You are on page 1of 2

Kesan pencemaran air

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen


dalam air.

Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika
meminum atau menggunakan air yang tercemar.

Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk
terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada
manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan
dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti
rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.

Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan
mempengaruhi kualiti air minuman.

Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang
berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada
bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan


biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforusdan kalium
disamping sebatian-sebatian organik terlarut.

Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak
langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian
organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa


kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar
dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di
permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan
sungai.

Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah
yang akan menyebabkan sistem ai rbawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah
tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

IKLAN

Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia padamasa kini


terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak
indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut
berlaku.

Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria
daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan
keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

Menjadi Punca Banjir

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia
pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit
yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.

Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan
menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung
daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga
mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan


pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta
peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan
kehidupan akuatik.

Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai
yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi,
Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai
jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan.

Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian
individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan
bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada
haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

You might also like