You are on page 1of 5

SOALAN 

TUGASAN

AKTIVITI JAHITAN ADALAH SALAH SATU AKTIVTI KEMAHIRAN ASAS BERDIKARI YANG
MEMERLUKAN PENDEKATAN BERBEZA MENGIKUT KEUPAYAAN PELAJAR.  TERDAPAT
PELBAGAI JENIS JAHITAN  ASAS YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN KEPADA PELAJAR  MASALAH
PEMBELAJARAN.  KEMUKAKAN DALAM BENTUK NOTA RINGKAS  BESERTA GAMBAR
BERKAITAN DENGAN JENIS-JENIS JAHITAN ASAS .

JAWAPAN
1.0 Jenis–jenis jahitan asas yang boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran ialah :

 Jahit kia
 Jahit jelujur
 Jahit sembat dan sembat susup
 Jahit silang pangkah
 Jahit insang pari
 Jahit lilit ubi

a) Jahit Kia
Jahit Kia digunakan untuk memulakan atau mematikan jahitan tangan. Juga boleh digunakan
untuk menjahit kelim yang meretas, mencantum dua atau lebih keping fabrik. Jahitan ini
kukuh dan boleh menggantikan jahitan mesin.

b) Jahit jelujur
Terdapat dua jenis jahit jelujur iaitu jahit jelujur halus dan jahit jelujur kasar.Jahit jelujur kasar
digunakan untuk membuat jahitan sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan sebagai
jahitan hiasan. Jahitan jelujur halus ialah untuk membaiki kelepet meretas. Ia juga digunakan
untuk menggantikan jahitan mesin.

c) Jahitan sembat dan Jahitan sembat susup


Jahitan sembat digunakan untuk menetapkan dan mengemas kelepetMata jahitan sembat
boleh dilihat di luar fabrik. Manakala jahitan sembat susup digunakan untuk menetapkan dan
mengemas kelepet. Biasanya digunakan pada lipatan lengan baju dan kelepet skirt atau
blaus.
d) Jahitan silang pangkah
Biasanya digunakan untuk menjahit kelepet, lapik dan mengemas pita zip.
e) Jahit Ingsang pari
Digunakan untuk mengemas tepi fabrik. Hasil jahitan ini boleh dilihat di kedua-dua belah
fabrik.

f) Jahit lilit ubi


Digunakan untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau melekatkan tampal dan
tampalhias pada pakaian.

You might also like