitan asas yang biasa digunakan ialah jahitan kia,
jahitan jelujur, jahitan lilit kemas, jahitan lilit ubi, jahitan sembat, jahitan insang pari, jahitan
lubang butang dan jahitan silang pangkah. Jahitan kia merupakan jahitan yang selalu
digunakan untuk memulakan dan mematikan sesuatu jahitan. Selain itu, jahitan ini juga
digunakan untuk menjahit klim merentas serta digunakan sebagai pengganti jahitan mesin. Ciri-
ciri jahitan kia ialah jahitannya kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.

1
Gambar 1: Jahitan Kia

Jahitan jelujur merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dilakukan dan
digunakan sebagai pengganti jahitan mesin. Terdapat dua jahitan jelujur iaitu jelujur halus dan
jelujur kasar. Jahitan jelujur ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Jahitan ini
digunakan untuk menetapkan kelim pada kedudukannya dan agak senang dicabut. Di samping
itu, jahitan ini boleh digunakan untuk membuat kedut pada pakaian dan juga sebagai jahitan
sulaman. Antara kegunaan lain bagi jahitan jelujur ialah memindahkan garisan-garisan pada
pola kain, menandakan kedudukan dan garisan-garisan pola, menetapkan kedudukan kelepet,
kelim dan kocek buat sementara serta menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di
mesin.

Gambar 2: Jahitan Jelujur Halus


Gambar 3: Jahitan Jelujur Kasar

Seterusnya, jahitan lilit ubi kelihatan seperti benang melilit pada kain. Jahitan ini
digunakan untuk menyambung tepi fabrik berlipat atau melekatkan tampal dan tampal hias
pada artikel dan pakaian. Selain itu, jahitan ini juga digunakan untuk mengemas tepi-tepi fabrik
serta dapat mengelakkan tepi kain dari berbulu.

Gambar 4: Jahitan Lilit Ubi


Jahitan lilit kemas hampir sama dengan jahitan lilit ubi. Jahitan ini digunakan untuk
mengemaskan tepi fabrik di samping digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan
palang.

Gambar 5: Jahitan Lilit Kemas

Jahitan sembat kelihatan kecil, halus dan rapat. Hal ini menyebabkan mata jahitan
boleh dilihat di sebelah luar fabrik. Jahitan sembat digunakan untuk menjahit dan
mengemaskan kelepet baju kurung. Antara kegunaan lain bagi jahitan sembat ialah
menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada tangan, menetapkan pelapik di
kolar dan belah pakaian dan mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan
belahan pakaian.

Gambar 6: Jahitan Sembat


Seterusnya, terdapat juga jahitan insang pari. Jahitan ini merupakan salah satu jahitan
hiasan. Ciri-ciri jahitan ini ialah kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik. Antara
jegunaan jahitan insang pari ialah mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel,
mencantum dua fabrik dan mengelakkan tepi kain daripada berbulu.

Gambar 7: Jahitan Insang Pari

Jahitan lubang butang amat cantik dan kelihatan kemas. Jahitan lubang butang ini
biasanya digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
Gambar 8: Jahitan Lubang Butang

Jahitan seterusnya ialah jahitan silang pangkah. Jahitan ini agak popular dan kelihatan
sangat menarik. Oleh itu, jahitan ini berfungsi sebagai salah satu jahitan hiasan. Jahitan silang
pangkah ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik dan mengemaskan zip. Di samping itu,
jahitan ini juga digunakan sebagai jahitan sulaman.

Gambar 9: Jahitan Silang Pangkah

You might also like